Anda di halaman 1dari 9

No 1

ANGKASAWAN MALAYSIA MENEROKA PLANET MARIKH

TAJUK : ROKET

Penceritaan Di dalam Makmal Penyelidikan Angkasa Lepas.


Sketsa (Kapten INTAN sedang meneliti data di komputernya. Kapten FIRDAUS muncul dari
belakang dengan memakai topeng makhluk asing lalu mengejutkan Kapten INTAN.
Kapten INTAN menjerit disebabkan terkejut)

Kapten INTAN : Oh! Mak kau. Terkejutnya saya.

(Kapten FIRDAUS ketawa terbahak-bahak)

Kapten FIRDAUS Hahahaha. Itu pun nak terkejut. Hahahaha


:
Kapten INTAN : Tak baiklah awak buat saya macam ni Kusss semangat!
Kapten FIRDAUS Hahahaha
:
Kapten INTAN : Awak ni dah kenapa? Mimpi apa yang bertopeng sampai
macam ni?
Kapten Ni ha.. topeng anak saudara saya. Tertinggal dalam kereta tadi.
FIRDAUS : Jadi saya pakai je la..
Kapten INTAN : Emm Budak zaman sekarang. Obses sangat dengan cerita
makhluk asing, Ultraman, Power Rangers dan yang sewaktu
dengannya..
Kapten FIRDAUS Ya. Ya. Budak-budak zaman sekarang. Macam tu la.
:
Kapten INTAN : Tapi kan Kapten, adakah makhluk asing sebenarnya memang
wujud? Adakah wujud hidupan lain selain hidupan di Bumi ini?
Benarkah wujudnya makhluk asing di Planet Marikh?
Kapten FIRDAUS: Di Marikh, dipercayai ada makhluk hidup yang dinamakan
sebagai Martian (bahasa Inggeris). Nak tahu sebab apa? Haa
disebabkan perjumpaan "terusan Marikh" oleh Percival itulah
sebabnya cereka tentang makhluk planet Marikh.
Penceritaan Sedang mereka rancak berbual, mereka terdengar seseorang meniru bunyi dinasour)

Sketsa (Bunyi Dinasour)


(Kelihatan Kapten ILYA sedang meniru suara dinasour)

(Nyanyian Lagu)

https://www.youtube.com/watch?v=WtY9VWreeWs (chici)

Kapten INTAN : Eh, awak pula Kapten ILYA. Tadi Kapten FIRDAUS dengan
makhluk asingnya. Sekarang awak pula dengan dinasour. Kamu
berdua ni dah kenapa?
Kapten ILYA : Hahaha.. Saja.. Saya bosan hari ni. Teringat haritu anak
saudara saya bercerita mengenai filem THE GOOD
DINASOUR.
Kapten ANIS : Hai macam2 awak berdua ni.
Kapten ILYA : Apa yang kamu semua bualkan?
Kapten INTAN : Ni ha.. tentang makhluk asing di Planet Marikh. Benarkah
kewujudannya?
Kapten ILYA : Oh.. satu topik yang menarik.
Kapten Ya..
FIRDAUS :
1
Kapten ANIS : Kapten ILYA, bila awak bercakap mengenai dinasour ni,saya
akan teringat kaitan Marikh dengan dinasour.
Kapten Cuba terangkan..
FIRDAUS :
Kapten ANIS : Dikatakan beratus juta tahun yang lalu, keadaan di planet
Marikh telah berubah dari sederhana panas dan basah kepada
sejuk dan kering. Ini mungkin disebabkan oleh pelanggaran
oleh asteroid yang besar dan membuat planet Marikh menjadi
sejuk dan kering.

