Anda di halaman 1dari 13

SEKOLAH KEBANGSAAN BANGSAR

KUALA LUMPUR

CADANGAN KERTAS KERJA


KEJOHANAN MINI HANDBALL BAWAH 10
1.0 PENDAHULUAN
Sukan bola baling adalah salah satu sukan yang berpotensi untuk
dibangunkan sebagai sukan untuk kecemerlangan di peringkat MSSD.
Bagaimanapun sukan bola baling ini berbeza jika dibandingkan sukan bola
sepak, sepak takraw dan bola jarring di mana murid-murid yang mewakili
sekolah sudahpun mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi
dalam permainan tersebut. Murid-murid hanya mendapat pendedahan di
peringkat sekolah. Ini menyebabkan sukan bola baling ini lambat untuk
berkembang di peringkat sekolah rendah. Inisiatif perlu diambil bagi
membolehkan murid-murid seawal 10 tahun melibatkan diri tanpa perlu
menunggu kejohanan di bawah kategori bawah 12 tahun. Menyedari
keperluan ini, pihak sekolah SK Bangsar ingin menganjurkan Kejohanan ‘Mini
Handball’ 5 sebelah ini. Kejohanan ini terdiri daripada 8 pemain kesemuanya
di mana 5 orang akan bermain termasuk penjaga gol dan 3 orang lagi adalah
pemain simpanan.

2.0 TUJUAN
Program ini dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid-
murid dalam sukan bola balinguntuk mewakili sekolah ke pringkat daerah dan
seterusnya. Pertandingan ‘Mini Handball’ ini akan membolehkan murid-murid
mengaplikasi kemahiran yang diajar semasa latihan di sekolah di samping
membantu jurulatih-jurulatih daerah atau negeri mencari bakat baru di
sekolah-sekolah lain.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Medan bagi memilih peserta yang berbakat untuk mewakili sekolah ke
pertandingan MSSD Zon Bangsar dan MSSWPKL.
3.2 Menyemarakkan persaingan yang sihat dalam kalangan peserta dan
pasukan yang bertanding.
3.3 Mencapai kecemerlangan dalam pertandingan luar musim peringkat
MSSWPKL.
3.4 Memberi pengalaman bertanding kepada peserta agar tidak lagi
mengalami masalah ketika pertandingan yang lebih besar.
4.0 TARIKH DAN TEMPAT

TARIKH : 20 & 21 NOVEMBER


TEMPAT : DEWAN SK BANGSAR

5.0 KUMPULAN SASARAN

2 kategori dipertandingkan iaitu Lelaki Bawah 10 Tahun dan


Perempuan Bawah 10 Tahun. Setiap kategori sebanyak 8 penyertaan
dihadkan. Keutamaan diberikan kepada pasukan yang berjaya ke peringkat
suku akhir MSSD Zon Bangsar 2023. Slot kekosongan yang terbuka akan
diberikan kepada sekolah lain.

6.0 BILANGAN PEGAWAI

Rujuk Lampiran 1.

7.0 PERALATAN PERTANDINGAN

BIL ITEM KUANTITI CATATAN


1. Tiang gol bola baling 1 set Sedia ada
2. Bola Baling Molten 3200 saiz 1 2 Sedia ada
3. Jaring tiang gol bola baling 1 set Sedia ada
4. Meja 4 Sedia ada
5. Kerusi 8 Sedia ada
6. Bangku panjang 2 Sedia ada
7. Score board 1 Sedia ada
8. Tong sampah 2 Sedia ada
9. Papan Putih 1 Sedia ada
10. pen 8 Pembelian baru
11. Pen Marker 2 Pembelian baru
8.0 PERATURAN PERTANDINGAN

Rujuk Lampiran 2.

