Anda di halaman 1dari 13

LATIHAN PERSEDIAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TING 2 (2021)

Bahagian A
[20 markah]
Sistem Bahasa dan Pemahaman Teks
Soalan 1 hingga 4
Lengkapkan ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Sejak kecil Kim Wei sememangnya rajin belajar. _______________ sekarang belajar
dalam bidang kejuruteraan di Universiti Malaya.

A Dia C Engkau
B Awak D Mereka

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah

2. Nenek sedang ___________ air di atas tungku dapur kayu.

A mereneh C memasak
B menanak D menjerang

3. Pemakaian artis lelaki itu yang segak, ____________ , dan bergaya menyebabkan dia
menjadi contoh dalam kalangan artis yang lain.

A kemas C anggun
B mahal D menawan

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah

1
LATIHAN PERSEDIAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TING 2 (2021)

4. Ismail memotong rumput _________ mesin pemotong rumput yang baru dibelinya.

A kepada C dengan
B tentang D terhadap

Soalan 5 dan Soalan 6

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
telah ditanda dengan A,B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.

5. Cikgu Zuraida meminta anak muridnya mencari maksud berapa frasa berpandukan
A B C
Kamus Dewan. Tiada kesalahan.
D

6. Jumlah kerugian akibat kebakaran yang membabitkan sebuah pusat beli-belah di bandar
A B
ini kelmarin ditaksirkan bernilai berjuta-juta ringgit. Tiada kesalahan.
C D

Soalan 7 hingga 8
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

7. I Pihak berkuasa sentiasa melancarkan operasi mencegah lumba haram.


II Motosikal berkuasa tinggi itu amat mahal harganya.
III Selain bahasa Melayu, pelajar perlu berkuasa dalam mata pelajaran Bahasa
Inggeris.
IV Ibu bapa berkuasa besar dalam memastikan kejayaan anak-anak mereka.

A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja


B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

8. I Encik Alan membaca surat khabar sementara menunggu isterinya memasak.


II Buatlah kerja sekolah kamu sementara masih ada waktu.
III Sebelum ditawarkan sebagai pengurus kewangan, pemuda itu hanyalah pekerja
sementara di syarikat tersebut.
IV Rajesh pergi ke rumah rakannya sementara kerana ada hal yang hendak
dibincangkan

A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja


B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

2
LATIHAN PERSEDIAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TING 2 (2021)

Soalan 9 dan 10

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut itu mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A,B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan .

9. Pengetua sekolah akan membincangkan tentang perkara-perkara lain yang berkaitan


dengan disiplin murid dalam mesyuarat guru.

A berbincang tentang lain-lain perkara


B berbincang tentang perkara-perkara lain
C membincangkan tentang lain-lain perkara
D membincangkan tentang perkara-perkara lain

10. Berbagai cara telah dilakukan oleh pembuat kek untuk melariskan jualan kek mereka.

A Berbagai-bagai acara telah dilakukan


B Berbagai-bagai cara telah dilakukan
C Pelbagai-bagai cara telah dilakukan
D Berbagai cara telah dilakukan

Soalan 11 dan 12

Pilih ayat-ayat yang betul.

11 I Bawang putih itu telah dimayang oleh saya untuk ditumis.


II Di hari cuti, ramai pengunjung berkelah di Pantai Hiburan Rompin.
III Ketam yang digunakan oleh tukang kayu itu diperbuat daripada kayu cengal
IV Encik Halil menghadiahi isterinya sebentuk cincin berlian sempena ulang tahun
perkahwinan mereka.