Planet bumi banyak mempunyai persamaan dengan planet


Marikh. Korang semua nak tahu tak? Kepupusan makhluk
binatang di zaman dinasour yang berkemungkinan disebabkan
oleh perubahan atmospera.
Kapten ILYA : Oh begitu..
Kapten ANIS : Ya Kapten ILYA. Hanya pada tahun 1964, sebuah kapal
angkasa Amerika Syarikat telah berjaya merakamkan 21 keping
gambar permukaan Marikh dan dihantar ke bumi.
Kapten Betul tu Kapten ANIS. Seterusnya, kapal angkasa Soviet Union
FIRDAUS : Berjaya tau menghantar data-data saintifik yang pertama
mengenai permukaannya. Kemudian eksplorasi terhadap planet
Marikh semakin rancak dijalankan.
Kapten INTAN : Alangkah seronoknya jika kita dapat ke Marikh. Melihat sendiri
keindahannya.
Kapten FIRDAUS Ya.. betul tu Kapten INTAN.
:
Kapten ILYA : Ya. Betul. Antara kuasa besar yang telah berjaya melakukan
penjelajahan ke Planet Marikh ialah Amerika Syarikat, Rusia dan
Eropah.

Kapten ANIS : China dan Jepun juga pernah melancarkan kapal angkasa ke
Marikh tapi GAGAL.
Kapten ILYA : Ya. Kapten ANIS. Pada tahun 2013, India telah berjaya
melancarkan roket yang membawa misi pertama negara itu ke
Marikh.
Kapten ANIS : Ya. Negara India bercita-cita besar menjadi negara Asia yang
pertama menjejak Marikh dengan teknologi angkasa yang
relatifnya jauh lebih murah dari segi kos.
Kapten INTAN : Mungkinkah Malaysia akan menjadi negara Asia kedua selepas
India?
Kapten FIRDAUS Wah, kagum saya dengan semangat kamu Kapten INTAN.
:
Kapten INTAN : Tidak mustahil kalau berusaha ni.
Kapten ANIS : Betul tu Kapten intan.
Kapten Ilya : Ya. Untuk ke Marikh, kita perlu mencipta roket yang mampu
melepasi orbit bumi.
Kapten Ya. Ayuh, kita fikirkan roket yang sesuai untuk ke Marikh!
FIRDAUS :
(Mereka berkata serentak sambil menunjukkan semangat yang
tinggi)

Penceritaan Kemudian, mereka semua diam sejenak memikirkan ciri-ciri roket terbaik untuk
meneroka Planet Marikh. Akhirnya, Kapten FIRDAUS memulakan pendapatnya.

Kapten Kita memerlukan roket yang besar dan berteknologi tinggi.


FIRDAUS :
Kapten INTAN : Mesti mahal.
Kapten FIRDAUS Ya Kapten INTAN. Alternatif begitulah yang digunakan oleh
: negara maju yang lain.
2
Kapten ANIS : Ya betul Kapten FIRDAUS.Tetapi, saya pula berpandangan
adalah lebih baik kita menggunakan alternatif seperti Negara
India.
Kapten INTAN: Macamana tu Kapten ANIS?
Kapten ANIS: RoketIndia direkabentuk jauh lebih kecil dan menjimatkan bahan
api. Ia memulakan pelancaran roket dengan menghantar kapal
angkasa ke orbit yang paling rendah ke orbit paling tinggi. Jadi
pembakaran bahan api tidak banyak digunakan.
Kapten Firdaus : Oh! Begitu..
Kapten ILYA : Emm jika begitu, kita harus berfikir dari pelbagai sudut. Kita
harus mempertimbangkan dari segi kos yang pelbagai.
Kapten ANIS: Ya. Kita mesti lakukan yang terbaik!

