Anda di halaman 1dari 24

Kandungan Muka Surat

PENGENALAN 2

JAWATANKUASA PELAKSANA 5

ATURCARA 7

BELANJAWAN 8

PERATURAN AM PERTANDINGAN 10

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR 16

BORANG PASUKAN BOLA TAMPAR LELAKI 19

BORANG PASUKAN BOLA TAMPAR WANITA 20

1
KERTAS KERJA CADANGAN
KARNIVAL MINI BOLA TAMPAR IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
KALI PERTAMA TAHUN 2018

1.0 PENGENALAN

Bola tampar merupakan satu permainan yang berpotensi untuk


dibangunkan sebagai sukan teras Negara. Jadi, kami dari kelas 1.03 Tahfiz
Kohort ke-2 telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Karnival Mini Bola
Tampar terbuka kepada seluruh warga IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Ia
dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi
aspek Jasmani, Rohani, Emosi, Intelek dan Sosial. Karnival ini juga bertujuan
untuk memudahkan proses interaksi antara pelajar dengan seluruh warga
IPGKPI di samping saling mengenali antara satu sama lain.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mewujudkan suasana gaya hidup sihat di kalangan pelajar.

2.2 Melahirkan pelajar yang berkebolehan dan seimbang dalam bidang


akademik dan sukan.

2.3 Memupuk semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan pelajar dan


seluruh warga IPG.

2.4 Peserta dapat mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti yang
dijalankan.

2.5 Membina keyakinan diri dan semangat yang kental serta dapat
menghadapi cabaran dan bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan
masyarakat.

2
3. PENGANJUR

Program ini dianjurkan oleh Pelajar Program Diploma Pendidikan Lepas Ijazah
1.02 Tahfiz Kohort ke-2.

4. TARIKH

24 Mac 2018

5. TEMPAT

Gelanggang Bola Tampar IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi

6. PENYERTAAN

Seluruh warga IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi

7. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Sila lihat lampiran A

8. ATURCARA PROGRAM

Sila lihat lampiran B

9. BELANJAWAN PROGRAM

Sila lihat lampiran C

3
10. PENUTUP

Adalah amat diharapkan pelaksanaan program "Karnival Mini Bola Tampar" ini
dapat dijalankan seperti yang dirancangkan. Akhirnya , diharapkan agar seluruh
warga IPG dapat memberikan kerjasama dan menyertai karnival ini bagi
mendapat manfaat sebagaimana yang diharapkan.

Disediakan oleh :

…………………………………………………………
(EN MUHAMMAD ZULHILMI BIN AZHAR)
Setiausaha,
Karnival Mini Bola Tampar,
IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi

Disemak oleh :

…………………………………………..
(ENCIK MUHAMMAD HAFIZZUDIN BIN SABRI)
Penyelaras,
Karnival Mini Bola Tampar,
IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi

Diluluskan oleh :

……………………………………
(DR. MOHAMAD HUSSIN BIN MOHAMAD YUSOF)
Pengarah,
IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi

4
LAMPIRAN (A)

JAWATANKUASA PELAKSANA
KARNIVAL MINI BOLA TAMPAR

PENGERUSI : DR. MOHAMAD HUSSIN BIN MOHAMAD YUSOF

NAIB PENGERUSI : EN MUHAMMAD ILYAS

PENYELARAS : EN MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN SABRI

SETIAUSAHA : EN MUHAMMAD ZULHILMI BIN AZHAR

BENDAHARI : EN MOHD SYAFIQ BIN ZUBER

JAWATANKUASA PERSIAPAN GELANGGANG:

 EN MUHAMMAD WAN MUHAMMAD FADHLI BIN WAN ISMAIL


 EN MOHD HAKIMI RIDHUAN BIN ISMAIL
 EN MOHAMMAD LABIB BIN MOHAMMAD ANUAR
 EN MUHAMMAD SYAHID BIN RAMLI
 PN MADIHAH BINTI MD YUSOF
 PN PATIMAH WATI BINTI MOHD KHAIRI

