Anda di halaman 1dari 8

Surah ini mempunyai 5 ayat.

Merupakan surah
Makkiyah, diturunkan sesudah surat Al Fiil. Nama Al-
Falaq diambil dari perkataaan Al-Falaq yang terdapat
pada ayat pertama surah ini yang bermaksud waktu
subuh.
Isi penting surah: Perintah agar kita berlindung
dengan Allah s.w.t. dari segala macam kejahatan.

Surah al-Falaq

1. Katakanlah: Aku berlindung dengan Tuhan Yang
Menguasai subuh.


- Hanya Allah Tuhan yang Maha Kuasa untuk melindungi
diri kita dan seluruh makhluk-Nya.
- Subuh itu hadir setelah malam yang gelap-gelita. Begitu
juga ujian hidup bersilih-ganti, dan semakin hebat
kesukaran menandakan semakin hampirnya kemudahan
sebagaimana apabila semakin pekatnya malam
menandakan semakin hampirnya waktu Subuh.

[

]

2. dari kejahatan apa yang telah Dia ciptakan.


- Segala sesuatu bergantung kepada-Nya kerana Dialah yang
menciptakan segala sesuatu. Dialah al-Khaliq ( ) , dan selain
daripada-Nya adalah makhluk ( .)
-Maka sebagai makhluk dan ciptaan-Nya kepada siapakah kita
memohon perlindungan? Hanya Allah Tuhan yang Maha Pencipta,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
- Setelah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk melindungi diri,
keluarga, masyarakat dan negara contohnya, apa-apa pun yang
ingin kita lindungi, kita meletakkan sepenuh harapan kita kepada-
Nya. Meyakni dan mempercayai kuasa-Nya. Apapun yang berlaku,
kita reda dengan takdir dan ketetapan-Nya.

[

]

3. dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita


- Ayat ini menggambarkan bahawa malam yang gelap gulita itu
merupakan masa orang-orang jahat dan segala kejahatan
bermula. Ini kerana kejahatan itu bersifat gelap dan
tersembunyi.
- Oleh itu, selain berhati-hati di waktu malam dengan langkah-
langkah keselamatan, kita mestilah sering berdoa dan
membaca surah ini untuk meminta perlindungan kepada Allah
s.w.t. daripada segala kejahatan dan bahaya.

[

]

4. dan dari kejahatan wanita-wanita (sihir) yang
menghembus pada ikatan-ikatan.


- Ayat ini menggambarkan kejahatan sihir yang mana kaum
wanita melebihi kaum lelaki dalam bab ini. Ini kerana wanita
mempunyai fizikal yang lemah dan emosi yang tinggi. Maka,
selalunya ketidak puasan hati menyebabkan mereka
menggunakan sihir. Berbeza dengan lelaki yang menunjukkan
ketidakpuasan hati selalunya menggunakan pergaduhan
fizikal.

[

]

4. dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki.


- Dengki/hasad itu bermaksud apabila seseorang membenci
nikmat yang diberikan kepada orang lain dan selalu berharap agar
nikmat itu hilang.
- Orang yang dengki sanggup melakukan apa sahaja agar orang
yang didengkinya merana.
- Oleh itu, Allah s.w.t. mengajar kita agar meminta pertolongan dan
perlindungan kepada-Nya kerana hanya Dia yang Maha Berkuasa
untuk melindungi makhluk-Nya daripada segala bahaya.

[

]

1. Membaca surah al-Falaq 3 kali sebelum tidur (bersama
surah al-Ikhlas dan an-Nas)

2. Membaca surah al-Falaq 3 kali di waktu pagi dan petang
(bersama surah al-Ikhlas dan an-Nas)

3. Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas dalam
rakaat terakhir witir.

Antara Sunnah Rasulullah
SAW berkaitan surah al-Falaq

Anda mungkin juga menyukai