9.0 SUMBER KEWANGAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


1. Yuran penyertaan RM 80 X 16 RM 1280
2. Duit sumbangan Kantin
RM500 RM 500

JUMLAH RM 1780

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


1. Bayaran pengadil 30 X 2 = 60
RM 600
RM 10 X 60
2. Pingat dan sijil 8 X 8 = 64
RM 512
RM 8 X 64
3. Makanan urusetia dan pengadil 8 + 12 = 20
RM 140
RM 7 X 20
4. Air minuman urusetia dan
RM 9 X 6 RM 54
pengadil
5. Pen dan marker pen RM 10 RM 10
JUMLAH RM 1316
11.0 PENUTUP

Dengan terlaksananya pertandingan mini ini maka pihak sekolah akan


mempunyai pemain yang cukup bersedia dan mempunyai pengalaman bagi
menghadapi pertandingan luar musim peringkat MSSWPKL nanti. Segala
usaha yang dilakukan pastinya akan berjaya dengan adanya sokongan dari
pihak pentadbir dan pihak PIBG bagi memajukan lagi sukan bola baling ini.
Disediakan oleh

____________________
(TAUFIQ BIN IBRAHIM)
Setiausaha Kelab Bola Baling Bangsar Berserkers,
Sekolah Kebangsaan Bangsar.

Disemak oleh,

_____________________
(EN SHUKRI)
Gpk Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Bangsar.

Disahlkan oleh,

_____________________
(PN NORZILA BINTI OTOH)
Guru Besar,
Sekolah kebangsaan Bangsar.
Lampiran 1

KEJOHANAN MINI HANDBALL


JAWATANKUASA TERTINGGI

PENAUNG

PN NORZILA

GURU BESAR

PENGERUSI
EN SHUKRI
GPK KOKORIKULUM

SETIAUSAHA
TAUFIQ BIN IBRAHIM

PENYELARAS
EN. HANIFF

URUSETIA
WAFA
SHARIFAH
FARISYA
RIDZWAN
HAFIZI
HIDAYAH
HAFIS SAAD
WAN ROSDAN
Lampiran 1

AHLI JAWATANKUASA

PENDAFTARAN PENJAGA MASA

HIDAYAH RIDZWAN
FARISYA

PENCATAT KAWALAN DAN KESELAMATAN

SHARIFAH HAFIZI

PERTOLONGAN CEMAS PERALATAN

HAFIS SAAD HANIFF

HADIAH KEBERSIHAN

WAFA WAN ROSDAN

SENARAI PENGADIL

BI NAMA SEKOLAH
L
1. ISMAEL ZAM SK BANGSAR
2. DANIAL SK BANGSAR
3. ADIB SK BANGSAR
4. AZHAN SK SERI INDAH
5. ZAHRAN SK SERI HARTAMAS
6. HANIF SK SERI HARTAMAS
7. ABOL SK BANDAR TASIK SELATAN
8. HAZLIYANI SK BUKIT DAMANSARA

SENARAI AHLI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

BI NAMA SEKOLAH
L
1. SK BANGSAR
2. SK BANGSAR
3. SK BANGSAR
LAMPIRAN 2
PERATURAN KEJOHANAN
1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Pertandingan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Baling


Antarabangsa (IHF) dan Peraturan-Peraturan Am MSSM.

2. JENIS PERTANDINGAN
2.1 Pertandingan berpasukan MSSD Zon Bangsar bawah 10 tahun lelaki dan
perempuan
2.2 Tempoh permainan
Secara Liga pusingan awal dan Kalah Mati pusingan kedua dengan masa
permainan 7 minit setiap separuh masa (7 : 1 : 7)

3. PENDAFTARAN PEMAIN
3.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan 8 pemain sahaja terdiri daripada 5
orang pemain dengan 3 orang pemain gantian dengan menggunakan borang
pendaftara yang disediakan.
3.2 Setiap pasukan yang mendaftar dimestikan mendaftar nama pegawai berikut
bagi pasukan masing-masing
3.2.1 Pengurus Pasukan
3.2.2 Jurulatih