A I dan II sahaja.
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

3
LATIHAN PERSEDIAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TING 2 (2021)

12 I Tanah di hujung kampung itu bukan milik datuk saya.


II Ayam goreng berempah yang kami makan di gerai itu amat enak sekali.
III Encik Herry membawa keluarganya makan malam di Restoran Aminah Tomyam.
IV Ani Hazrina duduk antara Kamal Hazli dengan Siew Fong sewaktu mendengar
taklimat PT3

A I dan II sahaja.
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

Pilih ayat-ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan
ayat yang dicetak tebal

13. Kawasan pelancongan merupakan tempat yang paling sesuai bagi seseorang
mencari ketenangan dan beristirahat.

A Destinasi pelancongan sesuai bagi orang yang suka merehatkan diri daripada
suasana tenang dan sepi.
B Ketenangan dan kesunyian destinasi pelancongan membolehkan kita berehat
dengan tenang.
C Untuk mendapatkan ketenangan fikiran sambil berehat, seseorang mesti mencari
destinasi pelancongan.
D Tempat yang sangat sesuai untuk sesiapa sahaja menenangkan fikiran dan
merehatkan badan ialah destinasi pelancongan.

Soalan 14 dan 15

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan berikut.

14. Pepatah di bawah menyatakan kepentingan budi dalam kehidupan kecuali

A hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati


B bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
C hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga
D harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

4
LATIHAN PERSEDIAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TING 2 (2021)

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah ini

15 Peribahasa yang sesuai dengan gambar tersebut ialah


A Ada gula ada semut
B Mati semut kerana gula
C Naik seperti semut turun seperti ribut
D Semut dipijak tidak mati, gajah diarung bergelimpangan

Soalan 16 hingga 20

Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

PENDAKWA RAYA : Bulat bin Leper, adakah pada 10 Januari 1988, antara jam 8:00
hingga 9:00 kamu berada di Taman Gagak Putih?

TERTUDUH 1 : Ya, benar tuan.

PENDAKWA RAYA : Dan pada waktu yang tersebut itu, kamu telah makan sebiji pisang
dan membuang kulitnya?

TERTUDUH 1 : Ya, benar sekali tuan.

PENDAKWA RAYA : Dan dalam waktu yang tersebut itu, seorang nenek yang sedang
berjoging telah terpijak kulit pisang yang kamu buang lalu
tergelincir dan jatuh. Kejadian itu menyebabkan pinggangnya patah
dan dia mati dalam perjalanan ke hospital.
PENDAKWA RAYA : Adakah kamu mengaku bahawa kenyataan ini benar?

TERTUDUH 1 : Kenyataan itu tidak benar, tuan.

(Dipetik daripada drama “Mahkamah”, Antologi Baik Budi, Indah Bahasa,


Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia)

5
LATIHAN PERSEDIAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TING 2 (2021)

16. Di manakah tertuduh berada pada 10 Januari 1988 antara pukul 8:00 pagi hingga 9:00
pagi.

A Tepi jalan
B Taman Rekreasi
C Tepi tong sampah
D Taman Gagak Putih

17. Apakah yang terjadi sebaik-baik sahaja nenek tua yang sedang berjoging terpijak kulit
pisang?

A Tergelincir dan jatuh


B Patah pinggang dan mati
C Tergelincir dan terduduk
D Tergelincir dan patah pinggang

18 Apakah perwatakan yang ada pada watak Tertuduh I?

A Seorang yang penakut


B Seorang yang adil menjalankan tugasnya
C Seorang yang berani mempertahankan pendiriannya
D Seorang yang terburu-buru ketika berhujah

19. Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam petikan drama “Mahkamah” tersebut

A Keberanian dan kasih sayang


B Keikhlasan dan kerjasama
C Kegigihan dan ketelitian
D Kejujuran dan ketegasan

20. Berikut merupakan kepentingan kesedaran sivik dalam diri seseorang kecuali…

A akan meningkatkan kes vandalisme dan gengsterisme


B mengelakkan seseorang melakukan perkara yang negatif
C akan sentiasa berfikiran positif dan melakukan perkara-perkara yang baik
D kehidupan masyarakat akan bertambah aman, makmur, sejahtera dan harmoni

