Anda di halaman 1dari 4

SJK(C) YOKE KUAN

UJIAN KALI KE-1 TAHUN 2022


BAHASA MELAYU PEMAHAMAN TAHUN 5
MASA: 1 JAM 15 MINIT

NAMA: MARKAH:
NO: TARIKH:
KELAS: T/T IBU BAPA:

Bahagian A
[20markah]
Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan ,iaitu A,B,C,dan D.
Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan yang paling sesuai. Hitamkan jawapan
kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

Soalan 1 hingga 16

1. Semasa bercuti di Pulau Pangkor,Dalili dan keluarganya menginap di sebuah


__________ terkemuka.
A restoran B sekolah C hotel D laut

2. Julia memberi kucingnya ___________ makan ikan yang dipanggang.


A Si Putih B Si Jalak C Sang Rangkak D Si Murai

3. Walaupun telah bersara dalam bidang perguruan,namun _______ masih


menyumbangkan baktinya kepada murid di kampungnya.
A mereka B saya C beliau D dia

4. Anugerah Murid Cemerlang itu diterima oleh _________ ?


A mana B siapa C bila D apa

5. Tuk Penghulu sungguh bangga apabila melihat ciptaan kamera litar


tertutup pintar oleh kumpulan belia di balai raya kampung itu.

Pilih simpulan bahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas.

A kecil hati B besar hati C berat hati D busuk hati

1
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Pak Mohan sedang ___________ seberkas ranting kayu getah sebagai bahan bakar
untuk memasak makanan di rumahnya.
A menggalas B memikul C menatang D menjulang

7. Murid-murid diminta __________ di tapak perhimpunan semasa latihan kebakaran


dilakukan.
A berehat B berenang C berkumpul D bergembira

8. Nabila memasukkan keropok ikan itu ke dalam botol kaca lalu menutupnya supaya
tidak _________.
A rangup B lembik C lemau D lembut

9. Adik menutup hidungnya kerana tidak tahan dengan bau longkang yang __________
itu.
A busuk B wangi C hangit D tengik

10. Pasangan suami isteri itu berjalan di pantai sambil ___________ tangan.
A berjabat B bercerita C bergoyang D berpegangan

11. Encik Lee segera ___________ mekanik selepas keretanya tiba-tiba rosak di
tepi jalan.
A hubungan B berhubung C menghubungi D menghubungkan

2
Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12. Chan Ho ___________ terkejut apabila ternampak seekor ular di pintu belakang
rumahnya.
A sekali B benar C betul D amat

13. “Hebat __________ ciptaan kamu ini,” kata ketua hakim.


A sungguh B paling C terlalu D agak

14. Encik Tan __________ disaman atas kesalahan memandu melebihi had laju.
A masih B pernah C hendak D sedang

15. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Encik Hadi mewarnakan potret keluarga bahagia itu dengan cat minyak.
A Siapakah yang mewarnakan potret keluarga Bahagia itu?
B Mengapakah Encik Hadi menggunakan cat minyak untuk mewarnakan potret itu
C Bagaimanakah Encik Hadi mewarnakan potret keluarga bahagia itu?
D Apakah bahan yang digunakan oleh Encik Hadi untuk mewarnakan potret?

16. Pilih ayat yang betul.


A Bunga raya adalah bunga kebangsaan negara kita.
B Program kelas tuisyen percuma adalah untuk murid-murid yang kurang
berkemampuan.
C Encik Tee adalah guru besar di sekolah itu.
D Kerja-kerja mencuci rumah itu ialah cepat sekali walaupun dilakukan oleh tiga
orang sahaja.

3
Soolan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada setiap hari Ahad, Kevin akan membantu ayahnya mencuci kereta di halaman
rumah. Mereka tolong-menolong bagai aur dengan tebing.

Mula-mula, mereka membersihkan bahagian luar kereta itu dengan menggunakan


air dan sabun pencuci kereta. Kevin menggosok bahagian luar kereta itu dengan
menggunakan span yang lembut. Selepas itu, dia menyemburkan air untuk
menghilangkan segala kekotoran.

Setelah kerja mencuci bahagian luar kereta itu selesai, mereka membersihkan
bahagian dalam kereta pula. Kevin menggunakan alat penyedut hampagas untuk
menyedut habuk dan kekotoran. Mereka melakukan kerja itu dengan tekunnya hingga
selesai.

Walaupun agak penat, Kevin berasa gembira. Aktiviti itu bukan sahaja dapat
mengeratkan hubungan keluarga, tetapi juga menyihatkan dan menjadikan badannya
cergas dan mengeluarkan peluh.

17. Kevin menggosok bahagian luar kereta itu


A selepas menyemburkan air.
B selepas membersihkan bahagian dalam kereta.
C sebelum menggunakan alat penyedut hampagas.
D sebelum menggunakan air dan sabun pencuci kereta.

18. Sikap yang ditunjukkan oleh Kelvin dan ayahnya ialah


A peka B prihatin
C penyayang D bekerjasama

19. Mengapakah aktiviti tersebut dapat menyihatkan badan?


A Aktiviti itu dilakukan di luar rumah.
B Aktiviti itu dilakukan pada hari Ahad.
C Aktiviti itu dapat mengeluarkan peluh.
D Aktiviti itu menggunakan air dan sabun.

20. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Kevin melakukan aktiviti mencuci kereta ayahnya pada hari Sabtu.
B Kerja yang mula-mula dilakukan oleh Kevin ialah menyedut habuk.
C Kevin menggunakan air dan sabun untuk membersihkan bahagian dalam kereta.
D Kevin dan ayahnya mencuci kereta itu hingga selesai.

Anda mungkin juga menyukai