JAWATANKUASA PENGADIL

 EN ABDUL HADI BIN JALIL


 PN ULFA NUR LAILI BINTI CHOZIN
 PN HIKMAH BINTI ZAKARIA

5
JAWATANKUASA PENYEDIAAN PERALATAN PERMAINAN

 EN MUHAMMAD AIDIL FARISI BIN ABD HALIM


 PN SITI NAZIRAH BINTI ABDUL KADIR

JAWATANKUASA HADIAH & CENDERAMATA

 EN BURHANUDDIN HELMI BIN NAWI


 PN DZAKIRAH BINTI MOHD YUNOS

JAWATANKUASA MAKANAN

 EN MUHD FAKHRUDDIN BIN KHADRI


 PN NORHIDAYAH BINTI GHANI

JAWATANKUASA DOKUMENTASI

 EN MOHD ZULHUSNAYAIN BIN RADTHUAN


 PN NOORAZILAWANIE BINTI NOOR AZMI

JAWATANKUASA PERMAINAN

 EN MUHAMMAD SYAFIQ BIN ZUBER


 PN NURUL ATIQAH BINTI JANOM

6
LAMPIRAN ( B )

ATURCARA PROGRAM

7:30 pagi : Pendaftaran Peserta

8:00 pagi : Perasmian Karnival Mini Bola Tampar IPG Kampus Pendidikan Islam

Kali Pertama oleh Timb. Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam

8:30 pagi : Pertandingan Peringkat Kumpulan Lelaki dan Perempuan

1.00 petang : Rehat

2.00 petang : Pertandingan Peringkat Suku Akhir

3.30 petang : Pertandingan Peringkat Separuh Akhir

4.30 petang : Pertandingan Akhir

: Pertandingan Penentuan Tempat ketiga dan keempat

5.00 petang : Perasmian Penutup Karnival Mini Bola Tampar IPG Kampus

Pendidikan Islam

Kali Pertama oleh Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam

: Penyampaian Hadiah dan Cenderahati

6.15 petang : Bersurai

7
LAMPIRAN ( C )

ANGGARAN BELANJAWAN PROGRAM

BIL DUIT MASUK PERKARA JUMLAH

MAKANAN RM 870
SUMBANGAN IPG
1.
HADIAH PERMAINAN RM 480

2. YURAN PENYERTAAN RM 20 X 8 pasukan RM 160

JUMLAH KESELURUHAN RM 1510

BIL KEPERLUAN PERKARA JUMLAH

1. PERALATAN - BAHAGIAN
STOR UNIT
- PAPAN MARKAH GERKO IPG
- PAPAN KENYATAAN

Pingat Johan (L)


2. HADIAH PERMAINAN - 10 keping x RM10.00 RM 600
Pingat Naib Johan (L)
- 10 keping x RM10.00
Pingat Ketiga (L)
- 10 keping x RM10.00
Pingat Johan (W)
- 10 keping x RM10.00
Pingat Naib Johan (W)
- 10 keping x RM10.00
Pingat Ketiga (W)
- 10 keping x RM10.00

3. MAKANAN 15 x RM10
- PEGAWAI
- PESERTA 8 pasukan x 9 peserta x RM10 RM 870

8
4. MINUMAN 2 TONG X RM 20 RM 40

JUMLAH KESELURUHAN RM 1510

9
KARNIVAL MINI BOLA TAMPAR IPG KAMPUS PENDIDIKAN
ISLAM KALI PERTAMA

PERATURAN AM PERTANDINGAN

1. NAMA KEJOHANAN

KARNIVAL MINI BOLA TAMPAR IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM KALI


PERTAMA

2. PENGANJUR

PDPLI-KDC KOHORT 2 1.02 TAHFIZ

3. PENGELOLA

KOHORT 2 1.02 TAHFIZ

4. TEMPAT

IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM, BANGI

5. TARIKH

( 24 MAC 2018 )

6. PERMAINAN

6.1 Karnival mini bola tampar dibahagikan kepada 2 kategori seperti berikut:-

Bola Tampar Lelaki – Double knockout.

