Anda di halaman 1dari 2

Pakaian Baru Raja Pada zaman dahulu, tinggal seorang raja yang suka memakai pakain baru.

Dia terlalu minat dengan pakain baru sehingga banyak duit kerajaan dihabiskan untuk menjahit pakaian baru. Banyak orang datang ke istana untuk menghadiahi raja dengan pakaian baru. Pakaian ini sangat cantik. Kamu akan mendapat ganjaran yang lumayan, kata raja itu. Tetapi salah seorang menteri raja itu sedar akan kesilapan yang dibuat oleh raja. Jika semua wang kerajaan dihabiskan untuk pakaian, binasalah negara ini, katanya. Selepas berfikir panjang, menteri itu pun memanggil dua orang pelakon pentas dan berkata, Saya mahu kamu berlakon sebagai tukang jahit yang terkenal. Beritahu raja yang kamu boleh menjahit pakaian ajaib. Raja sangat gembira apabila diberitahu tentang pakaian ajaib itu. Saya pasti tidak ada seorang pun di dunia ini yang ada pakaian ajaib, katanya. Maka, raja pun membawa dua orang tukang jahit itu ke sebuah dewan yang besar. Jika betul pakaian yang kamu jahit itu ada kuasa ajaib, saya akan memberi ganjaran yang besar, katanya. Selepas beberapa hari, raja pun ke dewan besar itu untuk melihat baju ajaibnya. Apabila dia mengintai dari luar, dia mendapati tukang jahit itu sibuk dengan mesin jahit tetapi tida ada sebarang benang di mesin itu. Itu mengejutkannya. Dia pun masuk ke dalam dan bertanya, Baju saya sudah siapkah? Ini dia pakaian tuanku, kata salah seorang tukang jahit sambil menghulurkan tangannya. Raja tidak dapat melihat apa-apa di tangan tukang jahit. Hanya orang-orang yang bijak sahaja dapat melihat pakaian ini. Orang bodoh tidak dapat melihatnya, kata tukang jahit itu. Sungguh lembut. Jawab raja. Dia tidak mahu orang lain menganggapnya sebagai raja yang kurang pandai. Bodohlah saya ini? fikir raja itu. Dia pun mengarahkan menterinya untuk memeriksa pakaian ajaib yang sedang dijahit di dewan itu. Sebentar kemudian, menteri yang nampak riang itu pun menghadap raja dan berkata, Pakaian itu sungguh cantik tuanku, memang sesuai untuk tuanku. Raja pun memberi ganjaran yang besar kepada dua orang tukang jahit itu dan berkata, Esok saya akan memakai pakaian ajaib ini dan berjalan di sekeliling jajahan saya. Pada keesokan hari, dua orang tukang jahit pun menolong raja memakai baju barunya. Walaupun tidak ada apa-apa di tangan mereka, mereka berkata, Baju baru ini amat sesuai buat tuanku. Raja pun berasa gembira.

Maka, raja pun berjalan dengan megah di sekeliling jajahannya tanpa sebarang pakaian. Orang ramai yang melihat kejadian itu berasa sangat hairan tetapi mereka tidak berani berkata apa-apa kepada raja. Tiba-tiba seorang budak kecil tampil di hadapan raja dan berteriak, Raja tidak pakai baju! Raja tidak pakai baju! Selepas itu, raja pun sedar yang dia telah tertipu. Dia pun lari pulang ke istananya. Selepas tiba di istana, raja pun memanggil menterinya dan berkata, Saya sedar akan kesilapan saya. Saya berjanji tidak akan berbelanja untuk pakaian lagi. Sejak kejadian itu, raja memerintah negaranya dengan baik dan rakyat hidup dengan gembira.

Anda mungkin juga menyukai