Anda di halaman 1dari 16

HAKIKAT 1: DICIPTANYA MAUT ITU UNTUK MENGUJI MANUSIA

Seseorang itu apabila mampu untuk mencelikkan matanya setelah mati kecilnya iaitu tidur, ia telah diberi peluang untuk meneruskan amanah hidup yang di dalamnya itu sangat berharga. Sekiranya ia melihat hidupnya itu adalah suatu kebiasaan dan tidak berharga, maka bagaimanakah hidupnya itu akan diaturkan? Sehinggalah ulama telah bertanya, apakah harga bagi sekali hirup dan sekali hembusan nafas ini?. Maka tiada yang mampu untuk menjawabnya keran a harganya itu sendiri terlebih bernilai daripada seluruh isi dunia sekalipun. Lalu adakah nafas yang berharga ini hanya akan digunakan untuk perkara sia-sia?

Apakah kita merasa hidup di dunia hanya sekadar perlu dilalui sahaja dan tidak ada apa-apa yang perlu di matlamatkan dan di tumpukan? kamu merasa hidup ini lama dan hidupmu hanya sekadar bekerja, mencari rezeki, memelihara keluarga, menjadi seorang ayah, menjadai seorang datuk, menjadi seorang moyang dan akhirnya mati. Kemudian, orang lain akan menanammu dan meninggalkan mu sendiri di dalam kubur menandakan tamat sudah tempot hidupmu yang lama di atas dunia. Adakah dalam kehidupan mu hanya itu sahaja yang kamu akan buat untukNya? maka ketahuilah bahawasanya kehidupan selepas mati itu akan menjadi lebih lama lagi. Lalu ketika itu, apa pula yang akan kamu dibuat olehNya?

a. INGATI KEMATIAN Ramai yang menjauhi daripada bercerita mengenai perkara kematian kerana mereka menganggap bahawa perkara ini boleh melunturkan semangat seseorang untuk terus hidup, sedangkan sesiapa yang mengingati kematian bermakna dialah yang sebenarnya telah hidup dan sesiapa yang tidak mengingati kematian bermakna dialah yang sebenarnya telah mati. Selagimana seseorang itu hidup, dia masih berpeluang untuk mengubah nasibnya di akhirat, namun, orang yang mati tidak akan dapat mengubah apa-apa untuk

akhiratnya. Oleh itu, Sayang sekali sekiranya sebelum kita mati kita telahpun mati (kerana tidak mengingati Allah dan lupa akan kematian). Kadang-kala seseorang itu dimatikan oleh Allah kerana Allah mahu melindunginya daripada fitnah dan penderitaan yang dia sendiri tidak mampu menanggungnya pada masa akan datang. Maka Allah telah selamatkan mereka dari penderitaan itu dengan membawa kematian kepadanya. Telah berkata ulama; manusia takutkan kematian, sedangkan kematianlah yang menyelamatkan mereka daripada fitnah, manusia takut akan kehilangan harta, sedangkan hartalah yang memberatkan lagi penghisaban di akhirat; maut adalah kesudahan kepada sebesarbesar kesusahan dunia, dan mautlah kesudahan kepada semewahmewah kesenangan dunia. Manusia tidak akan mampu untuk hidup selamanya di atas dunia dan manusia tidak akan ingin untuk hidup selamanya di atas dunia. Apabila manusia bertambah usianya, maka akan bertambah juga kekurangannya dan kesusahannya. Akan datang, susah baginya untuk berjalan, sukar untuk membuang air dan tidak mampu lagi menikmati semua nikmat dunia yang manis. Makanannya juga tidak lagi sesedap dahulu. Pergerakannya juga terhad. Akhirnya apabila semua nikmat sudah tidak dapat dinikmati lagi maka mereka juga akan berfikir untuk mati sahaja. Pernah di zaman Nabi Zulkifli, berlaku satu peperangan yang membabitkan orang yang derhaka kepada Allah. Nabi Zulkifli yang ketika itu seorang Raja telah memerintahkan rakyatnya supaya menghadapi tentangan orang derhaka itu, tetapi beliau pula dibantah.

