Anda di halaman 1dari 11

Soalan 1 hingga 7

Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih kata yang paling sesuai.

1 Wajah rakannya sedikit demi sedikit datang __________ dalam ingatannya.


A melihat
B menyapa
C menjelma
D mengingat

2 __________ itu cuba untuk mengawal kapal itu ketika ribut melanda.
A Jurumudi
B Jurusawat
C Jurumesin
D Juruteknik

3 Mak Cik Gayah


_______________ buah rambutan
itu untuk dijual kepada
pemborong.
A mengelek
B menjunjung
C mengendong
D membungkus

4 Sesudah sembahyang Maghrib ____________ orang akan pulang ke rumah.


A tengah
B setengah
C bertengah
D setengah-setengah

5 Fahmi tidak faham akan maksud lukisan yang garisannya ______________ sahaja
itu.
A herot-berot
B kacau-bilau
C culang-caling

1
D comot-momot

6 Sekumpulan pengkaji menemukan beberapa ____________ batu permata di kaki


bukit itu.
A biji
B buah
C butir
D bentuk

7 Ganesh _______________ kerusi itu ke dinding.


A merapat
B merapati
C merapatkan
D memperapat

Soalan 8 hingga Soalan 14

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandai dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A, B atau C jika
ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat
berkenaan.

8 Mereka boleh mengambil mana-mana juadah yang disediakan mengikut selera


A B
masing-masing. Tiada kesalahan.
C D

9 Syahira memerhatikan lelaki tua yang mengumpul kertas yang bersepah-sepah


A B C
di atas jalan. Tiada kesalahan
D

10 Azli tidak dapat menyertai lawatan itu oleh sebab terpaksa menghadiri majlis

2
A B
perkahwinan sepupunya di Padang Serai. Tiada kesalahan.
C D

11 Puteri raja itu akan menghadiri majlis makan malam diraja yang diadakan di
A B
sebuah hotel terkemuka. Tiada kesalahan.
C D

12 Tiap hari Alia menolong ibunya membungkus nasi lemak dan menghantarkannya
A B C
ke gerai Pak Hamid. Tiada kesalahan.
D

13 Kunci motosikal yang saya temukan ketika pulang dari sekolah telah saya
A B
serahkan kepada guru disiplin. Tiada kesalahan.
C D

14 Ibu tunggal itu menghadapi pahit maung untuk membesarkan kelima orang
A B C
anaknya itu dengan tabah. Tiada kesalahan.
D

Soalan 15 hingga Soalan 17

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan
tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

15 I Novel terbaru karangannya lebih segar dan menarik.


II Ingatan Raihana terhadap peristiwa itu masih segar.
III Setelah segar daripada tidur, dia membasuh muka
IV Ibu membeli sejambangan bunga segar di pasar.

A II dan III sahaja


B III dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D I, II, III dan IV
16 I Dia mencelah begitu sahaja tanpa pengetahuan tuan rumah.
II Jangan mencelah semasa orang-orang tua sedang bersembang.
III Pak Badar mencelah di antara kedua-dua orang budak yang bergaduh itu.
IV Saya tidak dapat mencelah kerana terlalu sibuk.

A I dan II sahaja

3
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D I, II dan IV sahaja

17 I Tiada sesiapa yang meragui kelulusan hatinya.


II Abangnya graduan kelulusan Universiti Putera Malaysia.
III Encik Zahari mendapat kelulusan doktor untuk mengambil cuti tanpa gaji.
IV Kita tidak sepatutnya belajar hanya untuk mendapat kelulusan dalam
peperiksaan.

A II dan III sahaja


B II dan IV sahaja
C III dan IV sahaja
D I, II dan III sahaja

Soalan 18 hingga Soalan 21

Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu
mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika
anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah,
anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada
kesalahan tandakan D.

18 Jalila akan membaca buku bila kebosanan.


A bila merasa bosan
B apabila kebosanan
C apabila merasa kebosanan
D bila kebosanan

19 Bangunan yang baru dibina itu sungguh tinggi sekali.


A nian tinggi
B tertinggi sekali
C paling tinggi sekali
D sungguh tinggi sekali

20 Buku kerja digunakan sebagai bahan pengkayaan untuk para pelajar.


A dipakai bagai bahan pengayaan
B digunakan sebagai bahan pengayaan
C diperlukan sebagai bahan pengkayaan
D digunakan sebagai bahan pengkayaan

4
21 Hidup berjiran harus saling bantu-membantu.
A membantu
B saling membantu
C saling berbantu-bantuan
D saling bantu-membantu

Soalan 22 hingga soalan 24

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat
yang dicetak tebal.

