Anda di halaman 1dari 4

SMK DATO’ USMAN AWANG

KERTAS KERJA
FROGPLAY
CHAMPIONSHIP 2018

“ARE YOU UP FOR


THE CHALLENGE?”
3 JUN 2018 HINGGA 30 OGOS 2018

ANJURAN : UNIT FROG VLE DAN PIBG

KERTAS KERJA FROGPLAY CHAMPIONSHIP


SMK DATO’ USMAN AWANG 2018

1.0 Pengenalan

FrogPlay merupakan aplikasi ulangkaji dalam Frog VLE yang berkonsepkan gamifikasi. Ia
baru diperkenalkan pada awal tahun ini, namun aplikasi ini dilihat sebagai tarikan utama
kepada pelajar untuk menggunakan Frog VLE.

Melalui FrogPlay, guru-guru dapat meningkatkan penglibatan pelajar menerusi kuiz yang
interaktif dan memantau prestasi pelajar dengan serta-merta. Pelajar dapat membuat
pembelajaran kendiri pada bila-bila masa dengan kuiz-kuiz dan permainan mini yang
terdapat dalam FrogPlay.

Bermula 8 Mei hingga 31 Mei 2018, pihak Frogasia telah mengadakan FrogPlay
Championship 2018 Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa bagi memberi pengiktirafan
kepada sekolah-sekolah yang aktif menggunakan FrogPlay sebagai salah satu komponen
dalam Pembelajaran Abad ke-21.

Bagi menyahut cabaran FrogPlay Championship 2018 ini, Unit FROG VLE SMK Dato’ Usman
Awang mengambil inisiatif mengadakan Pelancaran FrogPlay Championship serta
menganjurkan tiga pertandingan peringkat sekolah.

Antara pertandingan yang dicadangkan ialah :


(a) Top 3 Pelajar Paling Aktif FrogPlay Bulanan (Jun, Julai dan Ogos)
(b) Top 3 Peserta Terbaik Permainan Mini FrogPlay
(i) Penalty Shootout
(ii) Quack Shot
(iii) Whack a Monkey
(c) Peraduan “FrogPlay Gold Champion”

2.0 Matlamat

a. Meningkatkan semula ranking SMK Dato’ Usman Awang dalam KPI FROG VLE.
b. Meningkatkan penggunaan FrogPlay dalam kalangan pelajar.
c. Meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran.
d. Mengoptimumkan penggunaan VLE FROG dalam kalangan pelajar.

3.0 Tarikh yang dicadangkan - 3 Jun hingga 30 Ogos 2018

4.0 Lokasi aktiviti - Balai Pujangga SMK Dato’ Usman Awang

5.0 Perbelanjaan
PERBELANJAAN JUMLAH
Top 3 Pelajar Paling Aktif FrogPlay Bulanan
1 Hadiah (2 pemenang x 3 bulan) 6 x RM 20.00 = RM 120.00
Top 3 Peserta Terbaik Permainan Mini FrogPlay
2 Hadiah (2 pemenang x 3 kategori) 6 x RM 20.00 = RM 120.00
Peraduan ”FrogPlay Gold Champion”
3 Hadiah (6 pemenang)
i) Johan 2 x RM70.00 = RM140.00
ii) N. Johan 2 x RM40.00 = RM80.00
iii) Tempat Ketiga 2 x RM20.00 = RM40.00
JUMLAH RM500.00

6.0 Sumber Kewangan : Unit Koperasi Sekolah dan PIBG SMK Dato’ Usman Awang

7.0 Jawatankuasa :

Pengerusi En. Hasan Bin Abd. Rashid

Naib Pengerusi 1 Pn. Geetha a/p Parmesuren Nair

Naib Pengerusi 2 En. Mohd Ayob Bin Abd. Wahab

Naib Pengerusi 3 En. Mohd Fuza Bin Rosman

Naib Pengerusi 4 Pn. Norhayati Binti Latip

Penyelaras Program En. Mohd Ili Nurhayat Bin Hassan

Persiapan Tempat Pn. Akmal Lina Bt. Akhpah

Fotografi Pn. Nur Azreen Binti Mohd Tahir


Cik Nurul Shafiqah Bt. Hashim
Hadiah/Cenderahati Pn. Raja Shahrina Bt. Raja Abdul Rashid

Dokumentasi Pn. Hafininurulfarahain Bt. Ahad

Kawalan Disiplin Guru Disiplin

8.0 Penutup
Unit FROG VLE SMK Dato’ Usman Awang mengharapkan agar aktiviti yang dirancang dapat
dijalankan dengan selamat dan sempurna. Kerjasama dari semua pihak amat dihargai agar
matlamat pertandingan ini tercapai.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

…………………………… ………………………………………………………
( MUHAMAD ILI NURHAYAT BIN HASSAN ) ( EN. HASAN BIN ABD RASHID )
Setiausaha Program, Pengetua SMK Dato’ Usman Awang,
SMK Dato’ Usman Awang SMK Dato’ Usman Awang

Anda mungkin juga menyukai