Rakyatnya berkata: Wahai raja, kami takut berperang kerana kami masih mahu hidup. Jika kamu minta kepada Allah untuk menjamin hidup kami, baru kami mahu berperang. Mendengar perkataan rakyatnya itu, Zulkifli berdoa: Ya Allah, aku menyampaikan risalah Tuhan kepada mereka, menyuruh mereka berperang, tetapi mereka mempunyai permintaan. Sesungguhnya Kamu mengetahui permintaan mereka. Tidak lama selepas itu, Allah menurunkan wahyu: Wahai Zulkifli, Aku (Allah) telah mengetahui permintaan mereka dan Aku mendengar doamu. Semuanya Aku akan kabulkan. Mereka aku beri panjang umur dan tidak akan mati kecuali mereka kelak mengkehendakinya.

Maka disebabkan itu, kaum Nabi Zulkifli panjang-panjang usianya dan beranak pinak dangan sangat ramai sehingga negerinya padat dan kekurangan bahan makanan. Akhirnya kaum itu sedar dan meminta lagi kepada Nabinya, Nabi Zulkifli supaya dikembalikan kepada ajal yang ditentukan dan tidak mahu dipanjangkan umurnya.

Marilah kita berfikir sebentar mengenai apa yang kita mahu di dunia dan kita mahu juga ia di akhirat. Tidakkah terasa rugi seseorang yang cantik di dunia tetapi dia tidak lagi cantik di akhirat? Tidakkah terasa rugi seseorang yang raja di dunia tetapi dia tidak lagi raja di akhirat? Dan tidakah terasa rugi seseorang yang bahagia di dunia tetapi dia tidak menjumpai bahagia di akhirat? Sayang sekali sekiranya seseorang hanya berusaha untuk sekadar memiliki dunia yang akhirnya akan mentuakan mereka dan melepaskan syurga yang lebih baik dari itu. di dalam syurga, manusia

akan dalam keadaan sihat dan tidak akan sakit lagi, mereka gembira dan tidak akan bersedih lagi, mereka senang dan tidak akan susah lagi, mereka muda dan tidak akan tua lagi bahkan hidupnya kekal dan tidak akan mati lagi. Untuk hidup cantik di dunia dan akhirat, untuk hidup kaya di dunia dan di akhirat, untuk hidup bahagia di dunia dan di akhirat maka perlulah kita memulakan langkah hidup di dunia dengan mengingati kematian. Kehidupan akhirat akan menjadi lebih teruk daripada kehidupan hari ini apabila kita mula melupakan kematian. Kematian apabila dilupakan maka manusia akan hilang punca hidupnya di dunia dan akan sesat pula hidupnya di akhiratnya. Mengingati mati akan membawa seseorang mendidik hati agar membuat persiapan untuk kehidupan selepas mati. Melupakannya pula akan membawa seseorang hidup dengan kehidupan yang hina dan kotor. Ali bin Abi talib pernah memiliki bait syair yang indah iaitu: Tiada rumah yang dihuni seseorang setelah mati, Kecuali rumah yang dibangunnya sebelum mati, Bila dia membangunnya dengan kebaikkan Maka baiklah rumahnya, Bila dia membangunkannya dengan kejahatan Maka buruklah rumahnya..

kita pasti berpuas hati sekiranya mati dalam keadaan muda lalu dimasukkan ke dalam syurga selama-lamanya. Sebaliknya, kita pasti tidak akan berpuas hati sekiranya mati dalam keadaan masih muda

