Anda di halaman 1dari 5

TAHUN 4 1 Bahasa Melayu Pemahaman (011)

KERTAS MODEL UPSR : SET SATU


PEMAHAMAN [011/1] Satu jam lima belas minit
1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3. Bagi Bahagian A, setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi
setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.
4. Bagi Bahagian B, jawab semua soalan dalam ruang jawapan yang disediakan.

BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 8
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1 Mak Cik Normah menumbuk beberapa ________ bawang putih menggunakan lesung batu.
A ulas
B butir
C papan
D gugus

2 “Saya akan kembalikan ________ kepada saudara sekiranya kereta yang saudara sewa tidak
mengalami kerosakan,” kata pengusaha kereta sewa itu.
A wang kopi
B wang upah
C wang belanja
D wang cagaran

3 Puan Rathna ________ gulai kari ayam kampung di dalam periuk itu dengan senduk kayu.
A menumis
B menggaul
C mengacau
D mengukus

4 Ahmad Husaini memasukkan ________ biji ketupat daun palas ke dalam periuk besar itu.
TAHUN 4 2 Bahasa Melayu Pemahaman (011)

A seluruh
B separuh
C beberapa
D sebahagian

5 Para penumpang berasa ________ kerana feri yang mereka naiki dipukul ombak kencang
manakala laut pula bergelora.
A resah
B rimas
C gerun
D curiga

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6 Muhammad Azrul lari __________ apabila dikejar oleh anjing liar ketika dia melalui taman
perumahan pada petang itu.
A kacau-bilau
B kelam-kabut
C simpang-siur
D lintang-pukang

7 Tali ampaian itu menjadi ________ apabila abang menyidai beberapa helai seluar jean yang
baru dibasuhnya itu.
A labuh
B landai
C lendut
D longlai

8 Dia __________ sahaja sedangkan murid-murid lain sedang sibuk mengemas dewan bagi
menghadapi peperiksaan Ujian Pencapian Sekolah Rendah pada minggu hadapan.
A bermuka dua
B berpeluk tubuh
C bermandi peluh
D bersengkang mata
TAHUN 4 3 Bahasa Melayu Pemahaman (011)

Hang Tuah menyampaikan berita serta perkhabaran gembira daripada tuanku Sultan Melaka
kepada seluruh rakyat jelata.

9 Apakah yang dilakukan oleh Hang Tuah terhadap perintah Sultan Melaka itu?
A Menjunjung duli
B Menjunjung titah
C Menjunjung panji
D Menjunjung warta

10 Encik Muhaimin masih terikat dengan perjanjian syarikat tempat dia bekerja sekarang ini.
Pilih perkataan sinonim bagi terikat.
A terhad
B terbatas
C terkawal
D tertakluk

11 Pemuda yang tidak siuman itu menjerit-jerit di tepi jalan seolah-olah dia sedang mengawal
pergerakan lalu lintas ketika itu.
Pilih perkataan antonim bagi tidak siuman.
A gila
B waras
C terencat
D meroyan

12 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Keadaan cahaya hari ini cerah betul setelah awan mendung berarak pergi.
II Tidak lama lagi, kakak iparnya akan memperoleh seorang lagi cahaya mata.
III Tumbuh hijau memerlukan cahaya matahari untuk melakukan proses fotosintesis.
IV Air muka Puteri Sarah cahaya sekali sebaik sahaja dia mendengar berita gembira itu.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

13 Pilih peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam ayat di bawah.
“Sementara masih bekerja, simpanlah sebahagian gaji kamu itu untuk masa tua, bak kata
pepatah ________,” pesan Haji Ramli kepada anak-anaknya.
A beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis
B buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
C kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
D berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
TAHUN 4 4 Bahasa Melayu Pemahaman (011)

14 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


“Jangan lupa susun semula buku yang telah dibaca di rak itu,” pesan Cikgu Liza.
A Cikgu Liza menasihatkan agar buku mestilah disusun semula di rak itu.
B Buku yang sudah dibaca perlu disusun semula di rak itu oleh Cikgu Liza.
C Cikgu Liza mengingatkan agar buku yang sudah dibaca disusun semula di rak itu.
D Kamu dipesan supaya menyusun semula buku yang telah Cikgu Liza baca di rak itu.

Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang betul.