Bola Tampar Wanita – Double knockout.

10
7. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Undang-undang dan peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada:-

7.1.1 Undang-undang pertandingan di bawah MAVA dan Persektuan


Bola Tampar Antarabangsa.
7.1.2 Peraturan Am dan undang-undang permainan yang ditetapkan
oleh Jawatankuasa Pengelola.

8. PENDAFTARAN

8.1 Pengesahan penyertaan permainan para 6.1 mesti diterima pada atau
sebelum tarikh yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.

8.2 Bilangan pengurus dan peserta adalah seperti berikut:

Pengurus Pasukan : 8

Peserta-Peserta : 72

Jumlah Keseluruhan : 80 orang.

8.3 Borang Pendaftaran Perlawanan mesti diserahkan kepada Penyelaras


Permainan selewat-lewatnya 15 minit sebelum perlawanan bermula.

8.4 Yuran Penyertaan dikenakan sebanyak RM 30.00 bagi setiap pasukan


yang mendaftar.

11
9. PENYERTAAN

9.1 Acara sukan ini terbuka kepada semua kakitangan, pensyarah dan
pelajar-pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
sahaja.

9.2 Bilangan pemain untuk didaftarkan bagi setiap pasukan adalah


sepertimana di dalam syarat-syarat pertandingan sukan yang berkaitan
termasuk seorang pengurus.

9.3 Setiap pemain atau peserta dikehendaki mengemukakan bersama-sama


borang penyertaan, 2 keping gambar terbaru berukuran passport dan
salinan Kad Pengenalan.

10. SISTEM PERTANDINGAN

10.1 Sekiranya kurang dari empat (6) pasukan mengambil bahagian,


pertandingan tidak akan dijalankan.

10.2 Cara Dua Kumpulan


10.2.1 Pusingan Awal
(a) Sekiranya enam (6) pasukan atau lebih mengambil
bahagian, pasukan akan dibahagikan kepada dua
(2) kumpulan, iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B di
mana pertandingan akan dijalankan secara liga
bagi setiap kumpulan.

(b) Sekiranya berlaku penarikan diri dalam mana-


mana kumpulan dengan hanya dua pasukan
sahaja yang mengambil bahagian dalam kumpulan
berkenaan, maka pasukan terakhir dalam
kumpulan lagi satu secara automatik dipindahkan
ke kumpulan yang kurang.

12
10.2.2 Pusingan Kalah Mati

(a) Semua permainan di peringat separuh akhir dan


seterusnya akan dijalankan secara kalah mati.

(b) Johan dan Naib Johan setiap kumpulan layak


secara automatik ke peringkat separuh akhir.

(c) Johan Kumpulan A akan bertemu Naib Johan


Kumpulan B dan Johan Kumpulan B akan bertemu
Naib Johan Kumpulan A.

(d) Pemenang kedua-dua perlawanan di peringkat


separuh akhir akan bertemu di peringkat akhir
untuk menentukan Johan dan Naib Johan.
(e) Kedua-dua pasukan yang kalah di peringkat
separuh akhir akan di bertanding bagi menentukan
tempat ketiga.

11. SISTEM PEMBERIAN MATA

11.1 Dalam setiap perlawanan, mata akan diberikan seperti berikut:

a. Menang - 3 mata

b. Seri - 1 mata

c. Kalah - 0 mata

12. KEMENANGAN PERCUMA

12.1. Mana-mana pasukan yang memberi kemenangan percuma sebelum


memulakan perlawanan (diperingkat kumpulan / liga) dengan sengaja
atau tidak, semua keputusan pertandingan sebelumnya yang melibatkan
mana-mana pasukan yang menarik diri akan diambil kira.

13
12.2. Keputusan perlawanan-perlawanan berikutnya yang melibatkan pasukan
yang menarik diri tersebut akan dikiranya sebagai kemenangan
percuma kepada lawannya mengikut permainan-permainan yang
berkaitan.

