Anda di halaman 1dari 11

Bahagian A

[ 20 markah]
[ Masa dicadangkan : 30 minit]

Soalan 1 – 6
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang sesuai.

1. Pemenang itu menerima _______________ atas kejayaan yang diraih.

A. hadiah
B. ganjaran
C. sumbangan
D. cenderamata

2. Warna ______________ pada Jalur Gemilang melambangkan Raja Berpelembagaan yang diamalkan
oleh negara Malaysia.
A. kuning
B. putih
C. biru
D. merah

3. _______________ musnahlah segala impianku!

A. Aduh
B. Syabas
C. Aduhai
D. Alamak

4. Harga sebotol vitamin ini __________ ?

A. apa
B. bila
C. mana
D. berapa

5. Tinggi sungguh lelaki itu sehingga kepalanya hampir ___________ alang pintu rumah itu.
A. terasa
B. tegak
C. tercecah
D. tersampai

6. “Cempedak goreng ini sungguh enak jika dimakan ________________,” kata Daud.
A. cepat-cepat
B. masak-masak
C. panas-panas
D. mentah-mentah

1
Soalan 7 – 10
Ayat-ayat dibawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu
mempunyai kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

7. Tiket-tiket bas laju untuk warga kota pulang berhari raya dijual mulai semalam. Tiada kesalahan
A B C D

8. Sebuah van telah terbabas dan melanggar sepohon pokok ketika hujan lebat. Tiada kesalahan
A B C D

9. Seorang remaja dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam sebuah lombong. Tiada kesalahan
A B C D

10. Seorang kanak-kanak dikejarkan ke kecemasan unit setelah dipatuk seekor ular. Tiada kesalahan
A B C D

Soalan 11 – 13
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandunginkesalahan penggunaan
Bahasa dan mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahn.

11. Walaupun kelukaan pada kakinya masih belum sembuh, namun Pak ali tetap mahu pergi ke hutan
untuk berburu.
A. luka di kakinya masih belum sembuh
B. luka pada kakinya masih belum sembuh
C. melukai kakinya masih belum sembuh
D. kelukaan pada kakinya masih belum sembuh

12. Kakak menyimbah pokok-pokok bunganya pada setiap petang.

A. Kakak menyiram
B. Kakak merenjis
C. Kakak menuang
D. Kakak menyimbah

13. Zamri tidak dapat menghadirkan majlis itu kerana bapanya sakit tenat.
A. tidak boleh hadiri
B. tidak dapat menghadiri
C. tidak boleh menghadirkan
D. tidak dapat menghadirkan

Soalan 14 – 15
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan peribahasa di bawah

14. Hasrul tidak mengetahui hal ehwal semasa negara kerana dia tidak gemar membaca.
Pernyataan di atas amat sesuai dengan peribahasa
A. seperti air di dalam kolam
B. seperti embun dihujung rumput
C. seperti katak di bawah tempurung
D. seperti kerbau dicucuk hidung

2
Orang yang sangat rajin melakukan sesuatu

15. Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

A. habis kapak berganti beliung.
B. hati hendak, semua jadi.
C. awal dibuat akhir diingat.
D. air dicencang tiada putus.

Soalan 16 – 17
Pilih ayat yang menggunakan kata berhuruf condong yang betul.

16. i. Baju itu agak besar untuk badannya yang kurus.

ii. Ruang tamu rumahnya sungguh besar.
iii. Ayah Syamim berperut besar sekarang.
iv. Anak Puan Aina sudah besar semuanya.

A. i dan ii sahaja
B. ii dan iii sahaja
C. i dan iv sahaja
D. iii dan iv sahaja

17. i. Jalan di hadapan sekolah itu sentiasa sibuk.

ii. Mesyuarat itu jalan pada petang semalam.
iii. Jalan cerita novel itu sungguh menarik.
iv. Azman mencari jalan untuk menolong Azri.
A. i dan ii sahaja
B. ii dan iii sahaja
C. i, ii dan iii sahaja
D. i, iii dan iv sahaja

