Anda di halaman 1dari 15

EDUCATION AND SOCIAL SCIENCES

HBEF 1403

SENI DALAM PENDIDIKAN

NAMA : KOH SIEW FONG

NO. KAD PENGENALAN : 871215-06-5498

NO. MATRIK : 871215065498001

SEMESTER : JANUARI 2017

PUSAT PEMBELAJARAN : TEMERLOH

ALAMAT EMAIL : vivianksf87@gmail.com

NO. TELEFON : 016-7318540

1
Bil Perkara Halaman

01. Pengenalan
1.1 Latar Belakang
1.2 Matlamat
1.3 Objektif
1.4 Cadangan Masa Perlaksanaan
1.5 Tempat 3-5
1.6 Tema
1.7 Modul / Topik
1.8 Kumpulan Sasaran
1.9 Aktiviti
1.10 Senario Pembelajaran Dubia Seni Visual Pada Masa Kini

02. Pengalaman
2.1 Aktiviti 1 : Lukisan ( Minggu Pertama )
2.2 Aktiviti 2 : Catan ( Minggu Kedua ) 6-8
2.3 Aktiviti 3 : Mobail ( Minggu Ketiga )
2.4 Aktiviti 4 : Boneka ( Minggu Keempat )

03. Ekspresi
3.1 Aktiviti 1 : Lukisan
3.2 Aktiviti 2 : Catan 9 - 11
3.3 Aktiviti 3 : Mobail
3.4 Aktiviti 4 : Boneka

04. Maklumat Sokongan ( Sorotan Kajian ) 12 - 13

05. Kesimpulan 14

06. Rujukan 15

2
1.0 Pengenalan

“ Seni membawa maksud kecil sekali, halus, molek ataupun elok, kecekapan atau kepandaian
membuat sesuatu yang cantik dan indah. ” dengan memenuhi keperluan naluri estetik dan fizikal
manusia yang dipengaruhi keperluan-keperluan naluri keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan
keadaan tertentu. Menurut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia : “Art the creation or expression of what is
beautiful, especially in visual form: great or ability in such expression.

Seni berperanan yang bersifat psikologi dan sosiologi dan mempunyai hubungan dengan
Pendidikan Kesenian, Seni Tarian dan lain-lain. Manusia melahirkan sesebuah karya seni melaui
perasaan, pengalaman dan ransangan secara semula jadi.

Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) seni adalah penghasilan rupa bentuk yang
meni,bulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik (Art is Expression). Kesenangan estetik di
sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap
keindahan kesenian. Kepuasan , kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam
kesenangan ini.

PendidikanKesenian di dalamSistemPendidikan Formal membawamaksud program pendidikan


yang bersistem, terancang dan boleh diukur prestasinya bagi memenuhi keperluan individu dan
aspirasi negara. Ia merangkumi idea-idea yang dicetuskan melalui lukisan, ukiran dan pelbagai
kemahiran tangan yang lain yang diadunkan daripada pengalaman murid dan apa yang telah dipelajari.

Feldman ( 1996 ) pula memberikan definisi Pendidikan Kesenian sebagai usaha yang
melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui
tentang dunia dan diri kita sendiri melalui seni. Manakala kesenian yang dimaksudkan di sini ialah
meliputi apa jua cabang seni visual seperti catan, arca, senibina, reka bentuk industri, garafik
komputer, serta apa jua yang berkaitan dengan seni, baik yang berupa seni tampak tradisional
mahupun seni moden.

Secara kesimpulannya, Pendidikan Kesenian merupakan suatu sistem pengajaran dan


pembelajaran seni tampak yang terancang dan mempunyai hala tuju serta matlamat yang jelas.
Pendidikan Kesenian ialah suatu sistem pengajaran dan pembelajaran yang bermatlamat melahirkan
individu yang celik seni bagi diri dan masyarakatnya.

Tugasan HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan ini meminta menyediakan cadangan dan
perancangan bagi aktiviti seni lukis dan seni reka untuk menjelaskan aktiviti kreatif seseorang kanak-
kanak sekolah rendah dalam lingkungan Tahun 1-3. Program bagi aktiviti yang dirancang perlu
dilaksanakan berdasarkan kepada aspek-aspek menggunakan pelbagai kemahiran, menerapkan nilai
tambah serta menentukan jangka masa masa program yang dirancang.

