Anda di halaman 1dari 12

Bahagian A

[20 markah]
Soalan 1 hingga 8
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Penjual : Boleh saya bantu puan. Puan hendak udang yang mana?
Pembeli : Jika ________ hendak udang galah yang itu, ________ harganya sekilograms?
A mereka ... apakah
B saya ... berapakah
C kalian ... di manakah
D awak ... bagaimanakah

2 Pekerja kedai makan itu memasukkan ________ ikan, udang dan ketam ke dalam sup sayur
yang sedang direnehnya.
A bola-bola
B otak-otak
C kulit-kulit
D anak-anak

3 “Rumah ketua kampung yang kamu cari itu ________ jauh dari masjid ini,” kata Mustaffa
Kamal kepada kawannya.
A nian
B agak
C betul
D sekali

4 Sekolah kami telah berjaya meraih ________ dalam pertandingan bicara berirama peingkat
daerah Bagan Datuk petang semalam.
A dimenangi
B memenangi
C kemenangan
D memenangkan

5 “Rasa buah gajus yang belum cukup masak itu agak ________ sedikit,” kata Opah Leha
kepada cucu-cucunya.
A kelat
B pahit
C tawar
D masam
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6 Encik Abdul Halim ________ kawannya yang terlantar di hospital kerana sahabat baiknya
itu mengalami sakit jantung.
A mendekati
B menziarahi
C menghargai
D menghampiri

7 Tokoh ________ itu telah menerima pingat kebesaran daripada Sultan Terengganu kerana
jasa-jasanya kepada negara.
A jelitawan
B sejarawan
C negarawan
D pustakawan

8 Pekerja kilang elektronik berbangsa Melayu itu ________ bertutur dalam bahasa Jepun
dengan baik dan fasih.
A dapat
B sudah
C masih
D hendak

Soalan 9 dan 10
Pilih peribahasa yang sesuai.

9 Setelah empat tahun mendirikan rumah tangga, barulah pasangan suami isteri tersebut dapat
menimang ________.
A pelita hati
B anak buah
C cahaya mata
D orang atasan
10 Suzana berasa sedih dan kecewa kerana adik lelakinya tidak mahu mendengar teguran dan
nasihat daripadanya bagai ________.
A murai tercabut ekor
B si kudung mendapat cincin
C mencurah air ke daun keladi
D menatang minyak yang penuh

11 Sultan Selangor berbesar hati kerana baginda sekeluarga akan berpindah dari Istana Alam
Shah, Klang ke Istana Kayangan, Shah Alam.

Berdasarkan situasi bagi rangkai kata bergaris dalam ayat di atas, apakah tindakan yang
akan dilakukan oleh baginda sultan Selangor selepas itu?
A beradu
B berkenan
C bersiram
D bersemayam

12 Berita sensasi tentang pertunangan artis wanita itu dengan seorang kerabat diraja menjadi
tumpuan akhbar-akhbar tempatan.
Pilih perkataan sinonim bagi sensasi.
A ceria
B segar
C meriah
D gempar

13 “Pada minggu ini, air laut di kawasan Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor akan pasang pada
waktu petang,” kata pemandu pelancong itu.
Pilih perkataan antonim bagi pasang.
A naik
B surut
C cetak
D dangkal

14 Pilih kata tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.


Air Sungai Sengkoh menjadi keruh dan berkeladak kerana hujan turun sungguh lebat dari
pagi hingga ke petang.
A Adakah air Sungai Sengkoh itu menjadi keruh dan berkeladak?
B Bilakah air Sungai Sengkoh itu menjadi keruh dan berkeladak?
C Mengapakah air Sungai Sengkoh menjadi keruh dan berkeladak?
D Di manakah air Sungai Sengkoh itu menjadi keruh dan berkeladak?
Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang betul.

15 A Pemandangan di Pulau Tioman nian indah ketika matahari hampir terbenam.


B Benar merah baju kebaya moden yang dipakai oleh gadis berdarah campuran itu.
C Harga ikan bawal putih betul mahal berbanding dengan harga ikan-ikan yang lain.
D Kami mendapat layanan sungguh baik sekali daripada pengurus kilang elektronik itu.

