Anda di halaman 1dari 6

GEMA SEPI GADIS GENIUS

(AZMAH NORDIN)
Sinopsis
Basirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiadapun
daripadanya berjudul program antibusut. Dalam keadaan fikirannya yang sedang kusut,
Basirah terkenang akan kakaknya, Hanani semasa mereka masih kecil lagi, semasa Hanani
di tadika sehinggalah Basirah melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak
perbezaan antara mereka berdua.
Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yang sentiasa sibuk. Basirah
menjalani

praktikal

dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal sistem

komputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah busut
yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya. Basirah bersemuka dengan temantemannya, para timbalan pengurus. Basirah membentangkan masalah busut. Namun, dia
dikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak tetapi dia tidak akan menganggap kritikan
sebagai jemputan untuk bertinju, sebaliknya sebagai satu alternatif.
Oleh itulah, dia telah membuka buku log untuk merekod penceroboh. Basirah terkejut
apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan dengan ketenteraan.
Oleh itu, Basirah telah membawa masalah tersebut kepada teman sejawatnya. Basirah
menganggap penceroboh tersalah sasaran. Sasaran penceroboh untuk menembusi saluran
internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini berlaku perbezaan
pendapat antara Basirah dengan

rakannya.

Akhirnya Basirah membuat ujikaji dengan

menggunakan alat osiloskop bagi menentukan jarak antara makmal dengan penceroboh.
Lamunan Basirah terhenti apabila pintu yang terkuak berbunyi. Beberapa remaja tersembul
di muka pintu makmal. Kakaknya datang membawa kek dan mengucapkan selamat hari
jadi. Basirah cukup terharu.
Selepas itu, sekali lagi, osiloskop dipasang untuk mengesan gema pangilan dari luar.
Ketika mereka sibuk mengesan gema, tiba-tiba penceroboh membuat panggilan di
komputer-komputer makmal. Belum sempat dia memberi amaran agar berwaspada
terhadap penyelia khususnya, penceroboh sudah lenyap dari skrin komputernya. Hanani
yang ada pada ketika itu menyarankan menggunakan umpan untuk menembusi tembok
penceroboh.

Hanani

tersipu

malu.

Basirah

menghubungi

perkembangan terbaru. Selang beberapa minit, umpan mengena.

pensyarahnya

tentang

Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan

menyekat penceroboh.

Akhirnya, Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikan
selama ini menjadi kenyataan yang indah.

Tema
Kepintaran seorang remaja dalam menangani masalah pengguna jahil (hacker) komputer.

Persoalan
1. Persoalan kepintaran remaja dalam usia muda boleh menangani masalah penceroboh
komputer.
Contohnya: Basirah dapat menangkap penceroboh yang menyelusup sistem di
makmal.
2. Persoalan kebolehpercayaan majikan untuk menerima remaja bekerja dalam bidang
berkemahiran tinggi.
3. Contoh: Hari pertama dia dihantar menjalani praktikal oleh pusat pengajian tinggi.
4. Persoalan kasih sayang antara adik beradik yang berbeza dari segi kepintaran.
Contohnya: Hanani dan Basirah berbeza dari segi kepintaran iaitu Basirah mahir dalam
bidang komputer manakala Hanani mahir dalam bidang kesenian dan kesasteraan.

Plot
Permulaan
Basirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiadapun
daripadanya berjudul program antibusut. Dalam keadan fikirannya yang sedang kusut,
Basirah terkenang akan kakaknya, Hanani semasa mereka masih kecil lagi, semasa Hanani
di tadika sehinggalah Basirah melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak
perbezaan antara mereka berdua. Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yang
sentiasa sibuk.
Perkembangan
Basirah menjalani praktikal dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal sistem
komputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah busut
yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya. Basirah bersemuka dengan temantemannya, para timbalan pengurus. Basirah membentangkan masalah busut. Namun, dia
dikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak tetapi dia tidak akan menganggap kritikan
sebagai jemputan untuk betinju, sebaliknya sebagai satu alternatif. Oleh itu, dia telah
membuka buku log untuk merekod penceroboh.
2

Klimaks
Basirah terkejut apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan dengan
ketenteraan. Oleh itu, Basirah telah membawa masalah tersebut kepada teman sejawatnya.
Basirah menganggap penceroboh tersalah sasaran. Sasaran penceroboh untuk menembusi
saluran internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini berlaku
perbezaan pendapat antara Basirah dengan rakannya. Akhirnya Basirah membuat ujikaji
dengan menggunakan alat osiloskop bagi menentukan jarak antara makmal dengan
penceroboh. Dengan bantuan pensyarahnya, kakaknya, iaitu Hanani dan rakan-rakan
Hanani, mereka berjaya mengesan penceroboh tersebut.
Peleraian
Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan menyekat penceroboh. Akhirnya,
Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikan selama ini
menjadi kenyataan yang indah.

