Anda di halaman 1dari 4

JBA1003 SK PENGKALAN RINTING

PENDAHULUAN BERCERITA

Sekalung kasih saya hulurkan kepada saudari/saudara pengerusi majlis , salam penuh keadilan saya
ucapkan kepada barisan panel hakim yang sentiasa bersama panji keadilan , salam penuh penghargaan
kepada penjaga masa yang sentiasa peka bersama detik-detiknya , dan salam penuh ukhuwah buat
para hadirin yang saya kasihi sekalian.

Bismillahirrahmannirrahim sebagai pembuka bicara , Assalamualaikum dan Salam Sejahtera saya


ucapkan . Saya , ___________________________________________________ dari SK Pengkalan
Rinting akan menyampaikan sebuah cerit bertajuk “Janji Setia Puteri Saadong”

Assalamualaikum wbkth , dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada tuan pengerusi majlis, para
hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan yang dikasihi rakan-rakan sekalian. Saya akan
menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Janji Setia Puteri Saadong.

Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang raja perempuan yang bernama Cik Siti Wan Kembang.
Baginda memerintah sebuah negeri yang sangat terkenal iaitu Negeri Kelantan. Cik Siti Wan
Kembang seorang pemerintah yang adil dan disukai oleh rakyat jelata sekalian. Namun baginda
sangat sunyi disebabkan tidak mempunyai cahaya mata.

Cik Siti Wan Kembang sering berdoa agar semua harapan dan impian baginda akan menjadi
kenyataan. Pada suatu hari, baginda berjalan di tepi sebuah tasik berhampiran istana. Tidak berapa
lama kemudian, baginda terdengar seperti suara tangisan bayi. Suara itu semakin hari semakin kuat.
“Dari mana datangnya suara itu?”bisik baginda dalam hatinya.

Cik Siti Wan Kembang mencari-cari arah suara bayi yang semakin lama semakin dekat padanya.
Tiba-tiba baginda terlihat seorang bayi yang sangat comel di tepi tasik tersebut.

Cik Siti Wan Kembang mendukung bayi tersebut lalu dibawa pulang ke istana. Sejak itu, bayi tersebut
dijadikan puteri angkat dan diberi nama Puteri Saadong. Puteri Saadong semakin hari semakin
membesar dan menjadi gadis remaja. Puteri Saadong dijaga “Bagai menatang minyak yang penuh”

Selepas beberapa tahun, Puteri Saadong meningkat dewasa dan menjadi puteri yang sangat jelita serta
berpekerti mulia. Ketika itu Cik Siti Wan Kembang merasakan sudah sampai masanya Puteri Saadong
dijodohkan dengan seorang putera.

“ Wahai anakanda pihak keluarga Raja Abdullah telah datang meminang . Adakah anakanda bersetuju
sekiranya dijodohkan dengan Raja Abdullah?” Tanya Cik Siti Wan Kembang kepada Puteri Saadong
ketika berjalan-jalan di taman.
“ Bonda apalah daya anakanda menolaknya. Bondalah nyawa dan harapan anakanda,”balas Puteri
Saadong sambil memeluk bonda angkatnya dengan penuh kasih sayang.

Puteri Saadong hanya tersenyum mendengar kata-kata bonda angkatnya itu. Setelah mendapat
persetujuan daripada kedu-dua belah pihak, Puteri Saadong dijodohkan dengan Raja Abdullah.
Perkahwinan putera dan puteri ini diadakan dengan meriah dan penuh adat istiadat.

Tidak berapa bulan kemudian, Puteri Saadong dan Raja Abdullah ditabalkan sebgai pemerintah
Daerah Kota. Baginda berdua berjaya menjadikan daerah ini maju dan terkenal.

Berita tentng kemasyhuran Daerah kota ini telah sampai ke pengetahuan Maharaja Siam.Perkhabaran
itu membuatkan Maharaja Siam tertarik kepada kemasyhuran kota dan kecantikan Puteri Saadong.

Maharaja Siam mengetahui bahawa Raja Abdullah mempunyai isteri yang cantik. Namun begitu ,
baginda masih berniat untuk memperisterikan Puteri Saadong.

Niat baginda Maharaja Siam telah sampai kepada para pembesar. Para pembesar tidak berani
membantah dan akur dengan kehendak maharaja mereka kerana itu adalah perintah Maharaja Siam.
Tidak berapa lama kemudian, Maharaja memerintahkan angkatan Siam berangkat ke Daerah kota, di
negeri Kelantan.

Setelah tiba, angkatan Siam mendesak Raja Abdullah menyerahkan Puteri Saadong kepada mereka.
Bagaimanapun, Raja Abdullah enggan dan ini menyebabkan angkatan Siam bertindak menyerang
Daerah kota. Walaupun Raja Abdullah membalas serangan tersebut namun angkatan Maharaja Siam
ternyata lebih kuat dan berjaya menundukkan kerajaan daerah kota . Ramai tentera dan rakyat
terkorban.

