Anda di halaman 1dari 11

^^ Disediakan UT/​Agata/Jayadidik​/ C

​ ikgu LI / 22 / 6 / 2020
UJIAN PERTENGAHAN TAHUN PT3 CABARAN 2 - [ JUN / JULAI ] 2020
Kertas 1

Nama :______________ Tingkatan : _____________ Tarikah : _______________

BAHAGIAN A - [ 20 markah ] - Masa dicadangkan : 30 minit

Soalan 1 – 4
Lengkapan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang ​paling sesuai​.

1. Pelbagai usaha sedang dilakukan oleh kerajaan Myanmar ke arah


kehidupan rakyatnya yang sebelum ini sentiasa terlibat dalam peperangan
saudara.ni sentiasa terlibat dalam peperangan saudara.
A tenteram
B ditenteramkan
C penenteraman
D ketenteraman

Soalan ​2​ berdasarkan gambar di bawah.

2. Faud ​ ​ motosikalnya yang rosak ke Bengkel Ah Seng untuk


dibaiki.
A menarik
B memapah
C menuntun
D menunggang

3. Perabot yang dihasilkan ​ ​ kayu jati itu lebih cantik dan tahan lebih
lama.
A dari
B bagi
C untuk
D daripada

4. Pegawai yang disyaki ​ ​ itu sedang disoal siasat oleh pihak


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
A makan hati
B makan gaji
C makan suap
D makan angin

Soalan 5 dan soalan 6


Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan
kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah
ditandakan dengan D. pilih jawapan yang paling sesuai.

5. Ahli sains-ahli sains​ A ​negara telah menjalankan​ ​uji kaji​ B​ terhadap struktur
tanah yang terdapat di ​Kutub Utara​ C​ pada penghujung tahun ini. ​Tiada kesalahan
D

6. Tuk wan menceritakan​ ​tentang​ A​ pengalamannya​ ​semasa​ B​ menjadi buruh paksa


Jepun​ ​di​ C ​ Siam. ​ Tiada kesalahan​ D

Soalan 7 dan soalan 8


Pilih ayat yang menggunakan ​perkataan yang berhuruf condong ​dengan betul.

7. I ​Mendalam​ soal ini, dia tidak harus dipersalahkan.


II Masalah itu dibincangkan secara ​mendalam​ antara empat mata.
III Fikirlah secara ​mendalam​ sebelum membuat sebarang tindakan.
IV Air perigi semakin ​mendalam​ setelah hujan turun tanpa henti.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja

8. I Jasa Cikgu Zainab tetpa ​segar​ dalam ingatan anak-anak muridnya.


II Tulisan Fahmi​ segar ​dan memudahkan guru kelas untuk membacanya.
III Udara di Tanah Tinggi Cameron itu sungguh dingin dan ​segar.
IV Pokok-pokok yang ditanam oleh ayah di kebun sungguh​ segar.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja

Soalan 9 dan soalan 10


Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin ​mengandungi kesalahan
penggunaan Bahasa dan ​mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada ​A, B, atau C​ jika ayat mengandungi kesalahan dan tandakan ​D
jika tidak kesalahan.

9. Rahimi ​bertanyakan kepada​ saya tentang arah ke rumah Azim.


A bertanya saya
B ditanyakan saya
C bertanya kepada saya
D bertanyakan kepada saya

10. Ujian lisan berlangsung selama ​satu jam setengah​.


A jam satu setengah
B satu setengah jam
C setengah satu jam
D satu jam setengah

Soalan 11 dan soalan 12


Pilih ayat-ayat yang ​betul​.

