Anda di halaman 1dari 16

BAHAGIAN A

[20 Markah]
[Masa dicadangkan : 30 minit]

Soalan 1 hingga Soalan 3

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1 Sejak orang tua mereka meninggal dunia, tiada sesiapa pun yang _________ rumah tersebut
sehingga kawasan sekitarnya ditumbuhi semak samun.
A mewarisi
B mendiami
C memasuki
D mendekati

2 Walaupun Tan Sri Hashim telah bersara, namun __________ masih aktif dalam aktiviti amal
terutama di sekitar taman perumahannya.
A dia
B kalian
C beliau
D mereka

1
3 Minyak kelapa yang telah lama itu perlu dibuang kerana sudah berbau ___________ dan
boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita.
A hapak
B tengik
C hancing
D lapuk

Soalan 4 dan Soalan 5

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Pilih jawapan yang paling sesuai.

4 Kawasan yang ditimpa banjir besar itu masih belum pulih sepenuhnya daripada kesan
A B C
bencana tersebut. Tiada kesalahan
D

5 Pak Mail memikul setandan pisang dan membimbit pelbagai buah-buahan yang baru
A B C
diambilnya dari kebun. Tiada kesalahan
D

Soalan 6 dan Soalan 7

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

6 I Perdana Menteri tiba di lapangan terbang itu pada pukul 3.00 petang.
II Intan Sarafina mula berkecimpung dalam lapangan seni suara ketika berusia 18 tahun.
III Adik dan rakan-rakannya bermain bola di kawasan yang lapangan itu.
IV Orang gila itu berbaring di atas lapangan kereta api sambil mengilai-ngilai.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

2
7 I Ezad dan Wani menjelaskan status hubungan mereka agar tidak dipandang serong oleh
masyarakat sekeliling.
II Mak Esah telah menjelaskan hutangnya kepada Bedah yang bermulut becok itu.
III Danish menjelaskan kerja rumah terlebih dahulu sebelum keluar memancing dengan
rakannya pada petang itu.
IV Pegawai kerajaan menjelaskan untuk mereka mengkaji semula kenaikan harga barang
yang mencetuskan kebimbangan banyak pihak.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

Soalan 8 dan Soalan 9

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan

penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu
mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

8 Semua mata tertumpu ke Juliana yang sedang berdiri di hadapan kelas untuk membentangkan
hasil kerjanya.
A ditumpukan ke Juliana
B tertumpu kepada Juliana
C tertumpu pada Juliana
D tertumpu ke Juliana

9 Babak filem seram itu dimulakan dengan daun-daun kering berterbangan ditiup angin.
A daun kering terbang
B daun-dedaun kering berterbangan
C daun kering berterbangan
D daun-daun kering berterbangan

3
Soalan 10 dan Soalan 11

Pilih ayat-ayat yang betul.

10 I Amir menghantar emel kepada Profesor Othman untuk mengetahui Formula Hukum
Popular Termodinamik.
II Dayana membeli pakaian sekolah adik-adiknya di kompleks membeli-belah itu.
III Aku terpesona akan keunikan seni bina Masjid Kristal yang terletak di negeri
Terengganu.
IV Pulau Langkawi terkenal dengan keindahan pantai dan tempat bersejarah seperti Pantai
Cenang, Makam Mahsuri dan Dataran Lang.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

11 I Anas gemar baca buku jika ada masa kelapangan.

II Perangai Farid yang suka merempit telah memudaratkan dirinya kerana mata kanannya
buta selepas terlibat dalam kemalangan.
III Pelukis itu telah mempamerkan lukisannya pada dinding galeri itu.
IV Apakah semua cerita yang saya dengar ini benar?
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

4
Soalan 12 dan Soalan 13

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan
ayat yang dicetak tebal.

