Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

BULAN PANITIA
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

TARIKH :
3 HINGGA 31 JULAI 2023

ANJURAN :
PANITIA
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
SK RINCHING HILIR
BULAN PANITIA
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

KERTAS CADANGAN BULAN PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 2023

1. PENDAHULUAN

Bertemakan ‘Fantasi Atmosfera STEM’ ini dianjurkan oleh Panitia Reka Bentuk dan
Teknologi merupakan satu program tahunan yang dikendalikan oleh Panitia Reka Bentuk dan
Teknologi SK Rinching Hilir, Bangi. Aktiviti ini juga adalah sebagai satu langkah untuk
mengukuhkan pengetahuan murid dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi yang
telah dilaksanakan dalam bilik darjah. Disamping itu, dengan adanya aktiviti ini dapat
memupuk minat murid murid terhadap pembelajaran berasaskan projek aplikasi ICT dan
teknologi bermanfaat tersebut ke dalam kehidupan seharian.

2. MATLAMAT
2.1 Membuka peluang menimba ilmu Reka Bentuk dan Teknologi melalui

pertandingan dan permainan.

2.2 Melatih murid-murid mencari informasi berguna semasa terlibat dalam aktiviti

yang dianjurkan.

2.3 Untuk melahirkan murid-murid yang kompetan dalam bidang Sains dan

Teknologi, Inovatif dan Kreatif selaras dengan hasrat PIPP, teras kedua iaitu

melahirkan modal insan yang berdaya saing tinggi.

2.4 Melahirkan murid-murid yang bersatu padu dan saling bekerjasama dalam

menghasilkan projek Reka Bentuk dan Teknologi secara kreatif dan inovatif.

2
3. OBJEKTIF

3.1 Melahirkan murid berkebolehan asas kendiri dan celik ICT


3.2 Memupuk minat murid terhadap pengaplikasian projek ICT
3.3 Menambahkan ilmu pengetahuan murid dalam penggunaan teknologi terkini.
3.4 Menarik minat pelajar untuk mempelajari dan mendalami ilmu komputasional
(bahasa pengaturcaraan).

4. SASARAN

Semua murid Tahun 4 hingga tahun 6 Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir.

5. SENARAI AKTIVITI YANG DIJALANKAN

BIL AKTIVITI / PERTANDINGAN MURID GURU TERLIBAT


1 Imaginasi Animasi Tahun 4 Pn. Noraisyah Bt
Nasarudin
2 Kipas Ajaib Tahun 5 En.Zulkifli B Zainal Abidin

3 Superhero Gajet Tahun 6 Pn. Noraisyah Bt


Nasarudin

6. BUTIRAN PERLAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 3 hingga 31 Julai 2023


Tempat : SK Rinching Hilir

BIL TARIKH AKTIVITI / LOKASI TINDAKAN


PERTANDINGAN

1. 3.7.2023  Pelancaran Dataran  Pn. Noraisyah Bt


ISNIN Bulan Semarak Ilmu Nasarudin
Panitia ( Ketua Panitia )
7.30 – 8.00 RBT(STEM
pagi )
3
 Imaginasi Kelas Tahun 4  Pn. Noraisyah Bt
2. 3.7.2023 Animasi
– Kelas Nasarudin
7.7.2023 ( Waktu PdPc )

( ISNIN –
JUMAAT )

3. 9.7.2023  Kipas Ajaib Kelas Tahun 5  En. Zulkifli B Zainal


– Aidin
13.7.2023 Kelas
( Waktu PdPc )
( ISNIN –
JUMAAT )

16.7.2023  Superhero Kelas Tahun 6  Pn. Noraisyah Bt


4. – Gajet Nasarudin
20.7.2023 Kelas
( Waktu PdPc )
( ISNIN –
JUMAAT )

7. JAWATANKUASA KERJA

Jawatankuasa Induk
Pengerusi        : Guru Besar
Timbalan Pengerusi : Pn. Nor Haezlin binti Pawanteh
( PK Pentadbiran )

Naib Pengerusi 1 :Pn. Noriani binti Mat Zin


                                          ( PK Hal Ehwal Murid )

Naib Pengerusi 2  : En. Megat Ismail bin Megat Zakaria


( PK Kokurikulum )
                                               
Penyelaras         : Pn. Noraisyah Binti Nasarudin
                                      (Ketua Panitia RBT)

Setiausaha           : Setiausaha Panitia RBT

AJK : Encik Fauzan bin Che Hasim


(Ketua Panitia Matematik)

Encik Zaharudin bin Zakaria


(Ketua Panitia Sains)