6
LATIHAN PERSEDIAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TING 2 (2021)

Bahagian B
[25 markah]

Soalan 1- Sistem bahasa (OPB) –[5 markah]

(a) Dalam maklumat di bawah terdapat dua kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan-
kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

JAMUAN AKHIR TAHUN


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MAMAT
Tarikh:
26 October 2019
Masa:
11:30 pagi – 3:00 petang

Atur cara Program

 Kata alu-aluan daripada pengerusi majlis


 Ucapan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mamat
 Bacaan doa dan majlis jamuan makan
 Acara persembahan daripada murid dan guru
 Majlis penyampaian hadiah dan sijil Unit Kurikulum, Ko-kurikulum
dan Hal Ehwal Murid

(i) _________________________________________________________________

(ii) _________________________________________________________________

(b) Kenal pasti ayat-ayat perintah di bawah dan nyatakan jenisnya sama ada ayat silaan,
ayat permintaan, ayat larangan atau ayat suruhan.

(i) “Usah kamu dengar kata-kata kawan kamu itu,” nasihat Pak Haris kepada
anaknya.
__________________________________________________________________

7
LATIHAN PERSEDIAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TING 2 (2021)

(ii) “Minta tuan-tuan dan puan-puan datang awal pada hari esok kerana taklimat akan
dimulakan tepat pada masanya,” kata Puan Aliya kepada semua ahli kursus.

__________________________________________

(iii) “Jemputlah datang ke rumah saya pada hari Sabtu nanti. Saya dan isteri
mengadakan sambutan hari lahir anak kami yang kecil,” kata Encik Ahmad
Mustakim kepada para pekerjanya.
__________________________________________

8
LATIHAN PERSEDIAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TING 2 (2021)

Soalan 2: Subjektif pemahaman petikan –[10 markah]

Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

BAHAN 1 BAHAN 2
“Kalau buat tudung saji, berapa warna, mak?”
Dia teringat pesan ibunya. Jika menang pun
tanya Azizah, tertarik. tidak berguna. Jika ingin bersaing, bersainglah
“Tiga warna pun boleh,” dalam pelajaran. Beluntung membulatkan
“Zah ada seringgit lapan puluh sen. Mak
tekadnya. Dia mesti lulus peperiksaan darjah
bagi dua puluh sen, ya? Zah harap sangat
enam. Barangkali Tuyog juga faham tujuanku,
dapat buat tudung saji yang paling cantik
bisik hati Beluntung. Akan tetapi yang jelas,
untuk Cikgu Zaleha. Kalau cukup duit, Zah
bapa mahu aku lulus. Biar semua orang tahu
nak buat tudung saji dalam empat warna.
bahawa Beluntung yang berbau kerbau
Tentu cantik, kan mak?” kata Azizah dengan
menjadi pelajar terbaik SRK Timbang Pasir.
riang dan yakin. Bapa akan gembira. Ibu akan gembira. Orang
Kampung Layong tumpang gembira. Semua
Emak tersenyum puas hati kerana dapat orang gembira.
menyelesaikan masalah anaknya itu.
(Dipetik daripada cerpen ‘Bawod’, Antologi Bintang Hati,
(Dipetik dan diubah suai daripada cerpen ‘Hadiah’, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia)
Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,
Kementerian Pendidikan Malaysia)
BAHAN 3

Belajar bersungguh-sungguh

1 Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2 di atas, nyatakan harapan Azizah dan Beluntung dalam
usaha yang dilakukannya.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

9
LATIHAN PERSEDIAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TING 2 (2021)

________________________________________________________________________
[3markah]

2 Berikan dua nilai murni yang terdapat dalam bahan 3.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

[3 markah]

3 Kejayaan tidak akan mudah dicapai tanpa usaha yang gigih.

Pada pendapat anda, selain gigih berusaha, apakah sikap-sikap lain yang perlu ada pada
diri seseorang untuk mencapai kejayaan dalam setiap perkara yang dilakukannya?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

