Anda di halaman 1dari 7

1 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat
pilihan jawaban A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang
betul. Pilih jawapan yang betul itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu
dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawaban.

Soalan 1 hingga Soalan 16

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling
sesuai.

1 _____________ murid sedang mengulang kaji pelajaran mereka di Pusat


Sumber Sekolah.
A Sekawan
B Sepasukan
C Sekumpulan
D Segerombolan

2 “Telur ayam serama itu baru _______________ pagi tadi,” kata Pak Hamid
kepada anaknya.
A menetas
B merekah
C memecah
D mengeram

3 Pasukan bola sepak Negeri Sembilan berjaya ________________ kedudukan


teratas dalam Liga Perdana Malaysia daripada pasukan hijau kuning.
A membolot
B merampas
C mengambil
D menggondol

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah


2 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

4 Beliau meninggalkan majlis itu dalam keadaan ________________ setelah


mendapat panggilan yang penting.
A serta-merta
B gopoh-gapah
C lintang-pukang
D tunggang-langgang

5 Ibu memberi dua _________________ beras hancur kepada anak ayam


kampung peliharaannya.
A guni
B kepal
C jemput
D genggam

6 Dia menggunakan __________________ untuk mengukur sudut 90 darjah


pada pelan rumah kedai itu.
A kekisi
B sesiku
C tetikus
D bebola

7 “__________ semua murid berkumpul di dewan besar sementara


menunggu ketibaan tetamu kehormat,” kata Guru Besar.
A Usah
B Minta
C Tolong
D Jangan

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah


3 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

8 Kerja-kerja _______________ ini harus dilakukan dengan berhati-hati,”


pesan Cikgu Suhaimi kepada Haikal.
A memaku
B memahat
C mengetam
D tunggang-langgang

9 Cik Hidayah ________ payung itu di penjuru bilik selepas pulang dari
pasar malam.
A tersandar
B bersandar
C menyandar
D menyandarkan

10 Cikgu Saffari menyuruh Helmi menyimpan _________________ komputer


itu ke dalam laci mejanya.

A jejari
B bebuli
C tetikus
D kekunci

11 Amar dan Fahmi sedang melihat keputusan Ujian Pertengahan Tahun


mereka yang ditampal pada _________________ itu.

A papan iklan
B papan tanda
C papan pameran
D papan kenyataan

12 Di ____________ kantin sekolah telah diletakkan tong-tong kitar semula


4 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

untuk kemudahan para pelajar.

A tepi
B atas
C tengah
D penjuru

13 Wan Faridah sedang ________ ketupat bawang di dapur bersama-sama


anaknya.
A menjala
B menyirat
C mengupas
D mengayam

Soalan 14 dan soalan 15

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

14 “Tolong beritahu Vanessa yang kami akan menunggunya di kantin


selepas pulang dari sekolah,” kata Sylvia dan Nangan kepada Juliana.

A Sylvia dan Nangan mengingatkan Vanessa dan Juliana agar


menunggu mereka di kantin selepas waktu sekolah.
B Vanessa meminta pertolongan Juliana untuk memberitahu Sylvia
dan Nangan bahawa dia menunggu mereka di kantin selepas
waktu sekolah.
C Sylvia dan Nangan meminta pertolongan Juliana untuk
memberitahu Vanessa bahawa mereka menunggunya di kantin
selepas waktu sekolah.
D Juliana meminta Sylvia memberitahu Vanessa bahawa dia dan
Nangan menunggunya di kantin selepas waktu sekolah.

15 Nadia tidak hadir ke sekolah selama seminggu kerana sakit kaki.


A Sakit kakinya beransur pulih sejak seminggu yang lalu.
B Akibat sakit kaki, Nadia tidak hadir ke sekolah selama seminggu.
C Nadia tidak hadir ke sekolah pada minggu lepas akibat sakit kaki.
D Nadia akan ke sekolah minggu hadapan setelah sakit kakinya pulih.

Soalan 16
5 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

16 Kami berasa amat kagum sekali melihat _______________ pekerja kurang


upaya di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan itu.
A air tangan
B kerja tangan
C lepas tangan
D campur tangan

Soalan 17 hingga 20.


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Antara projek pertanian desa yang diberikan keutamaan oleh


kerajaan ialah penternakan puyuh dan ayam, projek kolam ikan air tawar
dan ikan sangkar, menanam sayur serta buah-buahan, membuat dan
membungkus makanan ringan, dan sebagainya. Penduduk Kampung
Mesra tidak ketinggalan menyahut seruan murni kerajaan tersebut.
Mereka telah menjalankan projek ikan air tawar di dalam kolam secara
sistem kelompok. Sebelum itu, mereka menggali tanah-tanah terbiar. Di
samping itu, usaha mereka mendapat galakan daripada pengurus tanah
rancangan di situ juga.
Kegiatan tersebut dapat dijalankan dengan jayanya kerana penduduk
kampung itu bekerja seperti aur dengan tebing, di samping memperoleh
sokongan padu daripada pengurus tanah rancangan dan wakil rakyat
tempat mereka. Pihak Lembaga Pertubuhan Peladang turut membantu
dan memberikan nasihat, selain membimbing mereka tentang cara-cara
mengendalikan projek tersebut. Setiap kelompok terdiri daripada lima
keluarga dengan tiga buah kolam ternakan.
Ikan-ikan di situ ialah lampan jawa, kap, tongsan, haruan, patin,
tilapia dan pelbagai lagi. Sejak projek itu dijalankan, penduduk telah
beberapa kali menuai hasil mereka. Mereka meraih keuntungan antara
RM500 hingga RM900 sebulan bagi setiap jualan. Hasil tersebut
kemudiannya dibahagikan sama rata dan ditabungkan sebagai modal
pusingan. Mereka tidak menghadapi masalah pasaran kerana pihak
Lembaga Pertubuhan Peladang sedia membelinya malahan permintaan
6 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

dari kawasan setempat juga amat menggalakkan. Kegigihan dan


kesabaran mereka membuahkan hasil dan seterusnya meringankan
perbelanjaan harian, termasuk kos pendidikan anak-anak.

17 Berapa buah keluargakah yang menyertai setiap kelompok projek


ternakan ikan tersebut?

A Dua
B Lima
C Lima ratus
D Sembilan ratus

18 Apakah aktiviti yang dilakukan oleh penduduk sebelum menternak


ikan air tawar?

A Menggali tanah-tanah terbiar.


B Menternak ayam dan puyuh.
C Menanam sayur dan buah-buahan.
D Membuat dan membungkus makanan ringan.

19 Tujuan utama mereka menyertai projek itu adalah untuk …

A mengisi masa lapang.


B menyahut seruan kerajaan.
C meningkatkan pendapatan.
D memupuk kerjasama dan permuafakatan.

20 Semua yang berikut ialah sebab kejayaan peserta program kecuali


A modal yang mencukupi.


B mendapat bimbingan daripada Lembaga Pertubuhan Peladang.
C mendapat galakan daripada pengurus rancangan.
D memperoleh bantuan kewangan daripada kerajaan.

KERTAS SOALAN TAMAT


7 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

Anda mungkin juga menyukai