22 Semua orang bergembira pada malam itu tetapi dia berduka cita kerana
terkenang akan ibunya.
A Setiap kali terkenang akan ibunya dia akan berduka cita walaupun orang lain
bergembira.
B Semasa orang lain sedang bergembira pada setiap malam, dia akan teringat
akan ibunya.
C Pada malam itu, semua orang bersuka ria sedangkan dia bersedih oleh sebab
teringat akan ibunya.
D Dia tidak dapat berkongsi gembira dengan orang ramai pada malam itu
kerana ingatan terhadap ibunya.

23 Kesengsaraan yang penah ditanggungnya mendorong Mak Pah untuk


membantu orang lain walaupun tanpa pertalian darah.
A Mak Pah berjanji untuk membantu sesiapa sahaja kerana dia pernah hidup
dalam penderitaan.
B Mak Pah terdorong membantu orang ramai setelah dia melalui hidup yang
penuh dengan kesengsaraan.
C Mak Pah akan membantu sesiapa sahaja kerana dia pernah melalui keperitan
hidup dan mengharapkan bantuan orang.
D Penderitaan yang pernah dilaluinya menyebabkan Mak Pah menolong sesiapa
sahaja walaupun mereka bukan ahli keluarga.

24 Ayah mengingatkan kami agar belajar bersungguh-sungguh jika mahu


mencapai kejayaan dalam hidup.
A “Anak-anakku, belajarlah dengan tekun seandainya hendak berjaya dalam
hidup ini,” nasihat ayah.
B “Kejayaan tidak akan dicapai sekiranya kamu tidak berusaha
bersungguhsungguh,” kata ayah.

5
C “Hanya dengan berusaha bersungguh-sungguh, kita akan mencapai kejayaan
dalam pelajaran,” pesan ayah.
D “Pelajaran amat penting untuk kita mencapai kejayaan dalam hidup,” kata
ayah.

Soalan 25 hingga soalan 27

Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan
yang paling sesuai.

25 I Mereka minum kopi sambil bersembang di Manja Kafe.


II Tiap hari dia membantu ibunya di pasar menjual ikan.
III Berpuluh hari dia memerah otak menyiapkan karyanya.
IV Indah nian pemandangan di atas Bukit Gasing itu.

A IV sahaja
B I dan II sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV

26 I Kamalia menghiasi sebutir kerongsang pada bajunya.


II Farah berasa tidak betah tinggal di rumah ibu saudaranya.
III Kain yang bersidai di bawah rumah itu telah lusuh.
IV Merokok suatu amalan yang merbahaya untuk kesihatan.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV

27 I Mak Yam berasa hati kerana anaknya tidak endah akan nasihatnya.
II Siapa yang berminat untuk menyertai lawatan ke Taman Negara
dikehendaki berjumpa dengan Cikgu Hashim.
III Tiada hal lain yang difikirkannya pada ketika itu melainkan keselamatan
dirinya.
IV Di dalam hal ini, kita tidak boleh menyalahkan sesiapa.

A I dan III sahaja


B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

6
Soalan 28 hingga soalan 30

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan
peribahasa di bawah ini.

28 Weng Leong membuat kerja yang disuruh oleh ayahnya sambil lewa sahaja. Dia
melakukannya hanya kerana terpaksa dan tidak bersungguh-sungguh.
Peribahasa yang sesuai dengan sikap Weng Leong ialah
A mencurahkan garam ke laut.
B melepaskan batuk di tangga.
C menanam tebu di bibir mulut.
D malas mendayung perahu hanyut.

Ya, saya rasa dia akan


bertindak terhadap
Azlan itu nampak sahaja
orang yang menipunya
pendiam tetapi jangan
sangka dia akan terus
berdiam diri

29 Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi dalam dialog di
atas.
A Diam-diam ubi berisi
B Ada udang di sebalik batu
C Sarang tebuan jangan dijolok
D Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Harimau mati menunjukkan belangnya

30 Maksud yang paling sesuai dengan peribahasa di atas ialah...


A orang yang bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
B orang berpengetahuan yang menyembunyikan pengetahuannya.
C menunjukkan sifat sebenar setelah sekian lama mendiamkan diri.