4. PAKAIAN
Sila rujuk Undang-Undang Bola Baling Antarabangsa (IHF) dan perkara-perkara
berikut:
4.1 Semua pemain dikehendaki memakai jersi, baju T atau bip yang sama warnanya
dengan nombor masing-masing di depang dan belakang dengan ukuran
ketinggian nombor sekurang-kurangnya 20 cm di belakang dan 10 cm di
bahagian hadapan. Pemakaian jers bernombor pemain hendaklah dikekalkan
sehingga tamat kejohanan.
4.2 Di mana terdapat dua pasukan yang memakai pakaian yang sama warnanya,
pasukan yang namanya disebut dulu dalam borang pertandingan perlu menukar
pakaiannya.
4.3 Semua pemain diwajibkan memakai kasut serta sarung kaki. Kasut yang berstud
enam, berpaku dan membahayakan keselamatan pemain lain tidak dibenarkan
sama sekali.
4.4 Setiap pasukan dikehendaki membawa sekurang-kurangnya 2 set jersi yang
berlainan warna bagi setiap peringkat umur.
LAMPIRAN 2
5. SISTEM PERTANDINGAN

Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan cara kalah mati seperti berikut :
5.1 Cara Liga Dua Kumpulan (A dan B)
5.1.1 Pusingan Pertama (Liga)
5.1.1.1 8 pasukan yang mengambil bahagian hendaklah dibahagikan
kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B.
5.1.1.2 Johan bagi MSSD Zon Bangsar lalu akan ditempat di dalam
kumpulan A manakala naib johan di dalam kumpulan B.
5.1.1.3 Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam kumpulan
melalui cabutan undi.

5.1.2 Separuh Akhir (Kalah mati)


5.1.2.1 Johan kumpulan A akan melawan naib johan kumpulan B dan
johan kumpulan B akan melawan naib johan kumpulan A
5.1.2.2 Perlawanan di sepruh akhir ini dijalanakan secara kalah mati

5.1.3 Akhir
5.1.3.1 2 pasukan yang menang bagi pusingan separuh akhir akan
masuk ke pusingan Akhir manakala 2 pasukan yang tewas akan
mendapat tempat 3 bersama.
5.1.3.2 Pemenang di peringkat akhir ini akan menjadi Johan Kejohanan
manakala yang tewas menjadi Naib Johan Kejohanan.

6. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN KUMPULAN


6.1 Secara Liga

Menang - 2 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata

6.1.1 Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama banyak
maka pemenang akan ditentukan seperti berikut :
6.1.1.1 Pasukan yang memperoleh perbezaan gol yang terbanyak akan
dikira menang.
6.1.1.2 Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira
menang.
6.1.1.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya
dikira menang.
6.1.1.4 Jika masih seri, cabutan undi akan dijalankan.

6.2 Kalah Mati


6.2.1 Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan seri selepas sepenuh
masa, langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk memenuhi
pemenangnya.
6.2.1.1 Perlawanan masa tambahan 6 minit (3 : 1 : 3) akan diadakan
setelah berehat 3 minit.
LAMPIRAN 2
6.2.1.2 Jika keputusan masih seri, balingan 6 meter akan dijalankan. 3
pemain akan membuat balingan bagi setiap pasukan berselang
seli. Pasukan yang disebut dulu dalam borang pertandingan
akan membuat balingan dulu. Hanya pemain yang didaftarkan
boleh membuat balingan. Pemain yang tidak bermain dalam
perlawanan itu tidak boleh membuat balingan.
6.2.1.3 Jika masih seri, balingan duit syiling dilakukan bagi memilih
peranan dalam balingan “sudden death”. Pemenang dari
balingan syiling perlu memilih peranan sama ada menjaring atau
menjaga gol. Jika pasukan menjaring berjaya menjaringkan gol
pasukan itu dikira pemenang manakala jika pasukan yang
menjaga gol berjaya mempertahankan gawangnya maka
pasukannya dikira pemenang.

7. GELANGGANG PERMAINAN
Gelanggang yang digunakan adalah sama yang digunakan oleh Undang-Undang
Bola Baling Antarabangsa (IHF) dengan pengubahsuaian pada saiz gelanggang.

8m 15m

6m
3m

2m

5m

30m
LAMPIRAN 2
8. ALATAN (BOLA)
Bola Baling Molten 3200 atau 3400 saiz 1 digunakan dalam kejohanan ini.

