Anda di halaman 1dari 1

Kisah Semut dan Belalang

Pada suatu petang, sekumpulan semut berkumpul untuk mengadakan mesyuarat.


Mereka berbincang tentang persediaan untuk menghadapi musim sejuk. Kita perlu
bekerja lebih keras kali ini bagi memastikan bekalan makanan kita mencukupi sepanjang
musim sejuk nanti, kata ketua semut. Semua semut bersetuju dengan cadangan
tersebut. Mereka tidak mahu kekurangan makanan dan kelaparan seperti musim sejuk
yang lalu. Keesokan pagi, semut-semut itu keluar mencari makanan. Makanan yang
ditemui dikumpul dan dibawa balik ke sarang dengan menggunakan daun. Semut-semut
betina pula akan menyusun makanan itu ke dalam sarang mereka. Semut-semut itu
bekerja keras mengumpul makanan. Mereka memulakan kerja dari awal pagi hingga ke
petang. Mereka hanya akan berhenti rehat sekiranya berasa penat. Banyak makanan
yang berjaya dikumpul hasil daripada kerjasama mereka.
Pada suatu hari, semasa semut-semut itu sedang bekerja, tiba-tiba mereka
terdengar nyanyian dari sebuah taman berhampiran. Kelihatan beberapa ekor belalang
sedang menyanyi dan menari dengan gembiranya. Belalang-belalang itu menegur
semut-semut yang sedang bekerja. Apakah yang sedang kamu lakukan?. Kami sedang
mengumpul makanan sebagai bekalan untuk musim sejuk nanti, jawab semut. Musim
sejuk? Sekarang masih musim panas. Kenapa perlu bersusah untuk mengumpul
makanan? Lagipun musim sejuk lambat lagi. Makanan pun senang diperolehi di manamana. Sekarang waktu untuk bergembira. Marilah berhibur bersama kami, kata
belalang-belalang itu sambil mentertawakan semut-semut.
Akhirnya musim sejuk pun tiba. Kali ini musim sejuk tiba lebih awal. Semut-semut
itu tidak berasa bimbang kerana mereka mempunyai bekalan makanan yang mencukupi.
Namun begitu, belalang-belalang berasa sedih dan lapar. Mereka gagal mencari
makanan. Jadi mereka pun pergi ke sarang semut. Tolong berikan kami makanan. Kami
kelaparan dan kesejukan, rayu belalang. Semut-semut itu menjemput tetamu mereka
masuk. Sudah tentu kami akan bantu kamu. Lihatlah semua makanan ini hasil usaha
kami yang kamu ketawakan dulu, kata semut sambil menunjukkan bekalan makanan
yang berjaya mereka kumpul semasa musim panas lalu.

Anda mungkin juga menyukai