Anda di halaman 1dari 17

1.

HAKIKAT 8: ORANG YANG BERZIKIR HIDUP DI SISI ALLAH

a. BERZIKIR MENSUCIKAN HATI DARI KARAT DOSA


Bila kita benar-benar mengenal Allah SWT, kita akan mencintai-Nya. Bila
kita benar-benar mencintai Allah, kita akan sentiasa mengingati-Nya. Bila kita
benar-benar mengingati Allah, kita akan sentiasa menyebut nama-Nya. Itulah
yang dikatakan zikrullah. Kerana ini, zikrullah adalah gabungan antara
mengingati Allah di hati dan menyebutNya dengan lidah.
Hati yang terang akan mudah menjadi gelap sekiranya hati itu tidak
mengingati Allah. Orang-orang terdahulu telah menjaga hatinya daripada
menjadi gelap dengan sentiasa menghabiskan masanya dengan zikir dan
ibadah. Sekiranya mereka merasakan terdapat masa-masa yang kosong dalam
hidup, maka baginya, mereka telah lalai.
Pernah Atikah ditanya seseorang mengenai suaminya Umar ra., apakah
yang dikerjakan Umar?
Atikah menjawab, ketika pergi ke tempat tidur, dia menyediakan air dingin
di sisi tempat tidurnya itu. jika merasa ngantuk, dia lalu memercikkan air tersebut
ke mukanya, lalu berzikir. Kalau mengantuk lagi, dia menitiskan air tersebut ke
mukanya lagi. Jika telah datang tengah malam, dia bangkit untuk melaksanakan
solat, manangis, dan berdoa hingga terbit fajar.
Atikah bertanya kepada Umar, wahai Amirul Mukminin, mengapa engkau
tidak tidur? Umar menjawab, jika aku tidur di siang hari, maka rakyatku akan
hilang. Dan jika aku tidur di malam hari maka jiwaku akan hilang.
Zikir adalah ibadat yang paling senang. Semua ibadat mempunyai syarat
sahnya kecuali zikir. Ia boleh dilakukan sama ada dalam keadaan suci atau
berhadas, semasa berdiri, duduk, mengiring dan dalam semua keadaan. Berkata

Imam Nawawi: Ijmak ulamak mengharuskan zikir samada zikir lisan atau hati
bagi yang berhadas, berjunub, orang yang haid dan juga nifas.

Ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku akan mengingatimu, dan bersyukurlah


kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.
(Surah al-Baqarah: 152.)
Dari Abu Wail, dia berkata, Pada suatu pagi kami mendatangi Abdullah
bin Masud selepas kami melaksanakan solat subuh. Kemudian kami
mengucapkan salam di depan pintu. Lalu kami diizinkan untuk masuk. Akan
tetapi kami berhenti sejenak di depan pintu. Lalu keluarlah hambanya lalu
berkata, Mari silakan masuk.
Kemudian kami masuk sedangkan Ibnu Masud sedang duduk sambil
berzikir. Ibnu Masud lantas berkata, Apa yang menghalangi kalian padahal aku
telah mengizinkan kalian untuk masuk?
Lalu kami menjawab, Tidak, kami mengira bahwa sebagian anggota
keluargamu sedang tidur.
Ibnu Masud lantas bekata, Apakah kalian mengira bahawa keluargaku
telah lalai?
Kemudian Ibnu Masud kembali berzikir hingga dia mengira bahwa
matahari telah terbit. Lantas beliau memanggil hambanya, Wahai hambaku,
lihatlah apakah matahari telah terbit.
Si hamba tadi kemudian melihat ke luar. Jika matahari belum terbit, beliau
kembali melanjutkan dzikirnya.
Hingga beliau mengira lagi bahwa matahari telah terbit, beliau kembali
memanggil hambanya dan berkata, Lihatlah apakah matahari telah terbit.