3
1.1 Latar Belakang

Sekolah Jenis Kebangsaan merupakan sebuah sekolah SKM yang terletak di luar bandar
Daerah Raub dengan jumlah murid di sekolah ini seramai 93 orang murid sahaja. Terdapat tiga orang
guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Kesenian . Saya telah diamanahkan mengajar
Pendidikan Kesenian Tahun Tiga. Tahun Tiga tahun ini terdapat seramai 12 orang murid. Manakala
bilangan murid Cina hanya 4 orang sahaja dan yang tinggal 8 orang murid lagi pula berkaum asli. Di
dalam kelas Tahun 3 terdapat murid yang masih bermasalah dalam mencampur warna untuk
menghasilkan lukisan yang berkualiti. Justeru, saya berpendapat bahawa masalah ini perlu diatasi
dengan segera kerana pengalaman menguasai kemahiran seni adalah penting kepada murid-murid
dalam peringkat perkembangan bagi meransang mental dan perkembangan kreatif kanak-kanak secara
menyeluruh.

Matlamat kertas cadangan adalah seperti menggunakan pelbagai kemahiran, media campuran
dan teknik ( contohnya, asemblaj, kolaj dan lain-lain) sebagai elemen ekspresi dalam sesebuah hasil
seni, menerapkan nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain serta
menentukan jangka masa program dirancang, sekurang-kurang 4 minggu pembelajaran dosertai
dengan objektif pembelajaran yang jelas.

Objektif program kesenian ini adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk
menghasilkan karya mereka mengikut kreativiti mereka sendiri, memupuk semangat keberanian untuk
mencuba sesuatu yang baru dan juga melatih murid berdisiplin, bekerjasama dan yakin kepada diri
sendiri.

1.2 Matlamat

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik
dalam penghasilan karya. Menerapakn nilai tambah dalam dasiplin sains, teknologi dan mata
pelajaran lain.

1.3 Objektif

Memberi peluang kepada murid-murid untuk berkarya dan berimaginasi mengikut kreativiti
mereka sendiri serta memupuk keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru.

1.4 Cadangan Masa Perlaksanaan

2 Oktober hingga 30 Oktober 2017 (Empat minggu)

1.5 Tempat

Tahun 3 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sang Lee, Raub Pahang.

1.6 Tema

“Halloween”

4
1.7 Modul/Topik

Asemblaj

1.8 Kumpulan Sasaran

Semua murid Tahun 3

1.9 Aktiviti

i. Lukisan
ii. Catan
iii. Mobial
iv. Boneka

1.10 Senario Pembelajaran Terkini

Pada zaman KBSR, dalam pengajaran Pendidikan Seni secara tradisinya hanya lukis dan
mewarna secara bebas sahaja. Murid tidak didedahkan kepada teknik dan penggunaan warna dengan
betul. Perkara ini berlaku kerana ramai kalangan guru Pendidikan Seni tidak mendapat latihan secara
formal dalam mata pelajaran tersebut. Pada abab PA21 terkini , Pendidikan Kesenian telah menjadi
salah satu mata pelajaran yang telah dimartabatkan dan berfokus pada bidang berinfomasi,
pengkomputeran , berotomasi dan juga berkomunikasi.

Maka guru Abab PA21 hendaklah memenuhi ciri-ciri seperti berikut menguasai subjek iaitu
kandungan kurikulum, mahir dan berketrampilan dalam pedagogi, memahami perkembangan murid
dan menyayangi mereka,memahami psikologi pembelajaran, memiliki kemahiran kaunseling serta
mahii menggunakan teknologi terkini.

Dengan ini, pengajaran dan pembelajaran yang dilancarkan baru boleh dijalankan dengan lancar
dan tepat demi mencapai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia- Gelombang 2 (2016-2020) iaitu
mempercepatkan peningkatan kemajuan sistem.

