Anda di halaman 1dari 2

TEKS BERCERITA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada barisan para hakim yang
adil lagi bijaksana, penjaga masa yang tepat waktunya, guru-guru yang dihormati dan
rakan-rakan seperjuangan .Sebelum bermula, izinkan saya melafazkan serangkap
pantun.

Kecil kecil cili padi ,

Pedasnya terasa amat sekali,

Hasmidah Hamzi nama diberi,

Wakil Sekolah kelapa Sawit No. 1.

Hadirin sekalian,

Pada pagi yang indah ini, saya akan meyampaikan sebuah cerita teladan yang
bertajuk “Raja Midas dan Sentuhan Emas”.

Pada suatu petang, Raja Midas bersiar-siar di dalam taman. Baginda ternampak
seorang lelaki tua sedang tidur di atas bangku kesukaannya. Baginda tidak
memarahinya dan membiarkannya terus tidur di situ. Perbuatan Raja Midas
diperhatikan oleh dewa. Dewa pun datang menemui Raja Midas . “Kamu seorang raja
yang baik hati. Saya akan tunaikan apa-apa sahaja permintaan kamu,”kata Dewa.

Raja Midas terdiam seketika.Baginda mempunyai impian untuk menukarkan


benda menjadi emas. “Baiklah, saya ingin semua benda yang saya sentuh bertukar
menjadi emas,”kata Raja Midas. “Baiklah , saya akan tunaikan permintaan kamu,” kata
Dewa. Selepas itu, Raja Midas menyentuh bunga. Bunga itu bertukar menjadi emas.
Raja Midas berasa sungguh gembira apabila semua benda yang disentuhnya bertukar
menjadi emas.

Sk Kelapa Sawit No. 1 (Raja Midas dan Sentuhan Emas) Page 1


Tidak lama kemudian, Raja Midas berasa lapar. Baginda hendak santap. Semua
makanan dan minuman yang disentuh menjadi emas. Raja Midas berasa risau dan
sedih. Tiba-tiba puteri kesayangan Raja Midas berlari menuju kearahnya. “Jangan!
Jangan datang kesini !” jerit Raja Midas. Namun semuanya sudah terlambat. Puteri
turut bertukar menjadi emas sebaik sahaja dia memeluk Raja Midas.

Raja Midas berasa sungguh sedih melihat puterinya menjadi emas. Baginda
pergi segera ke taman. “Wahai Dewa! Tolonglah aku! ” kata Raja Midas. “Kembalikan
puteriku dan ambillah balik pemberian istimewa ini! ” Dewa berasa kasihan melihat
nasib Raja Midas. Ia mengambil balik pemberiannya. Semua benda termasuk puteri
tukar semula kepada keadaan asal . Raja Midas berasa sungguh gembira. Baginda
berjanji tidak akan mementingkan harta dan emas daripada segala-galanya .

Sejak dari hari itu, Raja Midas lebih bertanggungjawab dan memerintah
negeranya dengan penuh adil dan kasih sayang. Beliau tidak lagi memandang emas
sebagai kepentingannya. Rakyat jelata dan puterinya sangat kasih akan Raja Midas.
Negaranya bertambah aman dan makmur.

Wahai hadirin yang dihormati sekalian, marilah kita ambil iktibar dari kisah
Raja Midas itu tadi. Wang dan harta tidak boleh beli kasih sayang, walau segunung
emas dimiliki . Oleh itu, marilah kita bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan
oleh tuhan.Sebelum saya mengakhiri cerita saya izinkan saya melafazkan serangkap
pantun.

Jika ada sumur di ladang,

Boleh saya menumpang mandi,

Jika ada umur yang panjang,

Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih.

Sk Kelapa Sawit No. 1 (Raja Midas dan Sentuhan Emas) Page 2

Anda mungkin juga menyukai