Kemudian budak tadi melihat ke luar. Jika matahari telah terbit, beliau
mengatakan, Segala puji bagi Allah yang telah menolong kami berzikir pada
pagi hari ini. (HR. Muslim)

RAHSIA DAN KEBAIKAN BERZIKIR


Berikut adalah kata-kata ulama dalam menerangkan berkenaan dengan
berzikir:
2. Berkata Abul Hasan as-Syazilli: Antara tanda munafiq ialah berat lidah
untuk berzikir, kerana itu bertaubatlah kepada Allah, nescaya ringan
lidahmu menyebut namaNya.
3. Berkata Ibnu Abbas: Tidak ada satupun yang Allah SWT fardhukan ke
atas hambaNya melainkan ada takatnya dan ada rukhsahnya, melainkan
zikir. Sesungguhnya zikir tiada takat yang akhir dan tidak diberikan
kepada seseorang keuzuran melainkan orang yang hilang akalnya. Dan
Dia pula memerintahkan ia dilakukan dalam semua keadaan
4. Berkata Fakhruddin ar-Razi: Sesungguhnya penyebab kepada neraka
jahannam ialah kelalaian dan yang mampu menyelamatkan daripadanya
ialah zikrullah.
5. Berkata Ibnu Ataillah as-Sakandari: Zikir ialah membebaskan diri
daripada kelalaian dan lupa dengan sentiasa menghadirkan hati bersama
Allah
6. Berkata Imam Abu Qasim al-Qusyairi: dan seseorang tidak akan
sampai kepada Allah SWT melainkan dengan sentiasa berzikir.
7. Berkata Imam Ibnul Qayyim: Tidak syak lagi bahawa hati ini akan
berkarat dan penghilangnya ialah zikir. Bila ditinggalkan zikir, ia akan
kembali berkarat dan bila karat sudah banyak dia akan nampak kebaikan
itu kebatilan dan kebatilan itu kebaikan. Dan bila karatnya bertimbuntimbun akan rosaklah gambarannya dan dia tidak lagi mampu menerima
kebenaran. inilah sebesar-besar balasan kepada hati

Hafiz Ibnu Qaiyim r.a adalah seorang ulama' hadis yang termasyhur.
Beliau mengarang sebuah risalah bernama Al-Wabil yang mengandungi
berbagai-bagai penjelasan mengenai kelebihan berzikir. Di dalam risalah itu,
beliau berkata bahawa zikir mempunyai faedah kira-kira lebih daripada seratus
faedah. Tujuh puluh sembilan faedah beliau menukilkan di dalam risalah
tersebut. Antara faedah-faedah zikir itu satu persatunya serba ringkas.
1.

Zikir menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya.

2.

Zikir menyebabkan Allah S.W.T redha.

3.

Zikir menjauhkan dukacita daripada hati manusia.

4.

Zikir menggembirakan hati.

5.

Zikir menguatkan badan dan menyeronokkan sanubari.

6.

Zikir sinaran hati dan muka.

7.

Zikir menyebabkan datangnya rezeki dengan mencurah-curah (yakni

murah rezeki).
8.

Zikir membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan

yakni dengan memandang wajahnya, seseorang itu merasa gentar.


9.

Zikir melahirkan cinta sejati terhadap Allah S.W.T kerana cinta itulah

merupakan roh Islam, jiwa agama dan sumber kejayaan dan kebahagiaan.
Barangsiapa ingin mendapat cinta Ilahi itu, maka hendaklah ia berzikir sebanyakbanyaknya. Sebagaimana mutala'ah dan muzakarah itu merupakan pintu
kejayaan ilmu, demikianlah zikrullah itu merupakan pintu cinta Ilahi.
10.

Zikir mendatangkan hakikat muraqabah. Muraqabah itu membawa

seseorang kepada martabat insan. Dengan adanya martabat insan, maka


manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan seolah-olah ia melihatNya (keadaan seperti inilah merupakan tujuan asasi daripada perjuangan para
sufi).

11.

Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat-

bulatnya kepada Allah. Dengan ini, lama-kelamaan maka setiap urusan dan
dalam setiap keadaan Allah S.W.T menjadi pelindung dan pembantu baginya.
12.

Zikir membawa seseorang kepada takarrub (mendekatkan diri) kepada

Allah. Jika zikir itu bertambah banyak, maka dengan sendirinya ia bertambah
dekat kepada Allah dan sebaliknya jika ia bertambah lalai daripada berzikir maka
dengan sendirinya ia bertambah jauh dari Allah S.W.T.
13.

