Anda di halaman 1dari 4

ORANG KAYA BUDIMAN

Dari kota ke hujung desa


Berpayung kuning sulam bertekat
Peganglah amanah setiap masa
Nescaya hidup sentiasa berkat

Hai kawan-kawan, siapa ada bela kambing ? . Kambing ? Ha, hari ini, saya akan
bercerita tentang kisah Pengembala Kambing. Tajuk cerita saya, Orang Kaya
Budiman.

Kisah bermula di sebuah desa yang diberi nama Kampung Pinang Sebatang. Di
kampung itu , tinggal seorang pemuda. Pemuda itu , Ramli bin Rashid. Ramli seorang
penggembala kambing. Dia menggembala kambing milik Tuan Haji Mustafa. Tuan Haji
Mustafa merupakan orang kaya di Kampung Pinang Sebatang. Beliau mempunyai
ladang ternakan kambing yang sangat luas. Walaupun Tuan Haji Mustafa orang kaya,
beliau tidak pernah meninggi diri. Hasil ternakan beliau disumbangkan kepada orang
yang susah di kawasan itu. Dengan adanya ladang ternakan kambing, beliau telah
membuka peluang pekerjaan kepada penduduk di situ. Ramli salah seorang pekerjanya
sangat dedikasi.

Ramli mengembala kambing dari pagi hingga petang. Dia menjaga kambing
tuannya itu dengan baik sekali. Setiap ekor kambing itu diberikan nama manja.Salah
seekor kambing diberikan nama Boboi. Pada waktu pagi, dia membersihkan kandang
kambing itu. Semua najis kambing itu dilonggokkan . Semua najis kambing itu dijual
kepada peladang untuk dijadikan baja tanaman mereka. Hasil jualan itu, akan diserahkan
kepada Tuan Haji Mustafa.

Pada waktu petang pula, Ramli melepaskan kambing-kambing itu di padang


ragut. Sebelum dia melepaskan kambing , dia mengira setiap ekor kambing itu.Setelah
cukup, dia dan kambing-kambingnya berjalan sambil menyanyi
“Alangkah indah di waktu petang
Burung bersiul menyanyi-nyanyi
Ter….banglah pasti angkasa tinggi
Hidup bersenang hati i…i…

Setelah tiba di padang ragut , Ramli bercakap-cakap dengan kambing .


“Boboy , Joy , jangan pergi jauh-jauh. kalau hilang, aku tak dapat cari kau. Tuan haji
akan marah kepadaku, “ ujar Ramli dengan nada yang lembut dan manja sambil
mengusap-usap kepala setiap ekor kambing itu. Kambing itu mengangguk-angguk
kepala seakan-akan faham percakapan Ramli.

Begitulah rutin Ramli setiap hari. Dia tidak pernah jemu mengembala kambing .
Dia amat meyayangi kambing itu seperti dia menyayangi dirinya. Jika kambing -
kambingnya sakit, dia turut berasa sakit. Pernah suatu malam, Boboi , sakit. Ramli juga
merasai kesakitannya. Kawan-kawan, pernah tak mengalami seperti Ramli dan
kambingnya itu ? Kucing sakit , kawan-kawan pun rasa sakit . emmmmm pelik ? tetapi
itulah istimewanya Ramli . Betapa mesranya Ramli dengan kambing-kambing itu . Ibarat
isi dengan kuku.

Pada suatu hari , ketika Ramli menjaga kambing-kambingnya di padang ragut ,


ada dua orang lelaki menghampirinya. Mereka kelihatan seperti orang yang
bermusafir. Pada wajah mereka terpancar keletihan dan kehausan. Mereka memberi
salam dan berjabat tangan.

”Tuan kami haus . Boleh beri kami sedikit air ?” ujar salah seorang lelaki itu,
“Maaf tuan, saya tidak ada bekalan air, balas Ramli .

Tiba-tiba lelaki itu terpandang kambing-kambing Ramli sedang meragut rumput.


Mereka meminta Ramli memerahkan susu kambing tersebut. Akan tetapi, Ramli
menolak permintaan mereka sambil berkata "Kambing-kambing ini bukan milik saya.
Saya hanya mengembalanya sahaja”.
Mendengar jawapan itu, dua orang lelaki tersebut tidak memberikan bantahan.
Walaupun mereka sangat haus, mereka menerima jawapan jujur Ramli . Dua orang
lelaki tersebut berlalu pergi dengan melemparkan senyuman. Ramli berasa hairan
dengan sikap lelaki tersebut. Tanpa berfikir Panjang, dia berlari ke arah lelaki itu.
“Tuan … tuan .. panggil Ramli. Dua orang lelaki itu berhenti berjalan lalu menoleh ke
belakang . Ramli segera meminta dua orang lelaki itu mengikutnya pulang dan
berjumpa dengan tuannya.

Lelaki itu bersetuju dengan ajakan Ramli. Ramli meminta izin kepada mereka
untuk mengambil kambing-kambing itu pulang bersama dengan mereka.seperti biasa,
dia akan mengira semula kambing-kambing.

“Boboy, Joy, Jeniffer , mari pulang. Kita ada tetamu.” ujar Ramli. Semua kambing
itu berjalan ke arah Ramli. Ramli, kambing-kambing dan dua orang lelaki itu berjalan
pulang .

Tiba sahaja di ladang ternakan kambing , Ramli memasukkan semua


kambingnya ke dalam kandang. Selepas itu, Ramli bertemu dengan Tuan Haji Mustafa
lalu menceritakan perihal dua orang lelaki itu. Tuan Haji Mustafa mengizinkan Ramli
memerah susu kambing untuk diberikan kepada mereka.

Ramli mula memilih kambing di dalam kandang untuk diperah susunya. Tiba-
tiba salah seorang lelaki itu menghampiri Ramli lalu bertanya
"Apakah kau mempunyai kambing betina yang belum dikahwinkan ?,"
"Ada," tuan, jawab Ramli lalu Ramli mengajak lelaki dan sahabatnya melihat seekor
kambing betina yang masih muda. Lelaki itu meminta kaki kambing itu diikat.Kemudian
lelaki itu menghampiri kambing itu lalu mengusap-usap seluruh tubuh kambing tersebut
sambil berdoa “ Ya Allah, Kau limpahkan rezeki buat si pengembala ini.”
Tiba-tiba susu kambing itu mengalir keluar dengan sangat banyak.Ramli berasa
terkejut lalu segera mengambil baldi untuk menampung air susu hasil perahan
itu.Setelah penuh, mereka pun minum bersama-sama. Lelaki itu berkata "kempislah".
Maka susu kambing menjadi kempis dan tidak mengeluarkan susu lagi. Ramli terkejut
menyaksikan hal tersebut kerana kambing itu belum pernah mengeluarkan air susu.

Setelah mereka hilang haus, kedua-dua orang lelaki itu meneruskan perjalanan
mereka.Mereka mengucapkan terima kasih kepada Ramli. Ramli pula pulang ke
rumahnya.

Semenjak kejadian itu, kambing-kambing Tuan Haji semakin membiak. Ramli pula
dihadiahkan ribuan ekor kambing oleh Tuan Haji Mustafa. Kini Ramli tidak lagi menjadi
pengembala kambing. Dia menjadi seperti Tuan Haji Mustafa dengan gelaran Orang
kaya Budiman .

Sekian terima kasih.

KARYA :
ROHANA MA
GURU BM 2023

Anda mungkin juga menyukai