Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA :

ANUGERAH SETHAMY 2021


PROGRAM PENINGKATAN MATA PELAJARAN
MATEMATIK TAMBAHAN SPM
KOHORT 2021

TARIKH PELAKSANAAN:

22 JULAI – 31 OKTOBER 2021

Disediakan Oleh:
Cikgu Syahrul Bahriah Binti Hj Sajuri
1.0 PENGENALAN

Rahsia untuk cemerlang dalam apa jua bidang yang melibatkan kemahiran ialah dengan
melaksanakan latihan secara berterusan atau juga dikenali sebagai istiqomah. Tanpa mengira sama
ada kemahiran dalam bidang sukan, pekerjaan, komunikasi lebih-lebih lagi dalam bidang akademik,
khususnya bidang mata pelajaran matematik yang melibatkan banyak latihtubi berkala.
Mengambil maklum akan perkara ini, panitia Matematik Tambahan telah merangka suatu
program yang dinamakan Program SETHAMY iaitu singkatan kepada Program Setiap Hari
Menyayangimu. Program ini yang pada asalnya diperkenalkan oleh Cikgu Pang Hong Han, telah
dijenamakan semula dengan nama Program Sethamy. Ianya merupakan suatu program yang
memerlukan murid-murid menyelesaikan satu soalan subjektif setiap hari, berterusan dalam tempoh
masa tertentu. Soalan-soalan ini merupakan soalan aras rendah hingga sederhana dengan nilai
maksimum 3 markah sahaja.

2.0 RASIONAL

Program ini penting untuk memupuk kesabaran dan daya juang anak-anak yang sering kali putus asa
untuk menjawab soalan Matematik Tambahan yang dilabel sebagai SUSAH.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memupuk sikap ambil peduli murid dan penglibatan secara aktif dalam setiap tugasan yang
dikongsikan setiap hari
TSSP : SG 2.2
3.2 Memberi pendekatan baru kaedah latihtubi dalam subjek Matematik Tambahan
TSSP : SG 2.4
3.3 Melaksanakan aktiviti “PEER ASSESMENT”, melalui perbincangan bersama rakan-rakan
dan guru, selepas skema jawapan setiap soalan SETHAMY dikongsikan.
TSSP : SG 2.6

4.0 SASARAN

Murid-murid 5 Kuantum dan 5 Sinergi yang akan menduduki Kertas Matematik Tambahan SPM.

5.0 TARIKH

22 Julai – 31 Oktober 2021

6.0 TEMPAT

Kediaman setiap ahli.


7.0 PERSONALIA

7.1 Guru Subjek Matematik Tambahan 5 Kuantum & 5 Sinergi


7.2 Ketua Panitia Matematik Tambahan
7.3 Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik

8.0 PERLAKSANAAN DAN CADANGAN AKTIVITI

Bil Aktiviti Medium/ Fasa /Kriteria Tarikh


Perlaksanaan
(Tahun 2021)
1 Taklimat Program Sethamy. Google Meet 22 Julai
2 Perkongsian Soalan-soalan Setiap Hari Fasa 1 22 Julai –
melalui Kumpulan Telegram Kelas. 31 Ogos
3 Perkongsian Soalan-soalan Setiap Hari Fasa 2 1 – 31
melalui Kumpulan Telegram Kelas. Oktober
4 Pemilihan Pemenang Anugerah Murid yang konsisiten menghantar 1-5
Sethamy. tugasan dalam tempoh 3 hari November
selepas soalan dikongsikan.

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

HADIAH HARGA JUMLAH


10 hadiah Anugerah Sethamy Buku Catatan Tahun 2022 RM 90
RM 9 x 10
Pembalut Hadiah RM 1 x 4 RM 4
JUMLAH PERBELANJAAN RM 94

10.0 SUMBER KEWANGAN:

PCG Panitia Matematik Tambahan

Anda mungkin juga menyukai