Anda di halaman 1dari 9

Modul PdP (KBAT) UPSR Format Baharu 2016 1 Bahasa Melayu Penulisan (012) : Bahagian B

BAHASA MELAYU PENULISAN:BAHAGIAN B (MENULIS ULASAN)

Bahan Rangsangan
Teks (Cara-cara) Teks (Kegunaan) Teks (Faedah) Teks (Kebaikan)
Petikan
Teks (Situasi) Teks (Aktiviti) Petikan (NM)
(Pengajaran)
Poster / Iklan Resipi / Menu Peta / Carta Carta Alir
Peta Minda Peta i-Think Bahan Sastera

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PENULISAN (BAHAGIAN B)

Pembugaran dan Pemantapan Format Instrumen Pentaksiran (Bahagian B)

1. Ulasan 2016, lebih focus kepada pendapat atau idea murid.


2. Menguji sekali gus kemahiran menulis dan membaca (DSKP).
3. Panjang ulasan antara 50 hingga 80 patah perkataan.
4. Terlebih patah perkataan, tidak akan dipotong markah.
5. Tidak ada ketetapan kepada isi tersurat mahupun isi tersirat.
6. Murid boleh menggunakan teknik, P2M2SK (Pendahuluan, Misalnya, Manakala, Selain itu,
Seterusnya, Kesimpulannya) bagi menghasilkan ulasan yang cemerlang.
7. Murid boleh menggunakan kaedah PASAK (Pendahuluan, Antara, Selain itu, Akhir sekali,
Kesimpulannya) untuk menghasilkan ulasan yang cemerlang.
8. Ulasan yang baik mesti ada isi atau idea tersurat dan isi atau idea tersirat.
9. Tidak ada ketetapan kepada jumlah isi yang hendak diulas. (Boleh 2, 3 atau 4 isi).
9.1 - Murid menulis ulasan berdasarkan pemahaman atau pandangan atau pemerhatian.
Bukannya dalam bentuk penceritaan.
9.2 - Isi atau idea boleh dipersembahkan secara perluasan biasa dan perluasan berganda.

Teknik dan Bengkel Menjawab Soalan (Bahagian B)

1. Menjawab ulasan dengan kaedah atau cara mudah; dapat markah cemerlang.
2. Cari pendahuluan - menggunakan gambar - tentang apa?
3. Cari isi atau idea tersurat. Mereka sedang buat apa?
4. Cari isi atau idea tersirat. Kenapa mereka buat begitu?
5. Penutup. Nyatakan nama aktiviti dan nyatakan wajar atau tidak wajar dilakukan.

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara Klinik Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan (012) Format Baharu 2016
Modul PdP (KBAT) UPSR Format Baharu 2016 2 Bahasa Melayu Penulisan (012) : Bahagian B

6. Teknik mengajar, panduan menghasilkan ulasan:


6.1 - Kita boleh gunakan jadual. Sebagai langkah pengajaran secara ansur maju.
6.2 - Subjek bagi setiap isi. Murid boleh guna; murid, kita, penduduk, watak, dan lain-lain.
6.3 - Kata pelbagai atau kata penegas; (perlulah, hendaklah, sewajarnya, haruslah).
6.4 - Kata hubung pelbagai; kesantunan berbahasa (supaya, agar, kerana, dengan).
6.5 - Penanda wacana; (misalnya, manakala, selain itu, seterusnya, akhir sekali).

PANDUAN UMUM

1. Baca dan fahami arahan soalan. Garisi kata kunci soalan.


Soalan contoh:
Gambar di bawah menunjukkan tentang buah-buahan tempatan.
Tulis ulasan tentang buah-buahan tempatan berdasarkan gambar yang diberi dalam bentuk
perenggan. Panjang ulasan kamu antara 50 - 80 patah perkataan.

2. Perhatikan bahan grafik atau bahan rangsangan yang lain (teks, graf, poster, carta, iklan,
puisi, jadual dan lain-lain). Tuliskan kata kunci yang berkaitan tajuk soalan atau grafik,
contohnya; Buah-buahan Tempatan.
3. Bina satu atau lebih perenggan tentang tajuk yang dikehendaki.
4. Untuk mencapai peringkat cemerlang, murid atau calon mesti mengemukakan jawapan yang
memenuhi kriteria di bawah:
4.1 - Isi atau idea yang tepat.
4.2 - Ulasan yang jelas, tersusun, menarik dan disertai dengan pandangan, hujah atau
pendapat yang bernas.
4.3 - Penggunaan kata dan kosa kata yang meluas (kemahiran mencipta bahasa - KBAT).
4.4 - Ayat yang gramatis (tiada kesalahan laras ayat dan tiada kesalahan laras bahasa).
4.5 - Ejaan dan tanda baca yang betul (sifar kesalahan SE, TB), dan (LA, LB).
5. Selain idea yang diperoleh terus daripada bahan rangsangan, idea yang tersirat juga boleh
dinyatakan bagi menyokong dan mengukuhkan idea sedia ada (idea tersurat).
6. Calon layak diberi markah penuh sekiranya mengemukakan ulasan idea yang tepat,
tersusun dan menarik serta ayat yang gramatis tanpa sebarang kesalahan ejaan dan tanda
baca.