Zikir membukakan pintu makrifat kepada Allah S.W.T.

14.

Zikir melahirkan di dalam hati seseorang akan keagungan dan kebesaran

Allah S.W.T dan melahirkan semangat buat merapatkan diri dengan-Nya.

15.

Zikir menyebabkan Allah S.W.T ingat kepada seseorang yang ingat

kepada-Nya sepertimana disebutkan di dalam Al-Quran yang bermaksud:


"Kerana itu ingatlah kamu kepada Aku, nescaya Aku ingat pula kepadamu."
(Al-Baqarah : 152)
Dan diterangkan pula di dalam hadis yang bermaksud,
"Barangsiapa mengingati Aku di dalam hatinya, nescaya Aku mengingati
pula di dalam hati-Ku."
16.

Zikir menghidupkan hati. Perbandingan zikrullah dengan hati seseorang

adalah ibarat ikan dengan air. Ingatlah apakah halnya ikan itu jika ia tidak berada
di dalam air?
17.

Zikir santapan bagi roh dan hati. Andaikata keduanya tidak dapat

menikmati santapannya maka adalah sama seperti badan yang tidak dapat
makanannya.

18.

Zikir

membersihkan

hati

daripada

karat

(kekotoran)

sepertimana

diterangkan di dalam hadis bahawa tiap-tiap satu mempunyai daki dan kekotoran
baginya. Daki dan kekotoran hati ialah keinginan dan kelalaian yang tidak dapat
dibersihkan melainkan dengan berzikir.
19.

Zikir menghapuskan dosa dan maksiat.

20.

Zikir menghapuskan keraguan dari seseorang terhadap Allah S.W.T.

Sebenarnya hati orang yang lalai itu diselubungi oleh rasa ragu dan gelisah
terhadap Allah. Ianya hanya dapat dihapuskan hanya dengan zikir.
21.

Zikir menyebut Allah, orang yang berzikir itu dikelilingi oleh Arsy Ilahi.

22.

Barangsiapa ingat kepada Allah dalam kesenangan, Allah ingat pula

kepadanya apabila ia di dalam kesusahan.


23.

Zikir melepaskan orang yang berzikir itu daripada azab Allah S.W.T.

24.

Zikir menyebabkan turunnya sakinah dan para malaikat melingkungi

orang-orang yang berzikir itu.


25.

Zikir menyebabkan selamatnya lidah seseorang yang berzikir itu daripada

mengumpat, mencela, berdusta, maki-hamun dan cakap sia-sia. Telah dibuktikan


oleh kenyataan bahawa barangsiapa yang membiasakan lidahnya dengan
berzikir, maka terselamat dari sifat keji. Sebaliknya orang yang tidak biasa
dengan zikir maka dengan sendirinya ia terlibat dalam keburukan dan sifat-sifat
yang keji itu.
26.

Zikir memasukkan orang yang berzikir itu ke dalam golongan orang yang

berbahagia, demikian juga bagi orang yang mendampinginya. Sebaliknya orangorang yang lalai dan membuat kerja-kerja yang sia-sia adalah tercampak ke
dalam kancah kecelakaan. Demikian juga bagi mereka yang menyertainya.
27.

Zikir memelihara orang yang berzikir dari menyesal pada hari kiamat.

28.

Jika orang yang berzikir sambil menangis-nangis dalam keadaan sunyi

diri, maka pada hari kiamat ia akan didiamkan di bawah naungan Arasyh Ilahi.
Pada hari kiamat di mana manusia akan berteriak dan menjerit-jerit kerana
kepanasan hari yang sangat dahsyat itu.

29.

Orang yang menyibukkan dirinya dengan berzikir, maka Allah S.W.T

mengurniakan kepadanya lebih dari orang yang meminta kepada-Nya.


Di dalam hadis Qudsi, Allah S.W.T ada berfirman: "Barangsiapa tertahan
oleh zikir-Ku daripada berdoa, nescaya Aku berikan kepadanya lebih daripada
yang Aku berikan kepada orang yang berdoa."
30.