sedangkan tempoh yang pendek itulah yang menyebabkan kita masuk ke dalam neraka dalam tempoh yang panjang. Seorang penyair mengatakan: Wahai anak Adam, engkau terlahir dari ibumu seraya melempar tangisan Sedangkan orang-orang di sekelilingmu tertawa gembira Maka, beramallah untuk menyambut suatu hari tatkala mereka melempar tangisan Yaitu hari kematianmu, ketika itu engkaulah yang tertawa gembira Kehidupan yang singkat itu kadang kala ia bukan suatu kehidupan yang menyeronokkan. Kehidupan yang singkat antara 17 hingga 21 tahun itu mungkin hanya kehidupan terkongkong dengan peraturan keluarga dan sekolah. Di rumah perlu mendengar kata ibu bapa dan di sekolah perlu mendengar kata guru. sekiranya tidak mendengar kata keduanya, maka akan dimarahi dan dipukul. sememangnya tiada kebebasan di dalam hidup yang singkat dan ia kadang kala menyedihkan tetapi adalah lebih malang lagi apabila di akhirat juga kita di dalam keadaan menyedihkan. Walaupun tiada yang berpuas hati hidup dalam keadaan yang menyedihkan di dunia dan di akhirat, hakikatnya, ramai yang memilih hidup seperti ini. Kerana lalainya hidup ketika di dunia,maka ramai yang memilih untuk menghabiskan masa mudanya dengan dosa dan maksiat. keseronokan di dalam dosa itu hanyalah satu perangkap agar manusia berada di dalam dosa selama-lamanya dan agar manusia membawa dosa tersebut hingga ke dalam kubur. Mata yang terpejam ini pasti ia tidak boleh dibuka nanti. Firman Allah SWT :

Di mana jua kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh (surah an-Nisa ayat 78)

Pernah terdapat sebahagian sejarahwan mengatakan bahawa al-Mutashim mampu menuliskan namanya dengan tangannya sendiri pada pisaunya yang terbuat daripada besi kerana kekuatannya. Dia termasuk salah seorang manusia terkuat sehingga salah satu ahli hadith barkata pada suatu hari aku bertemu dengan al -Mutashim kemudian dia menghulurkan tangan kepadaku sambil berkata, aku memohon kepadamu untuk menggigit tanganku ini. Maka akupun menggigit tangannya. Namun demi Allah tiada bekas gigitanku pada tangannya. Namun kekuatan dan kekebalan seperti ini, ketika si pencabut nyawa datang, dia tidak mampu menghindarkan diri. Ketika dalam sakaratulmaut, al-Mutashim berkata Apakah aku akan mati hari ini? Orang-orang di sekelilingnya berkata engkau akan mati hari ini jika memang ajalmu telah datang. Ketika itu, usia al-Mutashim baru berusia empat puluh tahun. Dia mengira bahawa manusia itu takkan mati kecuali setelah mencecah umur tujuh puluh tahun. Dalam pada itu, al-Mutashim telah cuba turun dari tempat tidurnya lalu berkata, Demi Allah seandainya aku tahu akan mati hari ini, pasti aku tidak akan melakukan maksiat yang pernah aku lakukan sebelum ini. Ulama pernah menyebut bahawa apabila bercerita tentang mati, terdapat tiga persoalan yang akan menghantui manusia. Pertama, bilakah kematian akan berlaku? Kedua, di manakah tempat

pengebumian? Ketiga, bagaimanakah kematian itu berlaku?

walaupun setiap hari kita memikirkan bilakah akan mati, ia tetap tidak membantu menangguhkan tarikh mati kita. Walaupun kita setiap hari memikirkan tempat untuk dikebumikan, ia tetap tidak membantu mengalihkan tempat tertanamnya jenazah kita. Namun, yang paling kita patut fikirkan ialah, bagaimanakah cara kita akan mati kerana selalunya keadaan kita apabila mati dipengaruhi dengan cara kehidupan kita di atas dunia. kalau cara hidup kita itu baik, baiklah cara kematian kita, dan sekiranya cara hidup kita buruk, maka buruk juga lah cara kematian kita nanti. Terdapat kisah mengenai seorang raja yang kaya. Dia sentiasa merindukan hartanya yang terletak di dalam bilik harta yang kebal. Dia terlalu merindui hartanya lalu mengambil tindakan sendiri dan menjenguk hartanya seorang diri. Kerana terlalu rindu akan hartanya, dia mengambil kunci bilik harta dan terus sahaja membuka pintu bilik itu yang berkunci tanpa menyedari dia tertinggal kunci itu di luar pintu bilik hartanya. Apabila dia melihat hartanya, terubat rasa rindu di hati dan dia bergembira dengan hartanya itu. dalam masa yang sama, khadam raja tersebut lalu di hadapan bilik harta dan mendapati kunci masih tersangkut di pintu bilik itu. Khadam berpendapat bahawa dia mungkin terlupa mengunci bilik harta maka terus sahaja si khadam mengunci bilik itu dan beredar. Tinggalah raja yang sedang berseronok dgn harta sedangkan dia sebenarnya telah terkurung di dalam bilik hartanya. Maka setelah begitu puas melayan harta, raja pun ingin pulang ke kamarnya. Apabila raja membuka pintu, didapatinya pintu itu telah terkunci. Maka raja yang mulanya seronok itu mulai panik. Setelah beberapa kali cubaan membuka pintu tidak berhasil maka raja itu pun menjadi takut sedangkan dia berada di hadapan harta-hartanya. Kini barulah raja menyedari, harta-harta di hadapannya itu sebenarnya bukanlah segala-galanya dan ia tidak mampu menyelamatkannya