SATU (Pendahuluan)
(Soalan; Apakah Topik Ulasan)
Isi Satu : Misalnya,
Isi Dua : Manakala,
Isi Tiga : Selain itu,
Isi Empat : Seterusnya,
Isi Kelima : Akhir sekali,
Penutup : Kesimpulannya,

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara Klinik Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan (012) Format Baharu 2016
Modul PdP (KBAT) UPSR Format Baharu 2016 3 Bahasa Melayu Penulisan (012) : Bahagian B

PANDUAN PEMARKAHAN ITEM BAHAGIAN B

PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

CEMERLANG 1. Isi/Idea menepati tugasan, ulasan sangat jelas, tersusun dan menarik.
(12 - 15) 2. Ayat yang betul, mengandungi peluasan subjek atau peluasan
predikat dalam bentuk respons tertutup mahupun respons terbuka.
3. Membina ayat yang gramatis dan menepati bahan
rangsangan/tugasan.
4. Penggunaan pelbagai kata yang sesuai (baik) dengan bahan tugasan.
5. Pengunaan ejaan, tanda baca dan imbuhan yang betul dalam ayat.
6. Tiada atau sifar kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan
imbuhan, laras ayat, dan laras bahasa dalam ulasan yang dibina.

BAIK 1. Isi atau idea menepati tugasan, ulasan jelas, tersusun dan menarik.
(08 - 11) 2. Ayat yang mengandungi isi atau idea yang betul serta menepati
tema daripada bahan rangsangan/tugasan yang diberi dalam soalan.
3. Isi atau idea, ayat yang dibina menepati bahan rangsangan/tugasan.
4. Terdapat kesalahan penggunaan kata atau frasa dalam ayat yang
dibina.
5. Terdapat kesalahan idea dalam peluasan subjek dan peluasan
predikat.
6. Terdapat kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan,
laras ayat, dan laras bahasa dalam ulasan yang dibina.

MEMUASKAN 1. Isi atau idea masih menepati tugasan, ulasan ringkas dan mudah sahaja.
(04 - 07) 2. Ayat mengandungi isi atau idea yang terhad namun masih sesuai
dengan tema daripada bahan rangsangan yang diberi dalam soalan.
3. Isi atau idea yang sederhana dan masih ada kaitan dengan tugasan.
4. Terdapat banyak kesalahan idea dalam peluasan subjek dan predikat.
5. Terdapat banyak kesalahan ejaan, tanda baca, imbuhan, laras ayat,
dan laras bahasa dalam ulasan yang dibina.

PENCAPAIAN 1. Isi atau idea kurang menepati tugasan atau tidak menepati tugasan.
TAHAP 2. Ayat yang tiada isi atau tiada idea yang betul serta tidak menepati
MINIMUM tema daripada bahan rangsangan yang diberi dalam soalan.
(01 - 03) 3. Isi atau idea dalam ayat yang dibina tidak ada kaitan dengan tugasan.
4. Terdapat kesalahan idea dalam peluasan subjek dan peluasan predikat.
5. Terdapat banyak kesalahan ejaan, tanda baca, imbuhan, laras ayat,
dan laras bahasa dalam ulasan yang dibina.

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara Klinik Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan (012) Format Baharu 2016
Modul PdP (KBAT) UPSR Format Baharu 2016 4 Bahasa Melayu Penulisan (012) : Bahagian B

Gambar di bawah menunjukkan poster tentang buah-buahan tempatan.


