Anda di halaman 1dari 2

Salam sejahtera saya ucapkan kepada barisan hakim yang arif

lagi bijaksana, guru besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.


Sebelum bermula, izinkan saya melafazkan serangkap pantun.
Kecil kecil cili padi,
Pedasnya terasa amat sekali,
Yin Zi Qian nama diberi,
Wakil kelas tahun 2 Rajin no. 1.
Hadirin sekalian,
Pada pagi yang berbahagia ini,saya ingin menyampaikan sebuah
cerita yang bertajuk “Raja Midas dan sentuhan emas”
Pada zaman dahulu,ada seorang raja yang terkenal dan berkuasa
bernama Midas.Raja Midas adalah seorang raja yang
baik.Rakyatnya hidup dengan gembira dibawah
pemerintahannya.
Pada suatu hari,dia ternampak seorang lelaki tua tidur di situ.Dia
berasa kasihan pada lelaki tua itu dan tidak
menghukumnya.Tiba-tiba seorang pari-pari menjelma!
“Kamu seorang yang berhati mulia,saya akan menunaikan satu
hajat kamu, ” kata pari-pari.Raja Midas berfikir sejenak lalu
berkata, “Beta mahu segala yang beta sentuh bertukar menjadi
emas.”
Pari-pari melambai tangannya.Apabila Raja Midas menyentuh
bunga di taman,bunga bertukar menjadi emas!Selepas itu,dia
menyentuh patung,ia bertukar menjadi emas juga!Begitu dengan
pokok.Banyak benda di tamannya bertukar menjadi emas.
Pada masa itu,dia berasa lapar lalu memasuki istana untuk
memakan.Tetapi semua makanan dan minuman yang disentuh
olehnya bertukar menjadi emas!Dia kelaparan dan berasa
sedih.Dia tidak dapat makan dan minum.
Pada masa itu,anak gadisnya datang.Anaknya berlari lalu
memeluk Raja Midas.Raja tidak sempat melarangnya.Dengan
satu sentuhan,anak gadisnya bertukar menjadi emas!
Raja berlari ke taman dan memanggil pari-pari menjelma di
hadapannya.Raja Midas merayu, “Tolong ambil kembali
sentuhan emas ini,biar semuanya seperti biasa.”
Pari-pari bersimpati dengannya lalu berkata, “ Baiklah,semua
akan seperti yang kamu hajati.” Raja memerhati
sekelilingnya.Semuanya kembali seperti biasa.Dia amat gembira
apabila anak gadisnya datang memeluknya.
Walaupun kekayaan penting,namun tidak dapat membeli nyawa
dan tubuh badan yang sihat.
Hadirin sekalian,
Sebelum saya mengundurkan diri, izinkan saya melafazkan
serangkap pantun:
buah cempedak enak rasanya,
buat santapan di waktu senja,
sekian sahaja cerita saya,
diharap dapat hibur semua.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai