Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

____________________________________________________

PERTANDINGAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH KARNIVAL


KOKURIKULUM SMK PADANG BERAMPAH 2019
______________________________________________________________

TARIKH :

22 OKTOBER 2019

MASA:

8.00 PAGI – 12.30 PETANG

TEMPAT:

PADANG SMKN PADANG BERAMPAH


PENDAHULUAN

Pertandingan ini adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit KOKUM SMK
Padang Berampah.

Unit Kokurikulum SMK Padang Berampah akan menganjurkan Pertandingan Bola


Sepak 7 Sebelah. Program ini diharapkan dapat mencungkil bakat yang ada
pada murid-murid di daerah Sipitang khususnya. Malah pasukan yang
memenangi kejohanan ini akan menerima wang ganjaran sebanyak RM200.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama program ini adalah untuk menarik golongan murid sekolah
agar lebih cenderung ke arah kehidupan yang positif dengan beriadah. Di
samping itu ianya dapat mencungkil bakat – bakat baru khususnya dalam
acara bola sepak agar boleh diketengahkan bakatnya. Tidak mustahil, mungkin
pada suatu hari nanti murid-murid di kawasan daerah Sipitang ini akan mewakili
negeri Sabah dan seterusnya mewakili negara jika latihan yang sistematik dan
konsisten dapat disempurnakan.

Sehubungan dengan itu, Unit Kokum SMK Padang Berampah tidak mahu
membuang masa dan terus mengambil langkah-langkah yang perlu bagi
membimbing dan membina murid-murid agar sentiasa cergas dan berfikiran
positif dengan menjauhi gejala sosial yang semakin menular dalam kalangan
masyarakat.
3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai


sesebuah pertandingan.
3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan
diri dalam sesebuah kumpulan.
3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi dan bertanggungjawab
dalam sesebuah pasukan.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
3.5 Melahirkan para belia yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi
yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
3.7 Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang ditetapkan ialah pada 22 Oktober 2019 iaitu pada hari selasa.
4.2 Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi sehingga tengahari.

5.0 TEMPAT

Semua perlawanan akan dijalankan di Padang SMK Padang Berampah.

6.0 PERASMIAN

Program Pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah ini akan dirasmikan oleh Pengetua
SMK Padang Berampah.

7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1 Jumlah pasukan : 3 pasukan


7.2 Jumlah AJK pertandingan : 5 orang
8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN
Unit KOKUM SMK Padang Berampah

JAWATANKUASA PELAKSANA
SMK Padang Berampah

AHLI JAWATANKUASA
Guru-guru SMK Padang Berampah

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN


i) Permohonan Peruntukan RM 130.00
Jumlah Permohonan RM 130.00

ANGGARAN PERBELANJAAN:

PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH

- Yuran pertandingan - - RM 30.00

- Kos pengangkutan murid 10 RM 10.00 RM 100.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 130.00

10.0 PENUTUP
Diharap program yang dirancang ini akan tercapai dengan jayanya. Segala kerjasama
daripada semua pihak yang terlibat amatlah dihargai. Sekian, Terima kasih.
Disediakan oleh :
......................................................
(MOHD ALLIFIZREE MOHAMMAD)
Penolong Kanan Kokurikulum

Permohonan diluluskan oleh :


.........................................
(ZAINAL BIN ABU BAKAR)
Guru Besar
SK Banting Sipitang

Anda mungkin juga menyukai