11. I Hariz adalah murid tertinggi di sekolahnya.


II Kami keluar dari Raju klinik pada pukul 9.00 malam.
III Kanak-kanak itu tersenyum gembira apabila ternampak kelibat ayahnya.
IV Semua peserta diminta berkumpul di hadapan pagar sekolah pada pukul 7.00
pagi.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja

12. I Latihan bola jaring pada petang ini akan dibatalkan jika sekiranya hujan.
II Internet membolehkan pengguna di dunia berhubung antara satu sama dengan
lain.
III Guru-guru perlu menyebarkan maklumat tentang bahaya pencemaran alam
kepada murid-murid.
IV Kita hendaklah bijaksana apabila berkomunikasi dengan orang lain untuk
mengelakkan konflik.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja

Soalan 13
pilih ​peribahasa​ yang ​paling sesuai​.

13. Tidak ada seorang pun daripada lima ornag anak Encik Majid yang mengikuti
jejaknya menjadi peguam. Sebaliknya mereka mempunyai minat dan
kecenderungan yang berbeza.
Keadaan ini sesuai dengan peribahasa yang berikut ​kecuali
A lain padang lain belalang.
B rambut sama hitam, hati lain-lain
C bagaimana acuan begitulah kuihnya
D banyak udang banyak geram, banyak orang banyak ragam.

Soalan 14-17
Berdasarkan petikan prosa tradisional di bawah.

Maka diambil padi yang dijemur itu segenggam, iaitu disembunyikan butir-butir padi iru di
dalam lubang-lubang luka pada tumitnya. Setelah itu ia pun meminta izin dnegan
baik-baik untuk pulang ke kampungnya, ke bumi tempat sandaranya yang tetap
menantinya.

Maka berkatalah induk semangnya, orang kayangan yang masih juga mencurigainya itu,
“Baiklah jikalau kamu ingin pulang ke kampung kamu, akan tetapi, sebelum itu saya
disembunyikan untuk kami bawa sebagai oleh-oleh ke bumi.”

Anak yatim piatu itu pun menjawab dengan tenangnya, “Silakan! Perisalah dengan teliti
kalau-kalau ada apa-apa yang saya bawa. Sekarang saya sudah betul-betul jara
mengambil apa-apa. Saya sungguh-sungguh sudha bertaubat dan tidak mahu lagi
melakukannya.”

Setelah induk semang berkta demikian, maka anak yatim piatu itu pun berangkatlah
meninggalkan kayangan. Orang kayangan itu tidak mengetahui sama sekali bahawa anak
yatim piatu yang kecil itu ada menyembunyikan padi di dalam lubang-lubang luka pada
tumitnya. Akhirnya sampai jugalah anak yatim piatu itu dengan selamat di kampungnya.
Maka ia pun dengan segera membuat ladang. Setelah selesai, ditanamnya padi yang
dicurinya itu di lasangnya.

14. Bagaimana anak yatim piatu itu membawa butir-butir padi bersamanya?
A mencuri sebutir padi dan melarikan diri
B meminta izin daripada Induk Semang sebagai oleh-oleh ke bumi
C menyembunyikan butir-butir padi di dalam lubang luka pada tumitnya
D menanam padi yang dicuri di lading tanpa pengetahuan orang kayangan

15. Maksud perkataan ​jera​ dalam petikan ialah


A serik
B ikhlas
C jujur
D Berani
16. Apakah nilai murni yang terdapat dalam petikan prosa tradisional di atas?
A nilai keikhlasan
B nilai keberanian
C nilai kejujuran
D nilai ketabahan

17. Berikut merupakan perwatakan Anak Yatim Piatu selepas Induk Semang
mencurigai dirinya ​kecuali
A seorang yang sangat ketakutan
B seorang yang berfikiran terbuka
C seorang yang tidak berputus asa
D seorang yang berusaha untuk menyembunyikan perkara sebenar

Soalan ​18-20 ​berdasarkan petikan sajak di bawah

Senja di Palang Besi


Senja mula menangis
remang membongkar sendu
mengutus kuntum-kuntuk serakan cahaya
berlari di celah jambangan bunga dedawai
menari mengikat ramah kekosongan
dalam kotak tidur sepi nan pedar hati.

