Anda di halaman 1dari 13

Sinopsis Novel Destinasi Impian

Johari, Azlina, dan Firdaus telah menyahut cabaran datuk mereka untuk
melakukan ekspedisi berbasikal dari Klang ke Morib. Mereka ingin
membuktikan kepada datuk mereka bahawa mereka juga boleh berbasikal ke
Morib seperti yang pernah dilakukan oleh datuk mereka suatu ketika dahulu.
Azlina dan Johari yang sememangnya gemar akan sukan lasak ini kelihatan
gembira menyahut cabaran datuk mereka berbanding dengan Firdaus yang
bersifat agak manja.

Firdaus menganggap bahawa ekspedisi berbasikal itu sebagai kerja gila.


Azlina dan Johari ingin melakukan ekspedisi berbasikal tersebut supaya
Firdaus menjadi seorang lelaki yang tahan lasak berbanding dengan
perwatakannya yang agak lembut dan gemar akan kerja-kerja yang dilakukan
oleh orang perempuan. Oleh itu, Azlina kerap mencabar dan menyakiti hati
Firdaus agar Firdaus menyahut cabaran mereka. Sepanjang perjalanan sejauh
lebih 50 kilometer itu, pelbagai cabaran yang ditempuhi oleh mereka
termasuk kerenah Firdaus yang kerap merungut kerana keletihan. Sikap
Firdaus yang tidak sabar itu menyebabkan kerap berlakunya konflik antara
dia dengan adiknya, Azlina. Walau bagaimanapun, Johari sepupu kepada
Azlina dan Firdaus yang lebih dewasa lebih bersikap sabar dan bijak dalam
menghadapi kerenah mereka.

Setelah hampir lapan jam berkayuh dan berhenti rehat beberapa kali, mereka
pun tiba di pantai Morib dengan didahului oleh Firdaus. Ketibaan Firdaus
disambut oleh rakan-rakannya. Dia berasa amat bangga tambahan pula
Mazlinda turut berada di situ. Mereka tidak jadi menonton wayang kerana
mahu menyambut ketibaan Firdaus. Hari jadi Mazlinda juga telah ditunda
memandangkan ibu bapanya terpaksa keluar daerah. Firdaus juga
membohongi kawan-kawannya dengan mengatakan bahawa perjalanan
mereka mengambil masa yang lama kerana adiknya Azlina sering berhenti
rehat. Firdaus juga tidak mempedulikan ketibaan Azlina dan Johari.
Sementara itu, Johari dan Azlina disambut oleh rakan-rakan kolej Johari dan
mereka menginap di khemah yang berlainan dan agak jauh dari khemah
Firdaus. Dua orang rakan Firdaus, iaitu Sazali dan Moksin yang tidak
mempercayai cerita Firdaus berjumpa dengan Azlina. Mereka bertanyakan
kebenaran cerita Firdaus, iaitu kelewatan mereka tiba di Pantai Morib kerana
Azlian ketihan dan sering berhenti rehat.

Azlina menceritakan perkara yang sebenar kepada mereka. Sazali dan Mohsin
bertekad untuk memaksa Firdaus mengakui perbuatannya. Pada malamnya,
Firdaus bermimpi dirinya lemas setelah dihumban ke dalam laut oleh Sazali
dan Moksin kerana berbohong. Mimpi tersebut telah menyedarkan Firdaus
akan kesalahannya berbohong dan mula berasa takut. Pada keesokan harinya,
Johari dan Azlina ingin bertolak pulang tetapi Firdaus tidak mahu menyertai
mereka. Pada mulanya, Azlina tidak sampai hati hendak meninggalkan
abangnya tetapi setelah dipujuk oleh Johari, akhirnya mereka berbasikal
pulang berdua sahaja. Sementara itu, Firdaus dan rakan-rakannya bergembira
mandi-manda di laut. Dalam kegembiraan itu, Mazlina lemas dan cuba
dibantu oleh Firdaus, tetapi dia hampir lemas kerana tidak pandai berenang.
Sebaik sahaja sedar, Firdaus susah berada di hospital. Sebenarnya, Mazlinda
berpura-pura lemas kerana ingin menguji Firdaus. Firdaus berasa malu dan
sedar akan sikapnya yang angkuh. Firdaus juga menerima teguran Johari
secara positif.