5
2.0 Pengalaman
Pengalaman yang sedia ada pada murid ialah melukis dan mewarna sahaja. Murid-murid hanya
mewarna mengikut warna asas serta warna sekunder sahaja. Murid-murid belum lagi menguasai teknik
campuran warna dan tidak tahu juga untuk membezakan apakah itu warna sejuk ataupun warna panas?
Maka dalam kertas cadangan ini pengalaman yang akan dilalui oleh murid-murid termasuk
kemahiran berfikir bagi perkembangan idea dan kemahiran berdasarkan topik yang dipilih iaitu
lukisan, catan, kolaj dan juga boneka dan akhirnya akan menghasilkan sebuah karya asemblaj yang
bertema “Helloween”.
Kegiatan membuat asemblaj ini melibatkan pelbagai jenis teknik, alat dan bahan serta penilaian.
Antara aktiviti yang dirancang ialah:

2.1 Aktiviti 1: Lukisan (Minggu Pertama)

Seni lukis adalah salah satu cabang dari seni rupa. Dengan dasar pengertian yang sama , seni lukis
adalah sebuah pemgembangan yang lebih utuh dari menggambar.

Manakala melukis adalah aktiviti mengolah medium 2 dimensi atau permukaan objek 3 dimensi
untuk mendapat kesan tertentu. Medium lukisan biasa berbentuk sesuka hati seperti kertas, papan,
kanvas dan filim di dalam fotografi biasa dianggap sebagai media lukisan. Alat yang digunakan juga
bermacam-macam dengan syarat memberikan imaji tertentu kepada media yang digunakan.

Aktiviti yang akan dilaksanakan minggu ini bertemakan alam semula jadi iaitu bertajuk Buah
Labu. Aktiviti ini berkaitan dengan pengalaman dengan kehidupan diri murid dengan kerana dengan
menggunakan bahan maujud iaitu gambar buah labu yang selalu dilihat dan dimakan oleh murid-
murid. Ini akan memudahkan guru untuk membuat interaksi dan aktiviti seni dalam pendidikan dapat
dijalankan dengan lebih berkesan.

Penggunaan pelbagai jenis alat boleh memberikan imej tertentu kepada media yang digunakan.
Murid akan diberi peluang mengetahui dan memahami bahasa kesenian, media,serta proses dan teknik
yang digunakan untuk menghasilkan karya masing-masing.

Di samping itu juga mereka dapat mengenal dan menyatakan jenis-jenis media, bahan-bahan yang
digunakan seperti kertas lukisan dan pensel warna atau poster color serta mengetahui penggunaan
media, proses dan teknik dalam menghasilkan karya nanti.Guru akan menunjukkan cara melakar
gambar buah labu dan akan memberikan penekanan pada ruang dan imbangan dan cara mewarna
lakaran dengan mefokus pada penggunaan ton warna untukmenimbulkan bentuk.

Berdasarkan kepada skema dalam perkembangan seni murid-murid, guru dapat melihat
perkembangan kemahiran dan kebolehan murid-murid. Yang kami tahui setiap murid mempunyai
kebolehan yang berbeza, maka pembelajaran murid-murid adalah mengikut tahapnya sendiri. Oleh itu,
aktiviti yang dirancang juga memberi pengalaman kepada murid-murid mengenali aspek pengetahuan

6
kesenian dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Melalui
aktiviti melukis ini juga akan menjadikan murid boleh mengaplikasikan kemahiran seni yang dipelajari
dalam kehidupan harian yang sebenar.

2.2 Aktiviti 2: Catan (Minggu Kedua)

Catan merupakan hasil seni warna pada permukaan yang rata. Catan biasanya dihasilkan dalam
bentuk 2 dimensi sahaja. Bahan warna yang biasa digunakan untuk menghasilkannya ialah cat air, cat
minyak, poster colour atau akrilik. Selain dari pewarna dan berus, peralatan dan bahan-bahan lain yang
menghasilkan catan bahan lain juga dibenarkan jika ia boleh memberi kesan yang menarik dan
menyeronokkan adalah digalakkan. Catan selalunya berfungsi menceritakan sesuatu peristiwa atau
memberitahu sesuatu maksud. Catan juga membolehkan seseorang artis meluahkan perasaan dan
merakamkan gambaran pemikiran melalui imej visual yang diterjemahkan dalam bentuk nyata atau
abstrak.

Aktiviti ini dapat mengembangkan daya imaginasi murid-murid dan penajaman daya intuisi mereka.
Aktiviti yang akan dilaksanakan bertemakan alam senula jadi iaitu bertajuk “Pokok Yang Menakutkan”.Murid-
murid lazimnya melukis apa yang mereka lihat dan mereka juga melukis perkara yang menarik perhatian
mereka. Penggunaan berus lukisan dan palet, kertas lukisan dan cat air atau cat poster ataucat tempera akan
menarik minat murid. Murid yang berpengalaman mengetahui definisi catan,mengenal, memahami dan
menyatakan bahasa seni visual yang ada pada catan, media,serta proses dan teknik sama ada basah atau kering
semasa menghasilkan catan. Murid-murid juga diberi peluang mengenali bentuk, warna sama ada sekunder atau
tertier atau gabungan kedua-dua warna, ruang, prinsip rekaan, imbangan sama ada simetri atau tidak simetri atau
gabungan imbangan serta kepelbagaian warna.

2.3 Aktiviti 3: Mobail (Minggu Ketiga)

Mobail merupakan sejenis arca di mana pengarca mencari satu konsep baru untuk mengapungkan atau
menggunakan ruang atas udara sebagai kaedah menampilkan dalam peragaan arca yang diterima sebagai
karya seni.

Konsep mobail dikaitkan dengan objek apungan di udara tetapi mempunyai konsep simetri yang
menarik. Mobail dipelopori oleh Alexander Calder (1898-1976) iaitu seorang pengarca dan jurutera
Amerika Syarikat. Simetri mobail boleh bersifat tulen atau tidak tulen.

Aktiviti melukis atau mengambar dengan menggunakan teknik mobail dapat memberi pengalaman
kepada murid-murid dalam bentuk dan konkrit serta mengetahui ruang dan nyata. Murid-murid boleh
mereka memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif disukai. Murid-murid akan menggunakan
bahasa seni visual dalam penghasilan karya serta mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai
dalam penghasilan karya. Murid-murid akan menggunakan pemikiran kreatif mereka untuk
menghasilkan mabail yang menarik dan menepati tajuk atau tema yang diberi.

7
Aktiviti yang akan dilaksanakan bertemakan Alam Semula Jadi juga iaitu bertajuk Kelawar.
Melalui aktiviti ini, murid-murid akan mengenal dan menyatakan jenis-jenis media yang digunakan
seperti gunting, gam, tali, benang, kad manila, kertas warna, dawai kasar, straw board dan bahan lain
yang sesuai. Murid juga akan berpengalaman mengetahui penggunann media serta proses teknik dalam
penghasilan karya.

2.4 Aktiviti 4: Boneka (Minggu Keempat)

Boneka (dari bahasa Portugis boneca) adalah sejenis mainan yang dapat berbentuk macam-
macam, terutamanya manusia atau haiwan, serta tokoh-tokoh fiksi. Boneka biasa dikatakan salah satu
mainan yang paling tua, kerana pada zaman Yunani, Romawi ataupun Mesir kuno saja boneka sudah
ada. Namun fungsi, bentuk , mahupun bahan pembuatnya ternyata berbeda sekali antara dulu dan
sekarang.

Melalui aktiviti ini, murid-murid secara tidak langsung terlibat bentuk serta konkrit dan juga
jalinan iaitu sentuh dan tampak. Aktiviti yang akan dilaksanakan bertemakan Objek Buatan Manusia
iaitu bertajuk Hantu. Melalui aktiviti ini, murid-murid dapat memilih dan memanipulasi bahan secara
kreatif disukai. Murid-murid akan menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya serta
mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya. Murid-murid akan
menggunakan pemikiran kreatif mereka untuk menghasilkan boneka yang menarik dan menepati tajuk
atau tema yang diberi.

Melalui aktiviti ini, murid-murid akan mengenal dan menyatakan jenis-jenis media yang
digunakan seperti gunting, span, gam, bahan kutipan dan bahan lain yang sesuai. Murid juga akan
berpengalaman mengetahui penggunann media serta proses teknik dalam penghasilan karya.

Aktiviti ini guru boleh membimbing murid-murid membuat persembahan boneka yang dihasilkan
serta murid-murid boleh menghargai dan menceritakan nkarya sendiri dan rakan secara lisan.
kemahiran seperti lisan dapat membantu murid-murid meluahkan perasaan berlandaskan pengetahuan
dan pengalaman verbal dan bukan verbal samada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan
muzik berasaskan tema yang diberi. Ini menjadikan murid-murid lebih berkeyakinan dan pembelajaran
lebih menyeronokkan.

