Anda di halaman 1dari 5

SK JALAN PEGOH

KERTAS KERJA
BULAN MATEMATIK 2019

“MATEMATIK MENCERDASKAN MINDA”

TARIKH:
11 HINGGA 28 FEBRUARI 2019

ANJURAN:
PANITIA MATEMATIK
SK JALAN PEGOH
1.0 Tajuk Kertas Kerja
Bulan Matematik 2019.

2.0 Latar Belakang Program


Panitia Matematik menjadi tunjang kepada penguasaan murid-murid dalam aspek
mengira fakta asas (tambah, tolak, darab dan bahagi) serta memahami konsep
Matematik mengikut topik-topik yang berkaitan. Oleh itu, Panitia Matematik SK JALAN
PEGOH mengambil inisiatif bagi mengadakan “Bulan Matematik” yang bertujuan untuk
menarik minat murid-murid dalam mata pelajaran Matematik. Beberapa aktiviti yang
bersesuaian dengan kebolehan murid-murid telah dirancang dan diharap segala
perancangan yang telah dilakukan ini dapat mencapai objektif.

3.0 Objektif Program


Diharapkan program ini dapat:
a) Menanam minat murid terhadap matematik dengan pelbagai aktiviti yang
berkait dengan matematik.
b) Memupuk semangat daya saing yang positif di kalangan murid-murid.
c) Menanamkan semangat cinta dan suka akan mata pelajaran Matematik dari
semasa ke semasa.

4.0 Tarikh, Masa dan Tempat Aktiviti


Program ini akan diadakan pada:
Tarikh : 11 hingga 28 Februari 2019
Hari : Isnin hingga Jumaat
Tempat : SK JALAN PEGOH

5.0 Sasaran Penyertaan


Murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2 SK JALAN PEGOH.

6.0 Jawatankuasa Induk


Pengerusi : Tn. Hj. Rustam Affandy bin Abdul Aziz (Guru Besar)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Nolia bt Yop Ahmad (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : En. Asmawi bin Mohamed Mokhtar (GPK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 3 : En. Happyza bin Ahmad (GPK Kokurikulum)
Penyelaras : En. Khairil Izani bin Alias (KP Matematik)
AJK : Semua ahli Panitia Matematik

Page 1 of 4
7.0 Jawatankuasa Pelaksana
Kertas Kerja : En. Khairil Izani bin Alias
Buku Program : Pn. Zawani bt Md Rose
Dokumentasi : En. Rosdi b. Abdul Rahim
Jurugambar : En. En. Azizulrahman b. Ayub
Gimik Pelancaran & Backdrop : En. Azrul Azwan b Mohd Abdul Aziz
En. Safrulzzaman b. Ahmad Tajuddin
Hadiah : Pn. Azura bt Saaddudin
Pn. Zanizah bt Saharudin
Siaraya : En. Azlizam b Mohamed Ibrahim
Kawalan Murid : Semua Guru SKJP

8.0 Strategi Pelaksanaan


Pelaksanaan program ini adalah seperti tentatif pada Lampiran A.

9.0 Anggaran Perbelanjaan


Anggaran perbelanjaan adalah seperti Lampiran B. Perbelanjaan bagi program ini
adalah menggunakan PCG Panitia Matematik.

10.0 Penutup
Semoga perancangan yang telah dibuat ini dapat dijalankan dengan lancar dan
berkesan serta mencapai objektif yang ditetapkan. Adalah diharapkan dengan
program ini semua murid SK JALAN PEGOH akan berasa cinta akan mata pelajaran
Matematik, dapat membudayakan matematik dalam kehidupan seharian dan akhirnya
mengikis tanggapan bahawa matematik adalah suatu mata pelajaran yang sukar.
Diharapkan juga dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Bulan Matematik ini
dapat meningkatkan minat dan keyakinan murid-murid dalam menyelesaikan masalah
matematik dan seterusnya meningkatkan prestasi mereka dalam mata pelajaran
matematik.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