Penceritaan Untuk pengetahuan adik-adik, dalam penerbangan ke angkasa, kenderaan pelancar


dikenali sebagai roket digunakan untuk membawa muatan seperti satelit dari
permukaan bumi ke ruang angkasa. Roket adalah jenis enjin yang mendorong
dirinya kehadapan atau ke atas dengan menghasilkan tujahan. Tidak seperti enjin jet
yang menyedut udara luar, enjin roket hanya menggunakan bahan bakar yang
dibawa sahaja.
Baiklah adik-adik, mari kita semua membantu angkasawan-angkasawan ini membuat
model roket untuk ke angkasa lepas menggunakan bahan-bahan yang disediakan.
(Rujuk Modul 1)

Tahniah adik-adik kerana telah berjaya membantu angkasawan mencipta roket ke


Marikh.

Untuk meneroka Marikh bukanlah satu perkara yang mudah. Pelbagai peralatan dan
alat bantu yang diperlukan untuk menjayakan misi ini.

No 2
ANGKASAWAN MALAYSIA MENEROKA PLANET MARIKH

TAJUK : ROVING ON THE MARS

3
Penceritaan Setelah berjaya mencipta roket ke Marikh
Sketsa Nyanyian Lagu

https://www.youtube.com/watch?v=9xUxQS2AAiY(i am a little rocket)

Kapten FIRDAUS Dengan tercipta roket MAS-TM (Malaysia To Mars) ini,


: saya berasa lebih bersemangat untuk meneroka Planet
Marikh.

Kapten INTAN : Eh! Kapten ANIS. Kenapa awak termenung? Bergaduh


dengan boyfriend ke? Hahaha
Kapten ANIS : Eh awak ni.. tak ada lah.. Cuma saya sedang fikir
kenderaan yang sesuai untuk meneroka Marikh nanti.
Kapten FIRDAUS Betul tu Kapten Anis. Lepas kita sampai nanti, mesti kita
: memerlukan jentera untuk meneroka sekeliling Marikh.
Kapten INTAN: Saya setuju. Disebabkan jarak yang terlalu jauh, dan
permukaan Marikh yang keras, kita memerlukan Kereta
Marikh yang dipanggil Rover. No 3
Kapten ILYA : Apa kata kita cipta kereta seperti Ferrari untuk ke Marikh
nanti. Barulah gah kita di sana nanti.
(Nada bergurau)

Kapten FIRDAUS: Gah apanyaSilap-silap kita dikejar makhluk asing nanti


hahaha

Kapten ANIS : Hahaha.. Itu la.. Tak payahla nak ferrari, Lambourghini
bagai..Gah tak penting.. yang pasti kene sesuai la.
Kapten INTAN: Ya, betul tu. KERETA Rover tu bagus. Tapi kita kena hantar
tanpa pemandu dulu untuk tinjau apa patut.
Kapten ANIS : Ya, betul tu Kapten INTAN. Kalau boleh Rover boleh ambil
gambar dan pengesan khas.
Kapten INTAN : Betul. Nak tahu tak? A.S ada juga tau hantar rover ni. Kecil
je dan untuk tengok geologi dan habitat di planet di Marikh.
Kapten FIRDAUS Wah! Menarik. Lepas nie nak bina untuk Malaysia
: la..yahoo!!!saya nak warna hijau.
Kapten ILYA: Lebih baik kita hasilkan Rover berwarna Merah lagipun
Marikh kan dikenali Planet Merah!!
Kapten INTAN: Saya nak warna biru!
Kapten ANIS : Ala.. nak warna pink!!
Kapten Firdaus: Pink?? Eeeyakkk! GEGURL SANGAT!!..BUWEKKK..
Kapten ANIS : Hahahaha
Kapten Intan : OK saya ada idea. JOM KITA LATALILAT!!!

(mereka bermain dan yang menang dapat pilih warna)

Penceritaan Danmereka pon bersetuju untuk menghasilkan Rover untuk menjelajah Marikh
nanti.