[4 markah]

10
LATIHAN PERSEDIAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TING 2 (2021)

Soalan 3 : Subjektif (Novel)


Jawapan anda mestilah berdasarkan satu novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2

Pengajaran merupakan satu aspek sastera yang diterapkan oleh penulis dalam setiap novel.
Semua perkara positif dan negatif yang terdapat dalam novel boleh dijadikan pedoman dan
peringatan kepada pembaca dalam kehidupan.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari di tingkatan dua, nyatakan tiga pengajaran
yang berkaitan dengan watak sampingan yang diberikan.

(10 markah)

Bahagian C
[15 markah]
[Masa dicadangkan : 15minit]
Arahan: Pilih satu soalan sahaja sama ada soalan 1 atau soalan 2.

Soalan1: Ringkasan– [15 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang kepentingan berpeluh. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan.
Dalam suasana kehidupan di bandar, kebanyakan penduduknya tidak suka akan
pekerjaan yang terlalu banyak mengerah tenaga. Mereka lebih suka bekerja di pejabat tanpa
mengeluarkan peluh. Sikap ini perlu diubah kerana pakar perubatan telah membuktikan
bahawa berpeluh amat penting untuk penjagaan kesihatan.

Selain itu, berdasarkan sistem biologi tubuh manusia, orang yang sering berpeluh akan
mempunyai kulit yang lebih bersih. Kulit manusia yang mengalirkan sisa toksik keluar
daripada badan menjadikannya berfungsi sebagai ginjal ketiga tubuh manusia. Kulit yang
berpeluh akan membuang kotoran yang sama banyak dengan kerja yang dilakukan oleh ginjal
selama 24 jam. Seseorang yang berpeluh juga dapat mengekalkan keanjalan kulit secara
semula jadi. Kadar peluh yang keluar itu dikawal oleh sel saraf di bahagian otak yang
mendapat input daripada reseptor yang mengesan suhu pada permukaan kulit.

Tambahan pula, pengeluaran peluh juga penting untuk menyejukkan tubuh badan
kerana peluh dapat mengimbangkan suhu badan supaya kekal stabil. Oleh sebab itu, terapi
peluh dilakukan di rumah mandi wap sebagai salah satu cara perubatan tertua yang
diamalkan turun temurun dalam pelbagai budaya di dunia seperti sauna di Finland, hamam di
Timur Tengah, dan sento di Jepun. Di samping itu, rembesan peluh dapat mencegah

11
LATIHAN PERSEDIAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TING 2 (2021)

penyakit ekzema dan jerawat yang berpunca daripada liang roma yang tersumbat.

Seseorang yang bekerja di pejabat dalam jangka masa yang lama, tanpa mengeluarkan
peluh, sering berasa letih. Sehubungan dengan itu, mereka perlu sedar akan kepentingan
berpeluh. Kajian perubatan telah membuktikan bahawa berpeluh sebenarnya dapat
mengurangkan keletihan di samping untuk membuang asid laktik yang terkumpul dalam otot.
Selain melalui najis dan kencing, bahan urea atau sisa metabolisme juga dinyahkan dengan
cara berpeluh. Perlu diingat bahawa sisa urea yang terkumpul dalam tubuh boleh
menyebabkan sakit kepala dan loya. Jika jumlahnya banyak dan dibiarkan terkumpul terlalu
lama pula, bahan kotoran itu boleh mengakibatkan koma serta kematian.

