Anda di halaman 1dari 6

Kertas Model UPSR Bahasa Melayu 1 Kertas Pemahaman 011(A) - Model Lima

BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 12
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 ________ dikurnia bintang kebesaran negara sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha
Mulia Raja Negeri Perlis.
A Dia
B Kita
C Kami
D Beliau

2 Kalau ________ perkenankan sekarang juga patik akan menjunjung titah, sembah Hang
Tuah kepada Sultan Melaka.
A beta
B patik
C tuanku
D baginda

3 Ammonia tidak berbahaya dalam bentuk cecair tetapi ________ risiko kepada kesihatan
manusia dalam bentuk gas.
A menjejaskan
B menyebarkan
C membolehkan
D mendatangkan

4 Baginda Sultan Johor akan ________ ke Asia Barat untuk lawatan singkat bersama-sama
beberapa orang tokoh usahawan tempatan.
A berjalan
B bertolak
C bergerak
D berangkat

5 Kek lapis yang kakak buat gebu ________, malah setanding dengan kek lapis yang dijual
di kedai-kedai kek, kata emak.
A agak
B amat
C terlalu
D paling

Kertas Model UPSR Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu 011(A) : Tahun Enam - Model Lima
Panel Penggubal Item : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu, KPM
Kertas Model UPSR Bahasa Melayu 2 Kertas Pemahaman 011(A) - Model Lima

6 ________ menulis karangan sempena kempen Cintai Sungai Kita itu terbuka kepada
murid-murid sekolah rendah sahaja.
A Diadu
B Beradu
C Peraduan
D Mengadu

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7 Sebagai pendaki profesional, Mohd Saiful Mohd Amin sudah lima kali sampai di ________
Gunung Kinabalu.
A puncak
B pinggir
C penjuru
D pangkal

8 Keadaan Pantai Batu Buruk yang agak ________ itu berbahaya untuk aktiviti perkelahan
atau mandi-manda di situ.
A dalam
B curam
C rendah
D dangkal

9 Cik Suriati memakai sepasang ________ emas yang dihiasi batu permata semasa majlis
pertunangannya pada hari itu.
A jari-jari
B kisi-kisi
C langit-langit
D anting-anting

10 Mokhtar berasa gembira apabila ________ mengusahakan kolam ternakan ikan dan udang
galah itu mengeluarkan hasil yang lumayan.
A penat jerih
B tunjuk ajar
C untung rugi
D pintu rezeki

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

Kertas Model UPSR Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu 011(A) : Tahun Enam - Model Lima
Panel Penggubal Item : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu, KPM
Kertas Model UPSR Bahasa Melayu 3 Kertas Pemahaman 011(A) - Model Lima

11 Puan Albert Tan menggoreng ________ pisang abu nipah sebagai hidangan minum petang
untuk keluarganya.
A biji
B sisir
C tandan
D mayang

12 Pengarah Pendidikan Negeri Pahang telah menyampaikan Anugerah ________ Cemerlang


di Dewan Pertiwi sempena sambutan Hari Guru 2015.
A Pemasaran
B Perundingan
C Pertandingan
D Perkhidmatan

Soalan 13
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

13 I Filem semasa dahulu, masih diminati oleh genarasi muda hari ini.
II Saya belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga buat semasa ini.
III Televisyen Malaysia banyak menyiarkan ranncangan hal ehwal semasa.
IV Tuan Haji Hamzah tiada di rumahnya semasa saya menelefonnya pagi tadi.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Soalan 14
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Kertas Model UPSR Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu 011(A) : Tahun Enam - Model Lima
Panel Penggubal Item : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu, KPM
Kertas Model UPSR Bahasa Melayu 4 Kertas Pemahaman 011(A) - Model Lima

14 Pameran kereta antik di Dataran Menara Condong itu berlangsung selama seminggu.
A Kereta antik itu sudah dipamerkan seminggu di Dataran Menara Condong.
B Seminggu bersama-sama pameran kereta antik di Dataran Menara Condong.
C Dataran Menara Condong menjadi pusat pameran seminggu untuk kereta antik.
D Selama seminggu pameran kereta antik itu diadakan di Dataran Menara Condong.

Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang betul.

15 A Oleh kerana hujan lebat, Muthu dan adiknya tidak hadir ke sekolah.
B Taklimat pengurusan kewangan itu ialah untuk semua pembantu tadbir.
C Dengan ini dimaklumkan bahawa permohonan pihak tuan telah diluluskan.
D Tiap pagi Puan Hanisah menghantar anak sulungnya ke sekolah dengan kereta.