Tulis ulasan tentang buah-buahan tempatan dan produk yang dihasilkan daripada buah-buahan
tersebut dalam bentuk perenggan.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Lima Panduan Asas


Ulasan {Maklumat Soalan / Bahan Rangsangan}
(PW) (Cari dan Tulis Semula)
(Anda Mesti Hafal)

SATU (Pendahuluan) Buah-buahan tempatan ada yang bermusim dan ada yang tidak
(Soalan; Apakah Topik Ulasan) bermusim. Misalnya, durian, cempedak, dan manggis adalah
antara buah-buahan bermusim manakala tembikai, betik, dan,
Isi Satu : Misalnya, belimbing pula merupakan buah-buahan tidak bermusim.
Selain itu, buah-buahan tempatan ini mudah didapati
Isi Dua : Manakala, sama ada di gerai, di warung buah-buahan atau di pasar raya.
Seterusnya, harga yang ditawarkan bagi buah-buahan ini juga
Isi Tiga : Selain itu, sungguh berpatutan. Akhir sekali, buah-buahan ini boleh
Isi Empat : Seterusnya, diproses bagi dijadikan perasa makanan dan jus minuman yang
enak, lazat dan menyegarkan.
Isi Kelima : Akhir sekali, Kesimpulannya, buah-buahan tempatan kita setanding
dengan buah-buahan import dari luar negara. Harganya juga
Penutup : Kesimpulannya, lebih murah. Oleh itu, makanlah buah-buahan tempatan.

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara Klinik Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan (012) Format Baharu 2016
Modul PdP (KBAT) UPSR Format Baharu 2016 5 Bahasa Melayu Penulisan (012) : Bahagian B

Gambar di bawah menunjukkan identiti yang digambarkan oleh negeri-negeri di Malaysia.


Tulis ulasan tentang identiti yang digambarkan oleh negeri-negeri itu dalam bentuk perenggan.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Lima Panduan Asas (PW) Ulasan {Maklumat Soalan / Bahan Rangsangan}


(Anda Mesti Hafal) (Cari dan Tulis Semula)

SATU (Pendahuluan) Peta di atas menunjukkan identiti atau ciri istimewa negeri-negeri di
(Soalan; Apakah Topik Ulasan) Malaysia. Misalnya, negeri Kedah terkenal dengan tanaman padi
manakala Kedah juga dikenali sebagai Jelapang Padi Malaysia.
Isi Satu : Misalnya,
Selain itu, Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan mercu
Isi Dua : Manakala, tanda yang terkenal di ibu kota Kuala Lumpur. Seterusnya, limau
bali merupakan sejenis limau yang bersaiz besar dan banyak ditanam
Isi Tiga : Selain itu, di Tambun, Perak. Akhir sekali, Pulau Pinang terkenal dengan
jambatannya yang berukuran 13.5 kilometer yang juga merupakan
Isi Empat : Seterusnya, jambatan terpanjang di Asia Tenggara.
Kesimpulannya, identiti atau ciri istimewa bagi negeri-negeri
Isi Kelima : Akhir sekali, di Malaysia ini melambangkan kemakmuran dan keharmonian yang
dikecapi oleh rakyatnya yang berbilang kaum.
Penutup : Kesimpulannya,

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara Klinik Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan (012) Format Baharu 2016
Modul PdP (KBAT) UPSR Format Baharu 2016 6 Bahasa Melayu Penulisan (012) : Bahagian B

Gambar di bawah menunjukkan beberapa produk berasaskan kelapa.


Tulis ulasan tentang kegunaan kelapa berdasarkan gambar yang diberi dalam bentuk
perenggan.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

BAHAGIAN B (CADANGAN JAWAPAN)

RESPONS TERTUTUP (TERSURAT) RESPONS TERBUKA (TERSIRAT)

Penanda Wacana Isi atau Idea Perluasan Predikat

Pokok kelapa merupakan pokok serba guna yang memberi banyak manfaat kepada manusia.
Misalnya, batang kelapa dapat dijadikan titi untuk menyeberangi parit, longkang atau anak
sungai. Selain itu, daun kelapa muda pula boleh dijadikan sarung ketupat, manakala lidinya
pula dapat dijadikan penyapu.
Seterusnya, air kelapa muda sangat enak dijadikan minuman sejuk serta baik untuk
kesihatan kita. Dalam pada itu, isi kelapa yang sudah matang boleh diproses untuk dijadikan
minyak masak, sabun mandi dan barangan kosmetik.
Kesimpulannya, hampir keseluruhan bahagian daripada pokok kelapa amat bermanfaat
kepada manusia serta dapat digunakan dalam pelbagai bentuk atau keadaan.

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara Klinik Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan (012) Format Baharu 2016
Modul PdP (KBAT) UPSR Format Baharu 2016 7 Bahasa Melayu Penulisan (012) : Bahagian B

Gambar di bawah menunjukkan poster tentang nyamuk aedes.


