Anda di halaman 1dari 5

BAHAGIAN A (15 MARKAH)

Soalan 1 hingga Soalan 4

Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai

1. Ubi yang direbus oleh Najwa masih belum _________ kerana apinya terlalu perlahan.

A rangup C rapuh

B empuk D lembik

2. Murid-murid Tingkatan Tiga Cerdas menggunakan _________ untuk menyelesaikan

soalan Matematik ketika Peperiksaan dijalankan.

A jejari C kekunci

B sesiku D dedekak

3. _______ pemuda-pemudi, hendaklah kamu menjauhi najis dadah!

A Amboi C Wah

B Wahai D Cis

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. Nenek yang __________ itu berjalan perlahan-lahan di

belakang rumah.

A bengkok C condong

B bongkok D serong
Soalan 5 dan Soalan 6

Ayat – ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditanda dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan
dengan D.

5. “Oh, rupa-rupanya Faiz yang menyembunyikan kasut

A B

saya semalam!” kata Wafiq. Tiada kesalahan.

C D

6. Khalid gemar mencampur aduk masalah ditempat kerja

A B

dengan masalah peribadinya. Tiada kesalahan.

C D

Soalan 7 dan Soalan 8

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betulnya.

7. I Oleh sebab hujan turun dengan lebatnya pagi tadi, kedatangan pelajar ke
sekolah adalah dingin sekali.
II Sambutan perayaan Hari Kebangsaan pada tahun ini agak dingin jika
dibandingkan dengan tahun lalu.
III Dalam kegelapan malam itu, dia meraba-raba mencari selimut untuk
melindungi dirinya daripada dingin.
IV Sejak peristiwa itu, Halim bersikap dingin terhadap tunangnya.
A I dan II sahaja C I,II dan III sahaja

B II dan IV sahaja D II,III dan IV sahaja

8 I Mereka melewati beberapa buah pekan sebelum sampai di daerah pedalaman


itu.
II Pada setiap bulan, kami sekeluarga akan melewati datuk dan nenek di
kampung.
III Pekerja yang telah melewati usia empat puluhan dinasihati menjalani
pemeriksaan doktor.
IV Setelah membaca bab awal novel itu, Jannah melewati bab-bab lain kerana
ingin mengetahui kesudahan ceritanya.

A I dan IV sahaja C I, II dan II sahaja

B II dan III sahaja D I, III dan IV sahaja


Soalan 9 dan Soalan 10

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan


penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu
mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

9. Semua gula-gula yang dibeli oleh saya sudah saya berikan kepada adik.

A Gula-gula yang saya belikan

B Gula-gula yang dibeli oleh saya

C Semua gula-gula yang saya beli

D Semua gula-gula yang dibeli oleh saya

10. Kuih-muih dan makanan yang dijual di Luqman Restoran sangat sedap.

A Luqman Restoran sedap sekali

B Restoran Luqman sangat sedap

C Restoran Luqman tersedap sekali

D Luqman Restoran sangat sedap

Soalan 11 dan Soalan 12

Pilih ayat-ayat yang betul

11. I Harga sepasang kasut ini berapakah ?

II “Sila duduk di sini sementara menunggu bos sampai,” kata kerani itu.

III Eh, kalau tak silap saya itu cikgu awak!

IV Siapa nama anak saudara awak yang baru dilahirkan itu ?

A I sahaja C II dan III sahaja

B I dan II sahaja D I, II dan IV sahaja

12. I “Tolong angkatkan beg ini ke bilik tetamu,” kata ibu.

II “Sila siram pokok bunga di halaman rumah,” kata kakak.

III “Eh rupa rupanya kamu pun ada di sini!” kata Amin kepada Salim.

IV Apa pandangan awak tentang kes kecurian di kampung ini ?” tanya Puteri

Ameera.

A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja

B III dan IV sahaja D II, III, dan IV sahaja


Soalan 13

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat
yang dicetak tebal.

13 Walaupun Puan Ashikin bukanlah orang kaya, namun perbelanjaan pengajian anak-

anaknya di universiti akan ditanggungnya sendiri.

A Puan Ashikin akan menanggung sendiri perbelanjaan pengajian anak-anaknya

sungguhpun dia bukan orang kaya.

B Puan Ashikin dan anak-anaknya akan menanggung sendiri pengajian

pendidikan mereka di universiti.

C Perbelanjaan pengajian anak-anak Puan Ashikin di universiti akan

ditanggungnya meskipun dia bukanlah orang kaya.

D Perbelanjaan pengajian anak-anak Puan Ashikin di universiti akan ditanggung

sendiri oleh anaknya.

Soalan 14 dan Soalan 15

Pilih peribahasa yang paling sesuai.

14 Arang habis besi binasa

Peribahasa di atas bermaksud

A Pekerjaan yang sia-sia.

B Pemberian yang tidak berfaedah.

C Memberi pertolongan kepada orang yang memerlukannya.

D Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti.

15. Peribahasa yang manakah tidak membawa maksud orang yang tamak?

A Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

B Seperti anjing dengan bayang-bayang

C Alah membeli menang memakai

D Seperti Belanda minta tanah

- SELAMAT MENJAWAB-

Anda mungkin juga menyukai