Anda di halaman 1dari 6

Prosa tradisional - Puteri Sa'dong DI SEBELAH utara Semenanjung Mas ada tersebut kerajaan yang diperintah oleh seorang

raja. Raja yang tidak ada tolok bandingnya di pesisir Lautan Hindi. Negeri baginda bernama Kedah. Baginda bergelar Raja Bersiung. Dalam negeri baginda ada sepasang suami isteri, yang laki-lakinya bernama Megat Hamat dan yang perempuan bernama Raja Muyam. Raja Bersiung ini bertaring dan bertanduk serta makan orang pada zaman dahulu. Pada satu hari, raja suruh tuk nujum istana tilik tengok siapa perut besar dalam negeri. Kalau beranak jantan bunuh, kalau beranak betina pelihara. Setelah tilik tengok. Raja Muyam perut besar tujuh bulan dalam perut, sudah dekat hendak beranak. Selepas itu pergi menghadap raja, beritahu Raja Muyam mengandung. Kalau mengandung tujuh bulan bawa ke istana, kena pelihara sini. Kalau jantan kena bunuh, kalau betina kena pelihara. "Kena pergi ambil," titah raja. Tiba-tiba belum sampai wakil raja. Raja Muyam sudah beranak. Maka Mahmud sembah pada tuanku Raja Bersiung. "Tuanku, budak yang baru lahir itu jantan!""Kalau jantan Mahmud pergilah ambil Wak Istana Raja tukang bunuh orang. Kata pada Megat Hamat, sia sahaja jadi kudis jadi menanah kalau pelihara anak jantan," perintah raja kepada Mahmud. Maka Mahmud pun bawa pergi bersama empat orang suruhan raja. Mereka bungkus budak kecil dalam kain. Mereka berjalan sampai tepi laut. Maka kata Wak Istana Raja, "Hai sekalian sahabat, aku tidak tergamak hendak bunuh budak kecil ini, datang rasa belas kasihan, tidak sampai hati. Aku rasa kita buat begini, kita tebang buluh betung buat rakit, kemudian kita hanyutkan budak ini dalam kotak atas rakit. Kita hanyutkan ke laut. Ikutnyalah apa jadi pun, hendak kena makan ke ikan pari itu pun." "Yalah, hamba setuju," kata Mahmud. "Kerana budak ini tidak buat dosa, biarlah; kalau untung sabut timbul untung batu tenggelam." Bila balik, mereka itu sembelih kambing supaya mata parang kena darah sebagai bukti pada raja. Masa budak itu hanyut ikut air ke hulu ke hilir sebelum sampai ke tengah laut. Maka takdir Tuhan, datang ikan kecil tolak rakit ke tepi pantai. Maka sampailah ke sebuah negeri, Jembal namanya. Masa rakit hanyut itu sampai hampir dengan pantai maka dilihat oleh sepasang suami isteri yang sedang bercucuk tanam. Mereka dipanggil Pak Mandul dan Mak Mandul, lantaran tidak

pernah beranak. Mereka pun ambil budak itu bawa balik. Mereka pun pelihara budak itu penuh kasih sayang. Tidak lama kemudian, budak itu pun besarlah. Maka di-beri nama Tuk Lahir. Setelah cukup dewasa maka Tuk Lahir pun kahwin dan dapat anak seramai tujuh orang. Yang sulung Raja Loyar, lepas itu Raja Umar, Raja Dolah, Raja Baha, Raja Sungai, Raja Udang, yang bongsu Raja Ekor. Dipendek-kan cerita. Raja Loyar menikah dengan Cik Siti Wan Beriman, dapat anak diberi nama Puteri Sa'dong. Kemudian Puteri Sa'dong pula nikah dengan Raja Abdullah dari Padang Halban. Mulanya dia tidak mahu nikah lagi tetapi desakan Raja Siam yang bila-bila masa akan datang mengambilnya maka Puteri Sa'dong pun setuju berkahwin dengan Raja Abdullah. Menikahlah dengan Raja Abdullah sepupu dia. Lepas menikah itu, Raja Siam hendak ambil juga walaupun Raja Jembal hantar tiga kali bunga emas kepada Raja Siam tetapi dia datang ambil juga. "Ramai hulubalang Siam datang. Kita tidak boleh lawan sebab kita tidak bersatu. Dolah, serahlah bini kamu kalau hendak negeri ini aman," kata mentua Raja Abdullah. "Baik kata ayah, baiklah pada hamba. Sudah kalau begitu mereka mahu, kita beri," sambung Raja Abdullah. Setelah bawa balik ke Siam dan duduk dalam istana Raja Siam selama tujuh hari tujuh malam, maka Raja Siam pun hendak bersetubuh dengan Puteri Sa'dong. Tetapi, diludahinya Puteri Sa'dong kemaluan Raja Siam yang sudah berkudis, menjadi lebih parah dan melarat. Maka tuk nujum pun dipanggil menilik keadaan Raja Siam. "Oh! Ini semua kerana tuanku bawa balik perempuan canrik ini. Dia darah lain, tuanku darah lain, maka tidak boleh bersama," kata tuk nujum. "Betul begitu, tuk nujum?" "Betul, tuanku." ;

