Anda di halaman 1dari 10

BAHAGIAN A

[15 markah]
Soalan 1-4
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. Aisy ______ pokok di halaman rumah supaya dapat membantu tumbesaran anak
pokok yang ditanam.
A. menyimbah C. mencurah
B. merenjis D. menyiram

2. Tulang bumbung rumah itu dipasang ______ suapaya kukuh dan tidak mudah ditiup
angin.
A. jejari C. kekuda
B. sesiku D. tetupai

3. Anisah berjalan terhincut-hincut kerana kakinya _________ tercucuk duri semasa


melalui kawasan semak.
A. senak C. senget
B. sakit D. bengkok

4. “Jangan lupa cuci pakaian sekolah ______ sebelum keluar rumah” pesan Mak Piah
kepada anak tunggalnya, Ani.
A. dia C. kamu
B. kita D. engkau

Soalan 5
Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandakan dengan A,B, atau C dan jika tiada kesalahan telah
ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.
5. Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada Perdana Menteri Malaysia telah
A
berjaya membawa pembaharuan dalam pemerintah yang diterajui beliau. Tiada
B C
kesalahan.
D

Soalan 6
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

6. I Aini mengupas beberapa ulas bawang putih seperti yang disuruh ibunya.
II Forum yang dianjurkan oleh ketua kampung itu bertujuan mengupas
permasalahan remaja pada masa ini.
III Maimum mengupas kuih lepat pisang sebelum menyuapkan ke mulut adik
Bongsunya yang menangis kelaparan.
IV Pak Mat mengupas kelapa di kebelakang rumah kerana disuruh oleh isterinya
yang ingin masak gulai lemak ayam.
A I dan II Sahaja C I,II dan III sahaja
B III dan IV Sahaja D II, III dan IV sahaja
Soalan 7
Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A,B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan
tandakan D jika tiada kesalahan.

7. Beberapa orang penduduk-penduduk mengalami cirit-birit selepas makan makanan


yang disediakan oleh pihak katering itu.
A Berapa orang penduduk
B Beberapa orang penduduk
C Beberapa orang penduduk-penduduk

Soalan 8
Pilih ayat yang betul
I Lizawati melawat sahabatnya ke hospital.II Michael bermain mercun di halaman
rumahnya.
III Kita harus bertanggungjawab atas apa-apa yang kita lakukan.
IV Tuan Puteri Kesuma Dewi ke kamarnya untuk beradu.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I,II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 9
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir
dengan ayat yang dicetak tebal.

9. “Saya sungguh kesal akan sikap awak yang tidak menyiapkan kerja sekolah
sehingga dimarahi Cikgu Suzila,” Kata Farisha kepada Siti.
A. Cikgu Suzila mengesali sikap Siti dan Farisha yang tidak menyiapkan kerja
sekolah yang diberikan.
B. Farisha mengesali sikap Siti yang tidak menyiapkan kerja sekolah sehingga dia
dimarahi oleh Cikgu Suzila
C. Siti mengesali sikap Farisha yang memarahinya kerana tidak menyiapkan kerja
sekolah yang diberikan oleh Cikgu Suzila kepada mereka.
D. Farisha mengesali sikap Siti yang mengejek Cikgu Suzila yang memberikan kerja
sekolah kepadanya.

Soalan 10
Pilih peribahasa yang paling sesuai
10. Peribahasa yang berikut membawa maksud orang yang pulang ke tempat asal
setelah merantau jauh kecuali
A. Sirih pulang ke gagang
B. Sebagaimana tangan di lenggang, ke ketiak juga lekatnya.
C. Berapa tinggi bangau terbang, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga
D. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri send iri, baik juga di negeri
sendiri.
Soalan 11 hingga 15 berdasarkan petikan cerpen di bawah.

11. Apakah tema yang dikemukakan oleh penyajak dalam sajak di atas?
A Kepentingan perpaduan
B Kecintaan kepada negara
C Amalan baik semasa hidup
D Kecintaan seseorang manusia kepada Tuhan
12. Berdasarkan rangkap ketiga sajak, penyajak mengatakan bahawa dia tercipta pada
hari ini dan
A tiada manusia lain dipantai itu.
B penyajak menelusuri pantai itu sendiri.
C Penyajak membayangkan bahawa dirinya Adam
D penyajak pertama kali melihat laut, langit dan pohon

13.
Gaya bahasa yang sesuai dengan pengulangan konsonan P di atas ialah
A anafora
B repetisi
C aliterasi
D asonansi
14. Antara berikut, baris yang manakah mengandungi unsur bahasa personifikasi?
A Aku ini Adam
B Sentuhan angin ini
C Dan pertama kali melihat
D Aku percaya Kau Pencipta
15. Antara berikut, yang manakah kesan-kesan positif sekiranya kita menginsafi
kekerdilan diri?
I Mendapat pujian
II Menjadi orang yang rajin
III Memperoleh ketenangan jiwa
IV Sentiasa berhati-hati dalam setiap Tindakan
A I dan II Sahaja C I,II dan III sahaja
B III dan IV Sahaja D II, III dan IV sahaja
BAHAGIAN B
[30 markah]
1. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Makanan segera di pasaran kebanyakannya mengandungi kolestrol yang


tinggi.

