Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TRIANG 3

28200 BERA
PAHANG DARUL MAKMUR

KERTAS CADANGAN PROGRAM


PEMBANGUNAN BOLA TAMPAR
TAHUN 2023
Ruj Kami : SMKT3.600-3/1/1(01)
Tarikh : 03/07/2023

KERTAS CADANGAN

NAMA PROGRAM / AKTIVITI :

PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA TAMPAR


TAHUN 2023
YBrs. PENGETUA SMK TRIANG 3

1. TAJUK KERTAS CADANGAN

PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA TAMPAR

2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Sukan bola tampar adalah salah satu sukan yang berpotensi untuk dibangunkan
sebagai sukan untuk kecemerlang diperingkat MSSD. Bagaimana pun sekolah ini
kekurangan bakat muda bagi sukan ini terutamanya bagi peringkat umur bawah 18
tahun lelaki dan perempuan. Pencapaian yang cemerlang boleh dicapai seandai usaha
pembangunan bola tampar dijalankan diperingkat sekolah lagi. Menyedari keperluan ini
pihak sekolah berinisiatif menganjurkan kejohanan mini bola tampar. Kejohanan ini
terdiri daripada 18 pemain kesemuanya di mana 6 orang akan bermain dan 2 orang lagi
adalah pemain simpanan.

3. Objektif

3.1 Medan bagi memilih peserta yang berbakat untuk mewakili sekolah ke
pertandingan MSSD Bera dan seterusnya ke peringkat lebih tinggi pada tahun 2023 ini.

3.2 Menyemarakan persaingan yang sihat di kalangan peserta atau pasukan yang
bertanding.

3.3 Mencapai kecemerlangan dalam pertandingan peringkat MSSD Bera.

3.4 Memberi pengalaman bertanding kepada peserta agar tidak lagi mengalami
masalah ketika pertandingan yang lebih besar.
4. KUMPULAN SASAR

Melibatkan semua pelajar SMK Triang 3

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


Program ini akan dijalankan pada 10 – 12 Julai 2023 mengikut jadual berikut:

Tarikh Aktiviti Masa Tindakan


10.07.23 Pertandingan antara PN. NORAINI BINTI
ISNIN kumpulan YUSOF
11.07.2023 EN. SAHRUNIZAM BIN
Separuh akhir 4.00 – 6.00 ABDUL TALIB
SELASA
PETANG EN. AHMAD RUSDI BIN
12.07.23 ENDUT
RABU Akhir PN. NORMAWATI BINTI
SAARI

6. JAWATANKUASA KERJA
Pengerusi : En. Sarudin bin Kasiman (Pengetua SMK Triang 3)
Naib Pengerusi 1 : Pn Nik Mahran binti Nik Mohamad ( PK Pentadbiran )
Naib Pengerusi 2 : En Zuhari bin Mohamad ( PK HEM )
Naib Pengerusi 3 : En. Mohd Khairudin bin Md Lazim ( PK Kokurikulum )
Setiausaha : Pn Rosazini binti Che Rosli (Su Kokurikulum)
Penyelaras Program : Pn Noraini binti Yusof (Pengurus Bola Tampar )

7. IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 SUMBER KEWANGAN

Yuran Khas Sekolah (YKS)

7.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci


Butiran perbelanjaan adalah seperti berikut :
Johan RM 80 x2 RM 160
Hamper alat tulis
Naid johan RM 70 x2 RM 140
Hamper alat tulis
Tempat ke tiga RM 50 x2 RM 100
Hamper alat tulis
saguhati RM 30 x4 RM 120
Hamper alat tulis
Sijil peserta RM 0.50 x 80 RM 40

Air mineral RM 20 x 4 RM 80

JUMLAH RM 640

7.3 Lampiran kelulusan pindah peruntukan


8. ULASAN JPN/PPD (sekiranya ada)
Tiada

9. PENUTUP
Dengan terlaksananya pertandingan mini ini maka pihak sekolah akan mempunyai
pemain yang cukup dan mempunyai pengalaman sedia ada bagi menghadapi
pertandingan bola tampar peringkat MSSD yang akan diadakan oleh Pejabat Pelajaran
Daerah. Segala usaha yang dilakukan pastinya akan berjaya dengan adanya usaha
dan sokongan dari pihak pentadbir bagi memajukan lagi sukan bola tampar ini.
Sekian dan terima kasih.
Disediakan oleh: Disemak oleh:

NORAINI BINTI YUSOF EN. MOHD KHAIRUDIN BIN MD LAZIM


Pengurus Bola Tampar GPK Kokurikulum
SMK Triang 3 SMK Triang 3
Tarikh: 03 Julai 2023 Tarikh: 03 Julai 2023
Ruj Kami : SMKT3.600-3/1/1(01)
Tarikh : 03/07/2023

KERTAS CADANGAN (PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA TAMPAR


TAHUN 2023)
______________________________________________________________________

KEPUTUSAN PENGURUSAN SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan


PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA TAMPAR
TAHUN 2023
Atau

Tidak Meluluskan Kertas Cadangan

PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA TAMPAR


TAHUN 2023
Ulasan:

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

SARUDIN BIN KASIMAN


Pengetua
SMK Triang 3

Anda mungkin juga menyukai