Pilu wajahmu sang senja


yang dulu melakar bahagia
kini merayap sayu membelai jemari malam
dalam keterbuangan yang merangkum
dalam keterasingan yang mencengkam
dalam kesakitan yang membungkam.

Tanpa pasir pantai atau silir angin


rentet susun bibir palang besi dingin itu
menjerut resah berteleku dalam hening
bernyanyi rakus dalam kelu rasa keterkongkongan
menghantar pergi erti keriuhan
jauh di balik redup senja yang mula mengundurkan diri
bersama riak samudera jiwa bernama kesunyian
hukuman terhebat hikayat kemanusiaan.

Dipetik dariapda Antologi Bintang Hati Tingkatan 3

​ ecuali
18. Berikut perasaan penyajak ketika berada di dalam penjara​ k
A terbuang
B terasing
C sedih
D benci

Senja mula menangis


19. Maksud baris sajak di atas ialah
A penyajak berasa sedih
B penyajak termenung pada waktu senja
C penyajak menagis pada waktu senja
D penyajak kerinduan pada waktu senja

20. Berdasarkan sajak di atas mengapakah kita dilarang melakukan kesalahan?


A mengelakkan kita berasa sedih dan terasing
B mengelakkan kita dihalau oleh masyarakat sekeliling
C mengelakkan kita dipandang rendah oleh orang lain
D mengelakkan kita menjalani hukuman akibat kesalahan yang dilakukan

BAHAGIAN B - [ 25 markah ]

1. Dalam iklan di bawah ini, terdapat ​tiga kesalahan ejaan​. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis​ ​ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin iklan ini semula.

Restoran Santapan Bonda


● Restoran Santapan Bonda dibuka dari jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang setiap
hari kecuali hari Jumaat.
● Aneka pilihan masakan untuk sarapan, makan tengahari, dan minum petang.
● Pelbagai jenis bubur dan kuih muih disediakan.
● Tiga jenis masakan yang berkhasiat juga disediakan khusus untuk kanak-kanak
pra sekolah dan warga emas secara percuma setiap hari Isnin.
● Kami juga menerima tempahan untuk majlis jamuan dan kenduri-kendara.

i.
ii.
iii.
[ 3 markah ]

2. Dalam satu ayat di bawah, terdapat ​satu kesalahan bahasa. Gariskan ​kesalahan
bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.
anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Angkasawan negara menceritakan tentang pengalaman beliau ketika berada di angkasa


lepas dengan semangatnya.
ii. Ke bawah Duli Tuanku sedang menyernatkan bintang kebesaran ke dada Datuk Siti
sempena hari kelahiran baginda.

[ 2 markah ]

3. Baca bahan-bahan yang diberikan dengan telitinya, kemudian, jawab soaln-soalan


berikutnya.

BAHAN 1
Alias berharapan hendak bersuara agar namanya disebut oleh Cikgu Sunan.
Pendapatan harianya, selepas sekolah atau pad ahari minggu tidak mencukupi walaupun
beruknya yang memetic buah kelapa itu tidak pernah sakit.

“Tolong beri nama dan hantar ke pejabat. Ada orang nak beri bantuan pakaian
sikit,” kata Guru Besar dan terus beredar.

“Baiklah cikgu,” jawab Cikgu Sunan dan kemudian kembali duduk di mejanya.
Alias tunduk semahu-mahunya walaupun tergerak juga hendak memanggung kepala
untuk memberitahu yang dia cuma ada dua helai seluar dan sehelai baju. Sehelai untuk
dipakai ke sekolah dan sehelai lagi untuk dipakai ketika bersama-sama Chot memajat
kelapa.
BAHAN 2

Zali datang ke sekolah berkaki ayam. Cikgu Ayub tidka begitu senang dengan
keadaan Zali. Walaupun dimarah dan didenda, Zali tetap tidak berkasut. Pada suatu hari,
Cikgu Ayub mendenda Zali dengan mengikat kotak tisu di kedua-dua belah kakinya. Zali
berasa sangat malu. Sejak hari itu Zali tidak datang ke sekolah.