3
Soalan 18 – 20
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

“Lim Meng cakap dia nak balik Tahun Baharu ini.” Pada riak wajah Sim Pau terlukis perasaan yang amat
menggembirakan hatinya. Segala kekusutan dan kerinduan yang membelit hatinya perlahan-laj=han terungkai
setelah menjawab panggilan telifon yang baru sahaja diletakkan gagangnya.
“Aku tidak benarkan dia menjejakkan kakinya di rumah ini lagi.” Lim Pooi keras membantah. Air
mukanya tidak sesekali menggambarkan kata-katanyaitu sebagai lelucon yang boleh ditertawakan. Sebaliknya,
kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada lading-ladang bunga gembira yang baru sahaja berputik
dalam hati Sim Pau. Baginya hutang darah perlu dibayar dengan darah.
“Dia anak kita,” Sim Pau membalas.
“Dia bukan anak aku,” Lim Pooi masih berada dalam kendang kemarahan. Begitu keras dia
menyatakan bahawa Lim Meng bukan anaknya, bukan daripada benih yang disemainya bersama-sama dengan
SimPau. Dia yang berada di atas kerusi malas terus menggerakkan kerusi itu. Bebola matanya sedikit pun tidak
menangkap wajah Sim Pau yang sedang bercakap dengannya.
Sim Pau seakan-akan terkunci mulutnya. Air matanya sudah tidak bernilai lagi bagi Lim Pooi. Sedikit
pun air matanya tidak dapat menyejukkan hati Lim Pooi. Lim Pooi memang berhati kering. Dia tidak mudah
tersentuh dengan hidangan air mata yang melimpah-ruah.
“Anak aku dah menginggal dunia.” Ketika Lim Pooi mengeluarkan kata-kata ituada nada sebak
menyentuh hatinya. Sim Pau dapat merasainya.
“Sejak dia lahir, semuanya jadi haru-biru. Perniagaan aku lingkup. Banyak kecurian yang berlaku.
Hidup aku tak tenang dan kerana dialah Lim Foong meninggal dunia..” Walau apa-apa pun, Lim Pooi tetap
menyalahkan Lim Meng.
(Dipetik daripada “Cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin” oleh Mohd Helmi Ahmad
Dalam antologi Kuingin Berterima Kasih, 2014)

18. Alasan yang berikut menjadi penyebab Lim Pooi tidak menerima kepulangan anaknya, kecuali
A. perniagaannya muflis
B. banyak kecurian berlaku
C. seorang anaknya meninggal dunia
D. kehilangan ramai rakan perniagaan

19. Lim Pooi mengunggapkan kata-kata, “Anak aku dah meninggal dunia.”
Ungkapan tersebut menggambarkan perasaan Lim Pooi masih
A. sedih
B. marah
C. geram
D. risau

20. Pada pendapat anda, mengapakah Lim Meng mahu pulang ke pangkuan keluarga?
A. Mahu mendapatkan harta pusaka
B. Mengetahui hati ayahnya boleh dipujuk
C. Ingin mengambil alih perniagaan bapanya
D. Mahu memulihkan hubungan dengan keluarganya

BAHAGIAN B

4
[ 25 markah]
[Masa yang dicadangkan : 45 minit]

1. Dalam setiap iklan di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan
tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Nada tidak perlu menyalin iklan
semula.

i. ii.
PAMERAN ALAT MUZIK TRADISIONAL SAMBUTAN HARI GURU 2022 SMK TAMAN
Ruang Legar Pasar Budaya Negara KOTA JAYA
 9 Mei hingga 17 Mei 2022 “Guru Pemacu Tranformasi Pendidikan”
 11.00 pagi hingga 8.00 malam
 Anda berpeluang untuk mengenal Tarikh : 16 Mei 2022
pelbagai alat musik tradisional Anjuran : Badan Kepimpinan Pelajar
Malaysia.

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL SESSI PERSEKOLAHAN 2022

Disampaikan oleh Puan Sri Raihana binti Salleh

15 Januari 2022
Dewan Sri Anggerik SMK Tun Teja

i. ____________________________________________________
ii. ____________________________________________________
iii. ____________________________________________________

2. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut
dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.

i. “Patik menjunjung kasih kerana tuanku bersetuju untuk berangkat ke majlis santapan
diraja ini,” kata juruacara majlis itu.
_____________________________________________________________________

ii. Kursus Multimedia merupakan kursus baru yang bakal diperkenalkan di kolej ini bagi
melahirkan lebih banyak graduan dalam bidang teknologi maklumat.

____________________________________________________________________

5
3. Baca petikan-petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
BAHAN 1 BAHAN 2

Walaupun media sosial banyak kebaikannya,

namun terdapat kesan negatif yang perlu diberikan
perhatian oleh golongan remaja. Antara kesan
negatif media sosial ialah penyebaran berita palsu
secara berleluasa. Dalam konteks masyarakat
Malaysia yang bebilang kaum, penyebaran berita
palsu mesti dibanteras dengan segera. Selain itu,
media sosial juga boleh mendorong golongan
muda menjadi lalai dan membuang masa dengan
mengabaikan pelajaran.
        Di samping itu, media sosial menyebabkan
golongan muda mudah terpengaruh dengan gejala
negatif seperi melihat gambar dan video lucah.
Dalam aspek keselamatan negara, media sosial
kadang-kadang mewujudkan ketidaktentuan
ekonomi apabila hal yang menjadi rahsia negara
diperkatakan di dalam laman sembang. Dalam hal
ini, kerajaan perlu memantau  media sosial untuk
memastikan keselamatan negara terjamin.
Selanjutnya, banyak kes telah dilaporkan apabila
penggodam mencuri maklumat peribadi di media
sosial untuk tujuan menipu.