Tidak dapat dinafikan bahawa banyak sekali kepentingan berpeluh dalam kehidupan
seharian. Sesungguhnya, setitik keringat yang mengalir pada kulit bukanlah sesuatu yang
remeh dan boleh dibuang begitu sahaja sebaliknya menyimpan pelbagai hikmah tentang
kesihatan.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bukan Sekadar Keringat’
oleh Sabaril Hasrin Sanin Dewan Kosmik, November 2009)

ATAU

Soalan 2 : Rumusan [15 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kemalangan jalan raya kerap berlaku di negara kita. Kadar kemalangan meningkat setiap
kali musim perayaan walaupun pelbagai kempen dan tindakan dijalankan oleh pihak berkuasa.
Peningkatan jumlah kematian merupakan suatu kerugian yang melibatkan nyawa, harta benda,
wang, tenaga manusia, dan masa. Memandangkan bilangan kematian terus meningkat, maka
pelbagai usaha perlu diambil untuk mengatasi kemalangan jalan raya. Antara usahanya ialah
pengeluaran lesen memandu diperketat demi membendung kejadian yang menyayat hati
terutamanya pada musim perayaan.

Para pemandu perlu menjalani ujian kecekapan atau latihan memandu yang teliti sebelum
diberi lesen bagi memastikan mereka mengamalkan gaya pemanduan yang positif. Antara
penyebab peningkatan kadar kemalangan jalan raya termasuklah sikap pengguna yang cuai. Hal
ini dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang
menunjukkan bahawa 90 peratus daripada kes kemalangan jalan raya berlaku kerana kecuaian
pemandu. Dalam memastikan kemalangan sifar dicapai, hukuman yang lebih tegas sebagai
pengajaran terhadap pemandu perlu dikenakan. Pemandu-pemandu baru yang melakukan
kesalahan dalam tempoh dua tahun pertama perlu dikenakan tindakan perlanjutan tempoh
percubaan sebelum mendapat lesen sepenuhnya.

12
LATIHAN PERSEDIAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TING 2 (2021)

Orang ramai masih belum belajar daripada kesilapan-kesilapan masa lalu, malah
pengalaman pihak lain juga dipandang rendah. Sejajar dengan itu, sudah tiba masanya pihak
berkuasa mengkaji secara mendalam aspek-aspek yang sesuai dalam sistem pembelajaran dan
pendidikan pemanduan di negara kita. Sistem pemanduan yang dikendalikan oleh pihak JPJ
umpama sistem peperiksaan akademik yang diduduki oleh para pelajar. Sewajarnya, elemen
sivik dipupuk pada jiwa seseorang pelajar sehingga amalan tersebut tersemai dengan mendalam
dan menjadi amalan apabila dewasa nanti.

Di samping itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa, sekolah, dan masyarakat menyemai
nilai-nilai murni dalam usaha melahirkan generasi pemandu yang berhemah. Penguatkuasaan
undang-undang dan denda yang dikenakan perlu diketatkan supaya mereka yang bersalah
dihukum sewajarnya. Selain itu, penetapan had laju di lebuh raya dan di jalan-jalan biasa perlu
dikekalkan kerana banyak kemalangan yang berlaku berpunca daripada kenderaan yang tidak
dapat dikawal sebagai akibat dipandu terlalu laju. Para pengguna perlu disedarkan bahawa jalan
raya bukanlah tempat untuk berlumba dan mereka perlulah memandu secara berhemah supaya
tidak mengakibatkan nahas yang membabitkan orang lain.

Jelaslah bahawa banyak langkah yang boleh diambil oleh individu, masyarakat mahupun
negara pelbagai pihak dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Semua pihak perlu
menggemblengkan tenaga secara lebih efektif untuk mengatasi kemelut ini, janganlah sudah
terhantuk baru hendak tengadah kerana apabila sesuatu kecelakaan sudah berlaku, tiada guna
menyesalinya lagi, kerana nasi sudah menjadi bubur. Tragedi kemalangan boleh berlaku kepada
sesiapa sahaja dan bila-bila masa kerana malang tidak berbau.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Budayakan Hargai Nyawa”
oleh G. Manimaran, Utusan Malaysia, Disember 2003)
NOMBOR SOALAN

13

Anda mungkin juga menyukai