.Tema

Novel ini membawa tema masalah dan konflik seorang remaja yang menghadapi
cabaran dalam hidup. Firdaus seorang individu yang berada dalam keadaan dicabar
dan mencabar. Bukan mudah untuk menghadapi cabaran dan bukan semua orang
suka dicabar. Firdaus seorang anak muda yang dicabar oleh orang yang akrab dalam
keluarga

Persoalan

Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya:

1. Jiwa remaja yang mudah memberontak

Contoh: Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan menerima
cabaran. Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan memberontak apabila mengalami
kesusahan.

2. Keprihatinan dan kemurahan hati terhadap insan lain.

Contoh: Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan. Beliau


cepat-cepat datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari
basikal.

3. Keberanian mengharungi rintangan

Contoh:  Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup


menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang
pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar.

4. Keinsafan setelah sedar dari kesilapan

Contoh: Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau
seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas
di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.
5. Usaha dan kerjasama menghasilkan kejayaan

Contoh: Johari, Firdaus dan Azlina berjaya mengayuh basikal dan sampai ke
destinasi Pantai Morib Baru. Mereka berjaya kerana usaha yang gigih dan
bekerjasama semasa dalam perjalanan.

Watak dan Perwatakan

novel Destinasi Impian : Watak dan Perwatakan

(a)   Watak utama: Firdaus


(b)   Watak sampingan: Azlina, Johari, Moksin, Sazali, Salim, Mokhtar,
Mazlinda, Erma, Zarina, Tamrin, Kasman, dan Kasmadiana.

Firdaus  (Watak Utama)

1. Tingkah laku agak keperempuanan.- seorang yang agak lembut


perwatakannya kerana hanya dia seorang anak lelaki dalam
keluarganya

2. Seorang yang gemar duduk di rumah berbanding dengan


melakukan aktiviti luar-Firdaus beria-ia mahu pulang ke rumah
dan tidak mahu meneruskan racangan mereka untuk berbasikal ke
Morib.

3. Selalu dimanjakan-Dia dimanjai dan segala kemahuannya dituruti


oleh ibu bapanya memandangkan sebelum ini ibu bapa mereka
mempunyai empat orang anak perempuan sebelum memiliki Firdaus.

4. Suka berdendam-Firdaus mendendami adiknya, Azlina. Dia


langsung tidak membantu Azlina yang tercedera.

 Contoh watak utama :

Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini


watak utama dalam novel ini ialah Firdaus. Dia merupakan seorang
yang bertingkah laku agak keperempuanan. Dia seorang yang agak
lembut perwatakannya kerana hanya dia seorang anak lelaki dalam
keluarganya. Dia juga seorang yang gemar duduk di rumah
berbanding dengan melakukan aktiviti luar. Firdaus beria-ia mahu
pulang ke rumah dan tidak mahu meneruskan racangan mereka untuk
berbasikal ke Morib. Selain itu dia seorang yang selalu dimanjakan,Dia
dimanjai dan segala kemahuannya dituruti oleh ibu bapanya memandangkan
sebelum ini ibu bapa mereka mempunyai empat orang anak perempuan
sebelum memiliki Firdaus. Akhirnya, dia seorang yang suka
berdendam,Firdaus mendendami adiknya, Azlina.Dia langsung tidak
membantu Azlina yang tercedera.

Watak Sampingan dan Perwatakan

1. Azlina  ( Watak Sampingan)

 Olahragawati Sekolah Menengah Kapar– Azlina yang


merupakan olahragawati Sekolah Menengah Kapar kelihatan aktif
dan tidak letih meneruskan kayuhan

 Suka mengejek  Firdaus-Azlina selalu menyindir Firdaus bagi


merangsang Firdaus untuk berubah menjadi lelaki yang gagah.
Azlina mengejek Firdaus kerana dia mahukan seorang abang yang
sememangnya seorang lelaki.

 Seorang yang kuat semangat-Azlina yang kelihatan cergas dan


gembira walaupun mereka telah mengayuh selama empat jam
setengah.

 Suka akan cabaran– Azlina dan Firdaus menyahut cabaran


datuk mereka untuk berbasikal ke Morib.

Contoh watak sampingan / kegemaran :

Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini


watak sampingan/watak kegemaran saya dalam novel ini ialah Azlina. Dia
merupakan seorang atlek sukan, Azlina merupakan  olahragawati Sekolah
Menengah Kapar kelihatan aktif dan tidak letih meneruskan kayuhan. Dia
seorang yang suka mengejek  Firdaus, Azlina selalu menyindir Firdaus
bagi merangsang Firdaus untuk berubah menjadi lelaki yang gagah. Azlina
mengejek Firdaus kerana dia mahukan seorang abang yang sememangnya
seorang lelaki.Bukan itu shaja, dia juga seorang yang kuat
semangat.Azlina yang kelihatan cergas dan gembira walaupun mereka telah
mengayuh selama empat jam setengah.Akhirnya dia seorang yang suka akan
cabaran.Azlina dan Firdaus menyahut cabaran datuk mereka untuk
berbasikal ke Morib.
2. Johari :

 Sepupu Azlina dan Firdaus.


 Mahasiswa Universiti Pertanian Malaysia.
 Suka berbasikal.
 Suka membaca.
 Suka akan cabaran.
 Suka memberi nasihat kepada sepupunya.

3. Mazlinda :

 Rakan sekelas Firdaus.


 Diminati oleh Firdaus dalam diam-diam.
 Anak orang berada.
 Berpura-pura tidak pandai berenang.
 Menyelamatkan Firdaus yang lemas di Pantai Morib.

4. Sazali dan Mokhsin :

 Rakan sekelas Firdaus.


 Suka mengejek Firdaus.
 Turut memberikan sokongan kepada Firdaus dengan menunggu
ketibaan Firdaus di Pantai Morib.
Plot

Jalinan Peristiwa Penting

(a) Johari memberitahu Azlina bahawa Firdaus mengajak mereka berpatah balik.
Johari mengadakan undian untuk menentukan sama ada mereka perlu berpatah
balik atau meneruskan perjalanan ke Morib. Berdasarkan undian tersebut, Firdaus
membuat keputusan bahawa mereka perlu meneruskan perjalanan.

(b) Dalam perjalanan, tayar basikal Firdaus kempis kerana tertusuk paku. Firdaus
merungut lagi sambil mengatakan jika duduk di rumah, tentu tiada masalah.
Azlina menyuruh Firdaus balik dan berkepit di bawah ketiak emaknya. Firdaus
berasa marah terhadap Azlina. Johari terpaksa meninggikan suara untuk
meleraikan pertengkaran antara dua beradik itu. Johari menasihati Firdaus
dengan mengatakan bahawa perjalanan sentiasa mempunyai halangan. Oleh itu,
Firdaus haruslah berani, tabah, dan sabar menghadapinya. Selepas itu, mereka
bertiga meneruskan perjalanan.

(c) Bunyi hon yang kuat menyebabkan Firdaus membelokkan basikalnya ke kiri lalu
terlanggar seketul batu. Sebagai akibatnya, Firdaus tercampak ke atas tanah serta
mengalami luka di siku kanannya. Johari membalut luka Firdaus. Kemudian,
mereka meneruskan perjalanan.

(d) Azlina berhenti rehat berhampiran dengan gerai air tebu. Dia menunggu Firdaus
dan Johari yang belum muncul. Setibanya Johari dan Firdaus di gerai air tebu,
Firdaus menjerit mengatakan bahawa perjalanan berbasikal itu sebagai kerja gila.
Johari menghulurkan sebungkus air tebu kepada Firdaus. Firdaus menyedut air
tersebut dengan rakus. Mereka akan meneruskan perjalanan lima minit lagi.

(d)Azlina, Firdaus, dan Johari berhenti rehat di pekan Banting. Di situ, Johari
mengatakan bahawa mereka telah kalah kepada datuk mereka. Beliau pernah ke
Morib pada wakru pagi dan pulang pada waktu petang, sedangkan mereka bertiga
belum sampai ke Morib walaupun sudah pukul 3:00 petang. Mereka meneruskan
perjalanan dan meninggalkan pekan Banting.

(e) Sebuah lori yang agak besar bergerak sangat laju memotong mereka. Angin lori
itu telah menyebabkan Azlina terbabas ke kiri jalan lalu terlanggar lubang yang
besar dan dalam. Azlina terjatuh dan tangan kanannya luka. Johari membubuh
ubat dan membalut luka Azlina.

(f) Firdaus tiba di Pantai Morib Baru. Ketibaan Firdaus disambut oleh
kawankawannya. Mereka mengucapkan tahniah kepada Firdaus sambil memuji-
muji kejayaannya. Hal ini menyebabkan Firdaus angkuh. Firdaus tidak
mempedulikan Azlina dan Johari. Dia asyik bergembira dengan kawan-kawannya.
Johari dan Azlina bersama-sama dengan kawan Johari, di hujung khemah
Firdaus dan kawan-kawannya. Pada keesokan harinya, Johari dan Azlina pulang
tanpa disertai oleh Firdaus yang mahu pulang sendirian.

(g) Firdaus dan kawan-kawannya mandi di laut. Mereka berlumba menyelam bagi
menentukan siapakah antara mereka yang dapat menyelam paling lama.
Akhirnya, Mazlinda muncul sebagai pemenang. Ketika Mazlinda timbul, dia
dipukul ombak besar. Mazlinda menjerit meminta tolong. Firdaus memberanikan
diri untuk membantu Mazlinda. Namun begitu, Firdaus yang lemas. (i) Apabila
sedar, Firdaus mendapati dirinya berada di katil hospital. Johari dan Azlina
bertanyakan khabar Firdaus. Johari memberitahu Firdaus bahawa Firdaus
pengsan ketika dibawa ke hospital. Firdaus segera bertanyakan keadaan
Mazlinda yang dibantunya. Azlina mengatakan bahawa Mazlinda selamat.
Mazlindalah yang menolong Firdaus. Mazlinda berpura-pura tidak tahu berenang
kerana ingin menguji Firdaus.

(h) Johari menasihati Firdaus supaya jangan cepat berasa angkuh dengan sesuatu
kejayaan. Firdaus hanya menundukkan kepala mendengar nasihat Johari. Johari
menyuruh Firdaus mengangkat kepala kerana dia sudah menjadi orang yang
berani. Johari menerangkan bahawa orang yang berani tidak akan menundukkan
muka sepanjang masa. Kata Johari, keberanian itu haruslah disertai dengan
fikiran yang waras. Firdaus berasa insaf. Firdaus melihat Mazlinda dan kawan-
kawannya datang. Firdaus ingin menundukkan kepala kerana berasa malu.
Namun begitu, apabila Firdaus teringat akan kata-kata Johari, Firdaus segera
mengangkat kepalanya untuk memandang Mazlinda dengan berani.

Binaan Plot

(a) Dalam bahagian eksposisi atau permulaan, pengarang memperkenalkan watak


Firdaus, Johari, dan Azlina yang sedang menyertai ekspedisi berbasikal. Eskpedisi
berbasikal tersebut dilakukan dengan beberapa tujuan iaitu, yang pertama, untuk
menyahut cabaran datuk mereka yang mengatakan bahawa generasi sekarang
lemah dan tidak mempunyai semangat yang tinggi. Yang kedua, untuk melihat tanah
air mereka yang merdeka secara lebih dekat. Yang ketiga, untuk menjadikan Firdaus
lelaki sejati.

(b) Pada bahagian perkembangan, kisah berkisar tentang ekspedisi berbasikal telah
menemukan mereka dengan gejala pencemaran bahasa, rumah tokoh dan jaguh
badminton negara. Perjalanan berbasikal itu juga menyebabkan mereka terpaksa
menempuh pelbagai cabaran seperti terjatuh dari basikal, bertengkar, dan
sebagainya. Program Bahasa Melayu Edubest - Analisis Novel SM1 -1 : Destinasi
Impian 8 Program Bahasa Melayu Edubest

(c) Pada bahagian pertengahan, Azlina dan Firdaus telah bertengkar dan
sindirmenyindir. Perkara ini berlaku berikutan sikap Firdaus yang menganggap
ekspedisi berbasikal itu sebagai perjalanan gila dan asyik ingin berpatah balik.

(d) Pada bahagian klimaks atau puncak, Firdaus menyimpan perasaan marah dan
dendam terhadap Azlina dan Johari. Malah, sewaktu Azlina terjatuh dari basikal dan
tangannya berdarah, Firdaus sempat memperlinya dan terus meninggalkan Azlina
dan Johari di situ.

(e) Pada bahagian peleraian, Firdaus, Azlina, dan Johari sampai ke destinasi, iaitu
Pantai Morib Baru. Firdaus disambut oleh kawan-kawannya seperti Moksin, Sazali,
Moktar, Erma dan Mazlinda. Johari dan Azlina pula disambut oleh kawan-kawan
Johari. Firdaus dan kawan-kawannya bergembira. Keesokan harinya, Johari dan
Azlina pulang tanpa Firdaus. Sewaktu mandi di laut, Firdaus telah lemas. Dia
diselamatkan oleh Mazlinda. Johari dan Azlina melawat Firdaus di hospital. Johari
menasihati Firdaus agar bersikap waras dan berani menghadapi cabaran. Kemudian,
kawan-kawan Firdaus dating melawatnya.

Teknik Plot

(a) Teknik pemerian Pengarang memerihalkan keadaan Azlina yang keletihan


setelah mengayuh basikal sejak pukul 7:00 pagi. Contohnya, Aku berasa semakin
letih. Lututku terasa lenguh kerana mengayuh basikal sejak 7:00 pagi tadi. Kini,
hampir puku1 12:00 tengah hari. Matahari pula bersinar dengan cukup terik.
Badanku sudah dibasahi peluh. Namun, sedaya upaya aku tidak mahu menunjukkan
keletihan ini kepada Firdaus. Aku sudah berjanji dengan Abang Johari untuk
berlagak begitu. [hlm. 15]

(b) Teknik dialog Banyak dialog antara watak-watak dalam novel ini. Contohnya,
Program Bahasa Melayu Edubest - Analisis Novel SM2 -1 : menitiImpian 9 Program
Bahasa Melayu Edubest "Gila! Ini kerja gila!" jerit Firdaus. "Nampaknya, abang lelaki
yang tidak tahan menempuh cabaran," "Jangan sakitkan hatiku, Lina!'... [hlm, 21]

(c) Teknik monolog Pengarang menggunakan teknik monolog untuk


menggambarkan perasaan Azlina. Contohnya, "Kalau macam ini, sampai esok pun
tak akan sampai di Morib. Geram betul!" bisikku. [hlm. 17] (

d) Teknik imbas kembali Firdaus teringat kawannya yang bernama Salim.


Contohnya, Wajah Salim tiba-tiba hadir di tengah ruang ingatanku. Dia yang lebih
suka menulis namanya sebagai Saleem merupakan kawan rapatku di sekolah.
Hanya dialah yang tidak pernah mengejekku. [hlm. 34]

(e) Teknik imbas muka. Firdaus bermimpi Sazali dan Moksin mencampakkannya ke
laut. Contohnya, Sesaat kemudian aku berasa tubuhku tercampak ke dalam air yang
dingin. Di kelilingku gelap gelita. Aku cuba berenang tetapi kakiku bagaikan ditarik-
tarik ke bawah. Di mana pantai? Ombak dating memukulku sehingga terbenam ke
dalam air beberapa saat. Apabila aku mengangkat kepalaku semula, aku terteguk air
masin. Aduh, peritnya tekakku! [hlm. 76]

(f) Teknik saspens Pembaca tertanya-tanya apakah yang berlaku kepada Firdaus
dan Azlina setelah sebuah lori memotong mereka yang sedang menunggang basikal.
Contohnya, Tiba-tiba sebuah lori besar yang bergerak sangat laju memotong kami.
Angin lori itu sangat kuat. Aku terbabas ke kiri jalan. Pada ketika itu sempat kulihat
Azlina juga terbabas ke kiri jalan. Basikalnya yang laju itu tidak dapat Program
Bahasa Melayu Edubest - Analisis Novel SM1 -1 : Destinasi Impian 10 Program
Bahasa Melayu Edubest dikawal. Dia terlanggar sebuah lubang yang agak besar dan
dalam. Kulihat Azlina tercampak ke tanah merah di tepi jalan.
Gaya Bahasa :
1. Peribahasa

Bagaikan langit dengan bumi.


Aku tersenyum. Ternyata perbezaan antara Azlina dengan Firdaus
semenjak meninggalkan rumah tadi, bagaikan langit dengan bumi.
Macam kacang lupakan kulit.
“Abang ni macam kacang lupakan kulit. Tak tahu mengenang budi orang.” 

2. Simile

Debar di dadaku bagaikan hempasan ombak di pantai sana.


Aku tersenyum. Aku berasa bangga bagaikan setitik minyak jatuh ke
permukaan air mengembang seluas-luasnya dalam hatiku.

3. Hiperbola

Makin kuat gelak ketawa kami. Dan aku berasa seluruh kepenatan yang
menggayuti tubuhku hilang serta-merta. Mengapa?

4. Metafora

Tetapi, bukankah aku lebih hebat kerana Mazlinda ke sini semata-mata


kerana mahu menyambutku! Gunung kebanggaan di hatiku menjadi
semakin tinggi.

5. Sinkope

“Kalau abang nak berjalan sampai ke Morib pun saya boleh temankan.”
Azlina tergelak memandangku, kemudian memandang abangnya.
LATAR MASA :

 Pukul 7:00 pagi = Contohnya, Johari, Firdaus, dan Azlina


memulakan ekspedisi berbasikal dari klang ke Morib.