16 I Dia tinggal di taman perumahan itu semenjak dari lima tahun yang lalu.
II Masyarakat yang berbilang bangsa perlu hidup dalam suasana yang harmoni.
III Farid mengambil masa selama lima jam setengah untuk menyiapkan ukiran itu.
IV Guru Besar-Guru Besar sedang bermesyuarat di Hotel Grand Continental Langkawi.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Soalan 17 hingga Soalan 20


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kertas Model UPSR Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu 011(A) : Tahun Enam - Model Lima
Panel Penggubal Item : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu, KPM
Kertas Model UPSR Bahasa Melayu 5 Kertas Pemahaman 011(A) - Model Lima

Nasaruddin : Ayah, ini racun apa? Adakah racun ini bahaya kepada kita?
Pak Hussin : Ini racun rumpai. Racun ini berfungsi sebagai pengawal ancaman pelbagai
jenis rumpai yang boleh menjejaskan produktiviti tanaman. Racun ini sangat
berbahaya jika disalahgunakan. Tambahan pula, racun rumpai ini seakan-akan
kopi o sahaja. Namun demikian, baunya sungguh tajam dan menusuk hidung
jika kita menghidunya.
Nasaruddin : Siapakah pembeli racun-racun rumpai yang begitu banyak ni, ayah?
Pak Hussin : Pembeli racun-racun ini terdiri daripada pesawah padi, pekebun kelapa sawit,
pekebun getah dan pekebun sayur-sayuran. Bagaimanapun, ayah ada juga
menjual racun kepada para pelanggan yang mahu mengawal rumpai di tepi
jalan, sungai, atau di halaman rumah.
Nasaruddin : Kata cikgu, racun rumpai ini berbahaya dan boleh membunuh jika terkena
pada makanan. Katanya lagi, pernah suatu ketika dahulu tiga orang anak
beranak meninggal dunia sebab makan ulam pucuk paku yang mereka petik di
tepi sungai sedangkan pucuk paku itu baru kena racun.
Pak Hussin : Betul kata cikgu kamu tu, Nasa. Orang ramai semestiya berhati-hati semasa
menggunakan racun terutamanya jenis ini iaitu racun rumpai paraquat dan
glisofat yang amat berkesan sekali mengawal pelbagai rumpai kumpulan saka,
berdaun lebar, atau rumpai yang mempunyai akar yang panjang.
Nasaruddin : Cikgu juga menyatakan bahawa jika racun terkena pada bahagian kulit. Kulit
kita kelihatan kemerah-merahan seperti mengalami radang. Kulit juga berasa
gatal serta pedih. Jika tidak dirawat dengan segera, kulit yang terkena racun
ini boleh menyebabkan barah kulit.
Pak Hussin : Sebab itulah sebaik sahaja terkena racun, cepat-cepatlah kita cuci dengan
sabun dan gunakan air yang banyak pada bahagian yang terkena racun itu.
Baju yang terkena racun mestilah segera ditanggalkan dan dicuci hingga
bersih. Justeru, semua jenis racun perlu disimpan di tempat yang tinggi dan
selamat serta jauh daripada kanak-kanak.
Nasaruddin : Saya ada terbaca artikel yang mengatakan terminum racun boleh membawa
maut. Semasa melayari internet, ada juga maklumat tentang kesan racun
kepada manusia. Salah satunya, jika terminum racun, mangsa biasanya akan
mengalami radang di bahagian mulut dan tekak.
Pak Hussin : Kita boleh kenal pasti mangsa terkena racun melalui tanda-tanda seperti sakit
kerongkong, mual, muntah-muntah dan cirit-birit yang berlanjutan sehingga
beberapa hari. Jika mengalami tanda-tanda seperti ini, kita perlulah segera
bertindak untuk mendapatkan rawatan doktor di klinik atau pun di hospital.

17 Apakah tujuan utama seseorang itu menggunakan racun rumpai?


A menyuburkan ladang
B menyuburkan tanaman
C menambah produktiviti tanaman

Kertas Model UPSR Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu 011(A) : Tahun Enam - Model Lima
Panel Penggubal Item : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu, KPM
Kertas Model UPSR Bahasa Melayu 6 Kertas Pemahaman 011(A) - Model Lima

D menghapus dan mengawal rumpai

18 Racun rumpai paraquat dan glisofat tidak dapat mengawal


A rumpai berdaun tirus
B rumpai berdaun lebar
C rumpai kumpulan saka
D rumpai berakar panjang

19 Apakah langkah pertama yang perlu diambil sekiranya seseorang terkena racun rumpai?
A Mencuci dengan air suam yang dicampur garam
B Membakar pakaian yang terkena racun dengan segera
C Mencuci anggota yang terkena racun dengan sabun dan air
D Mencuci anggota yang terkena racun dengan air yang banyak

20 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan rencana tersebut.


A Racun boleh menyebabkan seseorang menghidapi kanser
B Racun perlu digunakan mengikut aturan yang telah ditetapkan
C Racun boleh menyebabkan manusia mati jika terminum bahan itu
D Racun perlu disimpan di tempat yang tinggi dan jauhi daripada kanak-kanak

KERTAS SOALAN TAMAT

Kertas Model UPSR Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu 011(A) : Tahun Enam - Model Lima
Panel Penggubal Item : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu, KPM

Anda mungkin juga menyukai