14. PERUBATAN

Pihak pengelola akan menyediakan kemudahan perubatan untuk tujuan


kecemasan sahaja. Ubat-ubatan untuk kegunaan pasukan semasa pertandingan
adalah tanggungjawab pasukan sendiri.

15. HADIAH

Pihak pengelola akan menyediakan hadiah-hadiah untuk Johan, Naib Johan dan
tempat ketiga.

17. BANTAHAN

17.1. Setiap bantahan mesti disertakan dengan wang bantahan sebanyak RM


50.00 dan akan dikembalikan jika bantahan diterima. Jika bantahan
ditolak, wang bantahan tidak akan dikembalikan.

17.2. Keputusan Panel juri Bantahan/Rayuan adalah muktamad.

18. RISIKO DAN TANGGUNGJAWAB

Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan


atau kehilangan harta benda kepunyaan pegawai / pemain samada ketika
perlawanan mahupun sepanjang pertandingan berlangsung. Segala risiko adalah
tanggungan sendiri.

14
20. PERATURAN LAIN YANG TIDAK DINYATAKAN

20.1 Peraturan-peraturan di atas hendaklah dipatuhi melainkan jika ada


dinyatakan berlainan dalam pertandingan permainan tertentu.

20.2 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini akan
diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan keputusannya adalah
muktamad.

20.3 Sebarang pindaan, tambahan atau perubahan peraturan yang


ditetapkan TIDAK DIBENARKAN semasa taklimat Pengurus Pasukan.

15
KARNIVAL MINI BOLA TAMPAR IPG
KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM KALI PERTAMA

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR

1. PENGANJUR/PENGELOLA

Pertandingan ini dianjur dan dikelolakan oleh Pelajar Program Diploma


Pendidikan Lepas Ijazah Kohort ke-2 kelas 1.02 Tahfiz.

2. PENDAFTARAN

2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua kakitangan dan pelajar IPG
Kampus Pendidikan Islam, Bangi.

2.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai sembilan (9) orang


pemain menggunakan Borang yang telah disediakan.

2.3 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian.


Sekiranya berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam
pertandingan ini akan dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan
sebelumnya yang disertai oleh pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika
menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan.

3. KATEGORI

3.1 Pertandingan ini akan dijalankan dalam dua kategori iaitu :

(a) Kategori Lelaki

(b) Kategori Wanita

16
4. TEMPAT, MASA DAN JADUAL PERTANDINGAN

4.1 Perlawanan akan diadakan di lokasi yang akan ditentukan kemudian.

4.2 Perlawanan akan bermula pada 23 Mac 2018. Setiap perlawanan


hendaklah mengikut jadual yang telah disediakan oleh Jawatankuasa
Penganjur.

4.3 Pasukan yang berlawan hendaklah berada di gelanggang sepuluh (10)


minit sebelum perlawanan bermula. Kemenangan percuma akan
diberikan kepada mana-mana pasukan jika pasukan lawannya gagal
berada di gelangggang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu
perlawanan sepatutnya dimulakan.

4.4 Perlawanan akan dijalankan dengan cara enam (6) pemain sepasukan.
Setiap pasukan hendaklah mempunyai bilangan pemain yang cukup. Jika
kurang dari jumlah pemain yang sepatutnya, kemenangan percuma akan
diberikan kepada pasukan lawan dan pasukan tersebut dikira kalah.

5. FORMAT PERTANDINGAN

5.1 Pasukan-pasukan yang bertanding dibahagikan kepada dua (2)


Kumpulan A & B dan dijalankan secara kalah mati dua pusingan (double
knockout) dan akan dijalankan secara best of 3 sets.

5.2 Pusingan separuh akhir akan menemukan Johan Kumpulan A melawan


Naib Johan Kumpulan B dan Johan Kumpulan B melawan Naib Johan
Kumpulan A. Pusingan separuh akhir dan akhir akan dijalankan secara
best of 5 sets.

6. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN

6.1 Sesuatu set (kecuali set penentuan set ketiga atau set kelima) akan
dimenangi oleh pasukan yang mendapat 25 mata terdahulu dengan

17
kelebihan minima 2 mata. Jika berlaku seri 24-24, permainan diteruskan
sehingga kelebihan dua mata diperolehi (26-24, 27-25….)

6.2 Sekiranya berlakunya seri 1-1 atau 2-2, set penentuan (set ketiga atau set
kelima) akan dimainkan sehingga mata ke 15 sahaja dengan kelebihan 2
mata tercapai.

6.3 Undang-undang lain adalah mengikut Undang-Undang Persatuan Bola


Tampar Amatur Malaysia (MAVA).

6.4 Keputusan pengadil pertandingan adalah muktamad.

6.5 Pakaian yang digunakan oleh pasukan bertanding hendaklah mempunyai


nombor di sebelah belakang. Pakaian tersebut hendaklah dipakai setiap
kali bermain sepanjang perlawanan. Pertukaran nombor pemain tidak
dibenarkan.

7. PENGADIL PERTANDINGAN

Jawatankuasa pengelola akan menyediakan pengadil-pengadil yang bertauliah


sepanjang pertandingan. Segala keputusan pejngadil berkaitan undang-undang
permainan adalah muktamad.

8. BANTAHAN

Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Perkara 7 dan 17,
Peraturan Am Karnival Mini Bola Tampar IPG Kampus Pendidikan Islam
yang disediakan oleh pihak penganjur kejohanan ini.

18
KARNIVAL MINI BOLA TAMPAR

IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM KALI PERTAMA

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN BOLA TAMPAR (LELAKI)
Nama Pasukan : .................................................................................

Nama Pengurus Pasukan : ..................................................................................

Nombor Telefon : ..................................................................................................

Bil. Nama Pemain No. Kad Pengenalan

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

Borang yang lengkap di isi hendaklah dikembalikan sebelum 22 Mac 2018

................................................

(T/tangan Pengurus Pasukan)

19
KARNIVAL MINI BOLA TAMPAR

IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM KALI PERTAMA

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN BOLA TAMPAR (WANITA)

Nama Pasukan : .................................................................................

Nama Pengurus Pasukan : ..................................................................................

Nombor Telefon : ..................................................................................................

Bil. Nama Pemain No. Kad Pengenalan

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

Borang yang lengkap di isi hendaklah dikembalikan sebelum 22 Mac 2018

................................................

(T/tangan Pengurus Pasukan)

20
1.0 Refleksi

Setelah melalui proses penghasilan kertas kerja dan penganjuran karnival bola
tampar IPG Kampus Pendidikan Islam kali pertama, saya dapati terdapat banyak
kekurangan dan beberapa kekuatan hasil penganjuran kali ini. Antaranya :

1.1 Kekuatan
1.1.1 Penganjuran kali ini terdapat beberapa kekuatan yang dapat saya
senaraikan. Pertamanya, penganjuran kali ini mendapat
sambutan yang amat menggalakkan daripada seluruh warga IPG
KPI sehingga ada yang memohon agar membuka lebih
penyertaan agar lebih banyak pasukan yang dapat menyertai
serta dapat mencungkil bakat pelajar di IPG dalam sukan bola
tampar.
1.1.2 Di samping itu, kemudahan peralatan yang terdapat di IPG amat
mencukupi dari segi bola tampar, net, gelanggang, papan putih,
papan skor, kerusi pengadil, wisel dan sebagainya.
1.1.3 Selain itu, penganjuran kali ini mendapat kerjasama yang amat
baik oleh jawatankuasa pelaksana dan membolehkan karnival ini
dapat dilaksanakan dengan baik dan jayanya.
1.1.4 Penganjuran karnival ini juga dapat mencapai objektif yang
direncanakan iaitu dapat merapatkan silaturrahim antara seluruh
warga IPG dan juga dapat mengekalkan cara gaya hidup sihat di
kalangan warga IPG.