12 Penggambaran filem seram tentang pembunuhan kejam itu dilakukan di Hutan Belum,
Perak.
A Hutan Belum, Perak telah menjadi lokasi penggambaran filem seram itu.
B Hutan Belum yang terkenal di Perak itu telah menjadi lokasi penggambaran filem seram.
C Tayangan filem seram tentang pembunuhan kejam telah dilakukan di Hutan Belum,
Perak.
D Hutan Belum di Perak telah menjadi lokasi penggambaran filem seram tentang
pembunuhan kejam itu.

13 Arkitek itu telah merangka pelan pelantar minyak di Pengerang.

A Minyak pelantar di Pengerang telah dirangka oleh arkitek itu.
B Di Pengerang arkitek itu telah merangka pelan pelantar minyak.
C Pelan pelantar minyak di Pengerang telah dirangka oleh arkitek itu.
D Pelan pelantar minyak di Pengerang telah dirangka oleh arkitek terkenal itu.

Soalan 14 dan Soalan 15

Pilih peribahasa yang paling sesuai.

14 Kematian Salleh agak mengejutkan kerana dia tidak mempunyai sebarang penyakit kronik.
Kematiannya ibarat _________________.
A itik pulang petang
B ikan pulang ke lubuk
C ayam disambar helang
D bagaikan helang hendak menerkam tikus

5
Syarikat pinjaman wang itu mengambil keuntungan yang melampau daripada para peminjam.

15 Keadaan di atas diumpamakan seperti peribahasa _____________.

A lintah darat
B lipas kudung
C tumbuk rusuk
D ayam tambatan

Soalan 16 hingga 20

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Adalah konon masa zaman Nabi Allah Sulaiman alaihissalam dengan takdir Allah Taala
kepada masa itu semua binatang bercakap seperti manusia juga. Adapun Nabi Allah Sulaiman
itu lima Perdana Menterinya, suatu menterinya daripada manusia, suatu menterinya daripada
jin bernama Ifrit, suatu menterinya daripada unggas, dua menterinya daripada binatang landak
dan pelanduk; di dalam lima Perdana Menteri itu yang arif bijaksana: pertama manusia, yang
kedua landak, yang ketiga Syah Alam di Rimba, iaitu pelanduk; tetapi Syah Alam di Rimba
itulah termasyhur arif bijaksananya.
Sebermula adalah suatu hari Syah Alam di Rimba pergi berjalan menatapi sekalian anak
buah di dalam pemerintahannya. Berjumpalah ia suatu lubang tempat memerang, ada anaknya
tujuh ekor. Anak memerang itu pun keluarlah daripada lubangnya bermain-main di situ. Syah
Alam di Rimba pun datang menghampiri seraya bertanya, “Hai kanak-kanak, ke manakah
pergi mak bapa kamu?”
Sahut anak memerang itu, “Mak bapa hamba sudah mencari ikan akan makanan hamba
sekalian ini.”
Fikir Syah Alam di Rimba, “Itulah akan memerang ini, selalu sahaja ia membuat aniaya
ke atas ikan-ikan itu, terlalu runsing hatiku mendengar pengaduannya kepada Nabi Allah
Sulaiman; jikalau begitu, baiklah aku perbuat pakatan pula dengan dia.”
Setelah sudah ia fikir itu, dengan takdir Allah Subhanahuwataala melakukan kudrat-Nya
hendak memanjangkan cerita ini, bunyilah burung bubut terlalu banyak bunyinya bersahut-
sahutan sahaja. Syah Alam di Rimba pun mengingatkan langkah pertikaman zaman dahulu
kala cekak perkelahian. Ia pun memencak silat langkah gelombang dua belas, mengerinjing
sahaja kakinya ke sana ke mari. Habislah dipijak-pijak anak memerang itu, ada yang patah
kaki tangannya dan luka kepalanya, habis mati semuanya. Setelah dilihat Syah Alam di
Rimba mati anak memerang itu, ia pun kembalilah ke tempatnya berdiam diri.