Zikir merupakan satu ibadat yang ringan dan mudah sekali, namun ia

adalah amalan yang lebih afdal dan utama dari semua ibadat kerana
menggerakkan lidah itu lebih mudah dari menggerakkan seluruh badan.
31.

Zikir merupakan pohon di dalam syurga.

32.

Nikmat dan kurniaan yang Allah berikan kepada orang yang berzikir,

tidaklah diberikan kerana amalan yang lain. Terdapat hadis yang menerangkan:
"Barangsiapa membaca kalimah ini sebanyak 100 kali pada tiap-tiap hari, maka
Allah akan memberikan pahala kepadanya yang seimbang memerdekakan 10
orang hamba sahaya dan dicatitkan di dalam buku amalannya 100 kebajikan,
dihapuskan daripadanya 100 dosa, dipelihara dari godaan syaitan dan tiada
siapa pun yang lebih afdal daripadanya kecuali orang yang amalannya telah
melebihi.
33.

Seseorang yang berzikir berterusan dengan istiqamah, ia akan terselamat

daripada melukakan dirinya yang menyebabkan kecelakaan dunia dan akhirat.


Melupakan diri sendiri dan muslihat-muslihatnya bererti melupakan Allah.
Barangsiapa melupakan Allah, nescaya akan dicampakkan di dalam kancah
kerugian. Allah memperingatkan kita manusia di dalam Al-Quran:

"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah
menjadikan kamu seperti orang-orang yang melupakan dirinya sendiri. Mereka
itulah orang-orang yang fasik."
(Al-Hasyar: A:19 S:59 J:28 M/S:548)
Maksudnya supaya kamu janganlah menjadi orang-orang yang tidak
menghiraukan Allah S.W.T, lantas Allah menjadikan mereka tidak menghiraukan
diri mereka sendiri yakni hati perasaan dan akal fikiran mereka dilemahkan
sehingga mereka tidak dapat menjalani jalan yang menuju ke arah kejayaan
yang hakiki.
Apabila manusia melupakan diri sendiri, maka dengan sendirinya ia akan
melupakan muslihat-muslihatnya, akhirnya ia menjadi mangsa kebinasaan.
Sepertimana seorang petani yang melupakan sawah ladangnya, sudah tentulah
sawah ladangnya tidak mendatangkan hasil apa-apa. Akhirnya akan bertukar
menjadi belukar.

34.

Seseorang akan merasakan keamanan dan ketenangan jiwa tatkala

lidahnya basah menyebuti zikir sehingga ia cinta kepada zikir. Sepertimana


seseorang yang mencintai air ketika ia mengalami dahaga yang amat sangat
atau cinta kepada makanan ketika ia sangat lapar ataupun ia cinta kepada
pakaian dan rumah semasa ia berasa sangat sejuk atau sangat panas. Bahkan
zikrullah itu lebih mustahak lagi kerana jika segala-galanya itu tidak tersedia,
maka tubuh kasar manusia itu sahaja yang akan binasa, sebaliknya jika tiada
zikir, roh dan hati juga akan turut binasa.
35.

Dengan zikir, manusia akan mencapai kemajuan dan kejayaan dengan

secara terus-menerus ketika ia sedang beristirehat ataupun ia sedang sakit,


ketika ia sedang sibuk dengan mengecap nikmat hidup ataupun berada di dalam
serba kekurangan. Jika hati perasaannya sudah bersinar dengan sinaran zikir,

maka dalam setiap keadaan ia akan meningkat ke peringkat yang setinggitingginya.


36.