i. Berdasarkan Bahan 1, mengapakan wujudnya akaun media sosial pada masa ini?
____________________________________________________________________________________

(3 markah)
ii. Berdasarkan Bahan 2, nyatakan keburukan akaun media sosial kepada remaja.
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
(3 markah)
iii. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk memastikan anak-anak mereka menggunakan akaun
media sosial secara berhemah.
Huraikan peranan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka menjadi pengguna akaun media
sosial yang bertanggungjawab.
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
(4 markah)

6
4. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang telah anda pelajari di Tingkatan 1

Pengajaran merupakan salah satu unsur sastera yang diterapkan oleh penulis dalam hasil karya
sastera bertujuan mendidik pembaca. Penerapan pengajaran digambarkan menerusi sesuatu
peristiwa yang berlaku dan melibatkan watak dalam karya tersebut.

Berdasarkan novel Sejambak Bakti, nyatakan tiga pengajaran yang dapat diambil sebagai
iktibar dalam novel tersebut. Anda perlu memberikan contoh peristiwa yang sesuai untuk setiap
pengajaran yang dinyatakan.

(10 markah)

7
BAHAGIAN C
[ 15 markah]
[Masa yang dicadangkan : 15 minit]

Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2

1. Gambar di bawah berkaitan dengan amalan kejiranan. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam
gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Menziarahi Bertegur
jiran sapa dengan
tetangga jiran

AMALAN KEJIRANAN

Menolong Melawat
jiran yang jiran yang
berpindah sakit

8
2. Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang
langkah-langkah menjaga keselamatan kad ATM. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak
melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.

Waspada Sebelum Rugi

Kad Mesin Juruwang Automatik atau kad ATM ialah kad yang digunakan oleh
pengguna untuk mengeluarkan wang atau memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun pada
bila-bila masa. Pengguna hanya perlu memasukkan nombor pengenalan peribadi atau nombor
PIN apabila mahu membuat transaksi kewangan. Kad ATM dapat mewujudkan akses
terhadap akaun penggunanya. Oleh itu, pengguna perlu mengambil beberapa langkah agar
wang tidak dicuri.
Sebagai pengguna, kita perlulah memastikan kad disimpan di tempat yang selamat.
Pengguna sepatutnya menyimpan kad di tempat yang sama dan tidak mudah dilihat oleh orang
lain. Langkah ini perlu diambil supaya jika kad hilang atau dicuri, pengguna dapat menyedari
kehilangan kad dengan cepat. Kad yang hilang perlu dilaporkan dengan segera kepada pihak
bank.
Selain itu, pengguna kad ATM juga perlu menghafal nombor PIN yang diterima
daripada institusi perbankan. Hal ini dikatakan demikian kerana pengguna perlu menjaga
kerahsiaan nombor pin daripada orang lain. Pengguna juga tidak sepatutnya menggunakan
maklumat diri seperti tarikh lahir sebagai nombor PIN dan tidak menyimpan nombor PIN
bersama-sama kad ATM.
Seterusnya, pengguna perlu mengelak daripada mendedahkan maklumat perbankan
kepada pihak yang tidak dikenali. Hal ini berlaku kerana terdapat pihak yang memperdaya
pengguna dengan menawarkan skim-skim yang menarik. Oleh itu, sikap berhati-hati dapat
mengelakkan pengguna daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian.
Di samping itu, pengguna perlu meneliti slip transaksi. Pengguna juga perluP
memaklumkan pertukaran alamat dan nombor telefon kepada pihak bank. Perkara tersebut
perlu kerana sebarang maklumat daripada pihak bank akan terus sampai kepada pengguna.
Dengan cara ini, maklumat diri pengguna terpelihara.
Kesimpulannya, semua pengguna kad ATM perlu sentiasa berwaspada dan menjaga
kad masing-masing dengan baik. Sebarang kecuaian akan mengundang padah.
(Sumber: www.bankinfo.com.my)

9

10
HELAIAN JAWAPAN BAHAGIAN A

NAMA : _________________________________________
TINGKATAN : _________________________________________

Hitamkan jawapan anda.

11

Anda mungkin juga menyukai