(Dipetik daripada prosa tradisional Pelanduk Mengajar Memerang,

Antologi Baik Budi, Indah Bahasa Tingkatan 2,
Arah Pendidikan Sdn. Bhd)

6
16 Berdasarkan petikan di atas, Perdana Menteri Nabi Allah Sulaiman alaihissalam yang
terkenal dengan kebijaksanaannya ialah
A landak.
B manusia.
C jin bernama Ifrit.
D Syah Alam di Rimba.
17 Apakah tindakan Syah Alam di Rimba selepas mendengar bunyi burung bubut bersahut-
sahutan?
A Berdiam diri di tempatnya
B Memencak silat langkah gelombang dua belas
C Membuka langkah pertikaman cekak perkelahian
D Mematahkan kaki tangan kesemua anak memerang

18 Antara berikut, yang manakah berkait dengan perwatakan Syah Alam di Rimba yang
terdapat dalam petikan di atas?
A Taat kepada Nabi Allah Sulaiman
B Seekor pelanduk yang pandai bersilat
C Bersikap terburu-buru membuat keputusan
D Seekor pelanduk yang bersikap pentingkan diri sendiri

Sebermula adalah suatu hari Syah Alam di Rimba pergi berjalan menatapi sekalian
anak buah di dalam pemerintahannya.

19 Unsur bahasa yang digunakan dalam pernyataan di atas ialah

A penggunaan repetisi.
B penggunaan bahasa Arab.
C penggunaan bahasa istana.
D penggunaan bahasa klasik.

20 Pengajaran yang boleh diambil daripada prosa tradisional Pelanduk Mengajar Memerang
ialah
A kita haruslah bercakap jujur dan benar di hadapan pemimpin.
B kita haruslah menjaga alam semula jadi dengan sebaik mungkin.
C kita hendaklah menjadi seorang anak yang bertanggungjawab kepada ibu bapa.
D kita perlulah gigih berusaha dalam mendapatkan ganjaran bagi sesuatu perkara yang
dikerjakan.

7
BAHAGIAN B
Soalan 1 dan Soalan 2: Sistem Bahasa
[5 markah]

1 Kenal pasti perkataan bergaris dalam ayat di bawah sama ada Kata Ganti Nama
Pertama, Kata Ganti Nama Kedua atau Kata Ganti Nama Ketiga.

(i) Saya akan melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam jurusan perubatan.

______________________________________________________________

(ii) Beliau telah mengharumkan nama negara di serata dunia dalam sukan berbasikal.
______________________________________________________________

(iii) Anda perlu mengemas kini maklumat berkaitan pendapatan syarikat ini dengan segera.

______________________________________________________________
[3 Markah]

2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Betulkan kesalahan tersebut
dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.

(i) Pekerja yang efisyen dalam menjalankan tugas akan diberikan bonus tahunan.

______________________________________________________________

(ii) Bas ekpress yang membawa 40 orang penumpang terbabas kerana hilang kawalan
ketika menuruni bukit.

______________________________________________________________
[2 markah]

8
SOALAN 3 : PEMAHAMAN PETIKAN
Baca bahan-bahan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

BAHAN 1 BAHAN 2
Kala roti di depan mata “Dah lama ke kak tinggal di tepi jalan macam ini?,”
nafsu makan pun bergelora tanyaku cuba beramah mesra. “Tak lah, kak ada
berkeping-keping menggegar selera rumah. Datang sini untuk dapatkan bantuan. Ramai
perut pun kenyang terasa
tenang bersendawa. yang menghulurkan bantuan di lorong ini dalam
bentuk kewangan, makanan dan pakaian.
Bagi pemilik iman di dada
sendawa itu tidak sempurna “Selalunya, bila Kak Jah akan datang ke lorong ini?
masih ada beban di bahu mereka Tanyaku lagi. “Bila nak raya, kami pun selalu tak
warga miskin belum terbela cukup wang. Hidup kami susah, nak beli baju raya
masih merintih lapar dahaga. baru pun tiada wang. Bila ada sumbangan sebegini,
Bila begitu selamanya kami pun ikut sama. Tapi kami bukan ambil semua,
kalimah syukur pun jelas tertera kami ambil yang kami perlu saja. Kalau dapat lebih,
di hati sanubari warga dunia kami pun kongsi dengan gelandangan, bukan sapu
melangit damai dirasa semua,” cerita Kak Jah. Menurut Kak Jah, perasaan
percikan iman segar berwarna. malu terpaksa ditepis demi mendapat bantuan dan
ihsan, itulah yang dilalui oleh segelintir orang yang
Dipetik daripada sajak Roti, antologi Baik Budi,
Indah Bahasa, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.
terpaksa menyamar menjadi gelandangan.
Sumber : Sinar Harian Online

