Anda di halaman 1dari 11

KEJOHANAN BOLA SEPAK

7 SEBELAH

ANJURAN :

SK BIDOR 2
DAN
KRT KG SIMPANG TIGA / KG DATO KAMARUDIN BIDOR

TARIKH :

21 JULAI 2018
MASA:
9.00 – 6.00 PETANG

HARI :
SABTU

TEMPAT :

PADANG BOLA SEPAK SK BIDOR 2


PENGENALAN

Pertandingan Bola Sepak 7 sebelah anjuran bersama antara Sk Bidor 2 dengan KRT Kg Simpang Tiga /
Kg Dato kamarudin merupakan acara tahunan yang mempunyai matlamat dan sasaran yang tertentu
bagi mengeratkan hubungan yang lebih erat antara guru-guru ,murid-murid dan ibu bapa yang terlibat.

MATLAMAT

1. Memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta.

2. Membentuk sikap dan amalan positif dikalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi.

OBJEKTIF

i. Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai

sesebuah pertandingan.
ii. Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri

dalam sesebuah kumpulan.


iii. Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab

dalam sesebuah pasukan..


iv. Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
iv. Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-

strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.


v. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan

sosial.

SASARAN

Sekolah sekitar Daerah Batang Padang

TARIKH
21 Julai 2018
AHLI JAWATANKUASA

Penasihat
Habsah Bt Bujang
Guru Besar

Pengerusi 1
Ahmad Basri bin Mohamad
Pengerusi KRT

Pengerusi 2

Penolong Kanan Kokurikulum SKB2

Penyelaras
En Hasbullah Bin Rijat@Hijat
Penolong Setiausaha KRT

Setiausaha
En Ruzaini Hisyam Bin Daud (SKB2)
En. Mohd Shahril Nizam Bin Sulaiman (KRT)

Bendahari
En. Farul Rafik Bin Abdull Rahman (SKB2)
En Mohd Nazmi Bin Mustafa (KRT)

Teknikal / Persiapan padang Siaraya

En Farul Rafiq Bin Abdul Rahman Encik Khairul Afhan


En Saiful Azmi Bin Mohamad En Ahmad Adli Bin Muhammad

Persiapan Tempat

Pendaftaran En Govind
En Amir Bin Aris En Izzuddin Bin Malek

Dokumentasi

En Md Daud Bin Busri


ANGGARAN PERBELANJAAN
SUKAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH
SKB2 & KRT

PERBELANJAAN
BIL SENARAI BARANG KUANTITI JUMLAH HARGA
01 MINUMAN 32 kotak X RM 20.00 RM 640.00
02 HANGING MEDAL JOHAN 12 SET X RM 10.00 RM 120.00
03 HANGING MEDAL KEDUA 12 SET X RM 10.00 RM 120.00
04 HANGING MEDAL KETIGA 12 SET X RM 10.00 RM 120.00
05 HANGING MEDAL KEEMPAT 12 SET X RM 10.00 RM 120.00
06 HADIAH PENJARING TERBANYAK RM100 RM100.00
07 HADIAH PEMAIN TERBAIK RM100 RM100.00
08 PENGADIL RM150 X 10 ORANG RM1500.00
09 MAKAN MINUM PENGADIL RM15 X 10 ORANG RM150.00
10 MAKAN MINUM PEGAWAI RM15 X 10 RM150.00
11 PEMBANTU PADANG (MURID) RM15 X 10 RM15O.00
12 BOLA SEPAK RM150 X 4 RM600
13 BIP BOLA SEPAK 2 SET X RM150 RM300.00
14 SIJIL 192 X RM 1.30 RM 250.00
15 MINYAK HITAM RM200 RM200.00
16 LAIN-LAIN RM200 RM200.00
JUMLAH RM 4820.00

SUMBER KEWANGAN
1 YURAN RM50 X 16 PASUKAN RM 800.00
2 SUMBANGAN LUAR
PERATURAN PERTANDINGAN

KEJOHANAN BOLASEPAK 7 SEBELAH

ANJURAN SK BIDOR 2 & KRT KG SIMPANG TIGA / KG DATO KAMARUDIN

2018

1.0 NAMA PERTANDINGAN


1.1 Pertandingan ini dinamakan KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH Peringkat Umur Bawah
11 Tahun.

2.0 PENGANJURAN
2.1 Pertandingan ini dianjurkan oleh SK BIDOR 2 & KRT KG SIMPANG TIGA / KG DATO

KAMARUDIN

3.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN


4.1 Selain dari peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini dijalankan mengikut undang-
undang permainan bola sepak sebagaimana yang telah ditetapkan oleh FIFA berkuatkuasa
sekarang.