daripada mati kelaparan. Sekiranya lapar, dia tidak boleh memakan hartanya, dan sekiranya haus, dia juga tidak boleh minum hartanya. Tentu sekali raja itu tidak pernah terfikir bahawa dia akan mati sebegitu dan sayangnya ia mati dalam keadaan diperbodohkan oleh dunia yang sentiasa menipu. kemudian raja itu mati di dalam bilik hartanya sendiri dalam keadaan ditipu oleh hartanya sendiri. dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui (surah al-ankabut: 68) Keenakan dunia sering kali dimusnahkan apabila kematian datang. Kerana kita mulai tersedar bahawa, rupa paras, pakaian, harta, dan pangkat tidak akan berguna lagi selepas mati. Bahkan atas perkara itulah manusia akan di bebankan pada hari akhirat nanti. Dunia maksiat yang dia banggakan itu langsung tidak membanggakan Tuhannya, lalu dunia yang di puja itu pula akhirnya hanya menjadi bebanan di akhirat kelak. b. HIDUP SUATU TEMPOH UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN Dan sekiranya Allah menghukum manusia disebabkan apa yang telah mereka perbuat, nescaya Dia tidak akan menyisakan satu pun mahkluk di bumi ini, tetapi Dia menangguhkan (hukuman)nya, sampai tempoh yang sudah ditentukan. Nanti apabila ajal mereka tiba, maka Allah Maha Melihat (keadaan) hamba-hambaNya. (Surah al-Fatir : 45) Kehidupan dunia panjang atau pendek, ia akan mempengaruhi kehidupan yang kekal selamanya di akhirat. Apabila manusia dalam kehidupan yang panjang atau pendek membuat keputusan untuk tidak taat kepada Allah, maka Allah akan membuat keputusan untuk

meletakkan hambaNya itu ke dalam neraka. Apabila manusia dalam kehidupan panjang atau pendek itu membuat keputusan untuk taqwa kepada Allah, maka Allah juga akan membuat keputusan untuk meletakkan hambaNya itu ke dalam syurga. Pendek kata, tempoh kehidupan yang Allah kurniakan kepada manusia itu merupakan satu tempoh untuk manusia membuat keputusan di dalam hidupnya sama ada mereka ingin menjadi orang yang bertaqwa ataupun orang yang ingkar., melalui keputusan itulah mereka akan diletakkan sama ada di syurga ataupun di neraka. Alangkah kesalnya sekiranya seseorang itu terlalu memeluk erat keputusan yang membawa kehancuran akhirat sedangkan

disekelilingnya terdapat ramai orang ingin membantunya untuk membuat keputusan yang membawa kepada kebahagiaan akhirat. Berkata Imam Ghazali rah di dalam kitabnya al-Bidayah, Hendaklah anda sentiasa renungkan umurmu yang pendek itu meskipun anda rasa boleh hidup selama seratus tahun, jika dibandingkan dengan tempat tinggalmu di akhirat yang kekal sepanjang masa. Renungkan juga bertapa susah-payah dan hinanya anda ketika mengejar dunia, sebulankah atau setahunkah, dengan harapan agar anda boleh hidup dengan senang-lenang selama dua puluh tahun misalnya. Tetapi mengapa tidak anda menanggung susah sedikit masa ketika hidup di dunia, agar anda merasakan kerehatannya di akhirat kelak sepanjang abad. Amir bin Abdillah at-Tamimi Rah.a seorang ulama hebat telah berkata, Demi Allah, aku menangis bukan kerana cinta dunia dan takut mati, Aku Menangis kerana panjangnya perjalanan dan sedikitnya bekal. Apa yang telah aku jalani, antara naik dan turun, ke syurga atau ke neraka, aku tak tahu kemana aku akan kembali.

