Anda di halaman 1dari 5

Pn.

Roslida Binti Hassan,


Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Syed Mashor,
44300 Batang Kali,
Selangor Darul Ehsan.

Tarikh: 14 September 2023

Tn. Hj. Azman bin Hj. Abdul Jamal,


Yang DiPertua PIBG,
SMK Syed Mashor,
44300 Batang Kali,
Selangor Darul Ehsan.

Melalui,

Pengetua,
SMK Syed Mashor,
44300 Batang Kali,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK PASUKAN BOLA SEPAK U15 SMK SYED MASHOR

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, Pasukan Bola Sepak SMK Syed Mashor (SMKSM) merupakan
Johan Kejohanan Bola Sepak MSSD Hulu Selangor peringkat bawah 15 tahun (U15/B15). Maka
Dengan itu melayakkan Pasukan SMKSM U15 menyertai Pertandingan Bola Sepak Piala Datuk
Mokhtar Dahari. Pasukan bola sepak kami sedang giat mengumpul sumbangan kewangan dari
pelbagai pihak bagi tujuan menampung kos latihan pusat dan kos semasa pertandingan.

3. Sehubungan itu, diharapkan pihak tuan dapat memberi kebenaran supaya segala
sumbangan kewangan disalurkan ke akaun PIBG SMK Syed Mashor, bagi memudahkan urusan
sebelum dan semasa pertandingan.

4. Berikut disertakan butiran tentang pasukan dan juga pertandingan yang akan disertai:

Pertandingan : Pertandingan Bolasepak Piala Datuk Mokhtar Dahari 2023

Kategori : Bawah 15

Tarikh Pemilihan : 25 September – 6 Oktober 2023 (3:00pm – 6:00pm)


& Latihan Pusat

Tempat : Padang SMK Syed Mashor

Tarikh Pertandingan : 10 Oktober - 1 November 2023

Tempat Pertandingan : SMK Syed Mashor, MRSM Sg. Besar, SBPI Rawang dan SMK Pengkalan

Permatang.

Jumlah Pemain : 23 pemain

Jumlah Pegawai : 6 orang pegawai


5. Di sini juga disertakan senarai anggaran perbelanjaan pasukan sepanjang latihan pusat dan juga
semasa pertandingan untuk makluman pihak tuan:

A). Pemilihan dan Latihan pusat (25 September – 6 Oktober2023) 3:00PM-6:00PM

BIL. PERKARA ANGGARAN KOS (RM)


1. Air Minuman RM 15.00 x 2 kotak x 10 hari = RM 300
(1 kotak/24 Botol)
2. Ais RM 4 x 10 hari = RM 40

JUMLAH RM 340.00

B). Pertandingan Bolasepak Piala Datuk Mokhtar Dahari 2023 (10 Oktober –1 November 2023)

BIL. PERKARA ANGGARAN KOS (RM)


1. Makanan pemain RM 13.00 x 23 pemain x 4 perlawanan = RM 1196

2. Ais RM 4 x 4 perlawanan x 4 bungkus = RM64

3. Air minuman RM 7 (1 kotak) x 4 perlawanan x 8 kotak = RM 224

4. Perkhidmatan Ambulan, RM80/jam x 2 Jam x 4 perlawanan = RM640


Medik dan Kecemasan
5. Perbelanjaan Luar jangka / RM100
(Yuran pendaftaran pertandingan, tol,
petrol dan lain-lain perbelanjaan.
JUMLAH RM 2224.00

6. Sebarang pertanyaan dan maklmat lanjut boleh berhubung dengan Pn. Roslida Binti Hassan di
talian 019-9840525.

Kerjasama yang diberikan sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan amanah,

…………………………………………

(Pn. Roslida Binti Hassan)


Penolong Kanan Kokurikulum,
SMK Syed Mashor.