BAHAN 3

Kami Peduli,
Kami Kisah

Ayuh, Kongsi bantuan,

sebarkan kasih sayang!

9
(i) Berdasarkan Bahan 2 dan Bahan 3, nyatakan cara-cara yang boleh dilakukan untuk
menunjukkan kasih sayang terhadap golongan miskin. [3 markah]
_________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

(ii) Berikan dua persoalan yang terdapat dalam Bahan 1. [3 markah]

_________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

(iii) Kadar kemiskinan yang tidak diatasi akan memberikan kesan buruk.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan tersebut? [4 markah]
_________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

10
SOALAN 4 : NOVEL

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2.

(i) Jalan ke Puncak karya Juri Durabi

(ii) Meniti Impian karya Osman Ayob
(iii) Jejak MONPUS karya Zulaiha Paikon
(iv) Darah Titik di Semantan karya Arman Sani

Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan tiga perwatakan watak sampingan berikut yang
dapat anda contohi.
Watak sampingan

Novel Jalan ke Novel Meniti Novel Jejak Novel Darah Titik

Puncak Impian MONPUS di Semantan
Milan Pak Yusuf Qistina Asraf Zahid

JAWAPAN:

______________________________________________________________________________

11

_____________________________________________________________________________

BAHAGIAN C
[15 markah]
[Masa dicadangkan : 15 minit]

Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2.

Soalan 1

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu ringkasan tentang
faedah penggunaan minyak kelapa sawit sebagai sumber alternatif kepada pemilik
kenderaan pada masa hadapan. Panjangnya ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100
patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.

Apabila harga minyak dunia semakin meningkat, pelbagai usaha dilakukan untuk
mencari alternatif bagi menggantikan penggunaan bahan bakar tersebut. Tidak mustahil dalam
tempoh beberapa tahun akan datang, apabila harga minyak terus meningkat, rakyat negara ini
akan menggunakan minyak masak yang diproses daripada kelapa sawit, kelapa, jagung, dan
kacang soya sebagai pengganti diesel. Hal ini demikian kerana banyak manfaat yang boleh
diperoleh daripada sumber alternatif tersebut.

12
Antaranya, boleh mengurangkan kebergantungan negara pada sumber minyak yang kini
semakin berkurang. Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Pusat Pendidikan Latihan dan
Tenaga Dibaharui dan Kecekapan Tenaga (CETREE) sudah menjalankan kajian tentang
penggunaan minyak masak ini. Hasilnya, sebuah van yang menggunakan satu liter minyak sawit
boleh bergerak dalam jarak 10 hingga 12 kilometer. Kajian ini juga membuktikan bahawa
penggunaan sumber tumbuhan, terutama daripada kelapa sawit boleh mengurangkan
kebergantungan negara pada sumber minyak yang kini semakin berkurang.

Menurut hasil penyelidikan juga, minyak kelapa sawit mampu menjadi bahan bakar
bukan sahaja bagi kenderaan ringan, malah kenderaan berat termasuk traktor, bas, lori, dan bot.
Selain itu, kenderaan yang menggunakan minyak kelapa sawit yang digunakan untuk memasak
juga didapati enjin kenderaannya masih berada dalam keadaan yang baik walaupun sudah lama
digunakan. Menariknya, minyak kelapa sawit ini mempunyai banyak kelebihan berbanding
dengan bahan bakar yang menggunakan sumber fosil kerana bahan tersebut tidak meruap,
senang disimpan, dan tidak berjelaga.