Sketsa (Nyanyian Lagu)


https://www.youtube.com/watch?v=ZfBpbRULkOA ( planet songs)

Penceritaan Adik-adik, sabagai bakal jurutera dan angkasawan, mari kita sama-sama
membantu angkasawan-angkasawan ini menghasilkan Rover ke Marikh. Ayuh!
ANGKASAWAN MALAYSIA MENEROKA PLANET MARIKH

TAJUK : SOFT-LANDING

Penceritaan Terima kasih adik-adik kerana telah membantu empat angkasawan tersebut

4
menghasilkan Rover untuk menjayakan misi mereka meneroka Planet Marikh.

Sketsa Kapten FIRDAUS: Horay!!! Kita berjaya!


(sambil melihat model Rover ciptaan mereka.)
Kapten ANIS: Ya. Saya harap Rover berfungsi baik.
Kapten ILYA : Ya Betul tu. Walaupun Rover tak macam Ferrari impian
saya, tapi harganya jauh lebih mahal gilaaaa!!! Berates juta
dollar.!
Kapten Dan.. semestinya mudah untuk dibawa. Rover ini boleh dilipat
FIRDAUS : dan disimpan.
Kapten INTAN: Ya. Lihat Rover ini. Terdapat alat padanya seperti yang
terdapat pada kereta di Bumi ini. Ada roda, motor, seats, tali
pinggang keselamatan, chassis, fenders, antena, bateri,
camera dan steering control.
Kapten ANIS: Ya. Betul tu. Semoga Rover milik Malaysia ini dapat
membuka mata dunia. Yay Malaysia BOLEH!!
Kapten ILYA : Wah, bersemangat Kapten Anis..WELL mestilah..kita kenalah
harumkan nama negara.
Kapten FIRDAUS Ya. Semangat.. semangat jugak. Sekarang ni, macam mana
: kita nak memastikan Rover ini selamat mendarat nanti??
Kapten ANIS: Kita perlu pastikanRover ini selamat tiba di Marikh tanpa
sebarang kerosakan.
Kapten Intan : Betul tu Kapten Anis. Kereta menggunakan sistem beg udara.
Begitu juga kapal angkasa. Udara adalah kusyen yang sangat
hebat. Jadi, kita perlukan sistem beg udara untuk memastikan
Rover ini mendarat dengan selamat.
Kapten ANIS : Tiga Rover milik NASA telah selamat mendarat di Marikh
menggunakan Sistem Pedaratan Belon (balloon-landing
system) iaitu Mars Pathfinder dan dua Rover Peneroka
Marikh iaitu Spirit dan Opportunity.
Kapten INTAN : Betul tu Kapten ANIS. Apabila menghampiri Marikh, kelajuan
adalah lebih kurang 20000 kilimeter per jam. Dengan
menggunakan payung terjun, perisai haba dan roket, rover-
rover yang dibalut dengan beg udara ini menyentuh
permukaan Marikh pada kelajuan 80 kilometer per jam. Setiap
lantunan adalah setinggi bangunan 5 tingkat. Selepas 15 kali
lantunan, ia berhenti berputar, beg udara menjadi kempis dan
misi pun bermula.
Kapten FIRDAUS Betul tu. Walaubagaimanapun, Rover Curiosity milik NASA
: adalah besar dan berat, jadi ia tidak boleh menggunakan
sistem beg udara. Sebaliknya, ia menggunakan kren langit
dengan kuasa roket (rocket-propelled sky crane) yang
menurunkan ia dengan baik ke permukaan.
Kapten ILYA :; Emm.. jadi kita harus membuat pilihan sekarang? Apakah
cara untuk kita daratkan Rover ini dengan selamat. Adakah
menggunakan sistem beg udara atau rocket-propelled sky
crane?
Kapten R,S,K: Mari kita fikirkan sama-sama!
(Mereka berkata serentak)

(Kemudian, Kapten ANIS memberikan cadangan)

Kapten ANIS : Saya rasa, untuk peringkat permulaan, adalah lebih baik kita
menggunakan sistem beg udara terlebih dahulu. Jika berjaya,
barulah kita membuat penambahbaikan yang seterusnya.
Kapten R,S,H : Ya, Kami Setuju! Lets do it!