9. KELEWATAN
Hanya 10 minit diberikan kepada sesuatu kumpulan yang lewat. Selepas itu, pihak
lawannya akan diberikan kemenangan dengan 3 jaringan gol.

10. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH


Pasukan / peserta tidak dibenarkan menarik diri semasa pertandingan dijalankan.
Sekiranya satu pasukan / peserta meanrik diri atau menyerah kalah dengan sengaja
daripada pertandingan, semua keputusan pertandingan disertainya akan dibatalkan.
Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan
tatatertib akan diambil ke atas pasukan berkenaan.

10.1 Surat tunjuk sebab hendaklah dihantar kepada pengelola dan pengelola
hendaklah membuat laporan kepada YDP MSSD Zon Bangsar.
10.2 Tindakan susulan akan ditentukan oleh YDP MSSD Zon Bangsar.

11. SINGKIR (KAD MERAH) DAN PEMBATALAN


11.1 Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu kad merah
dalam satu-satu perlawanan, dia akan digantung satu perlawanan berikutnya.
11.2 Pemain yang menerima kad merah kerana digantung (2 minit) 3 kali berturut-
turut, dia hanya tidak dibenarkan bermain untuk perlawanan itu sahaja dan
dibenarkan bermain untuk perlawanan seterusnya.
11.3 Jika seorang pemain atau pegawai pasukan dibatalkan, dia tidak dibenarkan
berada di kawasan kejohanan sepanjang pertandingan dijalankan.

12. BANTAHAN
12.1 Bantahan secara bertulis hendaklah diserahkan dalam tempoh 15 minit
selepas perlawanan berakhir.
12.2 Bantahan hendaklah disertakan dengan wang bantahan sebanyak RM 200 dan
tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tidak diterima.

13. LEMBAGA JURI RAYUAN


13.1 Pengerusi Pengelola Pertandingan
13.2 Setiausaha Pertandingan
13.3 Wakil MSSD Zon Bangsar – Unit sukan
13.4 Pengerusi Teknik Pembangunan sukan Zon Bangsar
13.5 3 orang pengurus pasukan dari pasukan yang bertanding dan tidak terlibat
dengan bantahan tersebut.

14. LEMBAGA TATATERTIB


14.1 YDP MSSD Zon Bangsar
14.2 Penyelaras permainan MSSD Zon Bangsar
14.3 Pengerusi Teknik Pembangunan MSSD Zon Bangsar
14.4 Pengerusi Pengelola
14.5 Setiausaha Pertandingan
14.6 Ketua Pengadil MSSD Zon Bangsar

15. PERATURAN TAMBAHAN


15.1 Sekiranya terdapat balingan percuma selepas wisel penamat dibunyikan oleh
penjaga masa, ia perlu diambil. Pasukan yang mendapat balingan itu hanya
boleh menukar seorang pemain sahaja, iaitu pembaling balingan percuma
tersebut. Pemain lain termasuk dari pihak bertahan tidak dibenarkan
melakukan sebarang pertukaran.(peraturan 2:5)
15.2 Mana-mana pegawai yang dibenarkan masuk ke padang oleh pengadil untuk
rawatan pemain yang cedera tidak dibenarkan memberi arahan kepada
pasukan, menghampiri pengadil atau pasukan lawan. Sekiranya berlaku,
pegawai tersebut boleh dikenakan hukuman atas dasar tiada semangat
kesukanan.(peraturan 4:11)
15.3 Untuk balingan permulaan, pembaling mesti memijak garisan tengah dengan
sekurang-kurang sebelah tapak kaki dan berada di posisi itu sehingga bola
dilepaskan. Rakan pasukan tidak dibenarkan melintas garisan tengah padang
sehingga tiupan wisel.(peraturan 10.3)
15.4 Sebarang posisi yang tidak betul pemain pasukan menyerang yang mendapat
balingan percuma atau balingan ke dalam, perlu diperbetul oleh
pengadil.(peraturan 15.6)

16. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah
muktamad.

Anda mungkin juga menyukai