4.2 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan
seperti berikut:

4.2.1 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada keputusan


Jawatankuasa Pengelola Pertandingan berpandukan Undang-Undang FIFA.

4.2.2 Jawatankuasa Pengelola berhak meminda peraturan sedia ada atau mengadakan
peraturan tambahan selaras dengan matlamat penganjuran.

4.3 Sebarang keputusan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan adalah
muktamad.

4.0 PENDAFTARAN PASUKAN DAN PEMAIN


4.1 Rujuk Peraturan AM (3) MSS Perak.
4.2 Pertandingan ini dibuka kepada semua sekolah dalam Daerah Batang Padang & Muallim.
5.3Setiap pasukan hanya boleh mendaftar satu pasukan bagi setiap kategori sahaja.

5.0 KELAYAKAN PEMAIN


5.1Seorang pemain terdiri dari pelajar sekolah yang berdaftar di sekolah masing-masing.

5.2Seorang pemain hanya layak untuk didaftarkan bagi satu pasukan sahaja.
5.3 Setiap pemain perlu menunjukkan bukti dokumen kepada Jawatankuasa Pertandingan dan
Status seperti berikut:

5.3.1 Pemain mesti mengemukakan salinan Surat Beranak serta Borang Pendaftaran R01
yang lengkap dan disahkan oleh pentadbir sekolah.

5.4 Kelayakan umur pemain adalah seperti berikut:

5.4.1 : Lahir pada atau selepas 1 Januari 2007

5.5 Sebarang pertelingkahan atas hak atau status pemain ke atas mana-mana pemain akan
diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan keputusan adalah muktamad.

6.0 PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI PASUKAN


6.1Pendaftaran Pemain

6.1.1 Setiap pasukan hendaklah mendaftar minimum 10 orang pemain sahaja dan
maksimum pemain adalah 12 orang sahaja.

6.1.2 Setiap pemain mesti mendaftar dalam Borang Pendaftaran Pasukan (R02). Hanya
pemain yang berdaftar sahaja boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

6.2 Pendaftaran Pegawai

6.2.1 Setiap pegawai pasukan hendaklah terdiri daripada pegawai yang berkhidmat di
Kementerian Pendidikan Malaysia yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah, PPD
atau JPN dan mesti mendaftar dalam Borang Pendaftaran Pasukan (R02).

6.3 Borang Pendaftaran R01 dan R02 (SR).

6.3.1 Semua borang pendaftaran hendaklah disahkan oleh Guru Besar/Pengetua atau
Penolong Kanan sekolah berkenaan.

6.4Borang Pendaftaran R01 dan R02 beserta yuran penyertaan hendaklah diserahkan kepada

pengerusi pengelola pertandingan pada hari pertandingan.

7.0 FORMAT PERTANDINGAN

7.1 Rujuk Peraturan AM (10) MSS Perak.

7.2Peraturan permainan liga digunakan seperti ketetapan berikut:

7.2.1 Pemberian Mata

7.2.1.1 Menang : 3 mata

7.2.1.2 Seri : 1 mata

7.2.1.3 Kalah : 0 mata

7.2.2 Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain atau tidak datang atau melapor diri
lewat dari 15 minit selepas waktu pertandingan yang diistiharkan dalam Jadual
Pertandingan, maka pasukan yang hadir dengan cukup bilangan pemain iaitu 11
orang pemain akan diberikan kemenangan percuma dengan perolehi 3 mata dan
jaringan 3 - 0.