"Duduk seketika sial sungguh, sayang pulak 'hendak hantar balik." Lebih kurang enam bulan. Raja Siam hendak bersetubuh pula. Kena ludah di dada sahaja pula lebih teruk dari dahulu. Barulah Raja Siam percaya. Ini memaksa persiapan untuk menghantar balik Puteri Sa'dong pun dibuat. Di pertengahan jalan, iaitu sampai di Pattani, belayar ikut kapal laut masa itu, dia ambil Tuk Ali di Pattani buat pengiring Puteri Sa'dong. Orang alim itu, nama pertamanya Tuk Tupat, kedua Tuk Taba, ketiga Tuk Kemayan, keempat Tuk Tanggok, kelima Tuk Leban, keenam

Tuk Datu. Orang tujuh orang itu semuanya mati, tinggal dua orang tidak mati pengiring yang bawa balik Puteri Sa'dong. Apabila sampai di Jembal. "Kamu balik, Sa'dong," kata ayahnya. "Ya, patik balik, ayah. Ada orang hantar, ini." "Raja Dolah kamu tidak ada sudah." "Sudah pergi ke mana?" Tanya Puteri Sa'dong. "Nikah dengan orang lain. Sudahlah. Sudah kamunya diambil kepada Raja Siam, tentu buat jahat dengan Raja Siam kafir itu." "Alah, tidak begitu ayah! Hamba suci. Raja Siam tidak boleh buat apa-apa kepada hamba." "Tidak boleh percaya. Sudahnya diambil kepada Raja Siam, raja besar, rakyat jelata ramai, hulubalang kuat-kuat belaka, siapa hendak percaya kata kamu ini?" "Tidak, ayah. Nik tidak buat apa-apa. Nik ada saksi. Nik bawa balik saksi. Ini, Tuk Leban." "Aku tidak mahu dengar. Aku sudah tahu. Dianya dibawa pergi kepada orang, kamu hendak buat macam mana. Kamu ini betina, dia jantan, raja lagi, siapa hendak percaya kata-kata kamu ini? Aku malu kepada orang kampung." "Ayah tidak percaya, tidak apalah. Dia nikah dengan siapa?" "Dia nikah dengan anak Raja Bukit. Namanya Tuan Puteri Sekuntum Bunga." "Dia tinggal di mana?" "Duduk di Mahligai Melur." Itulah nama Kampung Mahligai sekarang ini tidak jauh dari pekan Melur. Puteri Sa'dong pun pergilah. Dia ajak Tuk Leban sebagai saksi. Lama sampainya di kawasan rumah Raja Abdullah. Setelah Raja Abdullah lihat Puteri Sa'dong balik, dia terkejut. "Cis, ibu Siam! Aku tidak suka, aku tidak rela kamu balik ke rumah aku ini. Kamu bukan bini aku. Kamu gundik Raja Siam." "Alah, Abang Lah. Buat apa buat kepada hamba begini? Dengarlah dahulu hamba hendak cerita ini. Bukankah hamba balik dengan saksi ini?" Maka Raja Abdullah geram tengok saksi Puteri Sa'dong. Dia ambil pedang lalu pancungTuk Leban lalu matilah. Maka mayat Tuk Leban dikuburkan di kubur Melur; ada orang panggil Padang Medan. Ada sampai sekarang ini, boleh pergi tengok. ;