8
3.0 Ekspresi
Dalam seni, kita selalu mendengar istilah ekspresi seni. Pertanyaannya adalah, apakah ekspresi
dalam seni itu? Seni mahupun ekspresi, keduanya selalu berkaitan dengan perasaan. Perasaan yang
menimbulkan ekspresi dan perasaan juga yang mempengaruh inilai seni. Tidak semua bentuk ekspresi
dapat disebut sebagai ekspresi dalam seni. Ekspresi dalam seni atau ekspresi seni merupakan sebuah
genera baru dalam ekspresi. Disebut baru karana ekspresi dalam seni merupakan sebuah wujud
ekspresi yang ditempatkan dalam koridor seni dan terdapat proses yang berhierarki untuk
mencapainya.
Kesimpulannya, ekspresi dalam seni adalah ekspresi yang terdapat dalam suatu karya seni dan
mengandung nilai perasaan tertentu yang universal, yang orang lain dapat ikut menangkap serta
merasakan nilai-nilai ekspresi perasaan dari karya seni tersebut.
Standard Kandungan KSSR Dunia Seni Visual mengandungi ekspresi kreatif di mana murid dapat
mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman kemahiran bahasa seni visual, media, serta proses dan
teknik dalam penghasilan karya dengan memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif, menggunakan
bahasa seni visual iaitu dalam penghasilan karya dan mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai
dalam penghasilan karya mereka. (Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual KSSR). Ekspresi visual
seseorang murid terhadap sesuatu objek yang dilukis merupakan manifestasi rasa dalaman yang
dianggap sebagai pernyataan perasaan. Aktiviti -aktiviti yang dilaksanakan akan dapat
memperkembangkan daya kreativiti serta membuat ekspresi visual (pernyataan hasrat diri atau
ekspresi diri) murid-murid.

3.1 Aktiviti 1: Lukisan

Warna, tidak asing bagi kita mendengar dan melihatnya . Warna juga wujud dalam kehidupan
harian kita kerana apa yang berada di sekeliling kita mempunyai warna. Warna adalah sesuatu yang
berhubung dengan emosi manusia dan dapat menimbulkan pengaruh psikologi. Sebagai contoh kita
akan berasa selesa dengan wujudnya warna. Kita dapat merasa sesuatu seperti ketenangan, bebas dan
bukan berasa panas dan hangat.

Melalui aktiviti lukisan ini, kreatif dan estetika murid-murid dapat menyampaikan kegembiraan,
kesedihan dan kekecewaan dalam kata yang lebih mudah di mana aktiviti estetika dan kreatif
membantu kanak -kanak untuk menyampaikan emosi dan perasaan mereka. Mereka juga dapat
mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasaseni visual, media, serta proses dan teknik dalam
penghasilan karya mereka dengan memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif, menggunakan
bahasa seni visual dalam penghasilan karya dan seterusnya mengaplikasikan proses dan teknik yang
sesuai dalam penghasilan karya.

Bahan yang digunakan dalam aktiviti ini ialah kertas lukisan dan pensel warna. Murid dapat
melakar dan mewarna lukisan dengan bimbingan guru serta menghasilkan lukisan mengikut kreativiti.

9
Ekspresi akan lahir dari kesan bentuk mengikut ilusi murid, garisan seperti tebal dan nipis, warna
sama ada primer dan sekunder. Warna dapat membuat perasaan menjadi ceria, meningkatkan
semangat, meningkatkan konsentrasi, dan sebagainya kerana dalam warna terdapat warna yang boleh
mewujudkan suasana yang harmoni, kontra, sejuk, panas dan sebagainya.

3.2 Aktiviti 2: Catan

Catan melibatkan unsur seni bentuk dan ilusi. Manakala warna yang terlibat adalah warna
sekunder atau tertier ataupun gabungan kedua-dua warna. Prinsip rekaan yang terlibat ialah imbangan
simetri atau tidak simetri ataupun gabungan keuda-dua imbangan. Dengan cara ini, murid bebas
meneroka, meluahkan perasaan dan kreativiti. Murid yang menghasilkan catan juga akan dikuasai oleh
ekspresi perasaan diri mereka sendiri di mana mereka dapat menzahirkan luahan perasaan melalui
karya mereka.