(Nyanyian Lagu)

5
https://www.youtube.com/watch?v=PkqoNTwNyUg (lets do it)

Penceritaan Ya adik-adik. Bukan mudah untuk kita meneroka angkasa lepas. Pelbagai
peralatan perlu kita bina untuk menjayakan misi tersebut. Sekarang, mari kita
membantu angkasawan-angkasawan ini membina sistem beg udara untuk
mendaratkan Rover mereka dengan selamat. Jom!

No 4

ANGKASAWAN MALAYSIA MENEROKA PLANET MARIKH

EKSPERIMEN : ROBO-ARM

Penceritaan Tahukah adik-adik bagaimana NASA meneroka permukaan planet, bulan atau
asteroid? Mari kita sama-sama saksikan sketsa ini.

Di dalam Makmal Penyelidikan Angkasa Lepas.

Sketsa (Kelihatan Kapten ILYA dan Kapten FIRDAUS membuat gaya tangan Robot)
(Mereka mundar-mandir ke sana-sini)
Kapten ANIS : Pulak dah.. Kenapa kamu berdua menjadi robot plak ni?
Kapten FIRDAUS Sebenarnya Kapten ANIS, untuk meneroka permukaan
: planet, bulan dan asteroid, Rover menggunakan lengan
robotik mekanikal untuk mengutip sampel, mengambil gambar
atau memantau persekitaran.
Kapten ILYA : Ya.. Jadi, sekarang ini, kami sedang mempraktikkan lengan
robotik tersebut.

(Kapten FIRDAUS dan Kapten ILYA sekali lagi membuat pergerakan lengan
robotik)

Kapten INTAN : Wah.. Wah.. Wah! Macam Michael Jackson la pulak


Kapten K, R,H : Hahahaha
Kapten ANIS : Em..Bercakap tentang lengan robotik, apakah kebaikan
lengan Robotik ini?
Kapten FIRDAUS Tangan mekanikal ini adalah lebih kuat dan boleh disesuaikan
: berbanding tangan manusia. Selain itu, lengan robotik ini
boleh dikawal dan dikendalikan dari jarak jauh sehingga
berjuta-juta batu.
Kapten INTAN : Ya. Betul tu. Pihak NASA mempunyai lengan robotik. Ianya 18
meter apabila dikembangkan sepenuhnya dan beratnya 1800
kilogram. Ia menggerakkan peralatan dan bekalan sekitar
stesen, membantu angkasawan bekerja di angkasa lepas,
dan menyelenggara barangan seperti instrumen. Disebabkan
lengan robotik sangat versatil, banyak kapal angkasa
menggunakannya, tetapi saiznya jauh lebih lebih kecil
berbanding lengan robotik
yang ada stesen angkasa.
Kapten ILYA : Ya.. Betul. Kapal angkasa Phoenix tiba di Marikh pada 2008.
Ia mempunyai lengan robotik yang panjangnya 2.4 meter.
Lengan robotik tersebut berfungsi untuk menggali tanah untuk
mendedahkan satu lapisan ais. Lengan robotik itu
menjatuhkan sampel tanah kedalam instrumen yang
memeriksa air dan bahan kimia berasaskan karbon yang
merupakan elemen keperluan untuk hidup.
Kapten ANIS : Jika begitu, mari kita mencipta Lengan Robotik untuk
6
memudahkan kita meneroka Marikh nanti.
Kapten R,S,H : Ayuh!!

Penceritaan Adik-adik, sekali lagi mari kita membantu angkasawan ini menghasilkan lengan
robotik yang mereka inginkan. Semoga berjaya!