7.2.3 Penarikan diri mana-mana pasukan semasa kejohanan sedang berlangsung adalah
tidak dibenarkan. Jika terdapat pasukan menarik diri daripada mengambil bahagian
dalam siri perlawanan ini, dengan apa sebab sekalipun, mata dan jaringan gol yang
masuk atau kena dalam semua perlawanan yang dimainkan olehnya tidak diambil
kira. Mana-mana pasukan yang enggan bermain atau tidak meneruskan permainan
boleh diambil tindakan tatatertib oleh MSSD Batang Padang & Muallim

7.2.4 Setelah selesai semua perlawanan liga, dua pasukan yang teratas akan layak masuk
pertandingan peringkat Suku Akhir. Jika ada dua atau lebih pasukan dalam kumpulan
tersebut telah mengutip jumlah mata yang sama, maka penentuan mengikut hieraki
berikut:

7.2.4.1 perbezaan gol.

7.2.4.2 jumlah jaringan.

7.2.4.3 pasukan yang pernah mengalahkan lawan.

7.2.4.4 ikut ketetapan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan (Lambung Syiling)

7.3 Sekiranya dalam perlawanan kalah mati/singkir, terdapat seri setelah tamat tempoh masa
bermain maka pemenang akan ditentukan menerusi sepakan dari tanda penalti mengikut
peraturan yang berkuatkuasa.Jika tendangan penalti masih seri juga maka Lambung Syiling
akan dijalankan.

8.0 JANGKA MASA PERLAWANAN

8.1Peringkat Awal (Peringkat Kumpulan):

7 minit - 1 minit - 7 minit (15 minit)

8.2Peringkat Suku Akhir / Separuh Akhir / Ketiga & Keempat / Akhir

7 minit - 1 minit - 7 minit (15 minit)

9.0 PENGGANTIAN PEMAIN (ROLLING SUBSTITUTION)

9.1 Penggantian pemain adalah secara Rolling Substitution.

9.2 Semua pemain yang terlibat dalam prosedur gantian haruslah dari senarai
pemain yang didaftarkan dan disahkan.

9.3 Pemain yang digantung (suspended) tidak boleh digunakan sebagai pemain
gantian.

9.4 Gantian pemain akan hanya dibenarkan dengan persetujuan Pengadil yang
bertugas dan dilakukan selepas pemain dari pasukan yang sama telah keluar padang.
9.5 Pemain dikehendaki keluar dan masuk padang dari kawasan di hadapan meja
teknikal melainkan penggantian pemain yang cedera di mana Pegawai Teknikal /
Pengadil yang akan menguruskannya.

10.0 PAKAIAN PEMAIN

10.1 Semua pemain hendaklah memakai jersi yang didaftar dengan nombornya
mengikut nama pemain tersebut di sepanjang kejohanan. Sebarang pengiklanan
jenama rokok, minuman keras, lambang bertulis parti politik tidak dibenarkan
dipamer.

10.2 Setiap pemain mesti memakai kasut bola ’boot’, stoking dan alas betis ’shin guard’
hendaklah mengikut spesifikasi yang dibenarkan.

10.3 Pemain yang memakai ’thigh’ atau ’thermal’ hendaklah bersamaan warna utama
seluar atau hitam sahaja.

10.4 Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan ’arm band’ dan sekiranya digantikan,
lilitan lengan itu hendaklah diberikan kepada pemain lain yang mengambil alih.

10.5 Setiap pasukan mesti menyediakan 2 set jersi dan mewartakan warna jersi sebagai
tuan rumah dalam Borang Pendaftaran. Jika terdapat persamaan warna jersi, maka
pasukan pelawat perlu menukarkan jersi tersebut kecuali tuan rumah tidak
menggunakan warna jersi yang diisytiharkan.

11.0 JADUAL PERLAWANAN

11.1 Jawatankuasa Teknikal/Pertandingan akan menyediakan Jadual Pertandingan


dengan memulakan perlawanan mengikut kesesuaian dan persetujuan pengelola.

11.2 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai disebabkan oleh
cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangka, maka keputusan tentang perlawanan
semula akan ditentukan oleh pihak Jawatankuasa Pengelola.

11.3 Tarikh pertandingan dijangka akan bermula seperti berikut:

2018

12.0 MINIMA PEMAIN

12.1 Setiap pasukan mesti mempunyai minimum 5 orang pada permulaan

perlawanan.