"Kamu Sa'dong, mana-mana pun aku tidak terima kamu ini. "Alah, Abang Lah. Tidak mahu terima hamba?" "Aku malu. Aku tidak mahu terima kamu, binatang ibu Siam. Mana boleh aku orang Melayu, kamu orang Siam?" "Alah, Abang Lah. Sampai hati buat hamba begini." "Kamu tidak usah merayu akulah, Sa'dong. Aku tidak percaya." Raja Abdullah pun ambil pedang lalu pancung tengkuk Puteri Sa'dong. Tidak kena. Lalu dia ambil keris luk tujuh lalu tikam tubuh Puteri Sa'dong kena di lambung sebelah kiri dan tembus kepada sebelah kanan. Puteri Sa'dong cabut keris itu; keluar darah putih lalu pengsan. Raja Abdullah pun teringat pesan Puteri Sa'dong masa jadi isterinya dahulu. Kalau dia pengsan ambillah penawar dalam sanggul dia dan ubatlah penyakitnya. Lalu Raja Abdullah pun buka sanggul Puteri Sa'dong ambil penawar dan bubuh tempat luka. Maka Puteri Sa'dong pun sedarlah. "Oh, Abang Lah tikam hamba?" "Ya!" Kata Raja Abdullah. "Kalau benar-benar Abang Lah benci dan sampai hendak bunuh hamba, maka sampailah masanya Abang Lah saat berpisah kita berdua." Maka Puteri Sa'dong pun pejamlah mata menyeru panggil segala ilmu kesaktian yang diwarisi dari nenek moyangnya lalu mengisi penuh 2ahir batinnya dengan segala ilmu kebal dan kesaktian. Lalu menukar wajah dan dirinya menjadi panglima yang gagah perkasa. "Hai, cucuk sanggul sakti dari titik Dewa Visnu. Hai, Cengkaman Rajawali. Hai Harimau Cula Sakti, bantulah aku untuk membunuh musuh di depanku ini." Maka dengan sekelip mata, secepat kilat Puteri Sa'dong menerkam dan menikam Raja Abdullah kena labu susu. Matilah Raja Abdullah dan dikebumikan di Padang Halban dekat dengan Sekolah Kebangsaan Raja Abdullah. Kubur itu dikunjungi keturunan baginda hingga hari ini. Puteri Sa'dong pun balik jumpa ayahnya. "Abang Lah mati sudah hamba tikam dengan pacak sanggul." "Buat apa kamu tikam dia?" "Dia tikam hamba dahulu!" "Celaka kamu!" Kata ayah Puteri Sa'dong. "Kalau begitu, orang habis benci kepada hamba juga, hamba larilah." "Berambus pergilah ikut kamu," kata ayah Puteri Sa'dong. Puteri Sa'dong pun pergi ke Kampung Alor Lada tempat Awang Selamat.

"Abang Mat, hamba hendak pergi sudahlah kerana orang habis tidak percaya kepada hamba. Hamba hendak pergi jatuh ke mana jatuhnya Abang Mat." "Ah! Kalau begitu juga Nik, biarlah hamba pergi juga. Nik rebah kepada kiri, hamba rebah kepada kiri. Nik rebah kepada kanan, hamba rebah kepada kanan." Setelah siap memakai, Awang Selamat pun turun ke laman lalu hempas golok besar arah tanah. Maka jadilah alur dipang-gil Sungai Bab sekarang ini. Kemudian berjalan tidak berapa lama, Awang Selamat pun hempas lagi goloknya kerana terlalu berat. Maka kata Puteri Sa'dong, "Buat apa Abang Mat hempas golok ini? Bukan kita tidak ada apa-apa senjata, ini?" Awang Selamat pun ambil semula golok ini maka jadilah Sungai Golok sekarang ini. Maka berjalanlah Puteri Sa'dong dengan Awang Selamat. Sampai tengah jalan, dia ambil emak saudara dia. Namanya Cik Siti Jarum Bergilir. Jalan punya jalan, maka sampailah dia di bukit yang ber-nama Bukit Marak. Awang Selamat pun membina sebuah istana di dalam sebuah gua di Bukit Marak. Ada sampai sekarang. Lama-kelamaan, maka ramailah segala rakyat suka jadi rakyat Puteri Sa'dong. Semua mereka itu berteduh di bawah payung kesaktiannya, dan mengaku menjadi rakyat padanya. Duduk tidak lama, maka jadilah Bukit Marak aman mak-mur ramai rakyat jelata. Orang-orang ini berhubunglah dengan Puteri Sa'dong. Kalau ada kendurikendara boleh pinjam per-kakas emas, pinggan mangkuk dan lain-lain benda. Sebab itu, orang kata, banyak orang banyak cara. Ada orang pinjam barang itu tidak hantar balik. Pinggan mangkuk tuan puteri banyak pecah. Semakin lama semakin sikit. Lama-kelamaan tuan puteri pun merajuk lalu pakat dengan inang pengasuh hendak pindah. Mana perkakas kaca yang tidak hantar itu dia buat jadi tanah. Mana emas perak itu buat jadi arang jadi batu. Maka mereka pun pergilah ke hala hulu Sungai Kelantan. Awang Selamat pun tebas hutan. Lama-kelamaan sampai ke satu tempat bernama Gunung Reng dekat hulu Kelantan. Masa di Gunung Reng, Puteri Sa'dong sudah merajuk dan tidak nampak dirinya, hanya nampak setakat pergelangan tangan sahaja. Duduk di Gunung Reng tujuh tahun, maka pindah ke Gunung Tebu di Jertih, Terengganu. Sekarang ini Puteri Sa'dong duduk Bukit Gunung Ayam. Tempat ini tidak ada siapa boleh pergi. Mungkin barang bisa, jadi mati benda hidup kalau lalu.

Orang Asli saja boleh pergi. Mungkin akan sehingga ratus-ratus ribu tahun sampai ke kitalah ini. Itulah ceritanya perihal Puteri Sa'dong anak Raja Jembal ini.