16 I Bila membaca majalah ataupun surat khabar kita dapat mengetahui pelbagai berita.
II Sahabat pena saya yang tinggal di Sabah itu rumahnya jauh sekali dari bandar pusat.
III Nazim masih sedang menulis karangan tentang pengalamannya bercuti di Langkawi.
IV Kutu rayau - kutu rayau itu masih melepak di tepi jalan walaupun sudah larut malam.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Soalan 17
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

17 Guru disiplin telah menangkap lima orang murid yang ponteng sekolah di kafe siber.
A Guru menangkap lima orang murid yang tidak berdisiplin di kafe siber.
B Lima orang guru disiplin menangkap murid yang ponteng sekolah di kafe siber.
C Lima orang murid yang ponteng sekolah telah ditangkap oleh guru disiplin di kafe
siber.
D Lima orang murid yang ponteng sekolah telah ditangkap di kafe siber kerana tidak
berdisiplin.
Soalan 18 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Seperti biasa, cuti hujung minggu dimanfaatkan oleh Farhan dan kawan-kawannya dengan
aktiviti memancing ikan. Sungai di hujung kampung menjadi lokasi strategik mereka. Dengan
berbekalkan joran, umpan dan baldi, mereka menuju ke sungai.
Sesampainya mereka di sana, rasa kehairanan timbul di hati masing-masing. Banyak
ikan mati dan terapung di permukaan sungai. Mereka kehairanan dan berpandangan sesama
sendiri. Rasa ingin tahu timbul di hati. Mereka sependapat untuk menyiasat punca kejadian
tersebut. Farhan dan kawan-kawannya berjalan menyusuri sungai. Tiba-tiba, mereka ternampak
beberapa orang lelaki dalam keadaan mencurigakan.
Setelah membuat intipan, mereka melihat lelaki-lelaki tersebut sedang membuang sisa
toksik ke dalam sungai. Rasa tanggung jawab timbul di hati mereka. Farhan mencatat nombor
pendaftaran lori yang membawa sisa toksik itu.
Setibanya mereka di rumah, Farhan dan kawan-kawannya terus menceritakan peristiwa
tersebut kepada ibu bapa Farhan. Ibu bapa Farhan berjanji untuk melaporkan hal tersebut
kepada Anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung supaya hal tersebut dapat
diambil tindakan yang sewajarnya.

18 Antara yang berikut, yang manakah bukan keperluan untuk memancing ikan di sungai?
A baldi
B pisau
C joran
D umpan

19 Farhan mencatat nombor pendaftaran lori yang membawa sisa toksik itu untuk
A dijadikan bahan bukti.
B dijadikan bahan kajian.
C dijadikan bahan pameran.
D dijadikan bahan perbandingan.

20 Rangkai kata lokasi strategik dalam petikan bermaksud


A kawasan yang redup.
B kedudukan yang baik.
C Persekitaran yang ceria.
D tempat yang sangat indah.
Bahagian B
[30 markah]

Soalan 21

(a) Pilih perkataan antonim yang paling sesuai bagi perkataan bergaris. Tulis jawapan kamu
pada ruang yang disediakan.

boros dingin waspada


sopan handal ______
pendiam
nggam

Contoh:
Rakan-rakannya tidak suka akan sikapnya yang suka menunjuk-nunjuk
pendiam
dan becok itu.

(i) Sikap cuai ketika menjawab soalan peperiksaan sepatutnya boleh


dielakkan oleh semua murid.

(ii) Tayangan filem “Kasih Tak Terucap” mendapat sambutan yang


hangat daripada orang ramai.

(iii) Jika kita ingin hidup senang tanpa hutang keliling pinggang, kita
haruslah berbelanja dengan hemat.

[3 markah]

(b) Tulis BETUL atau SALAH pada ruang yang disediakan bagi penggunaan perkataan yang
bergaris dalam ayat-ayat di bawah.

(i) Muhammad Adam Haris ketinggalan bas sekolah pagi ini kerana
dia bangun lambat.

(ii) Rathakrisnan merujuk kamus dwidimensi untuk menterjemahkan


yang tidak difahaminya. (dwibahasa)

(iii) Para peserta Program Latihan Usahawan Muda Belia itu terpaksa
menjalankan beberapa latihan fizikal. (menjalani)
[3 markah]

Soalan 22

(a) Pilih simpulan bahasa yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat-ayat
di bawah.

tumbuk rusuk menara gading setahun jagung senapang bambu

(i) Puan Hajah Jamaliah berasa amat bangga kerana kesemua anaknya berjaya melanjutkan
pelajaran ke ________________________.

(ii) Pengalamannya yang hanya ________________________ menyebabkan dia tidak layak


menjawat jawatan sebagai ketua pengurus.

[2 markah]

(b) Pilih dan √ bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
tandakan

(i) “Bersiap sedialah untuk menghadapi ujian akhir tahun,” kata Cikgu Husna Aini
kepada murid-muridnya.

Cikgu Husna Aini meminta murid-muridnya bersiap sedia bagi menghadapi


ujian akhir tahun.

Murid-murid diminta bersiap sedia untuk menghadapi ujian Cikgu Husna Aini
pada akhir tahun nanti.

(ii) “Lemang dan rendang kambing yang dihidangkan oleh nenek ini enak sungguh,”
kata adik kepada kakak.

Adik dan kakak sedang menikmati lemang dan rendang kambing masakan
nenek yang sungguh enak.

Adik memberitahu kakak tentang keenakan lemang dan rendang kambing


yang telah disajikan oleh nenek.