No 5

ANGKASAWAN MALAYSIA MENEROKA PLANET MARIKH


TAJUK : ANGKASAWAN KE MARIKH

Penceritaan Empat angkasawan Malaysia melancarkan misi ke Planet Marikh


Sketsa
Kapten FIRDAUS: Hai! Saya Kapten FIRDAUS. Saya seorang yang kuat.
Kapten INTAN : Hai! Saya Kapten INTAN. Saya seorang yang berani.
Kapten ILYA : Hai! Saya Kapten ILYA. Saya seorang yang suka mengembara.
Kapten ANIS : Hai! Saya Kapten ANIS. Saya seorang yang cerdik.
Kapten R,S,H,K: Kami dalam misi ke Planet Marikh!

Kapten FIRDAUS: Sedia! 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1

(Bunyi Pelancaran Roket ke Marikh)


Penceritaan Kemudian, mereka semua terbang ke angkasa lepas.

Sketsa Kapten ANIS : Wah! Kapten FIRDAUS dan ILYA, kamu berdua kelihatan
kacak dengan lengkap berpakaian angkasawan.
Kapten INTAN : Ya betul. Kamu berdua kelihatan kacak.
Kapten FIRDAUS: Hahaha..Terima kasih.
Kapten ILYA : Sebenarnya, pakaian angkasawan ini bukan membuatkan
kami kelihatan kacak
(dalam nada bergurau)

malah fungsinya adalah sangat penting. Pakaian ini diperbuat


daripada 15 lapisan plastik. Pakaian ini perlu menyediakan
bekalan oksigen dan membuang karbon dioksida, serta
mengekalkan tekanan atmosfera agar angkasawan sentiasa
berada dalam keadaan selesa.
Kapten FIRDAUS: Ya. Di dalam pakaian ini juga, terdapat lapisan yang
mengalirkan cecair sejuk yang berfungsi mengawal suhu agar
sentiasa tetap.
Kapten INTAN : Tapi kan.kamu berdua kelihatan lebih kacak jika memakai
helmet ini. Hahaha
(Dalam nada bergurau)
Kapten ILYA : Hahaha.. Nakal kamu ya.. Kalau dah pakai helmet gelap ni,
hilanglah kacaknya.
Kapten ILYA : Hahaha.. Ya. Ya.. Cermin gelap pada helmet ini sebenarnya
berfungsi untuk mengurangkan sinaran cahaya matahari.
Kapten INTAN : Ya.. Ya.. Saya tahu itu. Sebenarnya, saya sangat teruja
dengan ekspedisi kita kali ini. Saya tidak sabar untuk melihat
Marikh.
Kapten ANIS : Ya. Saya juga. Planet Marikh merupakan planet yang
keempat dalam sistem suria kita.
Kapten ILYA : Ya. Saya pun berasa sangat teruja. Saya tidak sabar untuk
melihat Marikh yang juga dikenali sebagai Planet Merah.
Kapten FIRDAUS Betul tu Kapten ILYA. Marikh dikenali sebagai Planet Merah
: kerana sempena warna kemerahannya di langit pada waktu
malam. Ia mempunyai 2 bulan iaitu Phobos dan Deimos.
Setiap satu bulan tersebut menyerupai asteroid. Planet ini

7
mempunyai kutub yang mengandungi air beku dan karbon
dioksida.
Kapten INTAN : Ya. Sebab tu misi kali ini sangat menarik. Saya harap kita
dapat melaksanakannya dengan baik.
Kapten ANIS : Semoga kita berjaya.

Penceritaan Semasa di angkasa lepas

Kapten INTAN : Wah! Menakjubkan! Saya suka angkasa lepas.