Cikgu Ayub berasa bersalah. Niatnya untuk menjadikan muridnya kelihatan kemas
tidak menyebabkan Zali tidak datang ke sekolah. Selepas seminggu Zali tidak hadir ke
sekolah, Cikgu Ayub telah ke pekan membeli kasut sekolah baharu untuk Zali. Cikgu
Ayug telah pergi ke rumah Zali untuk memberikan kasut tersebut. Cikgu Ayub berasa
sungguh hiba melihat keadaan rumah Zali.

i. Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, ​nyatakan bantuan yang diperlukan oleh watak
Alias dan watak Zali.

[ 3 markah ]
ii. Berdasarkan kedua-dua petikan,​ nyatakan persamaan antara Alias dan Zali.

[ 3 markah ]
iii. Masih banyak murid sekolah yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan
rendah.
Pada pendapat anda, bagaimanakah pihak sekolah dapat membantu murid-murid
seperti Alias dan Zali selain memberikan bantuan pakaian.

[ 4 markah ]
NOVEL - [ 10 markah ]

4. Jawapan anda hendaklah berdasarkan ​satu​ dariapda novel yang telah anda kaji.

Latar tempat ialah keterangan tentang keadaan dan peristiwa di sesuatu tempat dalam
cerita.
Berdasarkan novel si atas ,​ nyatakan tiga latar tempat berserta dengan contoh
peristiwa y​ ang berlaku dalam novel tersebut.

BAHAGIAN C- [ 15 markah ]

[ Masa dicadangkan : 15 minit ]

Pilih sama ada soalan 1 dan soalan 2

Soalan 1
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tulis ​satu
rumusan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.​ Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.
Kempen Derma Darah sering diadakan bagi menggalakkan orang ramai menderma
darah. Banyak kebaikan yang dapat diperoleh dengan menderma darha. Setiap kali
menderma darah, anda dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa.
Keperluan mendedrma darah sangat penting kepada pesakit yang memerlukan
pemindahan darah. Dengan menderma darah, anda dapat membantu pesakit-pesakit
kronik untuk meneruskan kehidupan. Contohnya pesakit Talasemia yang memerlukan
pemindahan darah secara konsisten.

Apabila anda menderma darha, darah anda akan diuji di makmal. Hal ini
membolehkan anda mengetahui kumpulan darha dan masalah kesihatan anda. Langkah
pencegahan awal dapat diambil bagi mengelakkan sebarang masalah. Menderma darah
dapat juga membantu dalam melancarkan aliran darah penderma dan membantu badan
mengawal tahap kolesterol serta mengurangkan risiko penyakit jantung.

Setiap darah ynag didermakan hanya boleh disimpan dalam tempoh empat bulan
sahaja. Oleh itu penderma darah secara konsisten dapat memastikan bank darah hospital
akan sentiasa mempunyai bekalan darah yang mencukupi. Tidak ada apa-apa yang perlu
ditakuti. Semua tugas pendermaan dilakukan secara profesional. Anda tidak akan berasa
sedikit pun kesakitan. Setiap jarum dan perkakasan yang lain hanya digunakan sekali
sahaja. Selepas menderma, darah anda akan diganti dalam masa 48 hingga 72 jam
proses itu menjadikan badan anda lebih sihat, kuat dan segar.

^^ Disediakan UT/​Agata/Jayadidik​/ ​Cikgu LI / 22 / 6 / 2020


BAHAGIAN C - RINGKASAN [ 15 MARKAH ]

[ Masa dicadangkan 15 minit ]


Soalan 2
Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ​sebuah
ringkasan tentang ​faktor - faktor berlakynya jenayah ragut 掠夺犯罪 di Malaysia
.Panjangnya ringkasan anda hendaklah antara ​80 hingga 100 patah perkataan​. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.