………………………………………….. …………………………………………
(KHAIRIL IZANI BIN ALIAS) (RUSTAM AFFANDY BIN ABDUL AZIZ)
Ketua Panitia Matematik Guru Besar
SK JALAN PEGOH SK JALAN PEGOH

Page 2 of 4
LAMPIRAN A: TENTATIF

a) Isnin, 11 Februari 2019, 8:00 pagi (Tapak Perhimpunan)


 Taklimat program oleh Ketua Panitia Matematik
 Pelancaran oleh Guru Besar

b) Isnin hingga Khamis, waktu pdp Matematik, 5 hingga 8 Februari 2019

TAHUN AKTIVITI TINDAKAN


Cabaran Dam Ular Pn. Zawani bt Md Rose
1
Bijak Fakta Asas En. Rosdi b. Abdul Rahim
Math FrogPlay Championship
En. Azizulrahman b. Ayub
2 Bijak Fakta Asas
Bijak Numerasi
Math FrogPlay Championship
En. Khairil Izani
3 Bijak Fakta Asas
Bijak Numerasi
Math FrogPlay Championship
4 En. Safrulzzaman b. Ahmad Tajuddin
Silang Angka
Math FrogPlay Championship
5 Pn. Zanizah bt Saharudin
Silang Angka
Math FrogPlay Championship
6 Pn. Azura bt. Saaddudin
Silang Angka

TAHUN AKTIVITI TINDAKAN


Math Gallery Walk
 Stesen 1: Quizizz
 Stesen 2: Jisim
4, 5 & 6  Stesen 3: Mengukur Panjang
 Stesen 4: Menyukat Isi Padu Cecair
 Stesen 5: Pecahan Setara
 Stesen 6: Anggaran Teka Guli

TAHUN AKTIVITI TINDAKAN


1, 2 & 3 Pop Kuiz Semua guru matematik Tahap 1
4, 5 & 6 Demonstrasi Bijak Sifir Semua guru matematik Tahap 2
4, 5 & 6 Liku Kehidupan Semua guru matematik

 Penyampaian hadiah & perasmian penutup

Page 3 of 4
LAMPIRAN B: ANGGARAN PERBELANJAAN

Aktiviti Hadiah
Cabaran Dam Ular Johan : 1 x RM5.00 = RM5.00
(Tahun 1) Naib Johan : 1 x RM4.00 = RM4.00
Ketiga : 1 x RM3.00 = RM3.00
Bijak Fakta Asas Johan : 3 x RM5.00 = RM15.00
(Tahun 1, 2 & 3) Naib Johan : 3 x RM4.00 = RM12.00
Ketiga : 3 x RM3.00 = RM9.00
Math FrogPlay Championship Johan : 5 x RM5.00 = RM25.00
(Tahun 2, 3, 4, 5 & 6) Naib Johan : 5 x RM4.00 = RM20.00
Ketiga : 5 x RM3.00 = RM15.00
Bijak Numerasi Johan : 2 x RM5.00 = RM10.00
(Tahun 2 & 3) Naib Johan : 2 x RM4.00 = RM8.00
Ketiga : 1 x RM3.00 = RM3.00
Silang Angka Johan : 3 x RM5.00 = RM15.00
(Tahun 4, 5 & 6) Naib Johan : 3 x RM4.00 = RM12.00
Ketiga : 3 x RM3.00 = RM9.00
Math Explorace Johan : 3 x RM5.00 = RM15.00
(Tahun 4, 5 & 6) Naib Johan : 3 x RM4.00 = RM12.00
Ketiga : 3 x RM3.00 = RM9.00
Pop Kuiz Johan : 6 x RM5.00 = RM30.00
(Tahun 1, 2 & 3) Naib Johan : 6 x RM4.00 = RM24.00
Ketiga : 6 x RM3.00 = RM18.00
Demonstrasi Bijak Sifir 12 x RM3.00 = RM36.00
(Tahun 4, 5 & 6)
Jumlah = RM309.00

Page 4 of 4

Anda mungkin juga menyukai