Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

KEJOHANAN BOLA SEPAK  L18 TAHUN & L15 TAHUN


PERINGKAT MSSD SIPITANG TAHUN 2022
 

                                                        
1.0 PENDAHULUAN
Pertandingan ini adalah satu aktiviti kokorikulum yang telah dirancang dalam takwim Unit Sukan
Pejabat Pelajaran Daerah Sipitang bagi tahun 2022, ia dikelolakan oleh SMK Sindumin,SIpitang..
Pertandingan ini disertai oleh pelajar-pelajar sekolah menengah daerah mengikut  kategori umur
lelaki 18 tahun. Setiap pasukan menyenaraikan lapan belas pemain termasuk tujuh orang
pemain simpanan.
Pertandingan ini akan diadakan di padang Majlis Daerah Sipitang. Aktiviti ini diadakan
selaras dengan dasar 1Murid 1Sukan disamping memenuhi  kehendak Falsafah Pendidikan
negara yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani
dan emosi melalui penyertaan dalam kokorikulum.

2.0 MATLAMAT

Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental
setiap peserta. Aktiviti diadakan dalam program ini agar sifat kerjasama dalam setiap peserta
dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini
juga dapat memberikan setiap individu merancang strategi bagi memperoleh sebuah piala
kemenangan dan sijil kecemerlangan.
Selain daripada itu, diharapkan juga melalui aktiviti seperti ini pelajar-pelajar yang
berbakat dalam bidang sukan khasnya sukan bola sepak dapat menunjukkan bakatnya dalam
kejohanan tersebut dan seterusnya dipilih untuk mewakili daerah Sipitang ke peringkat negeri
yang akan diadakan dan ke pertandingan-pertandingan yang lebih tinggi tahapnya.

3.0 OBJEKTIF

Adalah diharapkan pada akhir kejohanan ini, para peserta dapat:

3.1 Merasai pengalaman, kepuasan dan keseronokan dalam menyertai sesebuah  


      pertandingan.
3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam
      sesebuah kumpulan.
3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam   
      sesebuah pasukan dengan semangat kesukanan.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi
      yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.6 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani,  emosi dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

Tarikh pertandingan  :  14 dan 15 Jun 2022( Selasa dan Rabu)


Tempoh pelaksanaan: 2 hari
Venue : Padang Majlis Daerah Sipitang
5.0 JAWATANKUASA KERJA

Penasihat                    : Pn. Annie Sawali


                                                 (Pengetua SMK Pengiran Omar II)
Pengerusi                    : En.Jimmy Udan
                                                 (Pen.Kanan Kokurikulum)
            Timb. Pengerusi          : Pn.Siti Hamida Ahmad
                                                 (Pen.Kanan Pentadbiran)
            Naib Pengerusi 1        : Pn.Nohana An Aziz
(Pen.Kanan HEM)
            Setiausaha                  : En.Saiful Adli Alihi
            Naib Setiausaha          : En. Hartono Diri
Bendahari : Pn. Munirah Kifree
(Bendahari PIBG)

Jawatankuasa Pelaksana

Pengurus : En. Saiful Adli Alihi


Pen. Pengurus : En. Hartono Diri
Setiausaha : Cik Suinah Gimir

6.0 FORMAT PERTANDINGAN

Pertandingan yang diadakan ialah pertandingan 11 sebelah dimana setiap pasukan perlu
mendaftarkan 18 pemain yakni 11 pemain akan bermain dan 7 lagi akan menjadi pemain
simpanan. Masa dalam satu perlawanan adalah selama 30 minit. Format pertandingan adalah
setiap pasukan akan diundi bagi menentukan kumpulan (A,B,C,D,E, dan F) dan akan bermain
dalam peringkat liga sepusingan dahulu.

7.0  TENTATIF PROGRAM


TENTATIF
KEJOHANAN  BOLA SEPAK LELAKI 18&15 TAHUN
MSSD SIPITANG TAHUN 2022
SELASA/ 14 JUN 2022
7.00-7.30  pagi                                 :  Pendaftaran Pasukan, Pengurus Pasukan  & Pegawai
Teknikal.
7.30-12.00 tengah hari                    : Pertandingan dimulakan –sesi  1 (pagi)
                                                             Pusingan awal - rujuk jadual perlawanan
12.00-2.30 petang                           : Rehat
2.30-5.30  petang                              : Perlawanan bola sepak- sesi 2 ( petang)    
                                                          Pusingan Akhir - rujuk jadual perlawanan

RABU/15 JUN 2022

7.00-7.30  pagi                                 : Pendaftaran Pasukan , Pengurus Pasukan  & Pegawai


Teknikal.
7.30-12.00 tengah hari                    : Pertandingan dimulakan –sesi 3 (pagi)
                                                            Pusingan awal - rujuk jadual perlawanan

12.00-2.30 petang                          : Rehat


2.30-6.30  petang                              : Perlawanan bola sepak- sesi 4 (petang)
                                                             Pusingan akhir- rujuk jadual perlawanan
: Majlis penutup
- Ucapan PPD
                                                         - Penyampaian hadiah
                                                         - Bersurai

8.0. SYARAT PERMAINAN

9.1 Setiap kumpulan perlu mengikut masa perlawanan yang ditetapkan. Kumpulan yang  
      tidak hadir akan dikira kalah dengan jaringan dua gol.
9.2 Pemain yang bermain dalam pasukan itu adalah pemain yang didaftarkan.
9.3 Pemain yang dikenakan kad merah akan digantung satu perlawanan. Pemain yang  
      mendapat dua kad kuning akan digantung satu perlawanan.
9.4 Keputusan pengadil adalah muktamat. Sebarang bentuk rayuan dan bantahan tidak
      akan dilayan melainkan atas budibacara Jawatankuasa Pertandingan.
            9.5 Undang-undang:-
      Selain dari peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini dijalankan mengikut    
      Undang-Undang permainan bola sepak sebagaimana yang telah ditetapkan oleh
      MSSM-Malaysia, Persatuan Bolan Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bolasepak
      Antarabangsa (FIFA)

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

Harga Seunit
Bil. Perkara Kuantiti Jumlah(RM)

4 kotak 10.00 40.00


1 Air mineral
2 hari 60.00 120.00
2 Pengadilan
2 beg 8.00 16.00
3 Ais
Muscle Relief Spray 2 botol 29.00 58.00
4

Jumlah RM 234.00
11.0 PENUTUP

Program yang terancang seperti ini dapat menerapkan nilai-nilai murni kepada semua
penggerak bola sepak.  Semangat sayangkan sekolah, zon, negeri dan negara serta rasa
tanggungjawab dapat disemai di kalangan mereka yang terlibat.  Selain daripada itu, semangat
setiakawan dan toleransi akan dapat dipupuk.  Dengan adanya kerjasama dan komitmen yang
tinggi di kalangan penggerak bola sepak, program seumpamanya juga dapat dilaksanakan
dengan cukup berkesan.  Adalah diharapkan cadangan ini dapat berjalan dengan lancar demi
merealisasikan matlamat kita iaitu untuk melahirkan pemain-pemain yang berkualiti tinggi untuk
mewakili sekolah, daerah, negeri dan negara amnya.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh, Disahkan Oleh,

………………………………….. ……………………………….. ……………………………

(Saiful Adli Alihi) (Jimmy Udan ) (Annie Sawali)


Pengurus MSS Bolasepak Pen.Kanan Kokurilkulum Pengetua
SMK Pengiran Omar 2 SMK Pengiran Omar 2 SMK Pengiran Omar 2

Anda mungkin juga menyukai