15 A Ayah mencantas di halaman rumahnya pokok bunga yang merimbun.


B Mazrul Hisyam adalah graduan lepasan dari Universiti Islam Antarabangsa.
C Dia baru menerima sepucuk surat dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar.
D Adalah dimaklumkan bahawa Pasar Sekupang berpindah ke bangunan baharunya.

16 A Di antara acara permainan yang dipertandingkan ialah catur dan sahibba.


B Semua peserta pertandingan bicara berirama itu memperoleh sijil penyertaan.
C Buku atur cara temasya sukan yang berwarna ungu itu ialah untuk tetamu khas.
D Berbagai aktiviti telah dirancang untuk mengisi perkhemahan unit beruniform itu.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kelab Lestari Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Sungai Leman, Sekinchan telah melancarkan
program aktiviti bulanan. Pelancaran aktiviti kecerian ini bertujuan untuk mengindahkan lagi
kawasan persekitaran sekolah dengan membina sebuah taman mini yang dipenuhi dengan
pelbagai jenis tumbuhan dan ulam-ulaman. Bagi menjayakan projek tersebut, pihak sekolah
telah mendapat kerjasama padu daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan
Sungai Leman dan Jabatan Pertanian Daerah Sekinchan.
Semua anggota Kelab Lestari Alam Sekitar yang hadir pada hari pelancaran program itu
dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil unuk menjalankan tugas masing-masing. Tugasan
itu telah diagih-agihkan oleh guru pembimbing projek. Kami dibekalkan dengan peralatan
seperti cangkul, pongkes, sudip, tanah, baja, dan anak-anak benih pokok. Bahan-bahan untuk
tanaman itu dibekalkan oleh Jabatan Pertanian Daerah Sekinchan. Antara tanaman yang kami
tanam ialah terung, kacang bendi, peria katak, serai, pegaga, ulam raja, kuncit, cili padi, bunga
mawar, pokok puding dan pokok kaktus. Seterusnya, tanaman itu dibubuh baja mengikut kadar
yang sesuai dan disiram agar sentiasa subur.

Ketua kumpulan akan memastikan segala tugasan dilaksanakan dengan sempurna. Setiap
hari, murid-murid yang bertugas akan menyiram tanaman seperti sayur-sayuran, ulam-ulaman
dan bunga-bungaan di taman mini itu. Murid-murid yang bertugas juga akan membuang rumput
TAHUN 4 5 Bahasa Melayu Pemahaman (011)

rampai yang terdapat di sekeliling batas tanaman tersebut bagi memastikan pembesaran tanaman
berkenaan tidak terganggu. Selain baja kimia, baja kompos juga telah dibekalkan oleh Jabatan
Pertanian Daerah Sekinchan. Baja kompos digunakan pada kadar minimum kerana baja kompos
yang berasaskan tahi atau tinjar ayam itu akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan
bagi kelas murid-murid yang belajar berhampiran taman mini tersebut.

17 Projek Lestari Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Sungai Leman adalah atas usaha sama
A guru, murid, ibu bapa dan pegawai pertanian.
B murid, guru, pegawai daerah dan penjaga murid.
C pegawai pertanian, murid, guru kelas dan ibu bapa.
D ibu bapa, pegawai daerah, murid dan guru bertugas.

18 Apakah tujuan utama program itu dijalankan oleh Sekolah Kebangsaan Sungai Leman?
A Melancarkan projek taman mini yang telah direncanakan
B Memenuhi kalendar aktiviti kokurikulum pada bulan tersebut
C Murid-murid dapat menunjukkan kebolehan mereka untuk berkebun
D Menggunakan masa terluang murid dengan aktiviti pertanian cara moden

19 Pihak berikut tidak terlibat dalam menjayakan Projek Taman Mini di Sekolah Kebangsaan
Sungai Leman, kecuali
A Pejabat Pelajaran Daerah
B Jabatan Pertanian Daerah
C Jabatan Kesihatan Daerah
D Jabatan Alam Sekitar Daerah

20 Perkataan kompos dalam petikan di atas sesuai digantikan dengan rangkai kata
A baja daripada bahan-bahan kimia.
B baja daripada bahan-bahan tiruan.
C baja daripada bahan-bahan organik.
D baja daripada bahan-bahan buangan.

BAHAGIAN A TAMAT

Anda mungkin juga menyukai