4
JAWATANKUASA PELAKSANA

Gimik Pelancaran : En. Zaharudin bin Zakaria


Pn. Syarifah Noraini binti Syed Ali

Juru Acara : Pn. Ezlewani binti Alihan


Buku Program : En. Mohd Zaidi bin AB Manaf
Pn. Noor Hafidzah binti Shamsuddin

Bunting : Pn. Noraisyah binti Nasaruddin


Hadiah : Pn. Siti Ramlah binti Senapi
Pn. Nor Amani binti Mohd Zin
En.Zulkifli bin Zainal Abidin

Jurufoto : Encik Fauzan bin Che Hasim


Dokumentasi : Pn. Noraisyah binti Nasarudin

8. IMPLIKASI KEWANGAN
8.1 Perbelanjaan Bulan Panitia RBT 2023
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH
1. Tahun 4
Tempat Pertama RM20.00 x 3 = RM 60.00
Tempat Kedua RM15.00 x 3 = RM 45.00 RM 135.00
Tempat Ketiga RM10.00 x 3 = RM 30.00
2. Tahun 5
Tempat Pertama RM20.00 x 3 = RM 60.00
Tempat Kedua RM15.00 x 3 = RM 45.00 RM 135.00
Tempat Ketiga RM10.00 x 3 = RM 30.00
3. Tahun 6
Tempat Pertama RM20.00 x 3 = RM 60.00 RM 135.00
Tempat Kedua RM15.00 x 3 = RM 45.00
Tempat Ketiga RM10.00 x 3 = RM 30.00
4. Perbelanjaan Runcit RM40.00 x 3 = RM120.00 RM 120.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 525.00

5
9. SUMBER KEWANGAN

9.1 PCG Panitia Reka Bentuk dan Teknologi RM 1258.00


Perbelanjaan bulan Panitia RBT 2023 - RM 525.00
9.2 Jumlah baki selepas perbelanjaan RM 733.00

10. PENUTUP

Diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan


mendapat kerjasama yang padu dari semua guru serta mencapai objektif
yang telah ditetapkan untuk kecemerlangan murid.

Disediakan oleh;

……………………………………………

( NORAISYAH BT NASARUDIN )
Penyelaras Bulan Panitia
Reka Bentuk dan Teknologi,
SK Rinching Hilir, Bangi
Tarikh :19 Jun 2023

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan kertas cadangan Bulan Panitia RBT 2023

atau

Tidak meluluskan kertas cadangan Bulan Panitia RBT 2023

Ulasan :
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………

_____________________________
( NOR HAEZLIN BINTI PAWANTEH )
Penolong Kanan Pentadbiran
SK Rinching Hilir, Bangi

Tarikh : 6

LAMPIRAN :
PELAKSANAAN AKTIVITI BULAN PANITIA
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 2023

Darjah Pelaksanaan Aktiviti


Tahun 4 Imaginasi Animasi
 Murid menyediakan bahan dan alatan.
- Kotak, penebuk lubang, kertas warna
 Murid membina replika anime mengikut kreativiti masing-
masing dengan mengambil kira kekemasan dan keunikan
anime ciptaan mereka.
 Anime ciptaan akan dinilai dan diberikan markah sebagai
pencapaian di peringkat sekolah.
 Pembentangan hasil projek adalah dalam dwi bahasa.
 Anime ciptaan yang paling unik dan menarik dikira sebagai
pemenang dan akan menerima hadiah di akhir bulan
panitia ini.
Tahun 5 Kipas Ajaib
 Murid membina kipas menggunakan kotak dan bilah kipas
plastik.
 Murid menguji kipas tersebut dengan beberapa aspek
kelajuan putaran dan kefungsian yang diuji semasa ujian
kefungsian.
 Sesi pembentangan adalah dalam dwi bahasa.
 Kipas Ajaib yang unik dan kemas diambil sebagai
pemenang dan akan memperoleh sijil pencapaian di
peringkat sekolah.
Tahun 6 Superhero Gajet
 Murid menyediakan bahan dan alatan.
- Kotak, botol, kadbod, mikrobit, pita pelekat
 Murid membina sebuah gajet menggunakan bahan yang
telah disediakan.
 Murid menguji gajet tersebut dan melihat kefungsian gajet
ciptaan mereka berdasarkan karakter superhero pilihan.
 Superhero Gajet yang kemas dan bahasa pengaturcaraan
yang tepat dikira sebagai pemenang.
 Semua murid tahun 6 akan menerima sijil pencapaian di
peringkat sekolah selepas sesi pembentangan.
 Sesi pembentangan adalah dalam dwi bahasa.

Anda mungkin juga menyukai