Anda di halaman 1dari 3

KISAH CINDERELLA

Pada suatu masa dahulu, seorang gadis bernama Cinderella


tinggal bersama ibu tiri dan dua orang kakak tirinya. Ibu tiri dan
kakak tirinya tidak sukakan Cinderella. Cinderella disuruh bekerja
di dapur sepanjang hari.

Cinderella tidak pernah membantah


walaupun dia terpaksa membuat semua
kerja di dalam rumah itu. Kawan-
kawannya hanyalah beberapa ekor tikus
dan seekor kucing bernama comel.

Pada suatu hari, mereka menerima satu


jemputan dari istana. Raja menjemput
semua gadis di seluruh negeri untuk
menghadiri suatu majlis tari-menari di
istana.

Kakak-kakak tirinya sungguh gembira. “ Anak raja akan memilih


bakal isterinya dimajlis itu”, kata mereka. Cinderella sangat sedih
kerana tidak dibenarkan menghadiri majlis itu.

Pada hari itu kakak-kakak tirinya memakai gaun yang mahal dan
cantik untuk ke istana. Cinderella menangis kerena ditinggalkan.
Tiba-tiba seorang pari-pari menjelma di depan Cinderella.

Dengan sebatang tongkat sakti, dia menukar sebiji labu menjadi


sebuah kereta kuda yang indah, tikus-tikus menjadi kuda dan
come menjadi seorang pengawal yang segak.
Akhirnya, baju buruk
Cinderella ditukarkan
menjadi sepasang gaun
yang sangat cantik dan di
kakinya terdapat sepasang
kasut kaca yang berkilauan.

“Ingat …. Kamu mesti pulang


sebelum pukul dua belas
malam kerana sakti ini akan hilang selepas itu,” kata pari-pari.
Cinderella mengucapkan terima kasih kepada pari-pari dan terus
menuju ke istana dengan
kereta kuda yang indah itu.

Di istana, kejelitaan
Cinderella menarik perhatian
putera raja. Putera Raja
mengajak Cinderella menari.
Cinderella berasa sungguh
gembira kerena dapat
menari dengan Putera Raja.
Dia terlupa ada pesanan pari-pari tadi. Apabila jam mula
berbunyi …satu, dua, tiga…..Cinderella baru teringat bahawa dia
terpaksa pulang sebelum jam dua belas malam!

Cinderella berlari keluar dari


pintu istana. Kasut kaca itu
terlucut daripadakakinya
tetai dia tidak semat
mengambilnya semula.
Cinderella meluru masuk ke
dalam kereta kuda dan terus
berlalu dari situ. Putera Raja
tidak dapat menahannya.
Tepat pukul dua belas malam sakti pari-pari tidak ada lagi.
Cinderella berbaju buruk kembali.
Pada keesokkan harinya Putera Raja bertitah supaya gadis itu
dicari di seluruh negeri. “ Beta akan berkahwin dengan sesiapa
yang dapat memakai kasut kaca ini,” kata Putera Raja itu.

Semasa rombongan Di Raja


berada di rumah Cinderella,
kakak-kakak tirinya yang
hodoh itu cuba sedaya
upaya untuk memakai kasut
itu tetai tidak berjaya. Tiba-
tiba Cinderella muncul di
pintu dapur.

“Beri saya cuba kasut kaca


itu,” Cinderella merayu.
Kakak-kakak tirinya
mentertawakannya. Tetapi
alangkah teperanjatnya
mereka apabila kasut itu
padan dengan kaki kecil
Cinderella.

Cinderella di bawa ke istana.


Tidak lama kemudian
Cinderella dan Putera Raja pun berkahwin.

Semenjak hari itu Cinderella tidak lagi bertermu dengan ibu tiri
dan kakak-kakak tirinya.

Anda mungkin juga menyukai