Tempoh yang diberikan Allah kepada kita adalah rahsia dan tiada sesiapa yang tahu lamanya. Oleh itu, sekaranglah masa untuk seseorang membuat keputusan yang membina akhiratnya kerana esok mungkin tidak ada hari untuk kita lagi. Firaun telah berkali-kali menangguh-nangguh dari beriman kepada Allah. Allah bukan sahaja memberi tempoh kepada Firaun untuk beriman, Allah juga telah menunjukkan di depan mata Firauan akan kekuasaanNya melalui mukjizat yang diberi kepada Nabi Musa, namun apabila tempoh itu sudah habis, akhirnya Firauan tetap membuat keputusan untuk menghancurkan akhiratnya. Setelah hidup selama 950 tahun, bersama kaumnya, Nabi Nuh ditanya tentang kehidupan bagaimanakah pandanganmu tentang kehidupan? Lalu nabi Nuh menjawab, demi Allah, kehidupan itu bagiku tidak lebih dari rumah yang memiliki dua pintu. Aku masuk dari pintu pertama, dan keluar dari pintu kedua. Nabi Nuh telah berdakwah dalam tempoh yang sangat panjang iaitu selama 950 tahun. Walaupun begitu, tempoh yang dipanjangkan itu adalah untuk kaum nabi Nuh agar mereka dapat membuat keputusan. Sesungguhnya manusia itu sekiranya tidak binasa kerana hari kiamat, mereka akan binasa disebabkan panjang umurnya di dunia. Air mata Rabiah Adawiyah r.a selalu bercucuran di saat mengingat hari kematian. Beliau laksana disambar petir di saat teringat hari kematian itu. Bahkan beliau selalu terkejut dan merasa takut yang teramat sangat sewaktu terjaga dari tidurnya. Beliau seraya berkata, wahai jiwaku!, berapa lama engkau tertidur dan berapa lama pula engkau dalam keadaan terjaga? Aku benar-benar merasa ketakutan di saat akhiratnya dan Allah benar-benar hancurkan

engkau (jiwa) tertidur dan tidak bangun lagi, sehingga yang ada di hadapanmu hanyalah hari kebangkitan.

c. SENTIASA MENGINGATI KEMATIAN Abud Darda r.a berkata, Barangsiapa yang banyak mengingati kematian nescaya akan menjadi sedikit kegembiraannya dan sedikit kedengkiannya. Pernah seseorang bertanya kepada orang cerdik pandai mengenai apa itu kehidupan moden, maka dijawabnya, makna kehidupan moden ialah hidup yang tidak ingin mati. Ini kerana, manusia menjalani kehidupan di zaman moden ini seperti hidup tidak ingin mati dan seolah-olah mati itu tidak akan menjumpai mereka. Mereka akan bertungkus lumus untuk membina dunia sehingga tidak perduli sama ada halal atau haram dan mereka menghabiskan banyak masa untuk melayan dunia sehingga tidak sempat untuk solat dan berpuasa. Salah seorang yang bijak menasihati saudaranya, Wahai saudaraku, waspadalah engkau dari kematian di negeri (dunia) ini sebelum engkau berpindah ke suatu negeri yang engkau menganganangankan kematian akan tetapi engkau tidak akan menemukannya. Syeikh Abdul Malik al-Qasim berkata, Betapa seringnya, di sepanjang hari yang kita lalui kita membawa (jenazah) orang-orang yang kita cintai dan teman-teman menuju tempat tinggal tersebut (alam kubur). Akan tetapi seolah-olah kematian itu tidak mengetuk kecuali pintu mereka, dan tidak menggoncangkan kecuali tempat tidur mereka. Adapun kita; seolah-olah kita tidak terjamah sedikit pun olehnya!!

