Anda di halaman 1dari 4

1.

0 NAMA SEKOLAH

: SMK Ampang Pecah (BESTARI), Jalan Hamzah, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor Darul Ehsan.

2.0 PENYELIDIK 3.0 TAJUK KAJIAN

: Panitia Pendidikan Khas : Bahasa Isyarat : Masalah Komunikasi antara guru dan pelajar pekak (BD) dalam kelas Amanah.

4.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN : Sebagai guru yang mengajar di kelas integrasi Pendidikan Khas, saya merasa sedikit terkilan kerana tidak berupaya untuk mengajar pelajar yang baru masuk ke kelas Amanah bersungguh-sungguh seperti biasa. Masalah yang saya hadapi di sini adalah pelajar ini tergolong dalam kategori bermasalah pendengaran, dan saya pula tidak menguasai bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan mereka terutamanya ketika semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Semua guru yang ditempatkan di kelas integrasi ini merupakan guru Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran. Hanya terdapat 2 orang daripada 7 orang guru Pendidikan Khas yang pernah mengikuti kursus Bahasa Isyarat jangka pendek, namun sudah lama ti dak dipraktikkan. Antara usaha yang pernah dilakukan adalah guru Pendidikan Khas yang tidak pernah menghadiri mana-mana kursus adalah seperti belajar Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) daripada buku-buku kod tangan, belajar sesetengah perkataan/istilah penting contohnya, kod untuk ke tandas, boleh faham ke tidak?, sudah siap? dan buka buku. Antara masalah yang telah dikenal pasti adalah bahasa isyarat yang sering digunakan kalangan pelajar pekak sendiri mempunyai dua versi iaitu KTBM dan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM). Pelajar ini akan menggunakan kedua-dua kod tangan ini untuk menampung perbendaharaan kata yang tidak dikuasai untuk melengkapi apa yang ingin mereka sampaikan. Ini akan menyebabkan guru Pendidikan Khas mengalami kekeliruan dan memahami apa yang ingin disampaikan oleh pelajar berkenaan. Selain
1

itu, pergerakan tangan semasa mereka menggunakan bahasa isyarat tidak diisyaratkan dengan betul. Oleh demikian, guru dan pelajar lain yang berada di dalam Kelas Amanah sukar mengagak apa yang ingin mereka sampaikan. 5.0 ISU/KEPERHATIAN (FOKUS KAJIAN) : Fokus kajian lebih menumpukan kepada guru Pendidikan khas bagi menguasai asas bahasa isyarat KTBM dalam tempoh 6 bulan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di Kelas Amanah. Di kalangan guru perlu mengadakan kursus/bengkel dalaman atau anjuran dari Unit Pendidikan Khas, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor untuk mempelajari bahasa isyarat KTBM secara praktikalnya. 6.0 OBJEKTIF KAJIAN 6.1 OBJEKTIF AM : Kajian ini dijalankan untuk merungkaikan permasalahan yang dihadapi oleh guru Pendidikan Khas bagi menguasai asas bahasa isyarat iaitu KTBM untuk memudahkan interaksi yang berlaku dengan pelajar kategori pekak. 6.2 OBJEKTIF KHUSUS : Guru Pendidikan Khas dapat menguasai bahasa isyarat KTBM secara asasnya Membolehkan guru menyampaikan pengajaran lebih berkesan kepada pelajar kategori bermasalah pekak 7.0 KUMPULAN SASARAN : Guru Pendidikan Khas, SMK Ampang Pecah 8.0 PELAKSANAAN KAJIAN 8.1 TINJAUAN MASALAH Pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, ujian pra dan ujian pos. 8.1.1 Pemerhatian

Saya telah menjalankan pemerhatian ke atas pelajar yang bermasalah pendengaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung bagi subjek Matematik, Pendidikan Islam, Sains dan Geografi. Kelihatan pelajar ini lambat mengambil tindakan bila disuruh oleh guru. Ini kerana guru menyampaikan pengajaran dan memberikan arahan tidak menggunakan sebarang bahasa isyarat. 8.1.2 Ujian Pra dan Pos Ujian Pra yang mengambil kira Ujian bulanan Mac dilakukan oleh guru kepada pelajar bermasalah ini mendapati markah pencapaian mereka kurang memuaskan. Jika dibandingkan dengan Ujian bulanan Ogos iaitu dijadikan sebagai Ujian Pos, di mana pencapaian mereka lebih memuaskan. Saya membandingkan antara ujian bulanan yang telah diadakan kerana dalam ujian bulanan hanya beberapa bab pengajaran setiap subjek diuji, maka secara kesimpulannya kedua-dua ujian ini mempunyai keseimbangan. Mana kala bagi guru pula, sebelum ujian bulan Mac berlangsung mereka hanya menggunakan bahan bantu mengajar untuk mengajar pelajar ini dan langsung tidak menggunakan bahasa isyarat. Namun bagi, ujian bulanan Ogos guru menggunakan bahasa isyarat sebagai tambahan kepada bahan bantu mengajar mereka. 8.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH 8.2.1 Analisis pemerhatian

8.2.2 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos 8.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 8.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN 8.5 REFLEKSI KAJIAN 9.0 CADANGAN KAJIAN UNTUK SETERUSNYA BIBLIOGRAFI
3

8.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN : Menghadiri kursus bahasa isyarat Ujian praktikal pada pelajar PPKI (untuk menguji tahap penguasaan)

9.0 BAHAN YANG DICADANGKAN : Buku Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) setiap guru dan staf PPKI 10.0 JADUAL PELAKSANAAN : Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Aktiviti Menulis Proposal Aktiviti Kajian Tindakan Menghantar Proposal Kursus Dalaman Kursus Bahasa Isyarat KTBM guru Kursus Bahasa Isyarat KTBM pelajar Ujian Bahasa Isyarat pelajar Pelaksanaan sepenuhnya dalam kelas Tarikh 18/2/2012 23/2/2012 Mac 2012 April 2012 April 2012 Jun 2012 Ogos 2012

11.0 KOS KAJIAN : Ditanggung oleh Panitia Pendidikan Khas

Anda mungkin juga menyukai