Penggantian diesel kepada minyak kelapa sawit secara sepenuhnya amat sesuai kerana
negara ini merupakan pengeluar utama komoditi minyak kelapa sawit dunia, selain mempunyai
tenaga pakar yang cukup untuk membangunkan produk baharu itu. Kita mudah menggunakan
minyak alternatif ini lantaran kita boleh membelinya di pasar raya atau di kedai runcit dan
membawanya ke mana-mana sahaja mengikut keperluan semasa. Selain itu, minyak kelapa sawit
juga berpotensi dan amat baik digunakan kerana dijamin mesra alam apabila pelepasan asapnya
tidak mengeluarkan karbon yang mencemarkan alam. Ujian yang dijalankan oleh Jabatan Alam
Sekitar mendapati asap yang dikeluarkan selamat dihidu dengan kandungan karbon monoksida
dan hidrokarbon yang rendah, masing-masing 0.05 peratus dan 17 ppm (bahagian per sejuta).

JAWAPAN:

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

13

14
Soalan 2

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sejajar dengan kepesatan perkembangan teknologi pada abad ke-21, kredibiliti dan integriti
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sering teruji. PDRM bukan sahaja berhadapan dengan jenayah di
dalam negara, bahkan turut menerima ancaman hebat dari seluruh pelosok negara. PDRM juga
sama seperti agensi kerajaan lain yang terpaksa berhadapan dengan masalah disiplin melibatkan
anggotanya termasuklah pecah amanah, rasuah dan jenayah. Perkara ini menyebabkan keyakinan
rakyat terhadap integriti pasukan beruniform ini pada tahap rendah.

Satu daripada langkah praktikal untuk meningkatkan integriti PDRM adalah dengan
meningkatkan kualiti modal insan melalui pendedahan pelbagai ilmu serta latihan yang
berterusan dalam kalangan anggota PDRM. Selain itu, penambahan jumlah anggota PDRM juga
berupaya meningkatkan integriti PDRM. Dengan peningkatan bilangan anggota polis ini
diharapkan siasatan boleh dibuat dengan cepat. Pihak kerajaan pula wajar merestui dan
membiayai hasrat PDRM untuk menubuhkan universiti polis.

Penubuhan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan dan Perjalanan Pengurusan PDRM

memperlihatkan kepekaan kerajaan terhadap aduan-aduan yang diterima. Antara aduan tersebut
termasuklah siasatan polis yang lambat, salah guna kuasa, keganasan polis, penahanan tanpa
penjelasan, kematian dalam tahanan dan tidak membenarkan perhimpunan awam yang sering
diterima oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). Selain itu, PDRM juga
seharusnya mewujudkan hubungan yang mesra dengan masyarakat agar memperoleh tanggapan
positif daripada mereka. Sementara orang awam perlu dibenarkan membuat aduan di tempat
urusan yang mudah. Hal ini demikian kerana sebelum ini sering berlaku pengadu diarahkan ke
tempat lain. Tindakan harus dikenakan kepada anggota atau pegawai yang menyuruh berbuat
demikian.

Dalam pada itu, pihak PDRM juga wajar meningkatkan program Rakan Polis (Rakan Cop)
bagi merapatkan hubungan dengan masyarakat. Melalui kewujudan Rakan Cop akan
memudahkan orang awam menyalurkan maklumat dengan cepat. Tamsilnya, kewujudan Rakan
Cop memudahkan masyarakat memberi maklumat melalui sistem pesanan ringkas (SMS)
ataupun menelefon terus pihak polis. Oleh sebab itu, gandingan pihak polis dengan orang awam
perlu lebih erat bagai aur dengan tebing.

(Sumber : Dewan Masyarakat)

15

16

Anda mungkin juga menyukai