Anda di halaman 1dari 8

KUMPULAN 4:

1. AKMAD IBRAHIM - SMK KABOTA TAWAU


2. S.M.D ROBERT Y.W.P TARINGAN - SM TINGGI KK
3. AIDAH BT MAJUN - SMK TENGHILAN
4. ROSNEH @ ROSE JIMMY - SMK TAMBUNAN
5. RUKIAH MULUK - SMK SANZAC
6. ROZYNANIE JONIS - SMK TUN FUAD STEPHENS

Soalan 1 hingga soalan 7


Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Pendeta Za’ba merupakan ________________ bahasa yang terbilang di negara ini.

A. ahli
B. panel
C. tokoh
D. kakitangan

2. Kejayaan anaknya sungguh _______________ sekali anggota keluarganya.

A. menggembirakan
B. mengagungkan
C. menghiburkan
D. mengharukan

3. Azman menjadi semakin ______________ apabila gilirannya semakin hampir untuk


disoal siasat oleh guru disiplin.

A. gerun
B. keliru
C. curiga
D. gelisah

4. Sampah itu dipungutnya _____________ dicampakkannya ke dalam tong sampah.

A. dan
B. tetapi
C. sambil
D. kemudian

5. “________________, betapa malangnya diriku ini!” kata Ahmad setelah gagal dalam
ujian memandu.
A. Aduh
B. Alahai
C. Aduhai
D. Alamak

6. _________________ tahunkah dia belajar di luar negeri?

A. Apa
B. Bila
C. Berapa
D. Berapakah
7. Ramai pemuda kini _____________ bekerja sendiri.

A. pernah
B. mesti
C. harus
D. mahu

Soalan 8 hingga soalan 14


Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditanda dengan A, B, C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat
itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.

8. Kegagalan projek itu ialah disebabkan oleh oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat
A B
itu. Tiada kesalahan.
C D

9. Setengah-setengah peniaga gemar mengambil kesempatan terhadap pembeli dengan


A B
menaikkan harga barangan. Tiada kesalahan.
C D

10. Tembakan penembak itu mensasar sedikit daripada sasarannya yang sebenar.
A B C
Tiada kesalahan.
D

11. “Beta akan berusaha melaksanakan segala perintah tuanku dengan baik,” sembah
A B C
Laksamana Hang Tuah. Tiada kesalahan.
D

12. Samad bukan dapat meneruskan pengajiannya di universiti kerana dia menghadapi
A B
masalah kewangan. Tiada kesalahan.
C D

13. Mak Cik Som menjual nasi lemak dan kuih-muih secara kecilan untuk menampung
A B C
keluarganya. Tiada kesalahan.
D

14. Bagi saya kejayaan yang dicapainya itu cukup memuaskan. Tiada kesalahan.
A B C D

Soalan 15 hingga soalan 17


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan
tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

15. I Majalah itu banyak menampung karya penulis tempatan.


II Baju yang dipakainya menampung, tetapi kelihatan bersih.
III Stadium yang baru dibina dapat menampung seratus ribu orang penonton.
IV Beliau telah memilih Irian Barat sebagai tempat menampung penduduk yang
berlebihan itu.

A. I dan II sahaja.
B. III dan IV sahaja.
C. I, II dan III sahaja.
D. I, III dan IV sahaja.

16. I Saya tidak dapat melapangkan waktu kerana banyak urusan.


II Emak melapangkan permaidani untuk menyambut kedatangan tetamu.
III Pelajar-pelajar itu melapangkan buku-buku yang baru diterima mengikut
subjeknya.
IV Pemandu-pemandu kenderaan melapangkan jalan apabila mendengar bunyi
ambulans.

A. I dan II sahaja.
B. III dan IV sahaja.
C. I, II dan III sahaja.
D. I, III dan IV sahaja.

17. I Sikap Amri sedang sahaja.


II Pokok durian itu sedang buahnya.
III Baju yang baru dibeli itu sedang untuk Salmah.
IV Normah sedang menggosok baju semasa kami tiba di rumahnya.

A. I dan II sahaja.
B. III dan IV sahaja.
C. I, II dan III sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

Soalan 18 hingga soalan 21


Sebahagian daripada ayat berikut telah digaris. Bahagian yang bergaris itu mungkin
mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda
menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda
hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada
kesalahan tandakan D.

18. Nasrul menghadiahkan adiknya sepasang kasut sukan.

A. menghadiah adik sepasang


B. menghadiah adiknya sepasang
C. menghadiahi adiknya sepasang
D. menghadiahkan adiknya sepasang

19. Sungguh enak sekali makanan yang dihidangkan oleh Puan Rogayah.

A. Sungguh enak makanan


B. Sungguh enak betul makanan
C. Sungguh sekali enak makanan
D. Sungguh enak sekali makanan

20.”Pesalah itu telah dibawakan ke Penjara Kajang dengan menaiki van,” jelas Ketua
Polis Negara kepada wartawan.

A. telah dibawa ke Penjara Kajang


B. telah dibawakan ke Penjara Kajang
C. telah dibawakan ke Penjara Kajang
D. telah dibawakan kepada Penjara Kajang

21. Menteri kanan-menteri kanan kerajaan telah berlepas ke Kota London untuk
menghadiri persidangan.

A. Menteri kanan-menteri kanan kerajaan telah melepasi ke


B. Menteri kanan-menteri kanan kerajaan telah berlepas ke
C. Menteri-menteri kanan kerajaan telah berlepas ke
D. Menteri-menteri kanan kerajaan telah lepas ke

Soalan 22 hingga Soalan 24


Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat
yang dicetak tebal.