Kapten FIRDAUS Ya betul! Tapi siapa di antara kita yang akan menjadi orang
: pertama yang menjejaki Planet Marikh?
Kapten ILYA : Saya rasa orang yang pertama yang layak menjejaki Planet
Marikh mestilah seorang yang suka mengembara seperti
saya.
Kapten FIRDAUS Disebabkan ini pengalaman pertama kita semua, saya rasa
: kita memerlukan orang yang kuat. Saya yang paling kuat
antara kita semua. Jadi, saya yang paling layak.
Kapten INTAN : Tetapi untuk berjalan buat pertama kali di Planet Marikh,
orang yang paling berani adalah paling layak. Jadi, orang itu
semestinya adalah saya.
Kapten ANIS : Saya yang paling cerdik antara kita semua. Jadi, saya yang
paling layak.
Kapten FIRDAUS Saya yang paling layak.
:
Kapten INTAN : Bukan kamu, tapi saya.
Kapten ILYA : Tidak.. Tidak.. Tidak.. Bukan kamu berdua. Tapi saya yang
paling layak.

Penceritaan Ketempat-empat angkasawan tersebut terus berbalah sehingga mereka menemui


jalan yang terbaik untuk menentukan siapa angkasawan pertama yang paling
layak untuk menjejaki Planet Marikh.

Sketsa (Permainan Lalalitamplum)


(Dimenangi oleh Kapten ILYA)

Kapten ILYA : Yeay! Saya menang!


Kapten INTAN : Tahniah Kapten ILYA. Awak akan menjadi orang pertama
yang akan menjejaki Planet Marikh.
Kapten ANIS : Tahniah! Awak sangat bertuah.
Kapten FIRDAUS Ya.. Ya.. Awaklah angkasawan terbaik untuk misi ini.
:
Kapten ILYA : Terima kasih kawan-kawan.

Penceritaan Kemudian, angkasawan-angkasawan tersebut menyedari bahawa mereka


semakin hampir dengan Planet Marikh.
Sketsa Kapten R,S,H,K: Wow! Menakjubkan
Kapten ILYA : Besarnya!...
Kapten ANIS : Cantiknya. Kemerahan..
Kapten INTAN : Pelik.
Kapten FIRDAUS Kelihatan menakutkan..
:
Kapten ILYA : Saya rasa saya nak tukar fikiran. Kapten ANIS, saya fikir
awak yang paling layak untuk menjadi angkasawan pertama
menjejaki Planet Marikh.
Kapten ANIS : Eh, bukan saya. Kapten FIRDAUS yang paling layak.
Kapten FIRDAUS Oh, Tidak! Memandangkan kita semua ada sedikit perasaan
: takut, maka kapten yang paling berani perlu menjadi orang
pertama. Kapten INTAN, awaklah yang paling layak.
Kapten INTAN : Tidak..tidak..tidak Kapten ILYA, awak yang paling layak.
Semua sudah setuju bahawa awak orang pertama yang akan
menjejaki Marikh.
8
Kapten ILYA : Saya tidak mahu. Saya tidak mahu.

(Mereka saling menunding jari untuk menentukan angkasawan yang paling layak
menjadi orang pertama menjejaki Planet Marikh)

Penceritaan Mereka terus berbalah sehingga akhirnya mereka menyedari kapal angkasa telah
mendarat dengan bunyi yang sangat kuat.

(Bunyi dentuman)

Sketsa Kapten R,S,H,K: Oh!!


Kapten INTAN : Apa yang perlu kita lakukan sekarang?
Kapten FIRDAUS Siapa yang patut turun dahulu?
:

(Kapten INTAN, FIRDAUS dan ANIS memandang ke arah Kapten ILYA)

Kapten ILYA : Oh, Tidak!


Kapten INTAN : Saya ada idea! Mari kita turun bersama-sama.
Penceritaan Mereka semua menyukai idea oleh Kapten INTAN.
Sketsa (Mereka saling berpegangan tangan dan turun bersama-sama ke Planet Marikh)

Kapten R,S,H,K: Yeay! Kita berjaya lakukannya.

(Mereka memacakkan Bendera Malaysia di Planet Marikh)


(Nyanyian Lagu Penutup)
https://www.youtube.com/watch?v=yth6cTI97sE ( UPIN IPIN )

Anda mungkin juga menyukai