LAMPIRAN 1
SENARAI PEMAIN BAWAH 15 TAHUN

Bil Nama Kelas


1 MUHAMAD ADLAN IZZUDIN 1 DAYLILY
2 MUHAMMAD AISY AFIF BIN SHAMSUL FIKRI 1 DAYLILY
3 MOHAMAD AIMAN SYAZLAN 2 CLOVER
4 MUHAMMAD SYAMIL THAQIF 2 COSMOS
5 MUHAMMAD ZIKRY ZALMAN 2 DAFFODIL
6 ALIF RAYYAN BIN RADIN ISKANDAR 2 COSMOS
7 MUNESH RAJ A/L RAJAGOPAL 2 DAYLILY
8 DANISH SYAZWI ILAHI 2 CLOVER
9 HARITH DANISH BIN JEFRI 2 DAYLILY
10 MUHAMMAD ZAFRAN BIN MOHAMAD NAYAN 3 CLEOME
11 MUHAMAD SYAFIQ IZZAT BIN SALMAN 3 CAMELIA
12 AZFA AIRIEL BIN MOHD FAZLI 3 DAISY
13 MUHAMMAD NAUFAL ADAM BIN NORAZRIL 3 COSMOS
14 MUHAMMAD HAZIQ HAQEEMI BIN MOHTHAR 3 CLOVER
15 MUHAMMAD FARHAAN HAIKAL 3 DAYLILY
16 MIOR SHAHDAN BIN MIOR SHARIFUDDIN 3 DARMERA
17 MUHAMMAD AARON AZEEM 3 DAFFODIL
18 MUHAMMAD HADIF BIN HARASHID 3 DAFFODIL
19 KHUZAIDY BIN KADIR 3 DAYLILY
20 MOHAMAD HASIF BIN MOHAMAD ALI 3 CLEOME
21 SUTHARSHANAN A/L MAILVAGANAM 3 CALENDULA
22 ALIF HIDAYAT 3 DAISY
23 MUHAMAD ADLAN IZZUDIN 1 DAYLILY

LAMPIRAN 2
JADUAL LATIHAN & PEMILIHAN (25 September – 7 Oktober 2023)

TARIKH AKTIVITI LATIHAN


25/9/2023 - ‘Warming up’ / ‘Cooling Down’
3:00PM-6:00PM - Latihan Kecergasan
- Latihan menahan dan menghantar bola.
- Permainan Kecil.

26/9/2023 - Kecergasan Fizikal.


3:00PM-6:00PM - Teknik sepakan asas / kawalan bola.
- Teknik Menyerkap bola / hantaran leret.
- Permainan Kecil

27/9/2023 -Kecergasan Fizikal.


3:00PM-6:00PM - Latihan hantaran tepat.
- Latihan variasi sepak bola / hantaran jauh.
- Latihan mengelecek / merebut bola.

28/9/2023 - Kecergasan Fizikal..


3:00PM-6:00PM - Latihan Menghantar / menerima bola / Latihan Intensif penjaga gol.
- Latihan Khusus ikut posisi pemain.

29/9/2023 -Kecergasan Fizikal.


3:00PM-6:00PM - Latihan menghantar / menerima / mengelecek pemain lawan.
- Latihan Variasi Jaringan Gol / Penjaga Gol / Tendangan sudut.

2/10/2023 -Kecergasan Fizikal.


3:00PM-6:00PM - Latihan menghantar / menerima / mengelecek pemain lawan.
- Latihan Variasi Jaringan Gol / Penjaga Gol. Tendangan sudut

4/10/2023 - Latihan menghantar / menerima / mengelecek pemain lawan.


3:00PM-6:00PM - Latihan Variasi Jaringan / Tendangan penalty / Tendangan sudut.

5/10/2023 -Latihan kemahiran mengawal lawan / menutup ruang gol.


3:00PM-6:00PM - Permainan Kecil
- Penilaian pemain / pemilihan pemain utama.

6/10/2023 - Permainan Kecil


3:00PM-6:00PM - Penilaian pemain / pemilihan pemain utama.

7/10/2023 - Permainan Kecil


3:00PM-6:00PM - Penilaian pemain / pemilihan pemain utama.

LAMPIRAN 3
JADUAL PERLAWANAN
(10 Oktober – 1 November 2023)

PERLAWANAN 1 (KUMP F) (F4) SYED MASHOR VS SBPI RAWANG (F2)

PERLAWANAN 2 (KUMP F) (F1) MRSM SUNGAI BESAR VS SYED MASHOR (F4)

PERLAWANAN 2 (KUMP F) (F3) SMK PENGKALAN PERMATANNG VS SYED MASHOR (F4)

SEPARUH AKHIR JOHAN A VS NAIB JOHAN B


JOHAN B VS NAIB JOHAN A

TEMPAT KE -3 DAN KE -4 JA/NJB VS JB/NJA


PASUKAN KALAH VS PASUKAN KALAH SEPARUH AKHIR
BAGI MENENTUKAN TEMPAT KE-3/4

FINAL
JA/NJB VS JB/NJA
PASUKAN MENANG VS PASUKAN MENANG SEPARUH AKHIR
BAGI MENENTUKAN JUARA

Anda mungkin juga menyukai