Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA MINGGU MATEMATIK 2017

Kertas Cadangan
Minggu Matematik 2017

1.0 TEMA

“3 M - MATEMATIK MEMANG MUDAH”

2.0 PENGENALAN

Minggu Matematik diadakan bagi membuka ruang kepada semua murid untuk
memahami dan menghayati matapelajaran Matematik. Program ini bertujuan untuk
melahirkan murid yang kreatif dan berinovatif dalam bidang matematik. Selain itu, program
ini cuba mencungkil bakat dan minat pelajar dalam bidang Matematik.

Justeru, bagi memastikan semua lapisan murid mendekati bidang ini dengan lebih
mesra, Minggu Matematik diadakan. Harapan program ini agar murid-murid akan bersedia
membuka minda dan menerima pengajaran dan pembelajaran Matematik dengan lebih baik
daripada sebelumnya.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM


3.1 Membuka minda murid bahawa Matematik adalah fenomena yang berlaku di
sekeliling mereka.
3.2 Menyedarkan murid bahawa matematik adalah pelajaran yang
menyeronokkan di samping mencabar minda.
3.3 Mencungkil bakat kepantasan menyelesaikan masalah semasa pertandingan.
3.4 Menarik minat murid supaya memberi lebih tumpuan semasa P d P
matematik di dalam kelas.
3.5 Membuka peluang meneroka alam matematik di luar bilik darjah melalui
pertandingan dan permainan.
3.6 Melatih murid-murid mencari informasi berguna semasa terlibat di dalam
aktiviti yang dianjurkan.

4.0 PENDAPATAN / SUMBER-SUMBER KEWANGAN


Pendapatan atau sumber kewangan untuk melaksanakan program ini adalah melalui

peruntukkan dari PCG Panitia Matematik.

1
KERTAS KERJA MINGGU MATEMATIK 2017

5.0 CADANGAN TEMPAT

5.1 Dataran Perhimpunan – Hari Pelancaran

5.2 Bilik Darjah

5.3 Kantin sekolah

6.0 TARIKH/ HARI

6.1 Pelancaran : 25 September 2017 ( Isnin)

6.2 Pelaksanaan Aktiviti : 25 September – 28 September 2017 ( Isnin-Khamis)

6.3 Penutup/Penyampaian Hadiah : 29 September 2017

7.0 PESERTA

7.1 Murid Prasekolah

7.2 Murid Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3)

7.3 Murid Tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6)

8.0 SENARAI AHLI JAWATAN KUASA PROGRAM

Pengerusi : Tuan Haji Zakaria bin Ghazalli ( Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : Cik Hajah Rusita binti Mohamed ( GPK 1)

Naib Pengerusi : Puan Norlaila binti Mohammad ( GPK HEM)

Puan Nor Aslina binti Kamarudin ( GPK Kokurikulum)

Ketua Panitia : Puan Norlaila binti Mohammad

Setiausaha: Puan Norfiza binti Bahari

AJK :

Pengacara Majlis

Puan Nur Dalila binti Muhd Ramli

Gimik Pelancaran

Puan Siti Hajar binti Ahmad

2
KERTAS KERJA MINGGU MATEMATIK 2017

Brosur

Puan Rosmala Melati binti Kamaruddin

Laporan

Puan Norfiza binti Bahari

Hadiah

Puan Nur Dalila binti Mohd Ramli

9.0 TENTATIF PROGRAM

HARI MASA AKTIVITI SASARAN TINDAKAN

25
7.45 pagi Pelancaran Minggu
September Semua
Matematik Semua Murid
(Isnin) Guru
dan Guru
Matematik

26 Jelajah Kira Pra &Tahap 1 Puan


7.15 pagi Latihan Petak Sifir Norlaila &
September Tahap 2
Puan
(Selasa) Peraduan Teka Kacang Semua murid Norfiza
Pra &Tahap 1
27 Jelajah Kira
September Tahap 2 Puan Siti
7.15 pagi Latihan Petak Sifir
(Rabu) Hajar
Semua murid
Peraduan Teka Kacang
28 Jelajah Kira –
Puan
September Pertandingan Pra & T.1
7.15 pagi Rosmala
(Khamis) Jelajah Kira & Petak Sifir Petak Sifir –
Melati
T.2

29 Semua Guru JK Panitia


Perasmian Penutup
September
7.45 pagi Minggu Matematik dan
(Jumaat) dan Murid Matematik
Penyampaian hadiah

3
KERTAS KERJA MINGGU MATEMATIK 2017

10.0 Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA Kuantiti Harga


1 Banting Pelancaran 1 x RM25 RM 25
2 Pertandingan Teka Berat 5 x RM3.00-T.1
(Individu -Tahap 2) 5 x RM3.00-T.2 RM30
3 Kuiz Petak Sifir Pertama : RM21
(Individu -Tahap 2) 3 x RM7.00

Kedua RM15
3 x RM5.00

Ketiga : RM9
3 x RM3.00

4 Jelajah Kira Pertama : RM28


4 x RM7.00

Kedua RM20
4 x RM5.00

Ketiga : RM12
4 x RM3.00

Jumlah RM160

4
KERTAS KERJA MINGGU MATEMATIK 2017

10.0 ATURCARA
7.45 – Nyanyian Lagu Patriotik
Bacaan Ikrar
Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis
Ucapan Ketua Panitia
Ucapan Perasmian
Gimik
Tepuk Matematik
8.15 - Bersurai

10.0 PENUTUP

Minggu Matematik ini diharapkan tidak akan berhenti bersama majlis penutup. Kami
akan berusaha supaya aktiviti-aktiviti sepanjang minggu ini akan memberi kesan positif di
dalam diri murid-murid yang aktif mengambil bahagian dan juga yang memberi khidmat
bersama guru-guru. Dengan sokongan dan sumbangan pihak pentadbir kami berharap
prestasi Matematik sekolah ini akan meningkat dengan lebih baik lagi.

Perancangan telah dilakukan dengan teliti dan merangkumi perancanaan aktiviti dan
juga bajet yang sangat membantu kelancaran keseluruhan program. Ahli Jawatankuasa
yang dipertanggungjawabkan juga merupakan dalam kalangan mereka yang berkaliber dan
bersesuaian dengan tugasan dan kemahiran masing-masing.

Diharapkan kertas cadangan ini dapat diterima dan diluluskan seperti yang telah
dirancangkan. Diharap juga bahawa program ini akan berjaya mencapai objektif seperti
yang telah dinyatakan di awal kertas ini.

Disediakan oleh;

…………………………………
(NORLAILA BINTI MOHAMMAD)
Ketua Panitia

Disahkan oleh;

……………………………

5
KERTAS KERJA MINGGU MATEMATIK 2017

Anda mungkin juga menyukai