Anda di halaman 1dari 9

UJIAN SUMATIF BAHASA MELAYU OGOS 2021

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LANDAS

UJIAN SUMATIF PBD BULAN OGOS

TAHUN 2021

BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

NAMA : GURU

TINGKATAN : SKEMA JAWAPAN

JAWAB SEMUA SOALAN

A. Pilih soalan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-
ayat di bawah ini.

1. Kain-kain yang diseterikakan Aminah itu menjadi bertingkat-tingkat lalu disimpan


di dalam almari.

A disusun                    B dibuat                      C diatur                       D dilonggok

2. Mak Senah dan anaknya, Lina sedang _____________ bunga di ruang tamu
rumahnya.

A mengubah                B menukar                   C menggubah              D merobah

3. Ketika kejadian gempa bumi, beberapa deret bangunan di kawasan


itu_______________.

A berdetar                   B bergegar                   C bergetar                   D bergoncang

4. ” Janganlah asyik ______________ sahaja di bilik. Rajin-rajinlah bergaul dengan


masyarakat sekeliling,” kata Sara kepada rakannya.

A terserap                    B terperap                   C terperangkap            D teresap

1
UJIAN SUMATIF BAHASA MELAYU OGOS 2021

5. Encik Mural ______________ maklumat peribadinya bersama-sama dengan


borang permohonan itu.

A melampirkan            B lampiran                   C dilampirkan             D lampir

6. Sebagai akibat kegawatan ekonomi negara, projek pembangunan di kawasan itu


telah ________________ .

A musnah                    B  terbengkalai            C sia-sia                       D selesai

7. ” _______________ kamu sudah ditipu oleh jurujual itu,” kata Lamsah kepada
Ramlan.

A Entah                       B Entah-entah             C Jangan                     D Bukan-bukan

8. ____________ Adibah, abangnya yang berbadan besar itu ___________tidak


mampu untuk mengangkat kotak itu.

A Makin…makin                                B Sungguhpun…namun

C Bukan sahaja…tetapi juga              D Jangankan…pun

9. _____________pemimpin ____________ rakyat mestilah sama-sama berganding


bahu untuk membangunkan negara.

A Baik…mahupun                              B Biarpun…namun

C Entah…entah                                  D Mula-mula…kemudian

10. Semasa melancong ke India, Puan Maimah membeli se________ anting-anting


berlian dan dua ____________ rantai emas.

A bentuk…ulas           B pasang…utas           C butir…untai             D buah…urat

11. Bunyi beberapa _______________ tembakan itu telah menyebabkan

se____________ kerbau lari bertempiaran.

A pucuk….kumpulan                          B laras…kelompok

C das…kawan                                   D kerat…gerombolan

2
UJIAN SUMATIF BAHASA MELAYU OGOS 2021

12. Kamal tunduk ke lantai apabila dileteri ibunya sambil kakinya __________

hujung tikar.

A mengait                   B mengaut                   C menguis  D mengais

13. Semangat dan galakan yang diberikan oleh pakar motivasi itu _______minat

mereka untuk meneruskan projek mereka yang terbengkalai itu.

A menyerikan              B menyalakan             C menyinarkan            D menyerlahkan

14. Cikgu Wahad melonjak kegembiraan sebaik sahaja pelari sekolahnya_________


ke garisan penamat.

A menempuhi              B mencecah                 C menemui                  D melalui

15. Pelancaran majlis anugerah itu tergendala berikutan ________ yang tidak cekap.

A pemantauan.            B pengurusan.             C penilaian.                 D pemeriksaan.

16. Pekerja di ladang teh itu __________daun teh sambil mengisikannya ke dalam
bakul yang ____________.

A memetik… digalas                          B memungut…dibawa

C menggunting… diangkat                D memotong…dijunjung

17. ___________dimaklumkan bahawa permohonan pihak tuan telah diluluskan.

A Adalah                    B Dengan itu               C Dengan ini               D Telah

18. Permainan tradisional patut diketengahkan supaya dapat___________ seni


budaya bangsa.

A Mengaya                 B Mengayai                 C Memperkaya            D Memperkayai

3
UJIAN SUMATIF BAHASA MELAYU OGOS 2021

19. Haidir  ________ saku seluarnya untuk mencari kunci rumahnya.

A menggorek-gorek                            B meraba-raba

C meramas-ramas                              D membelek-belek

20. Para pelancong itu amat tertarik oleh kehalusan kain songket ___________
Terengganu.

A jahitan                     B sulaman                   C tenunan                   D anyaman

21. Kak Laila menghayati irama muzik melalui radio sebagai ________semasa
menyiapkan kerja sekolahnya.

A pencuci telinga        B buah mulut              C halwa telinga           D alas perut

22. Kecemerlangan pelajar itu dalam peperiksaan telah menjadi _________guru-


guru sekolah itu.

A buah fikiran             B buah tangan             C buah mulut              D buah hati

23. Daripada nya, saya dapat merasakan bahawa dia tidak menyetujui keputusan
itu.

A bangun tubuh.         B air muka.                  C paras rupa                D bentuk muka

24. Ali amat _________ melihat penderitaan hidup keluarga miskin itu.

A terpegun                  B terharu                     C terkilan                    D terasa

25. Sudin membubuh garam yang disangka gula menyebabkan air kopi yang
dibancuhnya terasa amat ___________.

A lekit                         B masin                       C tawar                         D kelat

4
UJIAN SUMATIF BAHASA MELAYU OGOS 2021

B. Pilih lawan kata bagi kata yang dihitamkan

26. Pak Dinlah yang menggali lubang di belakang pondok itu.

A menimbus                B mengorek                 C meratakan                D menggerudi

27. Setelah sepuluh tahun bekerja di kilang itu, Amir sangat mahir membuat kerja-
kerjanya.

A bijak                          B kekok                       C tegas                           D rajin

C. Pilih kata yang seerti bagi kata yang dihitamkan.

28. Rubiah menjeling apabila diusik oleh kawan-kawannya.

A merenung                B mengenyit                C mengerling              D menatap

29. Sikap hormat-menghormati dapat menjamin kesejahteraan hidup


bermasyarakat.

A keunggulan              B kesenangan              C keselesaan               D keharmonian

D. Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.

30. A. “Hamburi! Mengapakah kamu tidak menghadiri mesyuarat Kelab Komputer


semalam!” tanya Rahim.

B. “Hamburi? Mengapakah kamu tidak menghadiri mesyuarat Kelab Komputer


semalam?” tanya Rahim.

C. “Hamburi, mengapakah kamu tidak menghadiri mesyuarat Kelab Komputer


semalam?” tanya Rahim.

D. “Hamburi, mengapakah kamu tidak menghadiri mesyuarat Kelab Komputer


semalam!” tanya Rahim.

5
UJIAN SUMATIF BAHASA MELAYU OGOS 2021

31. A. Wahai! Rakan-rakan sekalian. Tabahlah menghadapi dugaan ini dan jangan
sekali-kali kamu berputus asa.

B. Wahai, rakan-rakan sekalian! Tabahlah menghadapi dugaan ini dan jangan


sekali-kali kamu berputus asa!