Nur zikir sentiasa bersama dengan orang yang berzikir sama ada di dalam

dunia ini ataupun di dalam kubur. Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran:
"Apakah orang yang sudah mati (sudah sesat) kemudian Kami hidupkan ia
(menjadi ia agama Islam) dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang.
Dengan cahaya itu, dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia (nur itu
sentiasa bersama dengannya) serupa dengan orang yang berada di dalam
keadaan gelap-gelita yang tidak dapat keluar daripadanya."
(Al-Anam: A:122 S:6 J:7)
Hati perasaan orang yang berzikir akan bersinar gilang-gemilang dengan
cahaya makrifat. Nur adalah sesuatu yang teragung sekali. Ianya membawa
kepada kejayaan yang gilang-gemilang. Lantaran itulah, Nabi Muhammad s.a.w
sentiasa menuntut dan memohon dengan berulang-ulang kali dan meminta nur
itu bagi setiap anggota tubuhnya sepertimana doa-doa yang didapati di dalam
kitab-kitab hadis yang didoakan oleh baginda s.a.w seperti yang berikut di bawah
ini:
"Ya Allah ! Berikanlah nur kepada dagingku, nur pada tulang-tulangku, nur
pada rambutku, nur pada kulitku, nur pada pendengaranku, nur pada
penglihatanku, nur dari atasku, nur dari bawahku, nur dari kananku, nur dari
kiriku, nur dari mukaku, nur dari belakangku dan jadikanlah nur itu di dalam diriku
dan juga besarkanlah nur itu untukku."
Maka menerusi nur itulah, amalan perbuatan seseorang itu akan
bercahaya terang benderang sehingga amal perbuatan yang baik dari seseorang
itu dibawa ke langit yang didapati daripadanya cahaya seperti cahaya matahari
dan nur yang serupa itulah akan kelihatan pada mukanya di hari kiamat nanti.
37.

Zikir intisari ilmu tasawuf yang diamalkan oleh setiap ahli tariqat. Jika telah

terbuka pintu zikir bagi seseorang, bererti telah terbuka baginya jalan yang

menuju ke jalan Allah. Barangsiapa yang telah menuju ke jalan Allah, nescaya ia
telah dapat segala-galanya yang dikehendaki kerana tidak berkurangan apa-apa
pada khazanah Ilahi.
38.

Pada hati manusia, ada satu bahagian yang tidak subur melainkan

zikrullah. Apabila zikir menguasai hati maka bukan ia menyubur bagi hati itu
sahaja bahkan ia menjadi orang yang berzikir itu hidup dengan makmur
walaupun ia tiada harta benda. Memuliakannya walaupun tidak berkeluarga dan
menjadikannya pengusaha walaupun ia tidak mempunyai kerajaan. Sebaliknya
orang yang lalai daripada berzikir pasti dia akan dihinakan walaupun ia
mempunyai harta benda, kaum keluarga dan kerajaan yang besar.
39.

Zikir menghimpunkan kembali yang telah bercerai dan menceraikan yang

telah berhimpun, mendekatkan yang jauh dan menjauhkan yang dekat. Yakni
hati perasaan manusia yang diselubungi oleh berbagai keraguan, dukacita dan
kegelisahan itu semuanya dilenyapkan sama sekali dan dilahirkan ketenteraman
dan ketenangan jiwa. Hati perasaan dan jiwa manusia yang dikuasai oleh
perbuatan yang keji-keji itu dibersihkan. Manusia yang sentiasa digodai dan
dikuasai oleh tentera-tentera syaitan itu diceraikan daripadanya. Akhirat yang
jauh itu didekatkan dan dunia yang dekat itu dijauhkan dari manusia.
40.

Zikir menggerakkan hati manusia daripada tidur dan menyedarkannya

daripada lalai. Selagi hati dan jiwa manusia tidak sedar, maka selama itulah ia
mengalami kerugian demi kerugian.
41.

Zikir merupakan satu pohon yang setiap masa mendatangkan buah

makrifat. Menurut istilah ulama-ulama tasawuf, pohon itu mendatangkan buah


ahwal dan makamat. Semakin zikir itu diperbanyakkan semakin akar pohon itu
kukuh. Semakin akarnya kukuh, semakin itulah pohon itu mengeluarkan
buahnya.
42.

Zikir mendekatkan hamba kepada Allah. Firman Allah S.W.T di dalam Al-

Quran: "Sesungguhya Allah S.W.T beserta dengan orang-orang yang bertaqwa


(takut)."