Murid mampu mengolah serta meluahkan perasaan mereka melalui contengan serta penggunaan
warna yang tebal dan nipis, serta garisan-garisan yang dihasilkan mengikut kehendak diri mereka
sendiri. Murid dapat memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif dalam menghasilkan catan.
Murid harus diperkenalkan dengan media yang akan digunakan dan didedahkan dengan tunjuk cara
melakar gambar rama-ramadengan memberikan penekanan pada ruang dan imbangan serta teknik
mewarna lakarandengan menekankan penggunaan ton warnauntuk menimbulkan bentuk.

Dalam aktiviti ini , murid-murid melukis gambar bertema alam semula jadi “Pokok Yang
Menakutkan” pada kertas lulisan dan mewarna dengan menggunakkan poster color.

3.3 Aktiviti 3: Mobail

Unsur seni yang terlibat dalam teknik mobail adalah bentuk dan kopnkrit serta ruang dan nyata.
Manakala prinsip rekaan ialah imbangan simetri mahupun imbangan tidak simetri atau gabungan
kedua-duanya. Menerusi teknik mobail, murid dapat menggunakan gunting, gam tali, benang kad
manila, kertas warna, dawai kasar, straw board dan bahan yang lain yang sesuai untuk mereka oibjek
yang dalam imaginasi murid-murid. Penggunaan bahan seperti di atas kretiviti dan keseronokkan
Pendididkan Kesenian dapat ditingkatkan.

Proses memindahkan idea tersebut, dari kotak fikiran ke bentuk visual, di atas kertas merupakan
satu proses artistik yang penuh kreativiti. Proses ini menggabungkan beberapa jenis deria rangsangan
dan dapat merangsang minda murid-murid agar lebih kreatif dan berkesan.

Murid-murid menggunakaan kertas lukisan ataupun kertas warna untuk mewujudkan objek yang
diperlukan oleh mereka iaitu seperti hantu labu, hantu, kelawar dan lain-lain. Lepas siapkan objek
tersebut, murid-murid menggunakan benang untuk menggantungkannya pada tempat yang
bersesuaian.

10
3.4 Aktiviti 4: Boneka

Dalam aktiviti asemblaj menggunakan teknik boneka , murid-murid dapat menggunakan pelbagai
alat dan bahan untuk menghasilkan objek maiujuk mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. Ini jelas
dapat membantu perkembangan murid-murid dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi
keperluan fisiologi dan psikologi murid-murid. Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi,
kreativiti dan ekspresi diri. Media seperti gunting, gam, bahan kutipan serta bahan yang bersesuaian
untuk menghasilkan lukisan dengan menggunakan teknik boneka.

Dalam aktiviti ini, murid-murid menggunakkan gula-gula lolipop, tisu dan juga reben untuk
menghasilkan objek alam semula jadi yang bertema “Hantu”.

11
4.0 Maklumat Sokongan (Sorotan Kajian)
Berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan, jelas menunjukkan bahawa perkembangan artistik kanak-kanak
banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan. Di mana persekitaran yang sihat dapat
membantu perkembangan kognitif kanak-kanak dengan cara yang positif.
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi
proses tumbesaran mereka. Menurut Koster (2001), hasil kerja seni berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan
refleksi pemikiran kanak-kanak yang akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga dia membesar. Menurut
Victor Lowenfeld, aktiviti seni dapat disesuaikan mengikut perkembangan kreatif dan mental dan seterusnya
perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan melalui cara-cara yang sesuai
kepada tahap perkembangan dan pertumbuhan yang sihat dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, intelek dan estetik.
Dengan ini perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan berlaku dengan sihatnya tanpa disedari.Dari faktor
inilah, pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak penting bagi guru seni sebelum kanak-
kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur, tahap kanak-kanak serta
kemampuan mereka perlu difahami supaya guru-guru pendidikan seni visual berupaya merancangkan aktiviti yang
sesuai tahap pada murid-murid.
Contohnya bidang asemblaj , aktiviti lukisan, tajuk ‘Buah Labu’, guru boleh memperkenalkan
bahan maujud yang merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang
sebagai sumber. Aktiviti ini akan menarik minat murid kerana mereka akan belajar melalui
pengalaman di dalam dunia sebenar seperti contoh di bawah:
Aktiviti 1: Lukisan

