Anda di halaman 1dari 6

Latihan Imbuhan

Sila letakkan imbuhan yang sesuai pada kata dasar yang diberikan dalam ayat.

1. _____________ (tulis) yang terkenal itu sepupu saya.

2. Adik sedang ______________ (tulis) sepucuk surat kepada kawannya di Amerika.

3. Tolong _____________________ (letak) beg ini di atas meja itu.

4. Rumah Ali _____________________ (letak) di atas bukit.

5. Jangan ___________________ (dekat) pemuda itu kerana dia kepala angin.

6. Anda seharusnya tahu kalau sebuah planet berukuran sangat besar ________________ (dekat)

Bumi.

7. __________________________ (pamer) itu akan diadakan selama sebulan.

8. Tolong _____________________ (pamer) lukisan itu di ruang tamu.

9. Ali ______________________ (pamer) hasil kraf tangannya di Pusat Pameran Kuching.

10. ______________________ (latih) yang diberi oleh Cikgu Ismail sangat merunsingkan.

11. Budak-budak itu sedang ____________________ (latih) olahraga di Stadium Bukit Jalil.

12. Untuk mahir bersilat kita perlu _______________ (latih).

13. Jurulatih itu __________________ (latih) pasukan keranjang sekolah saya.

14. Abang saya sedang menyiapkan ___________________ (tugas) yang diberikan oleh guru.

1
15. Pelajar dialu-alukan berjumpa dengan guru ________________ (tugas) andainya terdapat

sebarang masalah.

16. Bapa saya menerima ______________ (rawat) di klinik kesihatan.

17. Doktor itu sedang __________________________ (rawat) ayah saya yang sakit tenat.

18. Kos ____________________ (rawat) penyakit kanser dianggarkan di antara RM40,000 hingga

RM300,000.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Lucy merupakan murid yang ______ di kelas kami.

A sepandai

B terpandai

C memadai

D berpandai-pandai

2 Peserta dari Kanada itu _____ dalam perlumbaan dengan penuh bersemangat.

A setanding

B bertanding

C menandingi

D pertandingan

3 Rumah baru abang saudara saya _______.

A sepagar

B dipagari

C berpagar

D memagar

2
4 _____ pengawas itu melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi.

A Ketua

B Menua

C Pengetua

D Tertua

5 Mei Mei sudah _____ di kaki lima kedai itu selama sejam.

A mendirikan

B pendirian

C terdiri

D berdiri

6 Kami terkejut apabila alat ____ itu tiba-tiba berbunyi tanpa diketahui puncanya.

A mengesan

B pengesan

C berkesan

D terkesan

7 Mereka _____ menunggang basikal ke sekolah pada setiap pagi.

A bertiga

B ketiga

C ketiga-tiga

D pertiga

8 ______ restoran itu sedang mencatat pesanan pelanggan dengan sopan.

A Melayan

B Pelayan

C Melayan D Dilayan

3
9 Ramli tidak _____ kotak yang penuh dengan buku-buku itu.

A pengangkat

B mengangkat

C diangkat

D terangkat

10 Gasing kepunyaan Tai Seng _____ di atas tanah.

A memutarkan

B diputar

C berputar

D pemutar

11 Buku latihan murid-murid sedang _____ oleh cikgu Lim di bilik guru.

A peperiksaan

B pemeriksaan

C memeriksa

D diperiksa

12 Lori itu ______ dengan perlahan kerana muatannya yang banyak.

A pergerakan

B bergerak

C tergerak

D penggerak

13 Datuk saya ______ kambing dan lembu di kampungnya.

A menternak

B penternakan

C penternak D berternak

4
14 Keputusan peperiksaan Jun Wen kali ini ______ berbanding dengan sebelumnya.

A setingkat

B tetingkat

C bertingkat

D meningkat

15 ______ yang terkenal itu mengacarakan majlis perasmian dengan baik sekali.

A Jurutaip

B Jururawat

C Juruwang

D Juruacara

16 Restoran Jepun itu telah mengupah beberapa orang ______ sambilan.

A bekerja

B pekerja

C sekerja

D pengerja

17 Adnan mengikut jejak _______ orang abangnya yang cemerlang dalam pelajaran.

A Kedua

B berdua

C diduakan

D kedua-dua

5
18 ______ yang diupahkan untuk menangkap gambar dalam majlis perkahwinan tersebut begitu

profesional.

A Juruukur

B Juruhebah

C Jurutera

D Jurugambar

19 ______ lori itu disabitkan atas kesalahan kecuaian sehingga menyebabkan kemalangan.

A Pemandu

B Memandu

C Dipandu

D Pemanduan

20 Kebanyakan ______ yang melawat ke Pulau Langkawi adalah berasal dari Eropah.

A mengunjungi

B perkunjungi

C pengunjung

D berkunjung

21 Guru besar dan para guru sedang _____ tentang prestasi murid-murid di bilik mesyuarat.

A berbincang

B bincangkan

C dibincangkan

D perbincangan

Anda mungkin juga menyukai