Raja Abdullah dan Puteri Saadong terpaksa melarikan diri ke sebelah selatan negeri Kelantan.
Baginda dan para pengikutnya telah membina sebuah kota iaitu Kota Mahligai sebagai tempat
persembunyian mereka.

Selama beberapa bulan, Raja Abdullah dan Puteri Saadong tidak dapat dikesan oleh tentera-tentera
Siam. Akhirnya , angkatan Siam mengetahui tempat persembunyian tersebut setelah diberitahu oleh
pedagang-pedagang yang pernah ke Kota Mahligai.

Apabila mendapati Raja Abdullah masih berkeras, angkatan tentera Siam sekali lagi bertindak,
menyerang kota itu. Ramai rakyat telah terkorban. Puteri Saadong berasa bersalah melihat keadaan
itu. Akhirnya permaisuri membuat keputusan untuk menyerah diri walaupun dibantah oleh Raja
Abdullah . Itulah cara yang terbaik untuk menyelamatkan Kota Mahligai dan rakyat jelata.
Raja Abdullah mengiringi pemergian isterinya dengan perasaan sangat berdukacita. Bagnda berjanj
akan menunggu kepulangan isterinya dengan penuh taat setia.Setelah beberapa bulan pemergian
Puteri Saadong ke Siam, Raja Abdullah masih belum menerima sebarang berita. Baginda berfikir
kemungkinan Puteri Saadong telah membuat keputusan untuk menetap di Siam dan menjadi isteri
Maharaja Siam. Akhirnya baginda telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Puteri Rokiah
iaitu anak gadis Penghulu Ngah Jembal, sepupu baginda.

Sementara itu, Puteri Saadong pula tidak berjaya dikahwini Maharaja Siam. Ini disebabkan Maharaja
Siam akan mendapat penyakit kulit sebaik sahaja tersentuh hujung kuku Puteri Saadong.

Melihat keadaan ini Maharaja Siam merayu kepada Puteri Saadong untuk menyembuhkan penyakit
baginda dan berjanji menghantar pulang Puteri Saadong ke Kota Mahligai.

Lalu , Puteri Saadong mengubati penyakit kulit Maharaja Siam dengan menggunakan air pinang yang
dikunyahnya. Setelah sembuh Maharaja Siam menunaikan janji baginda. Puteri Saadong dihantar
pulang ke Kota Mahligai , diiringi panglima-panglima Siam yang beragama Islam.

Beberapa hari kemudian, Puteri Saadong tiba di kota Mahligai. Namun begitu, dia terperanjat apabila
mendapat tahu Raja Abdullah telah pun berkahwin dengan Puteri Rokiah. Sementara itu, Raja
Abdullah terkejut melihat kepulangan Puteri Saadong. Baginda fikir isterinya telah pun berkahwin
dengan Maharaja Siam.

Di sana , Puteri Saadong benar-benar kecewa melihat suaminya berkahwin lain. Hatinya terluka
kerana suaminya tidak mmpercayai kejujuran dan kesetiaannya. Dia merajuk lalu membawa diri
dengan menunggang gajah ke gua Kambing yang terletak di Bukit Marak.

Puteri Saadong memberi tumpuan kepada amal ibadat dan membuat kerja-kerja kebajikan. Hubungan
Puteri Saadong dengan masyarakat di kawasan itu juga sangat baik. Mereka juga sering meminjam
pinggan mangkuk kepunyaan puteri ketika mengadakan sebarang majlis dan kenduri.

Lama-kelamaan, ramai orang kampung yang mengambil kesempatan atas kebaikan Puteri Saadong
dengan tidak memulangkan pinggan-pinggan tersebut. Ini menyebabkan Puteri Saadong berasa kecil
hati dan membuat keputusan berpindah pula ke Gunung Ayam di Hulu Kelantan.

Disebabkan perasaan itu , barang-barang dapur dan peralatan yang lain kepunyaan Puteri Saadong
yang dipinjamkan kepada penduduk seperti pinggan telah menjadi batu. Gajah tunggangan serta
perahu kegunaan para pengiring puteri semasa berpindah dahulu turut menjadi batu.

Sehingga kini kesemua peralatan-peralatan tersebut masih kekal terdapat di dalam gua Kambing Bukit
Marak.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini . Sesungguhnya
kesetiaan Puteri Saadong tiada tolak bandingnya. Pengajaran yang dapat kita peroleh
daripada cerita saya tadi , kita hendaklah berpegang kepada janji . Seperti kata pepatah
“Lembu dipegang pada talinya , manusia berpegang pada janjinya”. Sekian , terima kasih

Anda mungkin juga menyukai