Tulis ulasan tentang nyamuk aedes yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami demam
denggi yang sangat bahaya.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

HAPUSKAN NYAMUK AEDES UNTUK MEMBASMI DEMAM DENGGI

BAHAGIAN B (MENULIS ULASAN)

RESPONS TERTUTUP (TERSURAT) RESPONS TERBUKA (TERSIRAT)

Penanda Wacana Isi atau Idea Perluasan Predikat

Pelbagai cara untuk menjaga kebersihan persekitaran mesti dilakukan untuk mengelakkan dan
mengatasi pembiakan nyamuk aedes. Misalnya, menanam tayar-tayar buruk, tin-tin kosong, dan
botol-botol kosong bagi mengelakkan air bertakung sebagai tempat nyamuk bertelur.
Selain itu, kita juga hendaklah memastikan supaya mangkuk pasu bunga tidak menakung
air bagi mengelakkan jentik-jentik membiak. Seterusnya, kita juga boleh mengawal pembiakan
nyamuk aedes menggunakan racun pencegah dan pembunuh nyamuk yang ada dijual di pasar
raya atau di kedai-kedai runcit. Dalam pada itu, jika kita digigit atau disyaki mengidap demam
denggi hendaklah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dengan segera.
Kesimpulannya, nyamuk aedes sangat bahaya kepada kesihatan kita malahan, nyamuk
aedes juga boleh membawa maut. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan
persekitaran untuk menghapuskan nyamuk aedes dan seterusnya, membasmi demam denggi.

Gambar di bawah menunjukkan aktiviti yang boleh dilakukan bagi mengatasi stres.

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara Klinik Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan (012) Format Baharu 2016
Modul PdP (KBAT) UPSR Format Baharu 2016 8 Bahasa Melayu Penulisan (012) : Bahagian B

Tulis ulasan tentang faedah melakukan beberapa aktiviti bagi mengelakkan dan mengatasi stres
berlaku, sediakan ulasan tersebut dalam bentuk perenggan.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

AKTIVITI YANG BOLEH MENGELAKKAN DAN MENGATASI STRES

RESPONS TERTUTUP (TERSURAT) RESPONS TERBUKA (TERSIRAT)

Penanda Wacana Isi atau Idea Perluasan Predikat

Pelbagai aktiviti sihat dan bermanfaat boleh kita lakukan bagi mengelakkan dan mengatasi
stres berlaku pada diri seseorang. Misalnya, melakukan aktiviti riadah seperti membaca buku
cerita, berjoging dan bermain bola sepak.
Selain itu, kita juga boleh menggunakan waktu cuti hujung minggu dengan aktiviti
seperti berkelah bersama-sama keluarga tersayang. Seterusnya, kita juga boleh menyertai
aktiviti perkhemahan untuk menambah ilmu dan merasai pengalaman baharu. Dalam pada itu,
ringan tulang dalam menyumbang tenaga untuk menjayakan gotong-royong membersihkan
tempat kediaman supaya persekitaran nampak bersih dan ceria.
Kesimpulannya, pelbagai aktiviti sosial kemasyarakatan yang sangat bermanfaat boleh
dilakukan bagi mengisi masa senggang di samping boleh mengelakkan serta mengatasi stres
daripada menghampiri kita.

Gambar di bawah menunjukkan poster produk hasilan lembu.


Tulis ulasan tentang produk hasilan lembu tersebut dalam bentuk perenggan.

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara Klinik Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan (012) Format Baharu 2016
Modul PdP (KBAT) UPSR Format Baharu 2016 9 Bahasa Melayu Penulisan (012) : Bahagian B

Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

PRODUK HASILAN LEMBU

RESPONS TERTUTUP (TERSURAT) RESPONS TERBUKA (TERSIRAT)

Penanda Wacana Isi atau Idea Perluasan Predikat

Lembu adalah antara binatang ternakan yang popular di Malaysia. Misalnya, tulang lembu
amat enak dimasak sup manakala, daging lembu yang diproses dapat dijadikan daging burger
dan boleh disimpan berbulan-bulan di dalam peti sejuk.
Selain itu, kulit lembu pula dapat dijadikan pakaian atau barangan tertentu seperti baju
kulit, tali pinggang, kasut dan beg tangan. Seterusnya, alat muzik seperti kompang dan rebana
adalah berasaskan kulit lembu yang dikeringkan. Daripada lembu juga kita boleh memperoleh
susunya, susu lembu dalam bentuk cecair dan susu tepung amat berkhasiat dan baik untuk
kesihatan kita.
Kesimpulannya, semua bahagian daripada lembu boleh kita gunakan untuk pelbagai
tujuan seperti dijadikan makanan yang berasaskan daging, minuman yang berasaskan susu,
pakaian daripada kulit dan peralatan muzik yang menggunakan kulit lembu.

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara Klinik Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan (012) Format Baharu 2016

Anda mungkin juga menyukai