Menurut laporan Polis Diraja Malaysia ( PDRM) Bukit Aman jenayah ragut
menunjukkan hanya dua peratus daripada keseluruhan indeks jenayah di Malaysia.
Namun demikian cara pelakuan (modus operandi) yang digunakan dalam jenayah ini
menjadikannya sesuatu yang sensasi untuk dilaporkan oleh media massa.
Dalam banyak kes keadaan mangsa mendoronag jenayah ragut berlaku . Mangsa
ragut sering berjalan bersendirian. Suasana sekelliling juga menggalakkkan peragut
melakukan jenayah ini. Biasanya mangsa berada di persekitaran yang sunyi , agak
jauh daripada pandangan orang ramai. Kajian juga mennunjukkan bahawa mangsa
sering leka atau lalai ketika berada di tempat awam. Keadaan sebegini akan
menyebabkan peragut mengambil kesempitan. Bisanya mangsa akan berasa selamat
ketika berada di tengah-tengah orang ramai , namaun pergerakan mereka sentiasa
diperhatikan oleb peragt. Peragut yang berasa bahawa merka mempunyai ruang untuk
melarikan diri akan melakukan jenayah ini secara spontan.
Jenayah ini biasanya dilakukan oleh penagih dadah, penanggur dan warga asing .
Ada juga yang melakukan jenayah ini untuk dijadikan punca pendapatan. Ketagihan
dadah dan kesempaitan hidup menyebabkan mereka mengambil jalan mudah untuk
mendapatkan wang kebanyakan mangsa ragut pula terdiri daripada wanita. Umumnya
, fizikal wantia yang lemah dan seringkali membawa beg tangan semasa berjalan,
menjadikan mereka sasaran utama peragut. Semua pihak perlulah bekerjasama agar
jenayah yang menakutkan ini dapat ditangan sebaik-baikanya .
[ Diubahsuaikan daripada rencana ‘ Jenayah Ragut Meningkat ’. Dewan
Masyarakat , Oktober , 2019

^^ Disediakan UT/​Agata/Jayadidik​/ ​Cikgu LI / 22 / 6 / 2020


UJIAN PERTENGAHAN TAHUN PT3 [ JUN / JULAI ] 2020
Kertas 2

BAHAGIAN A - [​ 10 markah ] -​ KARANGAN PENDEK


Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya
antara ​50 hingga​ 80​ patah perkataan​.

Cara-cara Mencegah Penularan Wabak Denggi


Wabak deman denggi -membimbangkan -cara untuk mencegah -memusnahkan
tempat - tempat pembiakan - tin-tin kosong , tempurung kelapa dan bekas
polistirena - ditanam - membuat pemeriksaan ke rumah atau ke premis perniagaan
-mengambil berat tentang pembiakan jentik-jentik - membuat semburan serangga
secara berkala di kawasan - kawasan perumahan - semua pihak - berganding bahu
-mengatasi wabak denggi

BAHAGIAN B - [ 30 markah ] - KARANGAN PANJANG

Baca soalan di bawah dengan teliti. Kemudian ​pilih satu daripada tiga soalan ​yang
dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya t​ idak kurang daripada 180
patah perkataan​.

TEMA - PELANCONGAN

1. Menambahkan pengetahuan dan pengalaman


2. Melapangkan fikiran
3. Mengeratkan hubungan kekeluargaan
4. Menghindari remaja terjebak dalam gejal sosial
5. Memajukan industri pelancongan negara
1. Baru-baru ini , anda dan keluarga telah melancong ke sebuah destinasi yang
menarik. Ceritakan pengalaman​ anda ketika melancong ke destinasi tersebut.

2. Aktiviti melancong sememangnya aktiviti yang sangat menarik dan memberikan


banyak manfaat kepada kita. Huraikan pendapat anda tentang ​manfaat-manfaat
melancong.

3. And dan rakan anda telah berbual-bual tentang pengalaman melancong


semasa cuti sekolah yang lalu​. Tulsi dialog antara anda dengan rakan anda itu
selengkapnya.

Anda mungkin juga menyukai