Anda di halaman 1dari 1

KEMAHIRAN KARANGAN 1 :

MENGENAL PASTI KEHENDAK SOALAN


FAHAM 1 : Pengenalan
Soalan berkaitan karangan respon terbuka terdapat dalam Soalan Bahagian B Kertas 2
Bahasa Melayu SPM. Soalan ini membawa 100 markah.
FAHAM 2 : Menganalisis Soalan
1. Terdapat dua bahagian dalam setiap soalan karangan. Bahagian pertama
terdapat isu atau topik yang harus ditulis manakala bahagian kedua terdapat
arahan (kata kunci) untuk isi karangan.
2. Baca soalan dengan teliti dan kenal pasti isu dan arahan (kata kunci) dengan
betul.
FAHAM 3 : Kata kunci (arahan) dalam soalan karangan
Menunjukkan punca sesuatu berlaku sebab, faktor , ciri
Menunjukkan kesan apabila sesuatu kesan, implikasi, impak, akibat
berlaku kebaikan, kelebihan, keistimewaan
keburukan, kelemahan, kekurangan
Menunjukkan cara untuk mengatasi cara, langkah, usaha, kaedah, tindakan,
sesuatu strategi, peranan, tugas, tanggung jawab,
Menunjukkan masalah untuk masalah, halangan, kekangan
melaksanakan sesuatu
FAHAM 4 : Membina peta minda isi karangan
1. Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk menyenaraikan isi-isi
penting karangan berdasarkan kehendak soalan.
2. Soalan karangan B memerlukan calon menyenaraikan 4-5 isi karangan.
3. Sebaik-baiknya isi dilakarkan dalam peta minda bagi memudahkan calon
membuat rujukan ketika proses menulis.
FAHAM 5 : Menulis jawapan karangan
1. Binaan jawapan karangan seelok-eloknya terdiri daripada 7 perenggan.
2. Pemerengganan karangan terdiri daripada
i. Perenggan pendahuluan ( 1 )
ii. Perenggan isi ( 5 isi )
iii. Perenggan kesimpulan ( 1 )
3. Panjang karangan haruslah mengikut arahan yang diberikan iaitu melebihi 350
patah perkataan.
4. Karangan yang baik harus diselitkan dengan 2 atau lebih penggunaan/ungkapan
bahasa indah seperti peribahasa, kata-kata hikmat, slogan dan sebagainya.
Pemarkahan
1. Karangan membawa 100 markah.
2. Markah biasanya diberikan secara impression.
3. Gunakan penanda wacana pada tempat yang bersesuaian dan masukkan
kepelbagaian ayat ( contoh: ayat majmuk, ayat tanya, ayat songsang dan
sebagainya )

Anda mungkin juga menyukai