7
D menyembunyikan kemahiran yang sebenar daripada diketahui orang.

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

BAHASA

1 Mari kita berbahasa


sebaiknya.

Bahasa adalah pengatur


pucuk fikiran yang bertabur
5 bahasa adalah pelentur
ranting perasaan yang bersiur.

Dengan bahasa
terlihat fakta padu
terlihat sinar ilmu
10 terlihat cinta biru.

Dengan bahasa
pemimpin memaparkan arah
di pentas siasah,
dengan bahasa
15 orang beriman menikmati ibadah
khusyuk dan pasrah.

Mari kita berbahasa


sebaiknya.
Dengan bahasa
20 budi dipertinggi
mesra diperlebar
dengan bahasa
kita menjadi kita
bersama.
25 Jika tanpa bahasa
bagaimana akan kita setujui
perjanjian ini?

Mari kita berbahasa


sebaiknya

8
RAHMAN SHAARI

31 Apakah harapan penyajak terhadap pembaca?


A berbahasa dengan betul
B mendalami penguasaan berbahasa
C membetulkan kesalahan ketika berbahasa
D menggunakan bahasa ketika menyampaikan fakta

32 Menurut penyajak, penggunaan bahasa penting dalam…


A perubatan, politik, dan teknologi
B politik, agama, dan perudangan
C agama, politik dan perniagaan
D pelajaran, politik dan agama

33 Nilai yang terkandung dalam sajak “Bahasa” ialah…


A berbudi pekerti.
B belas kasihan.
C rajin berusaha.
D kuat semangat.

34 Antara yang berikut, gaya bahasa yang manakah tidak terdapat dalam
sajak “Bahasa”?
A personifikasi
B anafora
C metafora
D repitasi

35 Ungkapan pucuk fikiran, ranting perasaan, sinar ilmu, cinta biru dan
pentas siasah merupakan unsur…
A diksi.
B sinkof.
C metafora.
D personifikasi.

Soalan 36 hingga 40

Baca puisi tradisional di bawah ini dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan
berikutnya.

9
SYAIR NUR ALAM SYAH LELA PUTERA

Negerinya indah khabar rencana,


Aturan pekan semuanya kena,
Beberapa rakyat menteri perdana,
Termasyhur khabar ke mana-mana.

Sangat termasyhur nama negeri,


Banyaklah masuk dagang senteri,
Mahligai indah tiada terperi,
Bertatahkan emas berbalut budi.
Diladal Bahri nama rajanya,
Sakti pendekar lagi beraninya,
Segala raja-raja takut kepadanya,
Serta dengan adil murahnya.

Adapun Sultan Diladal Bahri,


Sangatlah pandai memerintah negeri,
Dikasihi sekalian hulubalang menteri,
Apatah lagi dagang senteri.

Sehari-hari bersuka ria,


Serta rakyat isi negara,
Beberapa sedekah baginda kurnia,
Banyaklah miskin menjadi kaya.

Permaisuri gering di dalam istana,


Cukuplah bulan selamat sempurna,
Masuklah biti menteri perdana,
Bidan tujuh ada di sana.

(Dipetik daripada antologi Seuntai Kata untuk Dirasa,


Tingkatan 2, DBP)

36 Rangkap kedua syair mengisahkan sebuah negeri yang


A indah dan terkenal.
B kuat dan istimewa.
C kaya dan masyhur.
D makmur dan masyhur.

10
37 Berdasarkan petikan syair, bagaimanakah keadaan permaisuri?
A Sedang sakit tenat
B Telah tiba masa untuk bersalin
C Telah selamat melahirkan anak
D Sedang dirawat oleh bidan ketujuh

38 Sultan Diladal Bahri memiliki sifat yang berikut, kecuali


A bengis dan boros
B gagah dan berani
C adil dan pemurah
D bijak dan terkenal

Segala raja-raja takut kepadanya

39 Unsur gaya bahasa yang terdapat pada baris ini ialah


A asonansi
B aliterasi
C anafora
D epifora

40 Berdasarkan petikan syair, apakah pengajaran yang boleh diteladani?


A Mestilah berfikiran rasional
B Pemerintah mestilah bijaksana
C Membuat pertimbangan yang wajar
D Berhati-hati dalam melakukan sesuatu

KERTAS SOALAN TAMAT

11

Anda mungkin juga menyukai