Teknik penceritaan
1. Deskriptif (pemerian)
Contoh: Dia teringatkan ayahnya yang datang dan pergi macam angin, meninggalkan
mereka di bawah jagaan pembantu rumah (m/s 4)
2. Monolog dalaman- Baiklah! Bisik hatinya, juga tegas. Dia terfikirkan sesuatu (m/s 10)
3. Imbas kembali
Contoh: Seingatnya, sewaktu Hanani baru menjejaki tadika biasa dulu, Basirah sudah
pun lulus peperiksaan untuk memasuki sekolah kanak-kanak pintar yang terletak di
pinggir bandar meninggalkan mereka di bawah jagaan pembantu rumah (m/s 4).
4. Imbas muka
Contoh: Hanani terus menghadapi masa hadapan dengan tenang dan tabah (m/s 17)

Watak dan Perwatakan


1.

Watak utama
Basirah
Anak kepada seorang ahli perniagaan dan berusia 14 tahun.
Anak kedua daripada dua beradik, kakaknya bernama Hanani.
Siswi dalam jurusan Sains Komputer.
Diterima membuat amali di Makmal Perdana di pusat bandar Kota Kinabalu.
Seorang yang pintar dalam bidang komputer.
3

2.

Watak sampingan
Hanani
Anak sulung kepada ahli perniagaan dan baru berusia 16 tahun.
Kakak kepada Basirah.
Seorang yang lincah dan kreatif.
Suka mengambil berat akan adiknya.
Mempunyai ramai kawan.
Seorang yang suka kegiatan rekreasi.

Latar
Masa

Tempat

Siang Basirah menjalani latihan amali di makmal sistem komputer di Makmal


Perdana
Malam Hanani berbual-bual dengan Basirah di rumah
Hari minggu Basirah terpaksa menyelesaikan kerjanya yang banyak di
makmal sistem komputer, Makmal Perdana
Makmal sistem komputer di Makmal Perdana tempat Basirah menjalani latihan
amali tahun akhir jurusan Sains Komputer
Pusat bandar Kota Kinabalu tempat letaknya Makmal Perdana
Sekolah kanak-kanak pintar tempat Basirah belajar semasa zaman kanakkanak
Institusi pengajian tinggi di Semenanjung tempat Basirah belajar sebagai siswi
jurusan Sains Komputer

Masyarakat
Masyarakat yang celik komputer Basirah, pekerja di makmal sistem komputer,
Makmal Perdana, dan rakan-rakan Hanani mahir menggunakan komputer
Masyarakat terpelajar Basirah merupakan sisiwi tahun akhir jurusan Sains
Komputer di sebuah institusi pengajian tinggi
Masyarakat remaja yang gemar akan aktiviti rekreasi Hanani dan rakanrakannya mengikuti aktiviti rekreasi seperti berdiskusi sastera di pantai,
berkayak, dan mendaki gunung

Gaya Bahasa
1. Metafora
4

Contoh: Meniti buih di jeram (m/s 3), mata fikir (m/s 2)


2. Diksi
Bahasa Inggeris - hyperintelligent (m/s2), the exterminator (m/s 8)
Bahasa IT - Sotware (m/s 1), user (m/s 1), hacker (m/s 2)
Istilah Sains - Osiloskop (m/s 11)
3. Hiperbola
Contoh: Menggunung secara halimunan juga (m/s 9)
4. Sinkope
Contoh: Dah (Sudah), Kak (Kakak)
5. Simplok
Contoh: Dipuji macam bidadari
Contoh: Draikan macam puteri (m/s 16)
6. Perlambangan
Contoh: Busut

Nilai
1. Nilai kasih sayang
Kakaknya menatang sebuah kek yang comel ke dalam makmal sempena hari jadi
Basirah yang ke-14.
2. Nilai berusaha
Basirah telah berusaha menyekat penceroboh komputer sehingga telah berjaya.
3. Nilai bertanggungjawab
Basirah bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan kepadanya.

Pengajaran
1.

Kita hendaklah mempunyai perasaan kasih sayang antara adik beradik walaupun
mempunyai tahap kepintaran yang tidak sama.

2.

Kita hendaklah berusaha sedaya upaya apabila melakukan sesuatu pekerjaan.

3.

Kita hendaklah bertanggungjawab atas apa yang diberikan kepada kita.

Latihan
1.
2.
3.

Apakah tema cerpen Gema Sepi Gadis Genius?


Nyatakan nilai-nilai yang terdapat di dalam cerpen ini serta buktikan.
Bincangkan pengajaran-pengajaran yang boleh diambil daripada cerpen ini.
5

Jawapan:
1. Tema cerpen Gema Sepi Gadis Genius adalah kepintaran seorang remaja dalam
menangani masalah pengguna jahil (hacker) komputer.
2. Nilai-nilai yang terdapat dalam cerpen ini adalah tanggungjawab, contohnya Basirah
berasa bertanggungjawab untuk menghalang penceroboh yang menembusi saluran
internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Nilai kasih sayang juga
ditonjolkan apabila kakak Basirah iaitu Hanani mengingati hari jadinya dengan
membawa kek harijadi.
3. Pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini ialah kita hendaklah menjalankan tugas
dengan penuh amanah dan dedikasi.

Anda mungkin juga menyukai