12.2 Jika perlawanan dihentikan kerana salah satu pasukan mempunyai kurang dari
tujuh orang pemain di dalam padang, maka pasukan lawan akan diberi kemenangan
3 - 0 atau jaringan semasa perlawanan dihentikan atau perlawanan tamat, jika ianya
lebih.

13.0 TINDAKAN TATATERTIB


13.1 Untuk kesalahan berikut Jawatankuasa Tatatertib tidak akan bersidang dan
hukumannya adalah automatik:

13.1.1 Seseorang pemain diperintah keluar padang kerana kesalahan teknikal


(penggantungan 1 perlawanan).

13.1.2 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana bermain amat
kasar (penggantungan 2 perlawanan).

13.1.3 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana mengeluarkan


kata-kata kesat/lucah atau menunjukkan isyarat tidak tertib/tidak sopan
atau berkelakuan ganas dan biadap dengan tidak mengira beliau menerima
amaran sebelum itu atau tidak (penggantungan 3 perlawanan).

13.1.4 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana membantah


keputusan pegawai pertandingan (penggantungan 3 perlawanan).

13.2 Mana-mana pemain yang menerima 2 amaran bertulis dalam satu masa
pertandingan hendaklah dengan sendirinya digantung bermain bagi satu perlawanan
selepas perlawanan yang diterima amaran kedua.

13.3 Apabila seseorang pemain yang menerima 2 amaran bertulis dalam satu perlawanan
tanpa mengambil kira amaran bertulis yang diterimanya sebelumnya maka pemain
tersebut akan digantung satu perlawanan berikutnya

13.4 Kesemua keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamad dan haruslah tidak
tertakluk kepada sebarang rayuan.

14.0 BANTAHAN

14.1 Bantahan terhadap keputusan atau tidak layaknya pemain mestilah dibuat secara
bertulis kepada Setiausaha Pengelola menggunakan Borang Bantahan dan hendaklah
diterima dalam masa 30 minit selepas tamat perlawanan berkenaan beserta
wang tunai RM200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja ). Wang tidak akan
dikembalikan jika didapati bantahan tersebut tidak berjaya.

14.2 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-perkara dan
fakta yang dibuat oleh pengadil di padang permainan.

15.0 ETIKA PEGAWAI DAN PEMAIN

15.1 Pengurus Pasukan hendaklah bertanggungjawab memastikan tiap-tiap pegawai


dan pemain berpegang teguh kepada etika dan tingkah laku yang dihormati
berdasarkan semangat sukan yang tulen.

15.2 Sebarang penipuan dalam hal pendaftaran pemain atau sama ada sengaja atau tidak
adalah kesalahan berat dan bertentangan dengan etika permainan.
15.3 Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan tindakan keluar padang permainan
adalah kesalahan berat dengan etika permainan.

BORANG PENYERTAAN KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH

NAMA PASUKAN : _________________________________________________

PENGURUS : _________________________________________________

NO. TELEFON ; _________________________________________________

SENARAI PEMAIN NO JERSI

1. _____________________________________________ ____________________

2. _____________________________________________ ____________________

3. _____________________________________________ ____________________

4. _____________________________________________ ____________________

5. _____________________________________________ ____________________

6. _____________________________________________ ____________________

7. _____________________________________________ ____________________

8. _____________________________________________ ____________________

9. _____________________________________________ ____________________

10. _____________________________________________ ____________________

11. _____________________________________________ ____________________

12. _____________________________________________ ____________________

Bersama-sama ini disertakan yuran penyertaan sebanyak RM50.00. kami adalah


bersetuju dengan syarat-syarat kejohanan yang telah ditetapkan. Kami juga tidak akan
membuat sebarang tuntutan ganti rugi kepada pihak penganjur di atas kecederaan,
kemalangan mahupun kematian sebelum, semasa mahupun selepas pertandingan
dijalankan.

Tandatangan Pengurus

.…………………………………………… Tarikh ; ……………………………………


( )
(SILA LAMPIRKAN SURAT KEBENARAN IBU BAPA )

Anda mungkin juga menyukai