Di dalam hadis Qudsi Allah S.W.T berfirman: "Adalah Aku menyertai


hamba-Ku selama ia mengingati Daku."
Di dalam hadis Qudsi yang lain, Allah telah berfirman: "Orang-orang yang
mengingati Aku itu ialah orang Aku. Aku tidak menjauhkan dari rahmat-Ku. Jika
mereka bertaubat dari dosa-dosa mereka, maka Aku menjadi kekasih bagi
mereka, tetapi sebaliknya jika mereka tidak bertaubat, maka Aku menjadi
jururawat bagi mereka. Aku mencampakkan mereka ke dalam kancah
penderitaan supaya Aku membersihkan mereka dari dosa-dosa."
Penyertaan Allah S.W.T yang dicapai menerusi zikir itu adalah penyertaan
yang tidak ada tolok bandingnya. Hakikat penyertaan itu tidak mungkin dicatit
dan tidak mungkin juga dibicarakan. Kelazatannya dengan erti kata yang
sebenar boleh dirasai oleh orang yang telah mencapainya.
43.

Zikir adalah seimbang dengan memerdekakan hamba, membelanjakan

harta dan berjuang di jalan Allah.


44.

Zikir adalah sumber syukur. Barangsiapa yang tidak mengingati Allah, ia

tidak dapat bersyukur kepada-Nya.


Di dalam sebuah hadis menceritakan bahawa Nabi Musa a.s pernah
berkata kepada Allah, "Ya, Allah ! Engkau telah menganugerahkan kepadaku
nikmat-nikmat yang amat banyak, maka tunjukilah aku cara-cara bersyukur
supaya aku sentiasa dapat bersyukur kepada-Mu."

Kemudian Allah S.W.T berfirman kepada Nabi Musa, "Sebanyak yang


engkau berzikir, sebanyak itulah engkau bersyukur."
Allah berfirman: "Hendaklah lidahmu sentiasa dibasahi dengan berzikir."
45.

Yang mulia di antara orang-orang yang bertaqwa pada sisi Allah ialah

yang sentiasa sibuk dengan berzikir kerana natijah taqwa ialah syurga
sedangkan natijah zikir ialah penyertaan Allah S.W.T.

46.

Pada hati manusia ada semacam kekerasan yang tiada berubah menjadi

lembut melainkan dengan berzikir.


47.

Zikir adalah rawatan bagi penyakit-penyakit hati.

48.

Zikir adalah sumber persahabatan dengan Allah. Lalai adalah sumber

permusuhan dengan-Nya.
49.

Tiada satu apa pun yang menambahkan nikmat-nikmat Allah dan

menyelamatkan daripada azab-Nya lebih daripada zikrullah.


50.

Allah S.W.T menurunkan rahmat-Nya kepada orang-orang yang berzikir

dan para malaikat berdoa untuk mereka.


51.

Barangsiapa yang ingin menikmati syurga sedangkan ia masih berada di

dalam dunia ini maka hendaklah ia menyertai majlis-majlis zikir kerana zikir itu
adalah umpama taman-taman syurga.
52.

Majlis zikir adalah majlis para malaikat.

53.

Allah S.W.T membanggakan orang yang berzikir di hadapan para

malaikat.
54.

Barangsiapa sentiasa berzikir, ia akan masuk ke dalam syurga tersenyum-

senyum.
55.

Diwajibkan segala amalan adalah semata-mata kerana zikrullah.

56.

Amalan yang paling afdal ialah amalan yang disertakan zikir sebanyak-

banyaknya. Puasa yang paling afdal ialah puasa yang disertakan zikir sebanyakbanyaknya. Haji yang paling afdal ialah haji yang disertakan dengan zikir
sebanyak-banyaknya. Demikian juga jihad dan amalan yang lain-lain.
57.

Zikir ialah pengganti bagi ibadat-ibadat nafilah (ibadat-ibadat sunat). Pada

satu ketika, satu golongan orang yang miskin telah datang berjumpa dengan
Rasulullah s.a.w merayu hal mereka kepada Rasulullah s.a.w: Ya, Rasulullah
s.aw! Saudara kami yang berharta-benda telah meningkat darjat yang setinggi-