(ii) Rakyat Malaysia perlu menggembling tenaga untuk menjaga kebersihan alam
sekitar.

(iii) Hakim menjatuhi banduan itu hukuman gantong sampai mati atas kesalahan
yang telah dilakukan.

(3 markah)

2. Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Penjenayah itu ditembak oleh polis ketika beliau cuba melarikan diri.

(ii) Adik menyimpan duit dalam tabung untuk membeli buku rujukan.

(2 markah)

3. Kenal pasti ayat-ayat tunggal di bawah dan nyatakan jenisnya sama ada ayat
perintah, ayat tanya, ayat penyata atau ayat seruan.

(i) Noni membeli pakaian pengantin di kedai itu. _______________

(ii) “Siapakah gadis berbaju biru itu?” tanya Cikgu Kamal. _______________

(iii) Janganlah kamu memancing di kawasan kolam itu. ________________

(iv) Cis, berani kau mempermainkan perasaan adikku! ________________

(v) Bengkel motivasi terbuka kepada semua murid. ________________

(5 markah)
4. Baca petikan cerpen dibawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri

i) Berdasarkan petikan di atas,mengapakah kedua-duan orang anak yatim piatu itu hidup
melarat? (3 markah)

_________________________________________________________________________

ii) Nyataka dua nilai yang terdapat dalan petikan tersebut. (3 markah)

iii) Pada pendapat anda,mengapakah Si Bongsu ingin mengikut tujuh orang wanita itu
pulang ke kayangan? (4 markah)

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________
5. Jawapan anda hendaklah berdasarkan SATU daripada novel yang telah anda kaji di

Tingkatan 1

(i) Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia


(ii) Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini
(iii) Formula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman
(iv) Sejambak Kasih karya Rejab F.I

Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan 3 persoalan novel dan berikan
contoh bagi menyokong jawapan anda.

…………………………………………………………………………………………………
………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………
………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………
………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………
………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………
………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………
………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………
……………………………………….
…………………………………………………………………………………………………
………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………
………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………..
…………………………………………………………………………………………………
………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………..
…………………………………………………………………………………………………
………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
BAHAGIAN C
[15markah]
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang usaha-usaha memajukan industri kraf tangan di Malaysia. Panjang
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan.

Sektor pelancongan merupakan salah satu penyumbang kewangan utama terhadap


ekonomi negara. Kraf tangan buatan Malaysia yang eksotik dan menarik menyebabkan
banyak pelancong asing tertarik hati. Menyedari hal ini, banyak pihak telah menjalankan
pelbagai usaha bagi memastikan industri ini terus berkembang.
Antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan termasuklah mengadakan kempen dan
promosi di dalam dan di luar negara. Kempen ini dijalankan menerusi media massa dan
media cetak. Terdapat banyak iklan yang memaparkan keunikan dan kepelbagaian kraf
tangan buatan Malaysia. Selain itu, kerajaan juga menganjurkan kempen di luar negara yang
diadakan saban tahun. Kempen ini dijalankan bagi menghebahkan kraf tangan buatan
Malaysia di mata dunia. Di samping itu, kerajaan juga ada mewujudkan pusat pengumpulan
barangan kraf tangan bagi memudahkan urusan pemasaran. Pusat pengumpulan ini telah
membuka ruang pekerjaan bagi penduduk tempatan dan sekali gus mengurangkan kadar
pengangguran.
Bagi memastikan industri kraf tangan ini terus berkembang, kerajaan juga
memberikan bantuan dari segi latihan dan modal. Penduduk tempatan akan diberikan latihan
bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan supaya kraf tangan yang dibuat selaras
dengan arus pemodenan. Tambahan pula, pengubahsuaian kraf tangan agar sesuai dengan
keperluan semasa juga amat digalakkan selagi tidak mencacatkan nilai estetik. Bantuan
kewangan juga diberi agar segala aktiviti pembuatan berjalan lancar. Sememangnya industri
ini banyak membantu meningkatkan ekonomi negara kerana berkai rapat dengan industri
pelancongan. Diharapkan usaha ini dapat memastikan kraf tangan Malaysia “tak lekang dek
panas, tak lapuk dek hujan”.

(Dipetik dan diubah suai daripada Industri Kraf tangan di Malaysia’ oleh
Sofea Suhaimi, Dewan Siswa, Jun 2017)
……………………………………………………………………………………………………………

……………………………..

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………..

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………..

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………..

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………..

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………..

……………………………………………………………………………………………………………

…………………………….

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………..

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………..

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………….………………..

……………………………………………………………………………………………………………

…………………………….

……………………………………………………………………………………………………………

………………………..

……………………………………………………………………………………………………………

…………………………….

……………………………………………………………………………………………………………

………………………..

……………………………………………………………………………………………………………

…………………………….
……………………………………………………………………………………………………………

………………………..

……………………………………………………………………………………………………………

…………………………….

……………………………………………………………………………………………………………

………………………..

……………………………………………………………………………………………………………

…………………………….

……………………………………………………………………………………………………………

………………………..……………………………………………………………………….

-KERTAS SOALAN TAMAT-

Anda mungkin juga menyukai