Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENDAHULUAN

Hari kemerdekaan merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta
akan negara ini. Sambutan di peringkat sekolah juga amat penting bagi mendidik generasi muda bagi memperingati
detik bersejarah negara ini bebas dari cengkaman penjajah. Justeru, pihak Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
mengambil inisiatif untuk menganjurkan pelbagai aktiviti untuk murid-murid Pendidikan Khas sempena sambutan Hari
Kemerdekaan yang ke-60 bertemakan Negaraku Sehati Sejiwa.

2.0 RASIONAL

Program ini merupakan satu aktiviti bersifat patriotik yang dapat meningkatkan semangat cintakan negara dan sekolah,
serta menambah pengetahuan sedia ada murid terhadap sejarah negara dan warisannya yang perlu dipelihara dan
dihargai melalui pelaksanaan aktiviti yang memerlukan murid mencari, mengumpul, menganalisis, mentafsir,
mensintesis, dan merumus maklumat serta fakta sejarah kemerdekaan negara.

3.0 MATLAMAT

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan ini adalah bagi memupuk semangat cintakan
tanah air, mengasah dan menonjolkan bakat dan juga diharap dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan murid dan
juga guru-guru. Malah, program ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep rentetan sejarah
kemerdekaan negara dan perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Selain itu, pertandingan
dianjurkan dalam peringkat sekolah supaya dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid PPKI SK Jalan U3 secara
menyeluruh.

4.0 OBJEKTIF

i. Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotime di dalam jiwa murid.


ii. Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan.
iii. Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan di semua peringkat.
iv. Menyediakan ruang agar pelajar-pelajar menggunakan kreativiti mereka semasa menjalankan kempen ini.
5.0 ANJURAN

Unit Kokurikulum, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Jalan U3.

6.0 KUMPULAN SARASAN

Semua murid, guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) PPKI SK Jalan U3.

7.0 TARIKH PELAKSANAAN

Bermula dari tarikh pelancaran Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan, 7 Ogos 2017 hingga Majlis Penutup Bulan
Kemerdekaan, 18 September 2017.

8.0 STRATEGI

Aktiviti ini melibatkan penyertaan murid secara menyeluruh. Oleh itu, satu jadual pelaksanaan akan dirangka
melibatkan semua kelas bagi memastikan pelaksanaa program tidak menjejaskan proses pengajaran dan
pembelajaran.

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Puan Hajah Nafisah Binti Salleh (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi : Puan Rostina Binti Emping (PK Pendidikan Khas)
Naib Pengerusi : Puan Suraiyah Binti Sulaiman (PK Pentadbiran)
Puan Hajah Rogiah Binti Idris (PK HEM)
Puan Nor Anidah Binti Jaafar (PK Kokurikulum)
Puan Fuziana Binti Yahaya (PK Petang)
Penyelaras : Puan Ilyana Sari Binti Ridzwan
Jawatankuasa Kerja
Aktiviti : Puan Nor Aini Binti Kasim (Guru)
Puan Nazahiyah Binti Ismail (Guru)
Puan Nurul Huda Binti Samat (Guru)
Puan Umi Nadiya Binti Mohd. Nasir (Guru)
Puan Ruziyawati Binti Mohd. Salleh (Guru)
PA Sistem : En. Mohd Fadli Bin Jaharudin (Guru)
Hadiah : Puan Siti Asiah Binti Abdul Raseh (Guru)
Puan Salmiah Binti Hamid (Guru)
Puan Fauziah Binti Hamzah (PPM)
Fotografi : Puan Siti Mardiha Binti Shahari (Guru)
Puan Sri Mahani Binti Karim (PPM)
Dokumentasi : Puan Norzuryati Binti Mohd. Basir (Guru)
Puan Mardiati Husniah Binti Mohamad (PPM)
Kawalan Murid : Semua guru dan PPM

10.0 CADANGAN AKTIVITI DAN JADUAL PELAKSANAAN

Bil. Aktiviti Penglibatan Cadangan tarikh


1 Pertandingan Hias Kelas Semua murid, Guru Kelas dan PPM Sepanjang Sambutan
-bertemakan Jalur Gemilang Bulan Kemerdekaan
2 Tayangan Perdana Kemerdekaan Semua murid, Guru dan PPM 15 Ogos 2017 (Selasa)
3 Pertandingan Fesyen Merdeka Semua murid, Guru dan PPM 24 Ogos 2017 (Khamis)
4 Pertandingan Nyanyian Lagu Merdeka Terbuka murid, Guru dan PPM 24 Ogos 2017 (Khamis)
5 Pertandingan Tarik Tali Kemerdekaan Semua murid 6 September 2017 (Rabu)
6 Pertandingan Mewarna dan Murid PK 1 E & PK 1G 6 September 2017 (Rabu)
Mencari Gambar Tersembunyi
7 Pertandingan Kolaj Bendera Malaysia Murid PK 2D & PK 3C 6 September 2017 (Rabu)
8 Pertandingan Rekacipta Bendera Murid PK 4B & PK 5A 6 September 2017 (Rabu)

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Butiran Anggaran
11.1 Bendera - Hiasan kelas RM 61.00

11.2 Hadiah
a. Pertandingan Hias Kelas RM 30.00
( RM 30 x 1 Tempat Pertama )

b. Pertandingan Fesyen Merdeka (Kategori Murid) RM147.00


( RM 7 x 7 Tempat Pertama )
( RM 7 x 7 Tempat Kedua )
( RM 7 x 7 Tempat Ketiga )

c. Pertandingan Nyanyian Lagu Merdeka (Kategori Murid) RM 42.00

( RM 7 x 2 Tempat Pertama )
( RM 7 x 2 Tempat Kedua )
( RM 7 x 2 Tempat Ketiga )

d. Pertandingan Tarik Tali Kemerdekaan RM 280.00

( RM 5 x 14 Tempat Pertama )
( RM 5 x 14 Tempat Kedua )
( RM 5 x 14 Tempat Ketiga )
( RM 5 x 14 Tempat Keempat )

e. Pertandingan Gambar Tersembunyi RM 15.00

( RM 6 x 1 Tempat Pertama )
( RM 5 x 1 Tempat Kedua )
( RM 4 x 1 Tempat Ketiga )

f. Pertandingan Mewarna RM 15.00

( RM 6 x 1 Tempat Pertama )
( RM 5 x 1 Tempat Kedua )
( RM 4 x 1 Tempat Ketiga )

g. Pertandingan Kolaj Bendera Malaysia


RM 30.00
( RM 6 x 2 Tempat Pertama )
( RM 5 x 2 Tempat Kedua )
( RM 4 x 2 Tempat Ketiga )

h. Pertandingan Rekacipta Bendera Malaysia


( RM 6 x 2 Tempat Pertama ) RM 30.00
( RM 5 x 2 Tempat Kedua )
( RM 4 x 2 Tempat Ketiga )
JUMLAH BESAR RM 650.00

12.0 PENUTUP

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan, Pendidikan Khas SK Jalan U3 ini memerlukan kerjasama dan komitmen
daripada semua pihak bagi meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah
yang positif. Program ini diharapkan dapat mempertingkatkan lagi semangat patriotism dan cinta akan Malaysia.

Disediakan oleh Disahkan oleh

.
( ILYANA SARI BINTI RIDZWAN ) ( HAJAH NAFISAH BINTI SALLEH )
Penyelaras Program Guru Besar
Sambulan Bulan Kemerdekaan, Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Jalan U3

Anda mungkin juga menyukai