tingginya disebabkan harta kekayaan mereka. Mereka bersembahyang seperti


kami bersembahyang, mereka berpuasa seperti kami berpuasa, tetapi kerana
harta kekayaan, mereka telah mendahului kami dengan mengerjakan haji,
umrah, jihad dan lain-lain."
Sebagai menjawab Rasulullah s.aw bersabda: "Mahukah kamu sekelian
aku ajarkan sesuatu untuk mendahului sesama kamu sehingga tiadalah lagi
seorang pun yang lebih afdal daripada kamu kecuali orang yang berbuat seperti
yang kamu perbuat?
Selanjutnya Baginda Rasulullah s.a.w bersabda: "Bacalah kamu sekelian
selepas tiap-tiap sembahyang." (berzikir)
Ini menunjukkan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w menganggap zikir ini
sebagai pengganti haji, urnrah, jihad dan lain-lain (bagi orang yang tidak berada).
58. Zikir adalah pendorong bagi ibadat-ibadat lain. Dengan berzikir sebanyakbanyaknya, maka ibadat yang lain itu menjadi lebih mudah dan senang malah
kelazatan ibadat-ibadat itu pun dirasai benar. Oleh itu, semua ibadat itu dapat
dikerjakan tanpa keberatan dan kesukaran apa-apa.
59.

Dengan berzikir, semua keberatan akan menjadi ringan. Setiap kesukaran

akan menjadi ringan dan semua bala bencana akan lenyap.


60.

Lantaran zikirlah, segala rupa ketakutan dan kebimbangan akan terhindar.

Zikrullah adalah mempunyai satu kuasa yang khas untuk melahirkan


ketenteraman dan akan melenyapkan ketakutan. Ianya mempunyai kesan yang
istimewa di mana semakin berzikir sebanyak-banyaknya, semakin itulah akan
mencapai ketenteraman dan akan lenyap ketakutan.
61

.Zikir melahirkan kekuatan dan tenaga yang terkhas kepada manusia.

Dengan kekuatan itu, ia dapat menyelenggarakan urusan-urusan yang agak


sukar.

62.

Penyelesaian urusan-urusan akhirat adalah dahulu-mendahului di antara

satu sama lain. Di dalam mendahului antara satu sama lain ini, yang kelihatan di
hadapan sekali ialah orang-orang yang berzikir.
Diriwayatkan dari Omar Khadam Gufarah r.a katanya: "Apabila amal
perbuatan manusia diganjari pada hari kiamat maka sebahagian besar dari
manusia akan menyesal sambil berkata:

"Alangkah bagusnya jika dahulunya kita memperbanyakkan amalan yang ringan


dan mudah sekali iaitu zikir."
Di dalam sebuah hadis ada dilaporkan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w
telah bersabda: "Telah mendahului mereka yang mufarrid."
Para sahabat bertanya: "Siapakah yang mufarrid itu, ya Rasulullah?"
Baginda menjawab: "Mereka yang mengingati Allah sebanyak-banyaknya
kerana zikir adalah meringankan bebanan mereka."
63.

Allah S.W.T sendiri membenarkan dan memuji orang-orang yang berzikir.

Orang-orang yang dibenarkan oleh Allah S.W.T tidaklah akan dibangkitkan


bersama-sama orang yang berdusta.

64.

Zikir menyebabkan terbinanya rumah di dalam syurga. Apabila seseorang

hamba berhenti daripada berzikir maka para malaikat berhenti daripada


membina rumah itu.
Apabila mereka ditanya, "Mengapakah kamu berhenti membina rumah
itu?"
Maka mereka menjawab, "Bahawa perbelanjaannya belum tiba lagi."

Di dalam sebuah hadis lagi ada disebutkan barangsiapa yang


mengucapkan (berzikir) sebanyak 7 kali, nescaya dibinakan satu menara
untuknya di dalam syurga.
65. Zikir adalah perisai atau pendinding bagi Neraka Jahannam. Barangsiapa
yang dimasukkan ke dalamnya kerana amal perbuatannya yang tidak baik, maka
zikirnya itu menjadi pendinding di antaranya dengan Neraka Jahannam tersebut.
Semakin banyak berzikir dibuat maka semakin kuatlah pendinding itu.
66.

