Anda di halaman 1dari 2

Nombor : 6

Tajuk teater solo : Pencuri Di Kota Baghdad

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Hari ini saya akan menyampaikan sebuah
teater solo yang bertajuk “Pencuri di Kota Baghdad.”

Pada zaman dahulu, Kota Baghdad terkenal sebagai tempat berniaga. Ramai
saudagar kaya datang berniaga. Kota ini maju dan makmur.
Pada suatu hari, tiba-tiba sahaja Kota Baghdad menjadi huru-hara kerana
munculnya pencuri yang mencuri barang-barang saudagar kaya ketika mereka
tidur. Namun tiada sesiapa pun yang dapat mengesan pencuri itu. Semua saudagar
berasa bimbang lalu mengadu hal ini kepada raja.
Raja berasa marah lalu menurunkan titah kepada rakyat jelata bahawa
sesiapa yang dapat menangkap pencuri itu akan mendapat seguni wang emas.
Sebaik sahaja titah raja disampaikan, semua rakyat heboh bercakap tentang perkara
itu.
Terdapat seorang lelaki yang tertarik dengan tawaran raja itu, namanya
Hassan. Dia melahirkan satu cadangan untuk menangkap pencuri yang licik itu.
Pada keesokkan harinya, Hassan pergi ke istana untuk mengadap baginda
raja.
“Patih ada satu cadangan untuk menangkap pencuri itu,”kata Hassan kepada raja.
“Baiklah, cuba ceritakan kepada beta,” kata raja.
“Malam ini, kita sapukan gam yang kuat pada semua kotak saudagar. Tangan orang
yang memegang kotak itu akan terlekat pada gam itu. Kita ikat semua kotak, jadi
pencuri itu tidak dapat lari lagi,” Kata Hassan.
“ Bagus, bagus, kamu sungguh bijak! Beta setuju dengan cadangan itu,” kata raja.
Pada malam itu, semua saudagar menyapu gam yang kuat dan mengikat
semua kotak barangan mereka. Setelah semua orang tertidur, pencuri berpakaian
hitam muncul. Dia berjalan dan mencari-cari barang untuk dicuri. Pencuri itu
memegang satu kotak yang besar.
“Wah, besarnya kotak ini! Tentu ada barang yang berharga,”kata pencuri itu.
Apabila dia hendak mengangkat kotak itu, dia terkejut kerana tangannya terlekat
pada kotak itu.
“Eh, kenapa ni?Tangan aku terlekat,” kata pencuri itu. Pencuri itu berasa
takut kerana menyedari dirinya sudah terperangkap.
Pada keesokkan pagi, suasana menjadi riuh-rendah. Raja mengarahkan
pencuri itu dihukum penjara.Semenjak peristiwa itu, Kota Baghdad aman dan tidak
ada pencuri lagi.
Kesimpulannya, kita tidak boleh bersikap tamak.Begitulah cerita saya pada
petang ini. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai