Anda di halaman 1dari 2

Drama : Tenang-tenang Air di Tasik

(Norhashimah Hashim)

Drama ini dimulakan dengan tindakan Muzafar memberitahu ibunya tentang kesanggupannya
melatih sekumpulan peserta _____________________ mengendalikan kayak dengan betul sebelum
mereka menyertai ekspedisi berkayak merentasi __________________. Ibunya tidak bersetuju kerana
bimbang akan keselamatan anak tunggalnya itu. Ibu Muzafar bimbang tindakan anaknya itu akan
menambahkan beban dan menyusahkannya kelak.

Walau bagaimanapun, Muzafar bertegas untuk melatih peserta- peserta itu memandangkan ramai
___________________di tempat peranginannya yang bercuti. Muzafar juga berjanji untuk menjaga
keselamatan diri sepanjang empat hari tiga malam dia berada di tempat peranginan tersebut. Azizi
berasa hairan apabila Muzafar menceritakan kisah ibunya yang melarangnya melatih kumpulan orang
cacat penglihatan sedangkan ibu Muzafar sebenarnya merupakan seorang _________________ yang
disegani sebagai seorang pemimpin wanita yang unggul, berfikiran terbuka, dan berpandangan jauh.
Namun, Azizi memujuk Muzafar dengan alasan ibunya terlalu menyayanginya sehingga menyebabkan
dia berasa bimbang dan bertindak sedemikian.

Para pekerja di _____________________menyambut kedatangan kumpulan peserta cacat penglihatan


itu dengan baik dan mesra. Kumpulan itu terdiri daripada 36 orang tetapi enam orang daripadanya
berpenglihatan normal. Selepas para peserta berehat, Azizi dan Muzafar mula menerangkan, memberi
tunjuk ajar dan melatih para peserta tersebut tentang cara-cara berkayak dengan betul dan cara-cara
memberi serta mendapatkan pertolongan seandainya _____________________terbalik. Mereka
dibantu oleh beberapa orang ____________________ seperti Nurul, Haris, dan Chee Keong.

Pada malamnya, Azizi bersembang dengan Muzamir di _____________________chalet. Dalam


perbualan mereka, Muzamir melahirkan rasa gembiranya dan berterima kasih kepada Azizi dan Muzafar
kerana dia akhirnya berpeluang merasai pengalaman berkayak. Hal ini demikian kerana Muzamir berasa
kecewa terhadap rakan-rakan sepejabatnya yang memandang rendah dan memperkecilkan
keupayaannya sebagai orang kelainan upaya. Lantaran itulah, dia berusaha untuk
mengatur___________________berkayak tersebut untuk membuktikan keupayaannya berkayak seperti
orang yang normal. Dia berasa bersyukur dan gembira apabila pihak pengurusan tempat peranginan itu
bersedia menerima kehadiran mereka.

Seterusnya, Nurul dan Azizi bercerita tentang peristiwa ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai yang
telah ditempuhi oleh mereka. Nurul mengucapkan terima kasih kepada Azizi dan Muzafar yang banyak
memberikan ______________________ dan membantu pasukannya sepanjang ekspedisi tersebut. Azizi
juga berterima kasih kepada Nurul, Haris dan Chee Keong yang turut membantu untuk memudahkan
ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai pada siang itu. Azizi juga memperoleh pengajaran dan
menyatakan kekagumannya terhadap Nurul, Haris dan Chee Keong yang mempunyai darjah kesabaran
yang tinggi dalam mengajar dan membimbing rakan-rakannya yang cacat penglihatan sehingga mereka
mampu berkayak dengan begitu baik.

Dalam perbualan dengan Haris, dan Nurul, Muzafar dapat mengetahui kisah sedih Muzamir yang berasal
dari sebuah keluarga ternama dan kaya di_____________ tetapi diserahkan kepada
____________________ di Johor ketika berusia tiga bulan disebabkan dia dilahirkan cacat penglihatan.
Muzafar membelek mukanya di hadapan cermin untuk melihat persamaannya dengan Muzamir. Azizi
menegaskan bahawa Muzafar dan Muzamir banyak mempunyai persamaan dari segi wajah dan
perawakan.

Muzafar pulang ke rumah setelah aktiviti ekspedisi berkayak di Tasik Permai selama empat hari tiga
malam bersama Muzamir dan rakan-rakannya tamat. Ibu Muzafar bersyukur apabila anaknya, Muzafar
pulang ke rumah dengan selamat. Muzafar memujuk ibunya ke ______________untuk menonton
rakaman ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai bersama-sama para peserta cacat penglihatan
tersebut. Sewaktu tayangan video itu, Ibu Muzafar tergamam apabila melihat persamaan yang ada pada
Muzafar dan Muzamir.

Muzafar berasa hairan apabila ibunya tidak mahu meneruskan tontonan video peserta-peserta ekspedisi
berkayak di Tasik Permai. Muzafar juga mula sangsi akan status dirinya sebagai
__________________apabila melihat reaksi ibunya yang seolah-olah menyimpan suatu rahsia selepas
mengetahui latar belakang Muzamir. Muzafar bercerita kepada Azizi tentang perasaannya sewaktu dia
membantu Muzamir akibat kayaknya terbalik. Muzafar juga menitiskan air mata sewaktu mereka
bersalaman dan berpelukan sebelum Muzamir berangkat pulang.

Anda mungkin juga menyukai