Para malaikat beristighfar (memohon keampunan) bagi orang yang

berzikir. Diberitakan kepada Amar bin Aas r.a yang beliau meriwayatkan bahawa
apabila seseorang hamba mengucapkan (berzikir) maka para malaikat berkata,
"Ya, Allah! Ampunilah dia." (Dan termaklum bahawa doa para malaikat itu tidak
ditolak malahan terus dikabulkan).
67.

Jika seseorang berzikir di atas gunung atau di tanah datar, maka tempat

tersebut akan merasa bangga. Di dalam sebuah hadis ada diberitakan bahawa
gunung-gunung bertanyatanyakan di antara satu sama lain bahawa hari ini
adakah seseorang yang berzikir itu melalui di atas engkau. Jika diberitahukan,
"Ya, ada yang melaluinya maka ia akan berasa gembira lagi bangga."
68.

Memperbanyakkan zikir adalah merupakan sijil bagi kelepasan bagi

kemunafikan. Allah S.WT telah berfirman: "Mereka tidak mengingati Allah


melainkan sedikit." (An-Nisa A:142 S:4 J:5 M/S:101)
Ka'ab Akhbar r.a berkata: "Barangsiapa berzikir sebanyak-banyaknya
terpelihara ia daripada kemunafikan."
69.

Berbanding dengan amalan-amalan yang baik maka zikir mempunyai satu

kelazatan yang tidak didapati pada amalanamalan yang lain. Jika zikir tidak
mempunyai satu fadilat pun selain daripada kelazatan tadi maka memadailah
dia. Malik bin Dinar r.a berkata, "Bahawa seseorang tidak akan berasa lazat dari
suatu apa pun seperti kelazatan berzikir."

70.

Pada wajah orang berzikir itu didapati kegembiraan di dunia ini dan akan

kelihatan nur padanya di hari kiamat.


71.

Barangsiapa yang mengingati Allah sebanyak-banyaknya di tengah-

tengah jalan, di rumah, di dalam safar dan ketika berada di dalam kampung,
maka ia akan mempunyai pembela-pembela yang ramai sekali di hari hisab
kelak.
Di dalam menerangkan keadaan hari kiamat, Allah S.W.T berfirman:
Pada hari itu (yakni hari kiamat) bumi menceritakan berita-beritanya."
Baginda Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabat:
"Tahukah kamu berita-berita bumi itu?"
Mereka menjawab:
"Tidak. Kami tidak tahu, ya Rasulullah s.a.w."
Baginda Rasulullah s.a.w bersabda:
"Pekerjaan-pekerjaan yang dibuat oleh lelaki dan wanita (sama ada
pekerjaan yang baik ataupun yang buruk) di permukaan bumi ini, maka bumi
akan menceritakan bahawa si fulan pernah melakukan sekian perbuatan di
sekian tempat di permukaannya pada sekian masa. Oleh itu, orang-orang yang
berzikir sebanyak-banyaknya di tempat-tempat yang berlainan maka dia akan
mempunyai saksi yang banyak di hari hisab nanti."
72. Selama lidah sibuk dengan berzikir maka selama itulah ia terpelihara
daripada perbicaraan yang sia-sia, berdusta, mengumpat dan sebagainya.
Kerana lidah itu sememangnya tidak bisa diam, ia akan sibuk berzikir kalau tidak
sudah tentu dengan kesia-siaan. Demikian juga halnya hati jika ia tidak sibuk
dengan mencintai Khalik, maka sudah tentu ia sibuk dengan mencintai makhluk.
73.

Syaitan adalah musuh manusia yang nyata. Ia mencampakkan manusia di

dalam kancah kerunsingan dan kegelisahan dengan berbagai cara. Ia juga

mengerumuni mereka dari tiap penjuru. Orang yang halnya sedemikian rupa, ia
sentiasa berada di tengah-tengah lingkungan para musuh yang mana tiap-tiap
seorang daripadanya ingin menimpa ke atasnya penderitaan demi penderitaan.
Tiada cara untuk mematahkan serangan musuh itu melainkan dengan
zikrullah. Ada banyak hadis yang mengandungi doa-doa yang mana dengan
membacanya sebelum tidur maka terpeliharalah dari musuh-musuh itu
selamalamanya.

Anda mungkin juga menyukai