C. Wahai rakan-rakan sekalian. Tabahlah menghadapi dugaan ini dan jangan sekali-
kali kamu berputus asa.

D. Wahai rakan-rakan sekalian! Tabahlah menghadapi dugaan ini dan jangan sekali-
kali kamu berputus asa.

E. Pilih ayat yang paling sesuai sebagai jawapan kepada ayat diberi.

32. Apakah rancangan kamu setelah tamat kursus kemahiran ini nanti?

A. Saya yakin bahawa saya pasti akan berjaya menamatkan kursus ini.

B. Benar kata kamu itu. Saya perlulah mempunyai rancangan selepas tamat kursus
ini.

C. Saya tidak pasti tempoh untuk menamatkan kursus ini.

D. Saya bercadang untuk memulakan perniagaan kecil di kampung saya.

33. Adakah kamu akan menerima tawaran daripada syarikat multimedia itu?

A. Ya, saya ada menerima tawaran daripada syarikat multimedia itu.

B. Saya telah diminta untuk melaporkan diri di syarikat multimedia itu pada minggu
depan.

C. Saya belum lagi membuat sebarang keputusan. Hal ini akan saya pertimbangkan
semasak-masaknya.

D. Tidak. Saya belum lagi memberitahu keluarga saya tentang surat tawaran
tersebut.

6
UJIAN SUMATIF BAHASA MELAYU OGOS 2021

E. Pilih ayat-ayat yang betul.

34. I.      Dari pagi ke petang dia tidak balik ke rumah.

II.     Ceramah tentang kem musim cuti itu disukai oleh murid-murid.

III.    Wak Leman membajak sawah dengan menggunakan traktor.

IV.    Mereka telah sampai petang ini.

A I dan II sahaja          B II dan III sahaja      

C II, III, dan IV sahaja          D I, II, III, dan IV

35. I.  Berbagai projek telah dilaksanakan untuk membangunkan kawasan

tersebut.

II.  Azman merasa amat pilu sekali apabila mendengar cerita sedih itu.

III. Tiang telefon itu tumbang lalu menghempap rumah.

IV.  Kucing peliharaannya sangat jinak.

A I dan II sahaja          B II dan III sahaja      C III dan IV sahaja      D I, II, III, dan IV

36. I.      Semua murid-murid sedang berbaris di padang sekolah.

II.      Jalan ke puncak bukit itu sempit dan bengkang-bengkok.

III.      Sungguh meriah sekali sambutan Hari Guru di sekolah kami.

IV.      Penduduk di kawasan itu dinasihati agar segera berpindah ke tempat yang

lebih selamat.

A I dan II sahaja        B II dan IV sahaja      C I, II, dan IV sahaja       D I, II, II, dan IV

37. I.      Sudah satu setengah jam kami menunggu kedatangan Arjal

II.      Bungkusan itu saya menerima daripada rakan saya, kasim.

III.      “Kejadian tanah runtuh itu berlaku bila?” tanya Salmah kepada Firdaus.

IV.      Hampir separuh daripada kawasan itu ditumbuhi pepohon hijau.

7
UJIAN SUMATIF BAHASA MELAYU OGOS 2021

A I dan III sahaja       B III dan IV sahaja     C I, II, dan IV sahaja        D I, II, III, dan IV

38. I.    Berbagai kegiatan telah dijalankan oleh Kelab Kembara sepanjang tahun
ini.
II.    Ramus mengambil segugus anggur dari dalam kotak itu.
III.    Ibu bapa mestilah memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada
anak-
anak mereka.
IV.   Saya sering mengunjungi restoran itu kerana amat sukakan masakan yang
disediakan di situ.

A I dan II sahaja         B II dan III sahaja      C I, II, dan IV sahaja       D I, II, III, dan IV

G. Pilih kata ganda yang diserongkan dalam ayat-ayat di bawah ini yang
membawa maksud banyak.

39. I.      Di atas meja itu terhidang lauk-pauk yang telah dimasak oleh ibu.

II.      Ayah tidak mahu melalui kawasan itu kerana jalannya lekak-lekuk.

III.      Saya termenung sambil memperhatikan orang ramai yang lalu-lalang di


situ.

IV.      Puan Baneyiah terkejut apabila melihat calar-balar di badan anaknya.

A I dan III sahaja       B I dan IV sahaja       C II, III, dan IV sahaja       D I, II, III, dan
IV

40. I.      Paru-paru merupakan organ yang penting dalam proses pernafasan

manusia.

II.      Sikap tolong-menolong perlulah disemaikan dalam diri setiap anggota

masyarakat kita.

III.      Sudah bertahun-tahun lamanya Ghain menanggung penderitaan itu.

IV.      Sayur-mayur yang ditanam di situ akan dieksport ke Singapura.

A I dan III sahaja       B III dan IV sahaja     C I, II, dan IV sahaja  D I, II, III, dan IV

8
UJIAN SUMATIF BAHASA MELAYU OGOS 2021

Anda mungkin juga menyukai