22. Antara langkah untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
ialah membuat persediaan lebih awal.

A. Bersedia lebih awal adalah faktor utama untuk mencapai keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan.
B. Persediaan awal akan dapat membantu pelajar yang ingin memperoleh keputusan
yang cemerlang dalam peperiksaan.
C. Keputusan yang cemerlang boleh dicapai melalui pelbagai langkah seperti
membuat persediaan awal mengenai peperiksaan.
D. Membuat persediaan lebih merupakan antara langkah untuk memperoleh
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

23. Adik Ali menjerit kesakitan apabila lengannya disengat seekor tebuan tanah.

A. Seekor tebuan tanah menyengat lengan adik Ali apabila dia menjerit kesakitan.
B. Ali menjerit kesakitan apabila seekor tebuan tanah menyengat lengan adik.
C. Sebagai akibat disengat tebuan tanah di lengan, adik Ali menjerit kesakitan.
D. Kesakitan lengan sebagai akibat sengatan tebuan itulah yang menyebabkan Ali
dan adiknya menjerit kesakitan.

24. Mak Limah bertambah risau melihat anaknya yang sakit itu tidak mahu
makan.

A. Anak Mak Limah yang tidak lalu makan itu bertambah sakit dan merisaukan
dirinya.
B. Kerisauan anak Mak Limah bertambah apabila melihat ibunya tidak mahu makan,
tambahan pula dia sakit.
C. Melihat anaknya yang sakit itu tidak mahu makan, Mak Limah menjadi
bertambah gelisah.
D. Kesakitan anaknya bertambah hingga Mak Limah tidak mahu makan.
Soalan 25 hingga Soalan 27
Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan
yang paling sesuai.

25. I Kakak mengaitkan adik buah mangga muda.


II Pegawai polis itu dianugerahi pingat kebesaran atas jasa dan keberaniannya.
III Wakil rakyat memanjang permohonan Encik Mansor pada peringkat atasan.
IV Meja itu diselubungi dengan plastic supaya tidak terkena hujan.

A. I dan II sahaja.
B. I dan III sahaja.
C. I, II dan III sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

26. I Berkejar-kejaran kanak-kanak itu di padang.


II Ibu menyapu air mata yang bergenang pada kelopak matanya.
III Taufik dinobatkan sebagai pelakon teater terbaik di sekolahnya.
IV Ayah memangkas rumput di halaman rumah menggunakan mesin pemotong
elektrik.

A. I dan II sahaja.
B. III dan IV sahaja.
C. I, II dan III sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

27. I Kamu tidak datang semalam mengapakah?


II Puan Fatimah terlalu memanjakan anaknya.
III Encik Rahmat melukis sambil mendengar muzik.
IV Apakah kamu tinggal di Kota Kinabalu?

A. I dan II sahaja.
B. II dan III sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. II, III dab IV sahaja.
Soalan 28 hingga Soalan 30
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.

28. Asmizan berasa sungguh takut apabila dia terpecahkan pasu antik milik ibunya secara
tidak sengaja.

A. Bagai kucing dibawakan lidi.


B. Bagai pucuk dilancarkan.
C. Bagai kumbang putus tali.
D. Bagi bulu ditarik songsang.
29. Wajah Mukaramah kelihatan lesu dan pucat kerana kurang tidur akibat mengulang
kaji pelajaran sehingga larut malam.

Keadaannya itu diibaratkan

A. bagai bulan kesiangan


B. bagai ayam disambar helang
C. seperti cicak makan kapur
D. seperti ular kena palu

30. Air dicincang tidak akan putus

Maksud yang paling sesuai dengan peribahasa di atas ialah …………..

A. pekerjaan yang sia-sia.


B. tali persaudaraan yang tidak akan terputus.
C. suatu pekerjaan yang berat akan menjadi mudah.
D. sesuatu usaha perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

SKEMA JAWAPAN:

BIL/ JWP ARAS BIL./ JWP ARAS BIL./ JWP ARAS


KON KON KONT
1 (KN) C S 11 (BI) A S 21 (KN) C S
2 (KK) D S 12 (KNf) A S 22 (SA) D T
3 (KA) A R 13 (KBi) B S 23 (AM) A R
4 (KH) D R 14 (KSN) A T 24 (MA) C S
5 (KSr) B R 15 (KK) B T 25 (PP) A S
6 (KT) C R 16 (KA) B S 26 (PP) C T
7 (KB) D S 17 (KB) B R 27 (PP) B S
8 (KP) A S 18 (IM) C S 28 (Pr) A T
9 (KBi) D T 19 (KP) B S 29 (Pr) A S
10 (IM) B T 20 (KSN) A R 30 (Pr) B R
KUMPULAN 4:
7. AKMAD IBRAHIM - SMK KABOTA TAWAU
8. S.M.D ROBERT Y.W.P TARINGAN - SM TINGGI KK
9. AIDAH BT MAJUN - SMK TENGHILAN
10. ROSNEH @ ROSE JIMMY - SMK TAMBUNAN
11. RUKIAH MULUK - SMK SANZAC
12. ROZYNANIE JONIS - SMK TUN FUAD STEPHENS
KIULU

Anda mungkin juga menyukai