Bahaya akhirat akan mulai datang tatkala manusia mulai melupakan kematiannya. Hati yang tidak mengingati mati

menyebabkan seseorang tidak nampak tempat akhir mereka iaitu di dalam kubur. Seseorang telah berangan-angan untuk membina rumah yang cantik, lalu bertungkus lumus mendapatkannya, tidakkah mereka juga ingin berangan-angan untuk membina kubur yang luas lagi cantik dan bertungkus lumus mendapatkannya? Kerana masa yang lebih panjang baginya adalah masa di dalam kuburnya berbanding masa di dalam rumahnya. Suatu ketika ada yang berkata kepada Hasan al-Bashri

rahimahullah, Wahai Abu Said, apa yang harus kami lakukan? Kami berteman dengan orang-orang yang sentiasa menakut-nakutkan kami sampai-sampai hati kami hendak melayang. Maka beliau menjawab, Demi Allah! Sesungguhnya jika kamu berteman dengan orang-orang yang sentiasa menakut-nakuti dirimu sehingga membawa dirimu kepada keamanan, maka itu lebih baik daripada kamu bergaul dengan teman-teman yang sentiasa

menanamkan rasa keamanan sehingga mengheretmu kepada situasi yang menakutkan. ubat kepada kesakitan umat ini adalah mengingati mati kerana dengannya dapat mengelakkan daripada kesakitan selepas mati. Masalah akibat daripada barah, sakit jantung, kencing manis atau darah tinggi pasti dapat disembuhkan apabila datangnya kematian namun masalah akibat daripada melupai mati akan bermula setelah datangnya kematian dan ia adalah azab yang tidak akan dapat diubati lagi. Mengingati mati membantu seseorang untuk sentiasa

memikirkan hidup selepas mati sehingga dia akan memperbanyakkan

amal baik dan menjauhi daripada amalan buruk agar kehidupan selepas matinya bahagia. Orang yang bersifat sedemikian akan dilihat selalu menangis, kurang ketawa, banyak beribadat, bangun qiamullail dan sentiasa bertaubat akan dosa-dosanya. Dari Shaddad ibn Aus meriwayatkan bahawa baginda

Rasulullah bersabda orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa menghisab (memperbaiki) akan dirinya dan beramal dengan amalan yang akan dibawa selepas mati. Dan orang yang bodoh itu ialah orang yang sentiasa mengikut keinginan hawa nafsunya dan beranganangan mendapat(pengampunan). Rasulullah saw bersabda, perbanyakkanlah mengingati mati, kerana yang demikian itu akan mengurangkan seseorang itu melakukan dosa, dan menjadikannya zuhud di dunia. Berkata Aisyah r.ha wahai rasulullah, adakah orang yang

bukan syahid itu boleh dibangkitkan bersama-sama para syuhada? Baginda menjawab, boleh iaitu orang yang mengingati mati sebanyak dua puluh kali pada siang dan malam. Kisah pertama ini diriwayatkan oleh Salamah bin Dinar, seorang alim di Madinah, qadhi dan syaikh penduduk Madinah. Beliau berkata, suatu ketika aku menemui khalifah muslimin Umar bin Abdul Aziz tatkala beliau berada di Khunashirah, tempat pemerahan susu. Sudah lama saya tidak berjumpa dengan beliau. Saya mendapatkan beliau yang berada di depan pintu. Pertama kali memandang, saya sudah tidak mengenali beliau lagi lantaran banyaknya perubahan fizikal pada diri beliau dibandingkan dengan tatkala betemu dengan saya di Madinah iaitu saat di mana beliau menjadi gabenor di sana. Beliau menyambut kedatanganku dan berkata: Mendekatlah kepadaku wahai Abu Hazim! Kata Umar.

