Anda di halaman 1dari 5

SJK(C) YOKE KUAN

UJIAN BULANAN OGOS 2017


BAHASA MELAYU PEMAHAMAN TAHUN 5
MASA: 1 JAM 15 MINIT

NAMA: MARKAH:
NO: TARIKH:
KELAS: 5 ( ) T/T IBU BAPA:
Bahagian A
[20 markah]
Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

1. Majlis hadiah itu telah berlangsung dengan meriah sekali.

A. sampai C. menyampaikan
B. penyampaian D. disampaikan

2. majlis anugerah kecemerlangan sukan begitu tersusun dan


menarik.

A. Kertas kerja C. Atur cara


B. Urus setia D. Reka cipta

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Mereka bendera Jalur Gemilang dengan megah sekali.

A. mengibarkan C. dikibarkan
B. berkibar D. berkibaran

4. Borang penyertaan pertandingan melukis perlu dihantar dengan kepada


guru kelas.
A. lewat C. segera
1
B. lama D. silam
5. Cikgu Wong : Hazman, bawakan buku-buku ini ke kereta cikgu.
Hazman : Baiklah,cikgu.

A. usah C. tolong
B. jemput D. sila

6. “ berjanji akan melaksanakan tugas itu dengan sempurna ,”


kata panglima itu kepada Sultan Iskandar.

A. Patik C. Tuanku
B. Beta D. Baginda

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7. Encik Hafiz menghadiahkan seutas kepada anaknya kerana berjaya


mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

A. jam dinding C. jam loceng


B. jam tangan D. jam randik

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8. Budak itu lemas kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat .

A. laju C. kencang
B. pantas D. deras

2
9. Pilih ayat yang betul.
A. Jiran baharu saya berasal daripada Melaka.
B. Buku itu ada di kakak Amir.
C. Bungkusan itu diterima dari kakaknya yang berada di Pulau Pinang.
D. Pertandingan syarahan itu akan bermula pada pukul 8.00 pagi.

10.Emak membeli dua baju baharu untuk nenek.

A. buah C. batang
B. helai D. keping

11. Pisau yang tajam itu diasah oleh datuk.


Pilih perkataan antonim bagi tajam.

A. tebal C. tumpul
B. halus D. lembut

12. murid mesti mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

A. Semua C. Pertama
B. Beberapa D. Separuh

13. Beberapa orang yang ayu sedang menggayakan


baju kurung rekaan Encik Mohan.

A. usahawan C. peragawati
B. wartawan D. olahragawati

14. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberi.
Kesihatan nenek saya sudah stabil .
A. Di manakah nenek kamu sekarang ?
B. Bagaimanakah keadaan nenek kamu sekarang ?
C. Mengapakah nenek kamu dihantar ke hospital?
D. Apakah yang menyebabkan nenek kamu tidak sedarkan diri ?

3
15. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberi.
Di manakah pertandingan bercerita Bahasa Melayu diadakan ?
A. Athirah telah memenangi johan dalam pertandingan bercerita Bahasa Melayu.
B. Pertandingan bercerita Bahasa Melayu diadakan selama seminggu.
C. Pertandingan bercerita Bahasa Melayu berjalan dengan lancar.
D. Pertandingan bercerita Bahasa Melayu diadakan di auditorium.

16. Hazman sentiasa apabila Cikgu Tan mengajar di dalam kelas.

A. telinga nipis C. halwa telinga


B. pasang telinga D. telinga lintah

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah ini,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sekinchan,5 Ogos,-Kira-kira 80 orang daripada 20 keluarga telah kehilangan


tempat tinggal dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah kampung awal pagi
tadi.Kebakaran itu berpunca daripada litar pintas yang berlaku di salah sebuah
rumah.
Pihak bomba yang menerima panggilan kira-kira jam 4.00 pagi telah sampai
ke tempat kejadian. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan memaklumkan
bahawa tiga orang anggota bomba telah mengalami kecederaan ringan semasa cuba
memadamkan kebakaran.Perkara itu terjadi apabila terkena serpihan kaca akibat
letupan beberapa buah tong gas.
Pihak bomba dengan bantuan Jabatan Pertahanan Awam telah mengambil
masa kira-kira satu jam untuk mengawal kebakaran tersebut. Angin yang bertiup
kencang telah menyukarkan mereka untuk memadamkan kebakaran.Kebanyakan
rumah yang diperbuat daripada kayu telah hangus terbakar. Walaupun begitu ,
tiada kehilangan nyawa dilaporkan.
Kesemua mangsa telah ditempatkan di dewan sekolah yang berdekatan.
Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah menghulurkan bantuan wang
ringgit dan barangan keperluan harian untuk meringankan beban mangsa.

4
17. Bagaimanakah kebakaran itu boleh berlaku ?
A. Tong gas meletup C. Pembakaran terbuka
B. Akibat litar pintas D. Kanak-kanak bermain mercun

18. Bilakah pihak bomba berjaya memadamkan kebakaran itu ?


A. Kira-kira jam 4.30 pagi C. Pada jam 5.00 petang
B. Kira-kira jam 5.00 pagi D. Pada jam 8.00 malam

19. Kebakaran tersebut sukar dikawal kerana………


A. terdapat anggota bomba yang tercedera.
B. rumah kampung diperbuat daripada papan.
C. telah berlaku beberapa letupan kecil.
D. angin bertiup dengan kencang.

20. Pilih pernyataan yang betul tentang petikan.


A. Sebanyak 80 buah rumah telah hangus terbakar.
B. 15 orang penduduk telah kehilangan nyawa dalam kebakaran tersebut.
C. Orang awam membantu bomba memadamkan kebakaran.
D. Letupan daripada tong gas telah mencederakan anggota bomba.

Disediakan oleh: En. Lao Hock Guan Disemak oleh : Pn.Tan Shou Yean

Anda mungkin juga menyukai