[2 markah]
Soalan 23
Baca petikan berita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

INSTITUT PENGAJIAN WAWASAN GEMILANG


TINGKAT 3, BANGGUNAN ALAM MEGAH, 41050 SHAH ALAM, SELANGOR
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi
mengisi beberapa kekosongan jawatan sebagai tenaga pengajar sambilan di institut kami dalam
bidang-bidang berikut:
 Pengajian Sains dan Komputer
Syarat Kelulusan:
 Pengajian Matematik
Sijil Perguruan Malaysia
 Pengajian Sastera
Gaji dan elaun akan dibayar berdasarkan kelayakkan dan pengalaman kerja para pemohon.
Kepada mereka yang berminat, sila hantar resume atau butiran peribadi yang lengkap kepada:

Pengetua Institut Pengajian Wawasan Gemilang,


Tarikh tutup permohonan pada:
Tingkat 3, Banggunan Alam Megah,
15 Januari 2021 (Jumaat)
41050 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. * Hanya calon-calon yang layak akan
dipanggil untuk sesi temu duga.
Atau hubungi kami di talian: 03-42911126

(a) Nyatakan dua bidang utama yang boleh mengisi kekosongan jawatan yang telah diiklankan.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

(b) √ pada pernyataan yang betul, X pada pernyataan yang salah.


tandakan
Tandakan

Semua pemohon akan dipanggil menduduki sesi temu duga pada 15 Januari
2021 bersamaan hari Jumaat.
Pihak Institut Pengajian Wawasan Gemilang akan membayar gaji bulanan
tenaga pengajarnya mengikut pengalaman kerja mereka.
[2 markah]
(c) Apakah syarat dan kelayakan pemohon yang telah ditetapakan oleh pihak institut tersebut?
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

Soalan 24(a)

Teliti iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pertandingan Reka Cipta Layang-layang Kreatif


Tarikh : 6 Jun 2020 hingga 27 Jun 2020
Sasaran peserta : Semua ahli persatuan sekolah atau ahli kelab sekolah
Bilangan peserta : Empat hingga lapan orang setiap kumpulan
* Enam pendaftaran kumpulan terawal akan menerima hadiah istimewa

Taklimat Pertandingan Reka Cipta Layang-layang Kreatif diadakan pada:


Tarikh : 3 Jun 2020
Hari : Rabu
Masa : Bermula pada pukul 8:30 pagi
Tempat : Dewan Seri Cempaka SK Taman Medan
: Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
* Hadiah wang tunai disediakan untuk tiga kumpulan yang
mencatatkan markah tertinggi
* Semua ahli kumpulan akan turut menerima cenderamata khas berupa
pemegang kunci dan sijil penyertaan

(i) Bilakah tarikh taklimat pertandingan tersebut akan diadakan?


_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

(ii) Kumpulan Persatuan Bahasa Melayu telah mendapat tempat kedua atau naib johan
dalam pertandingan yang diadakan itu.
Apakah ganjaran-ganjaran yang akan diterima oleh ahli kumpulan tersebut?
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

Soalan 24(b)

Teliti catatan aktiviti di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

AKTIVITI KELAB RAKAN PINTAR SK KUBANG KERIAN

Tugasan : Mengumpul barang-barang kitar semula untuk dijual


kepada pemborong bagi mengisi dan menambah tabungan kelab.
Antara barang kitar semula yang dikumpul adalah seperti:
 surat khabar lama dan kertas
 barang-barang plastik
 barang-barang kaca
 besi atau aluminium
Sasaran : Jualan, RM200.00 hingga RM500.00 seminggu
Hari : Setiap hari Sabtu sepanjang bulan April 2020
Masa : 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari

Tempat : Dataran Arena SK Kubang Kerian, Kota Bharu

(i) Apakah tujuan aktiviti Kelab Rakan Pintar SK Kubang Kerian tersebut?
________________________________________________________________________________________
[1 markah]

(ii) Selain mengumpul surat khabar lama dan pelbagai jenis kertas untuk dijual, nyatakan dua
lagi barang kitar semula yang dikumpul oleh ahli kelab tersebut.

(a) ____________________________________________

(b) ____________________________________________

[2 markah]
(iii) Pada pendapat kamu, apakah faedah-faedah menyertai aktiviti amal seperti yang
dinyatakan dalam catatan di atas?
Jawapan kamu hendaklah dalam ayat yang lengkap.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

Soalan 25
Teliti gambar di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

AKTIVITI KECERIAAN TEMPAT AWAM - BALAI RAYA

(a) Berdasarkan gambar, nyatakan dua aktiviti yang sedang dilakukan oleh beberapa orang
penduduk di kawasan tersebut?
Contoh: mengelap cermin tingkap

(i) _________________________________

(ii) _________________________________
[2 markah]

(b) Nyatakan satu peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi dalam gambar di atas.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

BAHAGIAN B TAMAT

Anda mungkin juga menyukai