Aktiviti 2: Catan

12
Aktiviti 3: Mobail

Aktiviti 4: Boneka

Kesimpulan

13
Seni secara umumnya agak luas seperti seni tari, seni muzik, seni lakonan dan sebagainya.
Kesenian ini sebenarnya ada kategorinya yang tersendiri. Ia bukan setakat dilihat tetapi perlu difahami
maknanya atau setidak-tidaknya teknik membuatnya, siapa yang membuat, mengapa ia dibuat, apa
fungsinya, apa rujukannya, apa ideanya dan sebagainya.

Maka ini menjurus kepada apresiasi. Proses aspresiasi ini pula melibatkan penggunaan laras
bahasa tampak tertentu seperti unsur-unsur seni iaitu garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan juga
warna. Juga melibatkan prinsip rekaan yang terdirindaripada harmoni, kepelbagaian, kontra ,
imbangan, dan sebagainya.

Selain diberi pengalaman membuat apresiasi Pendidikan Kesenian secara mudah, murid juga
dipupuk nilai penyayang dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan
nmereka. Ini termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kbersihan dan
kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya apabila berdepan
dengan semua keadaan.

Pendidikan Kesenian adalah satu bidang yang sangat penting yang dianggap remeh oleh
sebahagian masyarakat. Masyarakat melihat seni sebagai bidang tempelan dalam pembentukan diri
manusia. Ini dapat diperhatikan pada sebilangan masyarakat yang hanya mementingkan pendidikan
akedemik kanak-kanak yang dalam peperiksaan sahaja. Pandangan ini adalah anat salah sekali kerana
pada dasarnya seni terutamanya pendidikan kesenian amat luas penggunaaannya bagi kehidupan kita
semua. Sebahagian besar aspek kehidupan terbabit dalam bidang kesenian. Bermula dari
pembentukkan lambang kanbak-kanaki, pra tulisan, pembinaan tulisan cantik, melukis peta dan juga
gambar-gambar dalam semua mata pelajaran sehingga membawa keseluruhan kehidupan, manusia
memerlukan kemahiran yang ada dalam seni. Sesuatu harus dilakukan untuk memartabatkan seni lebih
jauh lagi di mata masyarakat sekarang.

(3175 patah perkataan)

14
1. En.Empatsegi, (2009), Maksud Seni. Dicapai dari http://en-
empatsegi.blogspot.my/2009/03/maksud-seni.html

2. ColourExist, (2010), Pengenalan Seni, Definisi Seni, Definisi Pendidikan & Definisi Pendidikan
Seni. Dicapai dari http://colourexist.blogspot.my/2010/01/pengenalan-seni-definisi-seni-
definisi.html

3. Rifqi M Rasyad, (2012), Pengertian Melukis. Dicapai dari


http://rifqirasyad.blogspot.my/2012/01/pengertian-melukis.html

4. Cikgu Sharifah, (2013), Apa Itu Catan. Dicapai dari


http://cikgusharifahofficial.blogspot.my/2013/04/apa-itu-catan.html
5. Pang Ling Ling, (2011), Mobil. Dicapai dari
http://lingd046714.blogspot.my/2011/12/mobail_07.html
6. Kanmani Munusamy, (2013), Apa Itu Boneka. Dicapai dari
http://jombelajarsenivisual.blogspot.my/2013/04/apa-itu-boneka.html
7. Samawa, (2011), Ekspresi Dalam Seni. Dicapai dari
https://www.salingsapa.com/blog/read/uncategorize/12080/ekspresi-dalam-seni.html
8. Irwan Oi-Gus lb, (2012), Pengertian Warna. Dicapai dari
https://www.scribd.com/doc/97256857/Pengertian-warna
9. Norazlinda Adam, (2012), Kajian Perkembagaan Seni Kanak-kanak Mengikut Victor Lowenfeld.
Dicapai dari https://www.scribd.com/doc/88571823/Kajian-Perkembangan-Seni-Kanak-Kanak-
mengikut-Teori-Victor-Lowenfeld

15

Anda mungkin juga menyukai