Aku berkata, (Akupun mendekat), Bukankah kamu amirul mukminin Umar bin Abdul Aziz? Benar! Kata Umar, Aku berkata, Apa yang menyebabkan kamu berubah? Bukankah wajah kamu dahulu tampan? Kulit kamu halus? Hidup serba cukup? Begitulah, aku memang telah berubah.. Kata Umar. Aku berkata, Lantas apa yang menyebabkan kamu berubah padahal kamu telah menguasai emas dan perak dan kamu telah diangkat menjadi Amirul Mukminin? Sememangnya apa yang berubah pada diriku, wahai Abu Hazim? Kata Umar. Aku berkata, Tubuh kamu begitu kurus dan kering, kulit kamu menjadi kasar dan wajahmu menjadi pucat, bening kedua matamu yang telah redup. Tiba-tiba saja Umar menangis dan berkata, Bagaimana halnya jika engkau melihatku setelah tiga hari aku di dalam kubur, mungkin kedua mataku telah tergantunng di pipiku, perutku telah terburai isinya, ulat-ulat tanah meratah badanku dengan lahapnya. Sungguh jika engkau melihatku ketika itu wahai Abu Hazim, tentulah lebih tak mengenaliku lagi dari hari ini. Ingatkah Anda tentang suatu hadits yang pernah Anda bacakan kepadaku sewaktu di Madinah wahai Abu Hazim? Aku berkata, Saya telah menyampaikan banyak hadits wahai amirul mukminin, lantas hadits manakah yang Anda maksud?

Yakni hadits yang diriwayatka oleh Abu Hurairah. Kata Umar. Aku berkata, Benar, aku masih mengingatnya wahai amirul mukminin. Ulangilah hadits itu untukku, karena saya ingin mendengarnya dari Anda! Kata Umar. Aku berkata, Saya telah mendengar Abu Hurairah berkata, Aku mendengar Rasulullah saw. Bersabda, Sesungguhnya di hadapan kalian terhampar rintangan yang kental, sangat berbahaya, tidak ada yang mampu melaluinya dengan selamat melainkan orang yang kuat. Lalu menangislah Umar dengan tangisan yang mengharukan, saya khuatir jika tangisan itu memecahkan hatinya. Kemudian beliau mengesat air matanya dan menoleh kepadaku lalu berkata, Apakah kamu sudi menegurku wahai Abu Hazim apabila aku mendaki rintangan yang kental tersebut sehingga aku berhasil menempuhinya? Kerana aku khuatir jika aku tidak mampu menempuhnya. Ada yang menceritakan bahawa Maimun bin Mahran, dia adalah seorang yang zuhud, ahli ibadah dan alim. Dia menggalikan kubur di dalam rumahnya. Setiap malam, Maimun bin Mahran masuk ke dalam kubur itu dan membaca al-Quran sambil menangis. Setelah itu, dia keluar dan berkatakepada dirinya sendiri. inilah Maimun telah kembali ke dunia, oleh ituperbanyakkanlah amalan soleh! Abdul Aziz bin Salman menceritakan, Aku dan Abdul Wahid bin Zaid menemui Malik bin Dinar. Kami mendapati dia beredar dari majlis, lalu masuk kerumahnya. Kemudian dia menutup pintu bilik. Kami duduk menunggunya hingga keluar atau mendengar darinya suatu gerakan. Kami kemudian minta izin. Malik bin Dinar seperti

mengucapkan sesuatu yang tidak dapat dipahami, lalu kami terdengar dia menangis. Sampai-sampai kami merasa kasihan mendengar tangisannya. Kemudian tubuhnya bergetar, bernafas lalu pengsan. Abdul Wahid berkata, Kita pergi. Kita tidak ada urusan hari ini dengan laki-laki ini. Dia sibuk dengan dirinya sendiri. Pada kesempatan lain dia memasuki kawasan pekuburan. Tibatiba beliau melihat terdapat seorang yang hendak dikuburi. Malik

datang dan berdiri disamping kuburan sambil memperhatikan orang yang dikubur. Malik bin Dinar mulai berkata, Wahai Malik, besok beginilah keadaanmu. Tidak ada seseorang pun yang mampu menolongmu sewaktu didalam kubur. Malik bin Dinar terus berkata, besok beginilah keadaanmu. Hingga beliau pengsan dan tersungkur dilubang kubur. Orang-orang pun segera membawanya kerumah dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Anda mungkin juga menyukai