1.2 Kelemahan

1.2.1 Penganjuran kali ini juga tidak dapat lari dengan beberapa
kekurangan yang pastinya terdapat pada setiap kali penganjuran.
Antaranya, penganjuran kali ini mendapat sambutan yang amat-
amat menggalakkan daripada seluruh warga IPG KPI sehingga
ada yang tidak dapat menyertainya kerana terdapat had yang
ditetapkan oleh pihak penganjur iaitu hanya 8 pasukan sahaja
disebabkan pertandingan hanya berlangsung selama sehari.

21
1.2.2 Di samping itu, kemudahan peralatan yang terdapat di IPG
mencukupi akan tetapi peralatannya sudah terlalu lama dan
usang.
1.2.3 Selain itu, penganjuran kali ini tidak dapat dilaksanakan dengan
lebih meriah atau lebih baik kerana terdapat kekangan kewangan
dan waktu pertandingan dijalankan. Jumlah perbelanjaan dan
jumlah pendapatan yang diperolehi tidak tepat sehinggakan pihak
kami terpaksa mengutip sejumlah wang pendaftaran. Namun
begitu, pertandingan bola tampat tersebut boleh diperbaiki jikalau
kertas kerja pertandingan dapat disiap dan diluluskan lebih awal.
Ini memudahkan AJK-AJK mula melaksanakan kerja dan
tanggungjawab masing-masing. Selain itu, pengiklanan perlu
dijalankan lebih awal untuk menarik lebih banyak penyertaan dan
juga pendapatan.
1.2.4 Penganjuran kali ini juga terdapat kelamahan dari segi keadaan
gelanggang itu sendiri. Gelanggang tersebut sudah terlalu lama
dengan keadaan lantainya sudah beralun dan tiada
penyelenggaraan oleh pihak IPG. Keadaan gelanggang yanng
bersebelahan dan berdekatan juga boleh mengganggu
konsentrasi pemain dari gelanggang yang lain.

1.3 Peluang

1.3.1 Melalui penganjuran kali ini, kami membuka mata ramai pihak
supaya mengambil peluang ini untuk mengadakan penganjuran
karnival yang lebih baik dan lebih teratur pada masa yang akan
datang.
1.3.2 Penganjuran karnival kali ini juga dapat mencungkil bakat-bakat
yang terpendam warga IPG dan seterusnya boleh
mengetengahkan lagi bakat mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
1.3.3 Selain itu, dengan penganjuran karnival ini juga dapat
memberikan jawatankuasa pelaksana program satu pengalaman
yang berharga dan dengan itu mereka akan dapat mengendalikan

22
program-program atau majlis-majlis lain yang akan datang dengan
lebih baik.

1.4 Ancaman

1.4.1 Semasa penganjuran kali ini, ada juga terdapat beberapa


penganjuran program oleh organisasi lain pada tarikh dan masa
yang sama.
1.4.2 Pada awal proses penganjuran karnival ini, kami mendapat
tentangan dari pelbagai pihak. Ini kerana jadual pembelajaran di
IPG KPI terlalu padat sehingga ada yang beranggapan macam
mana nak adakan karnival ini sedangkan jadual pembelajaran
yang sangat padat.

Akhir sekali, terdapat pelbagai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang
dapat lihat hasil daripada penganjuran ini. Diharapkan agar pihak penganjuran yang
akan datang dapat menganjurkan program seperti ini dengan lebih baik lagi.

23
2.0 Rujukan

2.1 Buku Rujukan

Wee Eng Hoe (2013), Siri Sukan Popular Bola Tampar, Oxford Fajar.

2.2 Laman Web

 http://www.fivb.com/
 https://www.facebook.com/Malaysia.Volleyball/?hc_ref=ARRuP2
03_N8-T2mHuHj8y8ntmeHJ5-
rXRBk3DMd47jFHLuqGhOcKuAN7Gde4XaqBIyU
 https://www.scribd.com/document/348613856/Kertas-Kerja-
Pengelolaan-Pertandingan-Bola-Tampar

24

Anda mungkin juga menyukai