 Pukul 2:30 petang = contohnya, Johari, Firdaus dan Azlina


menghampiri selekoh di Sungai Manggis.

 Pukul 3:30 petang = contohnya, Johari, Firdaus dan Azlina tiba di


Morib
 Pada waktu malam = contohnya, Firdaus bermimpi tentang
rakan-rakannya mencampakkanya ke laut kerana membohongi
mereka.

LATAR MASYARAKAT : 
1. Masyarakat yang penyabar.
- Contohnya, Johari amat sabar melayan kerenah Firdaus yang tidak sudah-sudah
merungut untuk membatalkan ekspedisi berbasikal yang disertainya.

2. Masyarakat yang aktif bersukan.


- Contohnya, Azlina selalu berjoging dan Johari yang selalu elakukan ekspedisi
berbasikal.

3. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.


- Contohnya, pemandu lori yang memandu dengan laju sehingga Azlina terbabas
lalu terjatuh di kiri jalan.

4. Masyarakat yang mempunyai semangat juang yang tinggi.


- Contohnya, Azlina dan Johari cekal dalam menghadapi segala cabaran
sepanjang menyertai ekspidisi berbasikal itu.

LATAR TEMPAT :
1. Tanah terbiar
- Tempat Azlina merakamkan gambar bunga lalang.
2. Sekolah menengah Kapar
- tempat Azlina dan Firdaus belajar.

3. Pekan Banting
- tempat Johari, Firdaus dan Azlina berehat

4.Pantai Morib Baru


- Tempat yang dituju oleh Johari Firdaus dan Azlina dan tempat mereka
berkhemah.

NILAI : 
(i) Cinta akan bahasa kebangsaan

Azlina cinta akan bahasa kebangsaan. Dia sanggup memberhentikan


basikalnya dan mengambil gambar beberapa papan tanda yang
mempunyai kesalahan bahasa.

(ii) Keberanian

Mazlinda berani menyelamatkan Firdaus yang kelemasan di lautan.

(iii) Keprihatinan

Johari prihatin memberikan bantuan kepada Azlina semasa Azlina luka


akibat terjatuh dari basikalnya.

(iv) Bertanggungjawab

Johari dan Azlina rasa bertanggungjawab untuk mengubah tingkah laku


dan pemikiran Firdaus agar menjadi lelaki yang sejati.

(v) Semangat setia kawan

Rakan-rakan Firdaus sanggup mendirikan khemah di Pantai Morib bagi


menyambut Firdaus yang telah berjaya menghabiskan kayuhannya.
Contoh Nilai :

            Berdasarkan novel,Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat


beberapa nilai dipaparkan dalam novel ini. Di antaranya, nilai  cinta akan bahasa
kebangsaan .Azlina cinta akan bahasa kebangsaan. Dia sanggup memberhentikan
basikalnya dan mengambil gambar beberapa papan tanda yang mempunyai kesalahan
bahasa. Seterusnya, nilai kedua ialah nilai bertanggungjawab. Johari dan Azlina rasa
bertanggungjawab untuk mengubah tingkah laku dan pemikiran Firdaus agar menjadi
lelaki yang sejati. Nilai terakhir dalam movel ini  ialah nilai semangat setia kawan .
Rakan-rakan Firdaus sanggup mendirikan khemah di Pantai Morib bagi menyambut
Firdaus yang telah berjaya menghabiskan kayuhannya

PENGAJARAN

·         Kita janganlah mempunyai perasaan hasad dengki dalam diri.


·         Kita janganlah menghina sesama sendiri.
·         Kita hendaklah berani menyahut cabaran.
·         Kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan.
·         Kita janganlah berdendam terutamanya kepada adik-beradik.
·         Kita janganlah bercakap bohong.

Contoh pengajaran:

Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat
beberapa pengajaran dipaparkan dalam novel ini. Diantaranya ialah kita hendaklah
berani menyahut cabaran. Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar
tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer.
Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar. Selain
itu, kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan. Firdaus akhirnya
menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas baran,
pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar
dan insaf dari kesalahannya. Pengajaran terakhir dalam novel ini ialah kita hendaklah
prihatin dan murah hati terhadap insan lain. Johari sentiasa membantu sepupunya
apabila ditimpa kemalangan. Beliau cepat-cepat datang memberi bantuan kepada
Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari basikal.

Anda mungkin juga menyukai