Anda di halaman 1dari 2

RUKUN QAULI DALAM SOLAT

Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak
kira lelaki atau wanita. Berbisik, tak sah. suara angin, tak sah. baca dalam hati, lagi
tak sah. Satu huruf tidak terdengar pun al-fatihah tu tak sah. Kecuali kita berada di
tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.

Rukun qauli tu apa? Takbiratul ihram, Al-Fatihah, tahiyyat akhir, selawat dan salam
pertama. ada 5 sahaja. yang lain rukun fi'li. niat rukun qalbi.

Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:


1. Qalbi (diingat dalam hati)
2. Qauli (diucap dengan lidah)
3. Fi'li (perbuatan)

Rukun solat ada 13 perkara iaitu:


1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
2. Niat.[Qalbi]
3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]
4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]
9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]
11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]

13. Tertib [Qalbi]

Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman",
yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka);
kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah
engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau
perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
(Surah Al-`Isra' ayat 110)

Anda mungkin juga menyukai